Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Ditambah gula,manislah ia,ditambah garam,masin lah ia,begitu juga dengan manusia,ditambahkan usaha,berjayalah dia,ditambah putus asa,maka gagallah dia..-Hazimi"
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Bertunang: Antara Adat dan Syarak

Bertunang
www.iLuvislam.com
oleh: Ustaz Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab*


TAKRIF PERTUNANGAN

Ulama dari mazhab Maliki (Hatab):
Pertunangan adalah satu ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari perbualan.

Ulama dari mazhab Shafie (Umairah):
Pertunangan adalah menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya.

Daripada takrif pertunangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa pertunangan ini adalah semata-mata satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan pihak perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan. Pertunangan bukanlah satu akad seperti pernikahan dan memutuskan pertunangan dengan sebab-sebab tertentu bukanlah suatu kesalahan.




PERTUNANGAN DI SISI SYARAK

Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.


PERTUNANGAN DI SISI ADAT

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.


HEBAHAN PERTUNANGAN

Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.


WAKTU PERTUNANGAN

Berkaitan dengan pertunangan yang lama - pada pandangan saya ia terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekirannya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah dari pengalaman beberapa orang kenalan saya.

Wallahua'lam.

*
Ustaz Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab atau nama penanya, buluh, merupakan salah seorang moderator forum soal jawab agama iLuvislam.com. Artikel ini disunting berdasarkan soal jawab di forum iLuvislam (kategori Fiqh Munakahat; perkahwinan dan kekeluargaan).

 



24 Comments · 13760 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 25% [2 Votes]
Very Good Very Good 50% [4 Votes]
Good Good 25% [2 Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
kahfi8 on April 14 2008 08:04:49

adakah boleh jika seseorang lelaki menziarahi tunangnya di universiti tunangnya? hanya berjumpa untuk bertanya khabar dan tidak membawa kepada maksiat.
syamil iman on April 14 2008 13:43:42

kalo orang yang dah bertunang,tapi mcm dah kahwin,segala yang dibuat kne minta izin lelaki...selalu jumpa,pg jln2 kat shopping complex,mkn angin bagaimana pula?,pada pendapat sy kalau tunang elok dipendekkan sb kita tak dapat jamin iman kita dapat dijaga ketika berhadapan dengan situasi yg mgkn membawa maksiat. dan orang yang dah bertunang ni selalu mengganggap mereka leh wat ape saje...seolah-olah tunang itu tiket utk dating,kalo kapel tk leh dating...ya Allah...ape nk jd ngn remaja sekarang....
naurah_haqqul on April 14 2008 15:21:21

iluvislamsalam... bg pendapat ana yg dhoif ini... boleh kiranya tunang itu (muslimat) membawa teman2 utk dijadikan temannya agar dijauhkan dari fitnah... dan usahlah acap kali bertemu... kerana wanita itu tdk lepas dr fitnah... dan syaitan itu dekat di hati.... jgn lupa peristiwa adam dan hawa... di mana lelaki akan mudah terpedaya dgn wanita... wassalam...iluvislam
yoshitsune on April 14 2008 20:21:37

salam...menyentuh hal ini, ana nak kgsi satu pengalaman dalam diri ana. bagi ana la seeloknyer dijaga selagi perkara2 yang xmnjerumus dalam haram...jalan yang terbaik adalah jangan memikirkan sekagi mana boleh kerana takut masa kita habis sebab pk ttg tunang jer..eventhou' ana da tunang tapi still xnak pk sebab masa yang ana ada jauh lebih sikit dari tanggungjawab yang ada. kalo nak pk sangat, pe kata kita bagi komitmen 100% dalam kehidupan. (kahwin terus). tapi kalo xmampu, lebih baik jangan sesekali terpk ttg erti pertunangan.. setiap perbuatan akn dihisab dan di pertanyakan. jadi jagn ler memain dalam hidup nie.. kalo salah tolong betulkan ana. mgkin pndangan ana terlalu radikal... pertunangan ana pun keluarga yang tntukan. ana xberniat nak menyusahkan diri dan wanita berkenaan tapi sejujurnya hidup ana mmg tiada tempat buat kaum hawa'. maaf. ini ikhlas dari lubuk hati ana. ana xkata ana hebat tapi buat ana, biarlah hidup di abadikan buatNya. xperlu dfikirkan lagi ttg jodoh..mayb belum masa kot. 2 ler ttg diri ana...salamhmm!no
ayin_umi on April 15 2008 12:52:17

salam....erm...bagi saye comel dah Allah ciptakan kaum hawa yang berasal drpd Adam..dan wujudnye hawa adalah ats permintaan adam...di sebabkan kesunyian die,Allah kurniakan hawa agar adam dpt merasai apa itu kehidupan bergenerasi...Allah xmencipta segale yang ade dgn sia2..msti ade tujuan nye...oleh itu,kiite sebagai hamba yg beriman perlu lah pk kan ape hikmah yg suci d sebalik ciptaan ini...hanye org yang dpt menggunakan nikmat Allah dgn sebaiknye akn dapat manfaatnye...drpd penciptaan adam dan hawa juge, dpt wat kesimpulan bhw mnusia mmg saling memerlukan...jgn la amik kesempatan lak ats cptaan ni...org yng menyalah gunekan hikmah suci ni la yang buat perkare menyalahi syara'....Nabi juga berpesan bhw perkhwinan adalah sebahagian drpd sunnahnye..erm..InsyAllah...kalu kite yakin dengan Allah dan Rasulnye, kite akan dapat ape yg kite harapkan...Allah xkan membiarkan pengharapan hambaNya begitu saje...wsalam....cloud 9
kahfi8 on April 16 2008 09:57:33

ana setuju ngan syamil iman.. grindance
zaini_jb on April 16 2008 20:09:09

assalamualaikum*

jom p

www.usrahkini.blogspot.com
cahayaMata on April 17 2008 04:44:54

dengar ada kursus kahwin di MSD London - 27-28 April. Sapa nak datang? Under Ustaz Erfino~
Limited places, so only early birds je...~ :P
oden on April 17 2008 13:07:38

Assalamualaikum wbt..
aku ahli baru kat i luvIslam ni dan artikel pertama yang aku baca dalam ni ialah bab pertunangan...
aku takder apa2 jawapan untuk persoalan "jumpa tunang" nie cuma aku ada sedikit komen yang mungkin boleh aku kongsi dengan anda semua..

komen aku ialah "jangan ada dose dalam usaha kita untuk membuat pahala"..
jadi fikir-fikirkanlah..tk
sunah on April 17 2008 22:17:47

salam..syukran ntuk post ni..byk manfaat yg ana dpt..*syukur*
embun_murni on April 18 2008 13:43:12

assalamualaikum*

urm....nak tanye btol ke ustaz penah kate....
kalu laki bagi cincin..(bukan cincin pon...ape je je jenis hadiah)
pd sorng prempuan n dat gurl trime adiah 2, 2 da dikire bertunag???
urm....musykil2....hmm!hmm!hmm!
buluh on April 23 2008 21:49:53

Assalamualaikum Warahmatullah.

Pemberian dan penerimaan cincin bukanlah menandakan sudah dikira bertunang. Yang paling penting adalah niat pertunangan (untuk perkahwinan) serta penerimaan dan persetujuan kedua-dua pihak.


Wallahualam.
srip on May 01 2008 15:21:03

assalamualaikum.

sekadar nakkan pendapat..saya telah dilamar oleh seorg lelaki, menurut taarif yg diberi saya dah kire bertunang menurut syarak lah kan? cuma sekarang nih saya nak tahu sejauh mana perhubungan yg dibenarkan mengikut status saya yg bertunang secara syarak. satu lagi kami mmg duk berjauhan beza antara benua mungkin dalam seminggu tu ader lah 2,3 kali kami berhubung..adekah salah disisi syarak? pohon penjelasan
Zulhafidz on May 03 2008 21:05:17

Siapa yang dah "bertunang" mengikut syarak tu, cepat-cepatlah Bernikah Mengikut Syara' juga.

Islam datang memudahkan dan menyelamatkan kehidupan serta perhubungan lelaki dan perempuan, adat pernikahan yang dikekang dan disanjung membuahkan "tahanan" nafsu kepada mereka yang "bertunang" . Apabila "tahanan" nafsu itu bergelora...sukar ditangani..

lekas-lekas lah nikah yer yang dah bertunang tuuu....ikut syara'...pasti mudah..

cadangan!:

Kita wujudkan Dana Nikah dalam iluvislam.com . kutipan berdasarkan kemampuan bulanan mahupun apa2 jua berdasarkan kemampuan orang yg nak sedekah. boleh kita tampung mana-mana keperluan mereka-mereka yang sudah "bertunang" mengikut syara'...

Kita wujudkan satu pasukan meminang/merisik dari ahli-ahli forum yang mursyid dan benar-benar faham erti pernikahan mengikut syarat untuk kita selitkan bersama-sama rombongan meminang pihak lelaki. dan tentukan pasukan ini benar2 fasih dalam berbicara dan menyampaikan hajat perwakilan tersebut.

kan besar pahala orang yang menyumbang bagi perkara ini, selagi bahagia dan beroleh zuriat, selagi itu dapat share kebaikan yang berpanjangan.

wallahua'lam.
buluh on May 04 2008 03:23:33

Assalamualaikum Warahmatullah.

Jawaban kepada saudari Srip:
Jika lelaki itu benar-benar berniat untuk mengahwini saudari maka ia telah dikira betunang di sisi syarak dengan saudari jika saudari juga turut menerima lamaran tersebut. Namun adalah lebih elok jika peminangan ini turut diketahui dan melibatkan ibubapa juga. Jika tiada keperluan yang tertentu adalah lebih baik tidak berjumpa dan jika berjumpa (atas keperluan tertentu) silalah bawa bersama seorang teman lain juga.

Jawapan kepada saudara Zulhafidz:
Memang bagus cadangan ini tetapi pihak iLuvislam perlu meneliti dahulu kemampuan kami serta lain-lain hal yang perlu kepada perbincangan yang panjang. Namun saya cuba membawa cadangan saudara ini ke dalam perbincangan pengurusan iLuvislam. InsyaAllah.


Wallahualam.
shauqatul_wardah on May 04 2008 12:39:29

assalamualaikum*
Bertunang tu, bukanlah tiket untuk psgn trsbut klua bersama,
makan bersama,
berbual bersama.............................
tunag masih bukan muhrim...
So,jagelah batas-batas tu...
kalau dah ready tu, mmg dh tak tahan lagi,
xyah nak btunang lame2...
Rasulullah sndiri x m'galakkan brtunag dlm tmpoh yg terlampau lame.
ble dah ready zahir batin, kawen je...clap
tertutup pintu maksiat...

wallahhu'alam....
Zulhafidz on May 12 2008 15:09:31

wsalam. insyaAllah Ustaz Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab.

Dalam waktu ikatan pertunangan inilah pasangan ujilah sedikit bagi pasangan,

uji dengan kesenangan, uji sedikit dengan kesusahan, uji pada kesibukan kerja dakwah dan sebagainya... makanya jika tahan uji..alhamdulillah..teruskan dengan pernikahan...

hasil diskusi bersama beberapa orang ustaz, uji itu penting tetapi biarlah berpada-pada... kerananya niat mendapatkan keserasian dan fikrah jiwa, dalam waktu pertunangan inilah kita dapat merasakan keserasian atau sebagainya..kerananya, dalam perkahwinan...lebih besar dan lebih tanggungjawab dalam menghadapi ujian dunia yang kita tidak ketahui....

Kata mereka, biarlah yang sefikrah agar pasangan memahami erti sebenar Ibadah dan sunnah Rasulullah s.a.w melalui pernikahan ini sambil tidak mengabaikan tanggungjawab utama kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w...

Ertinya : Katakanlah: ""Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik" (At-Tawbat : 24)

Malangnya masyarakat memandang aib bagi keadaan putus tunang, walhal Allah s.w.t tidak membenci perkara ini. Yang Allah s.w.t benci adalah Penceraian Nikah, itu perkara Halal yang paling dibenci Allah s.w.t kan?

wallahua'lam. semoga Allah s.w.t merahmati dan meredhai mereka2 yang mencari keredhaan Allah s.w.t melalui jalan perkahwinan. insyaAllah.
dhiyaulaisyee on May 16 2008 12:18:11

salam
ana pernah terbaca dari satu artikel, Islam tak galakkan putus tunang atau batalka pinangan sebab ia menjatuhka maruah gadis.betul tak? ada sesape ada hujah..ana tak ingat tapi, dalam tu memang tekanka yang sangat tak elok nya batalkan niat perkahwinan tu..huhu..syukran
buluh on June 25 2008 21:11:25

Assalamualikum Warahmatullah.

Bukanlah menjadi suatu kesalahan untuk memutuskan tali pertunangan dengan sebab-sebab yang tertentu. Namun dengan memutuskan pertunangan tanpa sebab-sebab tertentu maka sudah pastilah boleh membawa kepada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti dendam dll. Perbincangan amat diperlukan dalam menangani masalah ini supaya ia berakhir dengan baik tanpa menguris hati mana-mana pihak.


Wallahualam.
nursyahadah84 on May 17 2009 10:18:52

salam... bertunang bagi saya ada kelebihannya terutama untuk perempuan..bila dah bertunang bermakna perempuan itu telah ada yang 'memiliki' tapi perlu diingat bukan sewenangnya boleh melakukan semua bersama seperti suami isteri..

cumanya perlula diingat, bertunang tak payah lame2,segala macam dugaan menanti..kita nak membina suatu yang baik jgnla dikotori dengan kejahatan....wallualampc
ibnu_razak91 on April 07 2010 23:17:09

assalamualaikum

ana ade soalan nak ditanya, apa hukum sebenar burtunang dlm Islam??
terangkan sekali kalau boleh..
terima kasih..
air_biru on April 15 2010 11:14:59

assalamualaikum

Ana juga ingin bertanya hukum sebenar dalam Islam..ada yg mengatakan cukup sekadar merisik. Terlalu banyak persepi mengenai pertunangan ni.
Saya khuatir prosedur untuk berkahwin ini boleh membebankan pasangan2 yg ingin berkahwin yang semata2 mengejar Adat dan bukannya berlandaskan syarak.
Harap mendapat penjelasan.

Terima kasih.
cahaya08 on August 22 2010 14:37:47

assalamualaikumassalamualaikum

nk bty...ape yg mnyebabkan putusnya ptunangan?...konfius....
cahaya08 on August 22 2010 14:37:47

assalamualaikumassalamualaikum

nk bty...ape yg mnyebabkan putusnya ptunangan?...konfius....
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer