Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya."
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Disiplin dalam Membina Keluarga Cemerlang

Disiplin dalam Membina Keluarga Cemerlang
www.iLuvislam.com
oleh: fitrah-hanan


InsyaAllah, saya ingin kongsikan bersama beberapa tips atau amalan yang paling ringan atau paling simple untuk diamalkan bagi membina sebuah keluarga muslim yang cemerlang dan penuh keakraban antara ahlinya. Tips ini mungkin sesuai bagi sesetengah orang dan mungkin juga boleh dijadikan panduan bersama. Apapun saya suka untuk berkongsi memandangkan ianya sangat mudah dan tidak membebankan. Tips ini sesuai untuk mereka yang akan membina, sedang membina dan telah membina sebuah bayt al muslim yang berjaya. Ini sekadar tatapan bersama dan perkongsian sahaja.

TIPS MEMBINA SEBUAH BAYT AL-MUSLIM YANG CEMERLANG

Solat berjemaah bersama samada di masjid atau di rumah (Subuh, Maghrib dan Isyak)

- Bagi suami/isteri yang bekerja, solat berjemaah bersama anak-anak biasanya dilazimi pada waktu subuh, maghrib dan isyak memandangkan pada waktu siang harinya masa suami isteri banyak dihabisi di tempat kerja manakala anak-anak pula di sekolahnya. Moga-moga denga waktu berjemaah yang hanay 3 waktu ini mampu menyemai kasih sayang bersama.

Makan makanan yang halal lagi baik dan berkualaiti

- Makanan yang halal lagi baik penting untuk menjaga hati dan akal (rohani dan jasmani) bagi membina generasai yang baik dan berkualiti. Ia penting juga untuk anak-anak kita memudahkan mereka menerima ilmu dan mengamalkannya dengan baik. Jaga kebersihan - Penting dalam sesebuah keluarga untuk menjaga kebersiha. Kerana kebersihan melambangkan peribadi dan keimanan sesorang. Penting untuk memastikan suasana keluarga adalah harmoni dan sejahtera. Selain itu kebersihan rumah dan diri juga penting untuk menghalau syaitan mendekati kita.

P/s : Teringat saya masa sekolah rendah dulu-dulu. PK HEM (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) sekolah saya, Cikgu Zaid; merupakan cikgu disiplin kat sekolah saya. Semua orang takut kepadanya. Apa yang masih saya ingat tentangnya sampai sekarang, beliau seorang yang sangat menjaga kebersihan. Apabila beliau dapati ada sampah dalam bilik darjah atau kawasan sekolah, beliau akan terus menjerit(ditujukan pada sampah) dan akan marah pada murid-murid yang nampak sampah tapi tidak dikutip. Sampai sekarang saya masih menganggap sampah itu ibarat syaitan, mengganggu suasana kita.

Membaca buku-buku ilmiah

- Anak-anak mesti diasuh agar membaca buku-buku ilmiah agar otak mereka akan sering berfungsi dengan baik bagi melahirkan generasi rabbani yang tidak kering dengan idea dan sentiasa berfikir untuk masa depan lebih-lebih lagi masa depan Islam. Lagipun banyak berlaku fenomena di mana ummat Islam adalah golongan yang lambat berfikir. Moga-moga usaha kita ini mampu membina mujahid dan mujahidah yang cerdas.

Imej yang kemas dan tidak selekeh


- Perlu diterapkan dalam jiwa anak-anak dan diri kita sendiri supaya imej perlulah sentiasa kemas dan tidak selekeh. Ini penting untuk keyakinan diri dan menunjukkan kualiti seorang muslim yang bersih dan cemerlang. Berupaya untuk berkomunikasi dan bergaul dengan baik - Ahli keluarga perlu diterapkan cara berkomunikasi dan bergaul yang dianjurkan Islam. Anak-anak amat perlu diterapkan nilai sedemikian seperti cara menghormati orang, adab-adab bergaul dan cara berkomunikasi dikhalayak ramai.


Mementingkan ikatan yang erat antara keluarga

- Ibu bapa perlu menanam rasa tanggungjawab terhadap keluarga dan mengajar anak-anak agar mementingkan ikatan yang baik sesama mereka. Sesekali ibu bapa walaupun sibuk dengan kerja atau gerak kerja Islam, tidak menjadikan alasan sibuk sebagai penghalang untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Moga-moga dengan perhatian ibu bapa anak-anak akan lebih faham dan berasa kebertanggungjawab ibubapa mereka terhadap keluarga.

Membudayakan bahasa arab/inggeris di rumah


- Sesekali perlu juga membudayakan bahasa asing di dalam perbualan harian keluarga seperti bahasa arab atau bahasa inggeris supaya anak-anak tidak ketinggalan dalam mempelajari pelbagai ilmu lebih-lebih lagi bahasa arab yang jarang kita berikan penekanan.

Car-Pool


- Biasanya dianjurkan untuk ibu bapa yang jarang bersama-sanma anak-anak. Jadi dengan berkongsi kereta ke tempat kerja atauu menghantar anak-anak kesekolah dapat menambahkan keeratan ikatan keluarga. P/s : Biasanya sesuai bagi yang tiada masalah masa atau ibu bapa yang bekerja sendiri

Sentiasa membaca al-Quran dan biasakan mulut dengan Al-Quran


- Penting membiasakan anak-anak dan diri sendiri dengan al-Quran. Mungkin boleh menganjurkan anak-anak membaca al-Quran setiap kali selepas solat 5 waktu. Tidak perlu ayat-ayat yang panjang paling tidak sepotong ayat dengan maksud untuk difahami. Moga-moga dengan ini lidah kita dan anak-anak terbiasa denag alunan zikir dan ayat-ayat al-quran. Semoga dengan ini mammpu mewujudkan bayt al-muslim dan bayt al-Quran yang dilimpahi cahaya Rabbani.

Wallahu a’lam.

Ini hanya sebahagian tips ringkas yang saya sempat hayati dan InsyaAllah mudah diamalkan malah tidak sedikitpun mencuri masa kita. Membazir waktu untuk Allah bukanlah pekerjaan yang sia-sia. Wallahu a’lam.

 



10 Comments · 4020 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.
Comments
wansya63 on April 23 2008 10:35:22

clapmari mntarbiyah keluarga kita
kejayaan individu bermula dari suasana harmoni dalam keluarga...
saling tegur menegur dan merendahkan ego sesama ahli.
insyaallah dapat mmbntuk sahsiah dn peribadi muslim yg hebat dan disegani.
fitrah-hanan on April 23 2008 14:45:37

thumbs up
shu_faza on April 23 2008 17:01:48

TIPS YANG SGT BAGUS DLM MEMBINA USROTUS SAI'DAH..

ANAK2 KECIL IBARAT KAIN PUTIH..
IBUBAPA LAH YANG BERTANGGUNGJAWAB MENCORAKKANNYA ..
SAMADA MENJADI YANG TERBAIK ATAU SEBALIKNYA..

BERSAMA MEMBENTUK GENERASI YG CEMERLANG DUNIAWI DAN UKHRAWI..

comfortyescomfortyescomfortyesthumbs upyesthumbs upyesclap
Oh Cintaku Zombies on April 23 2008 17:43:26

*syukur*syukran atas tips2 ini...thumbs upthumbs upthumbs up
NurulNasir on April 23 2008 20:14:37

great job...nak tambah sikit,,,,bila ayah marah anak,mak tak leh tolong anak!
bila mak mak dan ayah marah,anak tak blh lawan balik!
paling penting,,seorang anak jangan sesekali berburuk sangak dengan mak ayah sendiri....bila rasa diri buat salah cepat2 minta maaf...
paling penting,,,,JAGA ADAB dengan mak ayah.
syu on April 24 2008 03:50:28

assalamualaikum*
Hehe nal tambah jugak laa...sepatutnya ibubapa dan anak-anak mesti menjadi teman dan sahabat yang paling rapat..bila konsep ini dapat diwujudkan,InsyaAllah keluarga yang cemerlang dapat dilahirkan...BUKTINYA???
hehe try laa dlu..cuba kita jadikan ibubapa sebagai sahabai baik kita,pasti akan terasa nikmatnya..TAK PERCAYA??? Bagi saya,maabah lah teman yang saya paling rapat percayai. Mereka banyak suport saya dan kami sering berkongsi masalah bersama. Thanks ma,thanks abah...along sayang abahma sangat-sangat,miss you all gembira
tak sabar-sabar nak balik kampung.

Nie saya nak share satu artikel yang begitu menarik perhatian saya selepas membacanya.
Di copy_paste dari blog http://mhqsakmaliza.multiply.com/
thanks akakgembira
Terima kasih kepada pemilik blog ini yang telah banyak memberi kesedaran kepada saya.


Birr al-Walidayn: Berapa Kali Sehari Kita Telefon Ibu Bapa?
Apr 11, '08 6:18 AM
for everyone
Saya tertarik membaca posting seorang pelajar saya berketurunan India dan respons kawan-kawannya di laman e-learning yang saya sediakan.

Quote Ravin 1:
Taatilah dan sayangilah ahli-ahli keluarga kita dan tuhan masing-masing.Anggaplah mereka sebagai teman setia anda.Kepada Fatin, saya juga terkeluar air mata semasa saya membaca komen anda.Saya yang sangat menyayangi ibu-bapa saya sehingga call mereka tiga kali sehari setiap hari faham perasaan saudari apabila kehilangan orang tersayang.

Quote Ravin 2:
Keluarga sayalah teman paling rapat dengan saya.Kalaulah rumah saya dekat, saya tak akan tinggal di hostel ini.Maklumlah rumah saya sangat jauh(Ipoh)dulu masa kat Matrik rajin balik rumah walaupun jauh(kira-kira 3 jam perjalanan dengan bas) tetapi sekarang nak balik rumah dengan bas, ambil masa kira-kira 8-9 jam perjalanan dan kadang-kadang lebih daripada itu.Tambang bas pun sentiasa tinggi.Yang mampu saya buat ialah call mereka sekurang-kurangnya tiga kali sehari.Maklumlah mereka kawan rapat saya.Sekian,terima kasih.


Quote Hayat:
3 kali sehari ravin??
ish2,manja betul ek??ngee,,

Quote Nabil:
ravin, macam makan ubat demam ja..
3 kali satu hari..he3.

Ada 2 perkara yang buat saya tertarik dengan posting Ravin. Pertama, tentang dia call parents sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Kedua, tentang dia menganggap ibu bapa dan keluarga tersayang sebagai teman setia dan kawan rapatnya.

Dalam beberapa saat awal, tanggapan saya sama seperti Hayat, manja Ravin ni... Tapi apabila direnung balik personaliti dia sewaktu di kelas, tanggapan saya berubah. Jarang jumpa anak-anak zaman sekarang yang seperti ini, yang berkali-kali call ibu ayah, dan yang mengaku dengan penuh bangga bahawa keluarganya adalah teman setianya. Otak saya berlegar dengan beberapa persoalan lain yang ingin saya coretkan di sini. Ravin adalah antara pelajar yang saya kagum, sentiasa menumpukan perhatian sewaktu saya mengajar, selalu tersenyum, bijak, bersahsiah tinggi, berkepimpinan, mempunyai skil komunikasi yang sangat bagus, dan banyak lah kalau nak disenaraikan di sini sifat positif yang ada pada dirinya.

Antara persoalan yang bermain dibenak saya,
• Tentang peranan keluarga dalam membina keperibadian positif pada anak-anak
• Tentang kepentingan keakraban hubungan antara anak dan keluarga, menjadikan keluarga sebagai teman paling rapat - bukankah ini antara secret recipe untuk menghindarkan anak-anak daripada pengaruh negatif rakan--rakan dan persekitaran?
• Tentang tanggungjawab birr al-walidayn yang perlu dilaksanakan sebagai anak
• Tentang kenapa kita persoalkan seorang anak yang acap call ibu bapa atau keluarganya, tetapi tidak pernah mempersoalkan kewajaran seorang anak yang menghabiskan duit call kawan-kawan (atau boyfriend, girlfriend) berkali-kali sehari, bersembang berjam-jam hingga ke awal pagi? Cakap dengan mak cuma 5 minit, cakap dengan kawan punyalah lama...
Semenjak dari zaman belajar sehinggalah ke usia sekarang, saya kerap pulang ke kampung. Waktu undergraduate pernah diusik oleh seorang rakan, " Macam dia aje yang ada mak, ada adik-adik.." Ayah saya meninggal sewaktu usia saya baru 13 tahun. Ujian ini menjadikan saya lebih awal matang dan lebih bertanggungjawab terutamanya untuk mempastikan kesemua adik-adik saya berjaya. Selain untuk jumpa ma dan nenek, saya mesti balik untuk memeriksa kerja-kerja sekolah adik-adik dan membantu sekiranya mereka ada masalah dalam pelajaran. Syukur saya tidak ada masalah kewangan, jadi tidak menjadi masalah untuk saya balik walaupun perjalanan jauh merentasi beberapa negeri.

Setelah bekerja, walaupun tercampak jauh di selatan, saya masih sama. Saya akan pastikan saya balik sekurang-kurangnya sebulan sekali. Pada saya tanggungjawab birr al-walidayn adalah tanggungjawab setiap anak. Walaupun setelah berkahwin dan berkeluarga sendiri. Walaupun ada adik-adik yang menjaga ibu dan nenek di kampung, saya tak nak terlepas peluang untuk berbakti. Pada saya setiap anak perlu berlumba-lumba untuk berbuat baik kepada ibu bapa. Jangan ada dengki sekiranya hanya kita sahaja yang diserah tanggungjawab untuk menjaga ibubapa. Sepatutnya adik beradik yang lain yang lebih wajar dengkikan kita, sebab mereka tidak berpeluang untuk berbakti sebagaimana kita.

Jika dinisbahkan kepada diri saya sendiri, ada benarnya apa yang dikatakan oleh Nabil. Parents and family members are medicine. Macam pelik, tapi itulah yang saya lalui. Di ofis, memang banyak bebanan kerja yang kadang-kadang menyebabkan kita rasa penat sangat-sangat. Setiap kali saya sampai ke level ini, saya akan ambil cuti dan pulang ke kmapung walaupun sekejap. Awalnya saya tidak perasan kenapa saya berbuat demikian. I thought it's because of saya nak balik kampung. Setelah sekian lama, baru saya perasan saya seperti disuntik dengan semangat baru, di revitalized hanya dengan balik kampung. Walaupun sepanjang berada di kampung, saya penat berkemas, memasak atau membuat housechores yang lain. Dan setelah ma meninggal, baru saya perasan ma adalah penawar yang melenyapkan rasa penat, rasa tertekan...Hanya dengan berjumpa dan menatap wajah ma dah memberikan saya tenaga dalaman yang baru... I miss u so much ma...

Sewaktu bersendiri, pernah saya terfikir kenapa ibu? Kenapa seorang ibu mempunyai kehebatan yang seperti itu? Walhal bukannya saya bercerita masalah dengan ma (keadaan ma yang kurang sihat membuatkan kami menghindari ma daripada mengetahui hal-hal yang kurang baik). Daripada pengalaman lain yang saya lalui, saya dapat jawapannya-KASIH SAYANG IBU. Perasaan sayang seorang ibu kepada anak-anaknya adalah sayang tanpa syarat. Unconditional love yang menerima kita seadanya. Buruknya kita, baiknya kita, seorang ibu akan tetap menyayangi kita. Ibu tidak cuba mengubah kita menjadi apa yang dia nak, tetapi dia memberikan panduan dan pedoman hidup untuk kita dan menaungi kita dengan doanya yang tidak pernah putus... Rabbi'ghfir li wa li walidayya wa'rhamhuma kama rabbayani saghira



-Al Fatihah buat arwah..semoga rohnya dicucuri Rahmat dan diletakkan bersama orang-orang yang terpuji..aminn.

*syukur* wassalam.
zymah on May 03 2008 23:29:37

*syukur* terima kasih ya ukhti..........
semoga ilmu yang dipelajari ini dapat diamalkan oleh kita semua...... insyaAllah
amin ya rabbal alamin................Muslimah never give up.........fight o....=)
Ms_Firaasyah on May 06 2008 16:55:01

tip yg bgus..clapclap
little_muslimah on June 04 2008 23:41:53

yes
Zulhafidz on July 17 2008 02:30:21

Solat berjemaah bersama samada di masjid atau di rumah (Subuh, Maghrib dan Isyak

waktu saya kecil... melihat mak dan arwah ayah bersalaman selepas solat...waktu tu seolah2 glowing di muka mereka.. nampak sangat bahagia.... sangat indah...dan diteruskan dengan ucapan bermaafan.... rasanya waktu itu terlalu indah untuk diucapkan.. yelah..baru selesai mengadap Maha Pencipta...

"ani minta maaf ya bang...jika seharian hari ini ani tak menyempurnakan tanggungjawab ani sebagai isteri..."

"abg juga begitu.. kekurangan abg dilengkapkan dgn kehadiran ani..dan tentunya bagi ani juga begitu"

akan sentiasa dalam ingatan..insyaAllah
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer