SCENE SATU
“Kid, kid. Tuh…tgk tu..”
Shanjif, rakanku beragama Hindu menjuihkan bibirnya, menunjuk ke arah satu pemandangan. Di hadapan garderob
(tempat menyimpan kot) berhimpun ramai pelajar2 tahun kedua, menyimpan
baju sejuk masing2 untuk menuju ke kuliah histology tengahari itu.
“Ape, ape?”
“Itu..”
Mataku tertumpu pada satu sudut. Kelihatan sepasang biawak
rakanku yg kedua2nya beragama Islam, lelaki dan perempuan. Si perempuan
manis molek bertudung. Si lelaki biasa2 saja. Yg anehnya - keduanya
berpegangan tangan. Bukan main manja lagi. Aku menahan diriku dari
termuntah sekejap.
“Shanjif, apa yg kau tengok itu tak betul. Bukan itu yang Islam ajar..”
“Aku pelik la kid, pakai tudung tapi boleh ke pegang2 macam tu?”
“Heheh.. Itu la manusia Shanjif. Dah2, malu aku ko sound direct
macam tu. Walau apa pun kau kena faham, Islam sama sekali tak ajar
macam tu. Apa pun yg orang Islam buat, itu atas sebab diri sendiri.
Islam itu sempurna, tetapi penganutnya tidak semestinya sempurna..”
“Takpe2, kid. Aku faham. Heheh.”
SCENE DUA
“Oh, you’re a Muslim? But why don’t you wear scarf?”
Soal Dmitrii Izutkin, guru philosophy merangkap seorang atheis yg
cukup terkenal dengan sikap provokasinya terhadap sesetengah agama,
especially Islam. Masih segar di ingatanku sewaktu kami berdebat
dengannya mengenai persoalan arak. Sungguhpun begitu, dia pandai
mengawal perbincangan agar tidak keterlaluan.
Kawanku F, mmg seorg wanita Muslim tak bertudung. Masa first time
aku jumpa dia pun, aku ingat dia Chinese. Rupanya Muslim totok.
“Oh…sir. Actually Islam nowadays is open minded. We’re not obliged to rules and prohibitions anymore.”
Astaghfirullah..Hati aku mengucap panjang. Izutkin meneruskan persoalan
“But I see there’s still a lot of Muslim women wearing scarf. Your friend here, J, also wearing a scarf.”
“It’s up to the individual, sir”. Lagi jawapan jahil diluahkan.
Kalau nk diikutkn hati aku, mau aja aku menerjah masuk dalam
perbincangan itu, menerangkan mana yg haq mana yg batil. Tetapi
memikirkan tindakan aku itu mampu menjatuhkan maruah kawan aku itu,
sekaligus menjatuhkan maruah umat Islam itu sendiri, lebih2 lagi di
hadapan belasan biji mata non-muslim dalam bilik kelas tersebut, aku
membantutkan hasratku. Dalam hatiku berazam untuk menjelaskn hal yg
sebenarnya kepada guruku itu suatu masa nanti.
SCENE TIGA
“Eyh, N. Nice earring you have there”
N, seorang lagi rakanku kat bumi Nizhny Novgorod(Russia) ni. N seorang
pemuda yg baik. Selalu juga turun solat berjemaah. Justeru aku
sedikit terkejut dengan penampilan N hari itu - mengenakan
anting-anting. Sebelah telinga sahaja pulak tu.
“Haha, thanks. I just put it yesterday”
“But can u Muslim wears earrings?” Shanjif bertanya lagi.
Dia mmg berminat bab2 Islam ini. Syukur dia diperkenalkan dgn aku,
setidak-tidaknya aku boleh membantunya ke arah jalan yg betul dalam
memenuhi minatnya itu.
“Don’t worry, this earring doesnt contains gold. We Muslim men cannot wear gold.”
Melihatkan satu peluang yg menarik - untuk membetulkn pemahaman rakan Muslimku itu, sekaligus menjelaskn kepada rakanku Shanjif.
“No, N. You’re confused. The prohibition of wearing earrings is
not because its material, but it is because of the prohibition for men
to wear what is made for women.”
“Hu? I don’t understand” N jujur bertanya.
“Wearing earrings for Muslim men is prohibited. It is prohibited
because earrings are made for women, as accessories for women. The
Prophet cursed upon Muslim men who wears to resemble women. It means,
it doesnt matter whether the earring is made from pure gold, silver or
even ordinary metal, it is still prohibited to Muslim Men.”
“Ooo…” panjang punya ooo dari kedua-dua mereka.
Alhamdulillah, mereka faham agaknya. Selang 2,3 hari kemudian, aku tidak
lagi nampak N dengan earringnya. Syukur alhamdulillah.
Tiga ni antara beberapa pengalaman yang aku jumpa kat Nizhny
Novgorod sepanjang 2 tahun aku kat sini. Apabila seorang Islam mula
berhujah dengan berlandaskan akal semata-mata, betapa besarnya pengaruh
yang boleh ia bawa kepada non-muslim. Ini satu penyelewengan yang
serius!
ILMU AGAMA VS ILMU SAINS
Kita semua ada belajar dulu, menuntut ilmu agama itu fardu ain bagi
setiap individu Muslim. Belajar ilmu sains dan lain2 pula merupakan
tuntutan fardu kifayah ke atas umat Islam keseluruhannya.
Satu persoalan yang sering aku terfikir dari dulu - kenapa sejak
kecil, kita telah diasuh dengan ilmu sains bertubi-tubi, sehingga ilmu
agama itu diletakkan di tempat kedua? Cuba kita bandingkan waktu
sekolah menengah dulu-dulu. Ilmu sains/bukan agama - Fizik, Biologi,
Kimia, Bahasa Inggeris, Akaun, Seni etc. Ilmu agama - Pendidikan Islam.
Bahasa Arab mungkin. Bagi yang bersekolah di sekolah agama, mungkin ada
tambahan - Alquran dan Sunnah, Tasawwuf etc.
Sedangkan yang lebih dituntut untuk belajar adalah ilmu agama - fardu ain!
Dan aku bandingkan dengan keadaanku kat Nizhny Novgorod. 7 subjek. 7
subjek berkaitan perubatan & russia, takda satu pun berkaitan
agama. MasyaAllah, habis tu selama ni pelajar-pelajar perubatan kat
sini 6 tahun tak ada pengisian agamakah? Tidak melaksanakan fardu ain? Kalau ada, atas inisiatif sendiri @ organisasi, syukur alhamdulillah!
Teringatkan kat rakan-rakan lain di pelbagai tempat. Di Malaysia, di
UK, di Ireland, di France. Mungkinkah mereka juga menghadapi keadaan
yang serupa denganku? Selepas sahaja tamat secondary education,
maksudnya pengajian agama yang di'imburse' dalam silibus turut secara
rasminya tamat! Pendek kata, selepas sekolah menengah, pengisian fardu
ain tertakluk kepada individu. Tiada lagi ustaz/ustazah yang akan
menunggu kita di kelas, sebaliknya terletak pada tapak kaki kita untuk
melangkah menuntut ilmu dari mereka.
Menurut hipotesis aku, mungkin inilah puncanya yang menyumbang
kepada kejahilan rakan-rakan seIslamku macam yg aku ceritakan di atas.
Apabila ilmu Islam tidak lagi dibajai dan disirami dalam diri
masing-masing, ia semakin lama dihakis dan akhirnya mati. Ilmu sains itu lebih
diagung-agungkan. Buktinya, aku selalu bertanya (menduga) rakan-rakan
seIslamku:
“Kenapa kita orang Islam haram makan babi?”
Dan rata-rata secara spontan ramai menjawab:
“Kerana babi itu pengotor. Ada banyak cacing dan parasit berbahaya, contohnya taenia solium. Japanese Encephalitis. Boleh bawak maut.”
Ini semua jawapan saintifik. Bukti masyarakat kita sejak kecil sudah sebati dengan ilmu sains, melebihi ilmu agama itu sendiri.
Sedangkan jawapan yang lebih tepat:
“Orang Islam haram makan babi kerana itu adalah perintah Allah melalui firmannya;
"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik...."~Surah Al-Maidah,ayat 3~
Apa jua sebab saintifik yang boleh difikirkan, itu adalah dalil
aqli. Itu adalah hikmahnya. Sedangkan babi itu diharamkan kerana itu
adalah perintah Allah. Dan selaku umat Islam, wajib bagi kita menuruti
perintahNya tanpa sebarang kompromi.
Justeru atas kesedaran inilah saya sering berusaha mencari jalan
untuk terus belajar ilmu agama. Di persekitaran yang tak ada ustaz, tak
ada kuliah agama, maka agak terhad sumber saya. Yang ada hanyalah
rakan-rakan senior yang lebih alim (berilmu). Buku-buku yang dibawa
dari Malaysia. Ilmu dari internet banyak membantu.
Sebarang kemusykilan, saya akan menghubungi ustaz-ustaz ataupun
rakan-rakan yang lebih alim melalui Yahoo Messenger ataupun Skype. Itulah cara saya
mengimbangi ilmu sains dan ilmu agama dalam diri saya.
Setiap hari, cuba muhasabah diri kita. Setiap hari kita bertambah
dengan ilmu sains. Kalau semalam kita tak tahu pasal neuromuscular
junction, hari ini kita sudah boleh explain smpai ke inhibitory actions
of neuron. Kalau semalam kita tak tahu pasal development of heart, hari
ini kita boleh terangkan smpai congenital disease of heart.
Tetapi adakah peningkatan dalam ilmu agama kita? Fikir-fikirkan.
24 Comments ·
2041 Reads ·
|