- Guests Online: 68
- Members Online: 17
- Total Members: 85,796
- Show Who's Online
- 26,105,817 visits since
December 2007
|
|
Kami perlukan kerjasama anda untuk tidak melanggar peraturan yang telah kami tetapkan.
1. Anda dilarang:
1.1. Memulakan thread berkenaan isu couple tanpa kebenaran moderator. KLIK SINI untuk maklumat lanjut.
1.2. Spamming ( Dilarang post hanya sekadar smiley, ayat terlalu pendek seperti ya/tidak/setuju, iklan perniagaan & iklan kerja)
1.3. Membuka topik yang boleh menyinggung sensitiviti agama atau kaum lain
1.4. Membuka topik yang sudah pun dibuka oleh ahli lain sebelumnya. Sila manfaatkan button 'search'
1.5. Keluar dari topik perbincangan
1.6. Meletakkan topik baru di kategori yang salah. Contohnya: Mahu menyoal mengenai puasa tetapi diletakkan di kategori Zakat.
1.7. Meletakkan artikel tanpa mengkaji kesahihan artikel tersebut.
1.8. Meletakkan hadis atau fakta sejarah tanpa mengetahui status hadis(samada sahih,hasan,dhoif@lemah,palsu dan lain-lain) atau kesahihan fakta sejarah tersebut. [pengecualian jika anda ingin bertanya tentang status hadis/fakta sejarah tersebut]
1.9. Membuat "double posting" atau kiriman yang berganda dalam sesebuah topik tanpa sebab-sebab yang munasabah
1.10. Membuat kiriman/kenyataan yang boleh menyebabkan pergaduhan sesama ahli
1.11. Menggunakan kata-kata kurang beradab atau kesat kepada ahli lain
1.12. Membuat kiriman yang tidak releven dengan tajuk topik(thread)
1.13. Mengepilkan gambar-gambar lucah dan tidak disenangi awam
1.14. Meletakkan huruf besar bagi tajuk thread. Contohnya: JOM KONGSI LAMAN FRIENDSTER. Sila tulis seperti ini: Jom Kongsi Laman Friendster
1.15. Meletakkan tajuk thread yang tidak sesuai & tidak jelas (andai anda orang yang memulakan thread tersebut. Contohnya anda mahu memulakan topik mengenai masalah
merokok di kalangan remaja tetapi anda meletakkan tajuk topik sebagai
'Jom bincang', 'Betul ke ni??'
1.16. Meletakkan gambar dengan kelebaran resolusi melebihi 640 px (width < 640px).
1.17. Meletakkan link download(lagu, video & seumpamanya) yang melanggar hak reka cipta sesuatu produk, kecuali jika anda telah mendapat kebenaran dari pemilik.
1.18. Memulakan thread gosip artis dan gosip-gosip lain.
1.19. Membicarakan isu politik tanpa fakta dan nombor(facts & figure) dan hanya berasaskan ulasan kosong. Jika anda tidak pasti mengenai sesuatu, adalah lebih baik untuk anda tidak memberikan pendapat.
1.20. Menggunakan kata-kata kurang beradab atau kesat kepada mana-mana parti politik.
1.21. Menyebarkan sesuatu tuduhan atau kenyataan tanpa mengetahui buktinya atau tanpa mengetahui kebenarannya(kerana ia adalah perbuatan fitnah)
1.22. Terlalu ta'sub dengan ideologi yang anda pegang sehingga anda merasakan bahawa hanya diri anda dan ideologi anda sahaja yang benar 100%.
2. Peraturan Tambahan untuk Soal Jawab Agama
2.1. Jauhkan sikap ingin menimbulkan perbalahan, mencetuskan kontroversi,
provakasi dan lain-lain; yang boleh memecahkan perpaduan umat.
2.2. Dilarang mengulangi soalan yang sama. Anda perlu memeriksa dahulu database kami dengan menggunakan button 'search'
2.3. Ustaz/ah akan menjawab persoalan mengikut pendapat Ahli Sunnah Wal
Jamaah dengan Mazhab Shafie kecuali jika dirasakan perlu untuk
memberikan pandangan lain.
2.4. Forumer iLuvislam yang ingin membantu moderator perlu-lah mengikut etika no. 3
2.5. Thread yang telah dijawab dengan baik dan dikunci oleh moderator boleh dibuka semula jika ia memerlukan penjelasan atau jika ada persolan berkaitan. Sila PM moderator yang berkenaan.
3. Sekiranya ahli forum tidak mengikut peraturan ini, Admin/Moderator berhak untuk
3.1. mengubah kiriman/topik anda
3.2. membuang kiriman/topik anda dari database (delete)
3.3. menyenaraihitamkan nama anda (Ban)
4. Perilaku yang boleh dikenakan tindakan ban setelah berkali diberi teguran
4.1. melanggar peraturan berposting (seperti di atas)
4.2. meng-aib-kan users lain
4.3. menimbulkan kekecohan atau pergaduhan
4.4. bersekutu dengan user yang menimbulkan kekecohan di forum.
Please read more before you start posting...
Kesalahan umum ahli forum
Cara Memulakan Thread/Forum Baru @ Cara Bertanya Soalan
Forum Cuba-cuba untuk beginners
Panduan Forum
Panduan Website
|
|
|
"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan"
|
|