Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 88
- Members Online: 17
- Total Members: 85,795
- Show Who's Online
- 26,104,231 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
..::Sedarlah Remaja Islam::..

http://www.genr-islamic-school.or.id/images/Generasi%20Rabbani%20logo.gif

Satu generasi yang sangat ditakuti oleh golongan kafir…iaitu generasi Rabbani di kalangan umat Islam. Apa generasi Rabbani ini? Generasi Rabbani ialah generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Firman Allah dalam surah Ali Imran,surah 3 ayat 79:

Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.

Generasi inilah yg menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi’ tabiin..yang kini sudah semakin hilang.

Mengapa generasi ini hilang? Ini semua adalah angkara kafir laknatullah..mereka telah menjauhkan umat islam sekarang dengan menanamkan penyakit yg telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang akan menjangkiti umat akhir zaman..iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Mereka telah menanamkan penyakit ini dgn menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. Tv, radio, internet dan media massa adalah antara alat-alat yg digunakan. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firman Allah dalam surah ke-41 ayat ke-26:

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).

 

 

Inilah yg menyebabkan umat islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi,dihormati dan digeruni..tetapi sekarang umat islam disembelih sesuka hati. Dulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga.Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah,terbalik dengan Umat islam sekarang.

Umat islam sekarang,cinta dunia. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu,mereka takut untuk menegakkan kebenaran,takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan islam yang sebenar. Mereka takut,jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta,pangkat, pekerjaan dan juga rezeki. Para ustaz dan ustazah takut utk menegur kerajaan kerana takut dipecat, orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Secara ringkasnya,mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia!

Sedarlah umat islam..agama kita sekarang diperlekeh orang..mereka menghina nabi..membunuh rakyat palestin,iraq dan banyak lagi umat islam di serata dunia. Mereka disiksa dan dibunuh dengan kejam. Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama islam tercinta ini.

 

 

Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat? Jika rakyat palestin dan iraq menentang dan mati,insya-Allah mereka akan syahid dan masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku,apakah umat islam di Malaysia akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka? Fikirkanlah…

Sekarang kalau kita keluar ke masyarakat..kita dapat lihat bermacam-macam gejala sosial dan maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk..rata-ratanya berlaku di kalangan umat Islam kita ini sendiri. Maksiat dilakukan terang-terangan,tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa salah dengan apa yang dilakukan.

Sekarang maksiat berleluasa. Sana-sini terdapat lelaki perempuan yang berkepit, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah laksana suami isteri bahkan lebih dari itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin banyak dan tidak terkawal. Pengalaman seorang rakan saya yg mendengar kawan di kelas tuisyennya berbual. Rakan saya ini telah mendengar mereka berbual mengenai kehebatan mereka yang telah berzina dengan ramai gadis-gadis sebaya mereka. Mereka ini,sudahlah tidak berasa malu malah boleh berbangga dengan apa yang mereka lakukan itu! Pulak tu, kalau ada anak zina dilahirkan, mereka ada yang membuangnya dalam mangkuk tandas, tong sampah dan ada yang menggugurkannya. Apa hendak jadi dengan umat islam sekarang? Ini adalah salah satu tanda-tanda kiamat sudah hampir. Tidakkah kita sedar?

Seorang senior menceritakan. Dia jual burger untuk dapat duit poket tambahan. Jual bilik ke bilik. Satu malam ni, dia ketuk2 satu bilik ni, tak buka2. Dia pun pulasla tombol dan membuka pintu sndiri. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat 2 org siswa itu sedang melakukan perbuatan terkutuk kaum sadom di atas katil. (homoseks) Senior ini kemudian kembali menutup pintu, dan kaku di situ. Teruk?

Ada banyak lagi cerita. Sampai tak larat saya hendak mnceritakan. Ada remaja yang ditangkap berzina dalam surau (pelajar sekolah agama). Ada perempuan 14 thn paksa boyfriendnya yang baru 12 thn buat hubungan seks dengannya. Dan banyak lagi..

Kawan saya, masa baru habis SPM buat part time, ajar tution budak2 skolah rendah. Dia nampa budak2 ni handphone nye, N-Gage, sabun, daun dan yang lain2 yang mahal2 tu. Dia pulak 3310 je. Bukan tu yang nak jd ceritanya. Tapi skali masa habis tution, budak kecik tu datang kat dia, smbil cakap, “Sir, awek Sir ade yang seksi macam ni tak?” sambil menunjukkan gambar2 lucah yang ada dlm HPnye. Kawan saya ni terkejut berukla. Tergamam dia di situ. Ni budak2 sekolah rendah!

Kalau yang kita lihat sekarang adalah remaja Islam, maka bayangkan 5-7 tahun lagi..mereka ini akan menginjak dewasa! Ya,kita akan dikelilingi oleh mereka yang pada zaman remajanya pernah berzina, minum arak dan macam-macam lagi perkara yang tak terbayang dek kepala otak kita. Mereka ini akan bernikah, dan berkeluarga serta bekerja. Boleh anda bayangkan kita dikelilingi oleh masyarakat2 yang seperti ini? Saidina Umar Al-Khattab berkata..kalau nak lihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan remajanya sekarang. Bagaimana remaja kita?


 

Kebanyakkan Umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka. Allah berfirman dalam surah Aj-jasiah,surah ke 45 ayat ke 23,

”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan ilmu yang mereka ada. Dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Megapa Kamu tidak mengambil pengajaran?”

Lihat..ayat Allah jelas,mereka bukan tidak berilmu,tetapi sengaja menuruti hawa nafsu. Lalu Allah sendiri MENYESATKAN mereka! Nauzubillah!

Sedarlah saudara-saudara seislamku..umat islam kini semakin teruk,sangat teruk. Mereka tidak lagi takut kepada dosa dan pahala. Tugas kita sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-A’raf,surah ke-7 ayat ke-164.

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Allah juga memerintahkan kita untuk sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

(surah fussilat,surah ke-51 ayat ke 55).

Jadi..tugas kitalah untuk mengubah masyarakat, membina masyarakat, dan akhirnya menahirkan kembali generasi rabbani. Imam Hassan Al-Hudhaibi pernah berkata..”Tegakkanlah daulah islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu”. Maksudnya..kalau kita nak kembalikan kegemilangan islam, pertamanya, tegakkan islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak islam di dadanya, sudah terbinalah negara islam. Bukan susah pun. Apa yang kita kena buat, sedarkan kawan2, adik2, abang2 dan kakak2 kita. Macam mana nk buat? Ceritalah apa yang kita paham mengenai keadaan masyarakat sekarang. Smoga dengan itu mereka tersedar dan ingin mengubah diri.

Kalau anda yang sedang membaca ini tak mahu mengambil tahu, rasa tak perlu nk susah pikir pasal org lain, terserah. Jika kita kedekut untuk mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk menyedarkan masalah umat ni, kita yang rugi. Firman Allah :

Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).

(Surah Muhammad, surah 47, ayat 38)

http://www.nmhschool.org/tthornton/images/banna.jpg
jadilah pemuda seperti Hassan Al-Banna

Allah akan menggantikan kita yang kedekut ini dengan satu generasi yang tidak akan kedekut macam kita. Mereka ini lebih menyintai Allah dan agamaNya lebih daripada kita dan Allah juga menyintai mereka. Firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.

(Surah Al-Maidah,Surah 5, ayat 54)

Jadi sedarlah wahai umat Islam!! Sedarlah Remaja Islam!! Kalau bukan kita yang akan mengembalikan Islam, siapa lagi!!?? Mulakan dengan diri kita! Ya, diri kita! Para sahabat dahulu telah membuktikan mereka mampu menegakkan islam. Mereka juga remaja. Mengapa tidak kita?

SEDARLAH...

(p/s : Semua kisah dan contoh yang saya bawakan di atas adalah benar-benar belaka)



29 Comments · 7679 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 100% [6 Votes]
Very Good Very Good 0% [No Votes]
Good Good 0% [No Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
spoilerz_21 on October 22 2007 06:33:29

MasyaAllah.... mmg telah terbukti betapa teruknya Islam di Malaysia ini...

Mengapa boleh terjadinya begini?? Adakah Malaysia benar2 negara yang mengamalkan hukum Islam yang sebenar??

Islam di Malaysia tidaklah seperti yang disyariatkan... Jika daulah islamiah sebenar ditegakkan di Malaysia, InsyaAllah, dengan izin-Nya perkara di atas akan dapat dibanteras...
ana fyruz on October 22 2007 07:31:41

*pissed*bagaimana nak selesaikan???? semakin hari semakin banyak berita yang kita dengar mengenai masalah sosial ni. berlambak2..tak terkira.
baru2 ni, bayi kena campak kat georgetown, baru lahir terus campak dari tingkat berapa ana tak ingat dah..masih bertali pusat tue...isk2..
mungkin kita duk sekarang berada dalam zon selesa kita lupa dan alpa...sebenarnya hanya segelintir yang tahu perkara ini dan berniat untuk mengubahnya, ttp ramai juga yang tau ttp pekakkan telinga, asalkan tak kaco periuk nasi diorang sudahlah..
zaman cintakan dunia, takutkan mati...sad
meezwan on October 22 2007 10:33:16

Pelajari Al-Quran,fahamkan Al-Quran,SAmpaikan Al-Quran..Allah dah ceritakan segala2nya dalam A-Quran termasuklah untuk menang.TQ! :D
umairzulkefli on October 22 2007 14:00:59

spoilerz_21 on October 22 2007 06:33:29
MasyaAllah.... mmg telah terbukti betapa teruknya Islam di Malaysia ini...

Mengapa boleh terjadinya begini?? Adakah Malaysia benar2 negara yang mengamalkan hukum Islam yang sebenar??

Islam di Malaysia tidaklah seperti yang disyariatkan... Jika daulah islamiah sebenar ditegakkan di Malaysia, InsyaAllah, dengan izin-Nya perkara di atas akan dapat dibanteras...


Assalam'alaikum...

Seperti yang ana dah pernah kata, sampai bila kita nak tunggu? Nak tungu daulaih islamiah tertegak? Kalau semua orang bermentaliti menunggu, melihat, dan terus menunggu dan melihat, maka daulah Islamiah yang diidamkan hanya tinggal IMPIAN.

Kita tidak ada masa lagi. Kita sendiri yang perlu bertindak. Mulalah mengubah diri dan mengajak orang lain untuk mengubah diri. Sentiasa menghidupkan Islam. Tak perlu tunggu dapat kuasa, dapat jawatan, dapat negara, baru kita hendak menjalankan hkum Islam.

Imam Hassan Al-Hudhaibi, Mursyidul Amr Ikhwanul Muslimin pernah berkata, "Tegakkan daulah Islamiyah di dalam dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu."

Maksudnya, mulakan dengan diri setiap kita. Setiap indivitu perlu bertekad mengubah diri mereka menjadi MUSLIM yang sebenar. MUSLIM yang BERIMAN. Bukan muslim yang hanya beramal untuk mendapatkan jawatan, mendapatkan pangkat, lalu menegakkan hukum, tetapi apabila tiada pangkat, usaha membina Iman tidak dijalankan.

Sedarlah...
Masih hendak menunggu?

(p/s: Sesiapa yang tidak faham, sila pm ana untuk ana terangkan dengan lebih jelas apa yang perlu kita lakukan. Boleh juga add ana di YM : blue_shark89@yahoo.com)
meezwan on October 22 2007 14:38:39

Betul..betul..betul..Saya setuju!
umairzulkefli on October 22 2007 16:23:54

Sedikit tambahan...

Mungkin ada yang pelik mengapa saya banyak menebut tentang jawatan dan kuasa. Sebenarnya inilah yang dicari oleh kebanyakkan pemuda-pemuda yang mengatakan diri mereka memperjuangkan Islam di kebanyakan universiti di tanah air. Mereka berpendapat apabila mempunyai kuasa, kita boleh mengerahkan orang lain agar melaksanakan Islam. Mereka sangat-sangat menumpukan kepada jawatan dan mengadakan 'event-event' yang besar seperti ceramah dan sebagainya tetapi usrah dan halaqah perhatian terhadapnya dikurangkan.

Cuba fikir, adakah bila kita mempunyai kuasa, kita lalu memaksa orang lain untuk melaksanakan Islam, maka tiada lagi maksiat yang akan berlaku. Ambil contoh, kita nak membantras judi daripada berlaku. Katakanlah kita dapat meguasai Genting Highlands. Lalu kita tutup semua pusat-pusat judi dan kelab-kelab malam serta kedai-kedai arak kita hilangkan. Adakah pelanggan-pelanggan itu tidak akan berjudi, minum arak dan berzina lagi? Kalau mereka suka akan maksiat, mereka akan tetap mencarinya. Tidak kira apa yang kita buat untuk memaksa mereka mennggalkan maksiat, mereka tetap akan melakukannya juga apabila ada peluang.

Sebab itlah tarbiyyah atau pendidikan iman itu penting. Dan, platform terbaik untuk kita memberi kefahaman tentang Islam adalah USRAH dan HALAQAH. Cuba bayangkan jika seseorang itu telah benar-benar faham akan konsep dosa dan pahala, syurga dan neraka serta mengapa perlu mentaati perintah Allah, dia tidak akan melakukan dosa walau dalam apa keadaan sekalipun. Walaupun kita letakkan dalam bilik yang berkunci, dan di dalam bilik itu ade pelacur yang rupawan, dia tetap tidak akan melakukan zina kerana dia sedar yang zina itu haram dan berdosa besar.

Kembalilah untuk mendidik da memberi kefahaman kepada saudara-saudara kita yang masih duduk bersahaja, yang masih senang hati dangankehidupannya sekarang Sedarkanlah mereka bahawa kita sebenar-benarnya berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Sekarang mungkin kta dengar kisah orang lain yang berzina, bermaksiat dan malakukan kemungkaran. Mungkin anak saudara atau anak orang lain. yang melakukannya. Tapi kalau kita terus duduk tanpa melakukan sesuatu, tidak mustahil suatu hari nanti anak saudara kita, sepupu kita atau adik perempuan kita sendiri yang melakukan perkara-perkara keji itu.

SEDARLAH......
Mulalah untuk mencari kebaikan dan mngubah diri daripada sekarang. Jangan tunggu daulah islam tertegak. Kita yang tegakkannya.

Sekali lagi...

SEDARLAH!!!
Sirrul Asrar on October 23 2007 15:01:42

Salam. erm..umair rupanya..alhamdulilah, teruskan menulis kalam kebenaran ini, yer..kita sgt yakin, ini bukannya suatu pendustaan untuk kita takut dan khuatir utk disampaikan.
Sekali berdakwah, selalu berdakwah dan syahid dijalannya.

Ada masa contact ler ana k. Jaga mutabaah (qiamulail, dhuha, istighfar, mathurat, subuh berjemaah, bacaan quran -minimum 1 juz sehari-) sbb ini kualiti yg perlu ada pada seorang dai untuk menjadi GENERASI RABBANI...

Teruskan berkorban demi cinta padaNya...*happy*

MFMJ USM Biologi dan Pengurusan Vektor dan Parasit*yup*
Im Koyube on October 24 2007 14:46:20

maaf umair jika saya tidak sependapat dalam sebahagian pandangan umair..

insyaAllah saya akan berikan komen saya dalam masa terdekat..:Dwink wink
almiebonzer on October 25 2007 02:25:57

salam wbt.
pasal benda2 yg disuarakan umair dan beberapa orang lagi, aku fikir benda-benda ni dah banyak diperbincangkan. kepada pembaca, kena dengar pendapat dari orang-orang lain juga yer.

"generally", apa yg aku lihat, ramai orang bila ada pendapat, diorang hemtam terus orang lain (bukan umair yer). walhal diorang kene "respect" pendapat orang lain. kalo ijtihad, setahu aku, ijtihad ni kalau betul dapat dua pahala, kerana ke"betulannya" dan kerana ijtihadnya, dan kalau salah still dapat pahala dek kerana ijtihadnya.
so, kepada sahabat2, kalo ade ape2, berdialoglah secara ilmiah. tak semestinya orang lain salah
kita ni lemah syeikh.
manusia, banyak yang tak sempurna.
umairzulkefli on October 25 2007 07:45:23

almiebonzer on October 25 2007 02:25:57
salam wbt.
pasal benda2 yg disuarakan umair dan beberapa orang lagi, aku fikir benda-benda ni dah banyak diperbincangkan. kepada pembaca, kena dengar pendapat dari orang-orang lain juga yer.

"generally", apa yg aku lihat, ramai orang bila ada pendapat, diorang hemtam terus orang lain (bukan umair yer). walhal diorang kene "respect" pendapat orang lain. kalo ijtihad, setahu aku, ijtihad ni kalau betul dapat dua pahala, kerana ke"betulannya" dan kerana ijtihadnya, dan kalau salah still dapat pahala dek kerana ijtihadnya.
so, kepada sahabat2, kalo ade ape2, berdialoglah secara ilmiah. tak semestinya orang lain salah
kita ni lemah syeikh.
manusia, banyak yang tak sempurna.


Wa'alaikumussalam...

Jazakallahukhairan katsiraa atas nasihat. Ana akui, memang ana agak beremosi dalam menyuarakan pandangan ini. Semangat serta emosi. Sebab itulah kelihatan seperti menghentam pihak-pihak tertentu.

Tapi memang daripada apa yang ana lihat, kaji, serta fahami, memang itulah situasi yang berlaku, dan ana perlu menyuarakannya. Apa yang ana lihat, tarbiyah atau perbaikan individu itu tidak ditekankan secara serius. Tetapi ini hanya pendapat ana, Ana seorang manusia, dan setiap manusia tidak luput daripada melakukan kesilapan. Oleh itu Afwan Jiddan jika pendapat ana menyinggung mana-mana pihak. Tetapi ana tetap berpegang teguh dengan pendapat ana, juga pendapat Syeikh Mustafa Masyhur,:
"Tarbiyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya tidak berguna tanpa tarbiyah."

Jika antum semua ada pendapat, mari suarakan, semoga kita sama-sama dapat memperbaiki diri.

Wallahua'lam...
Muhammad Muaz on October 27 2007 22:02:16

assalamualaikum......artikle ini sgt bagus dan seharusnya di ceritakan kpd budak remaja sekarang supaya mereka dpt mengambil pengajaran dan sedar tntg kesalahan yg mereka lakukan......umair,ana respect anta kerana anta mempunyai semangat yg sgt tinggi utk mengembalikan zaman kegemilangan Rasulullah....ana pun mempunyai semangat seperti anta tetapi masih lagi dlm pelajaran untuk memantapkan iman dan memahami islam dgn sebenar-benarnya supaya ana dpt melakukan amar makruh nahi mungkar besar2.....salah satu cara untuk mengubah umat akhir zaman ini adalah dgn berdoa dan berusaha.....apa yg kita harus lakukan ialah selepas kita berbincang tntg masalah yg dihadapi,kita cari lah cara untuk menyelesaikan nya dan selepas itu bertindak....kerana itu lah yg dilakukan oleh Rasulullah S.W.T...bersatu lah kita menegakkan islam supaya zaman kegemilangan Rasulullah dpt dikembalikan......TAKBIR.....ALLAHUAKBAR!!ALLAHUAKBAR!!BANGKIT ISLAM BANGKIT....clap
eljundiyy_84 on November 01 2007 02:51:24

Assalamualaikum wbt

Bro Umair. I agree with some of your points.
Your desciption about Islamic governance however is not accurate I must say. Stopping others from doing 'maksiat' by closing the relevent premises is not the only thing that can be done by an Islamic government. I agree with you that by simply closing premises like lottery shop will not stop people from gambling as they will surely find their way to do those activies underground.

We need a more holistic approach. Surely tarbiyah at individual level is one of them but I think you've missed other measures that can be played by Islamists if they are in power.

Islamic governance from my understanding is also about spreading justice to muslims and non muslims alike. Isn't this a kind of dakwah? That was how a Jew attracted to Islam as he was treated justly by the judge even when facing prosecution from the caliph (Ali karramallahuwajhah), the most powerful person in Islamic empire.

It is also about encouraging and organising Islamic awareness programs for the non muslims to deal with Islamophobia.

It is also about using the government mass media to combat the Islamic bashing propaganda. I have to admit that the current medium (internet, newspaper, magazine) used by Islamists (JIM, ABIM and PAS combined) in Malaysia is far from enough I am afraid.

It is also about to show the practicality and beauty of the Islamic system. People will be convinced of a system only when they see it in practice. Just take a look at the communism ideology. The spread of the ideology was quite slow when it was kept under intellectual discussions, discourses, small group meetings. However when Lenin managed to turn Russia into a communist state, the spread of communism all over the world was almost unstoppable. Same apply to Islam. Lots of Arabs converted to Islam when the prophet Muhammad SAW managed to establish Islamic state in Madinah, not when he was doing dakwah in secrecy in Mecca.


This is not an exhaustive list surely gembira.

I stop here for now.
umairzulkefli on November 14 2007 14:57:31

Assalamualaikum...

Afwan kerana lambat membalas komen saudara eljundiyy_84, ana agak sibuk dengan exam. Sekarang baru ada masa terluang untuk membalas. Dan insya-Allah ana akan cuba menjawab yang termampu.

Pertamanya, afwan kerana tidak membalas dalam bahasa Inggeris kerana ana tak dapat mengeluarkan idea dengan lancar. gembira

Sebelum itu, ana harap saudara eljundiyy_84 dan semua pembaca yang membaca artikel ana dapat faham bahawa walaupun ana menegaskan bahawa tarbiyyah individu itu sangat penting, tetapi ana tidak pernah sama sekali menolak bahawa kekuasan itu juga penting. Yang silapnya adalah apabila kita hanya berpendapat hanya dengan kekuasaan sahajalah baru kita dapat menegakkan Islam. Lalu dengan berfikiran begini, para aktivis akan bertungkus-lumus, berusaha bermati-matian untuk menguasai kawasan sekitarnya. Bagi masyarakat kampus, bermati-matian menguasai pilihanraya kampus, dan bagi masyarakat luar, berjuang sehabis keringat untuk menguasai politik malaysia. Lalu aspek tarbiyah atau pembinaan individu muslim yang beriman dikesampingkan.

Bagi mereka yang telah mempunyai autoriti dalam memerintah, maka memang sepatutnya mereka malaksanakan hukum-hukum Islam. Tetapi kerajaan yang kita ada sekarang bukannya dipengang oleh mereka yang telah faham akan Islam, bukan mereka yang telah melalui proses-proses tarbiyah. Walaupun ada badan-badan yang berkuasa di kampus, antoriti mereka hanya setakat menjalankan program-program, tetapi bukannya menentukan undang-undang kampus secara menyeluruh. Dan kalaupun ada autoriti seperti itu, jika mereka terus melaksanakan hukum tanpa memberi kefahaman kepada
orang awam, maka pemberontakan pasti akan berlaku, kerana undang-undang diaplikasikan kepada mereka yang tidak menginginkannya. Meskipun bukan pemberontakan terang-terangan berlaku, pemberontakan individu pasti berlaku, seperti yang ana telah jelaskan dalam tulisan ana sebelum ini.

Memang benar seperti yang dikatakan saudara eljundiyy_84, lebih ramai orang yang memeluk Islam ketika di Madinah, bukan di Mekah. Tetapi perlu dikaji dengan teliti apa sebab-sebab berlakunya keadaan itu. Ketika di Mekah, umat Islam menghadapi ancaman dan tentangan hebat daripada kafir quraisy Mekah. Tentangan yang begitu hebat itu menyebabkan dakwah tidak dapat berjalan dengan lancar. Apabila ada sahaja sahabat yang memeluk Islam, maka mereka akan disiksa dengan kejam. Ini menjadi faktor orang ramai takut untuk memeluk Islam. Lalu Allah mewahyukan kepada Nabi agar menukar medan dakwahnya ke Madinah.

Tetapi sekali lagi perlu diingat, baginda Nabi bukannya terus berhijrah ke Madinah dan mendirikan negara Islam di sana. Terlebih dahulu, baginda telah melakukan persiapan dengan menghantar Mus'ab bin Umair dan Abdullah ibn Maktum untuk berdakwah dan menyebarkan Islam di sana tiga tahun sebelum berhijrah. Ini tidak lain bertujuan agar ketika berhijrah nanti Nabi sudah menpunyai sokongan yang kuat daripada penduduk Madinah. Dalam tiga tahun itu, beratus-ratus orang Madinah telah diislamkan oleh Mus'ab bin Umair. Penyebaran Islam di Madinah berjalan lancar kerana kurangnya penentangan daripada penduduk Madinah. Dalam masa yang sama, Rasulullah tidak pernah meninggalkan kota Mekah, malah terus berdakwah di sana. Apabila telah sampai masanya, baginda mengarahkan para sahabat berhijrah ke Madinah. Apabila semua sahabat telah berhijrah barulah akhirnya Baginda dan Abu Bakar berhijrah.

Hanya selepas itulah baginda nabi mendirikan negara Islam yang pertama. Hanya selepas penduduk-penduduk yathrib(nama Madinah sebelum hijrah) ramai yang memeluk Islam. Selepas mereka menerima TARBIYYAH Islam secara total. Nabi tidak membina negara Islam secara terburu-buru, tetapi setelah melalui perancangan yang rapi lagi utuh. Ini menunjukkan bertapa pentingnya aspek tarbiyyah.

Sekali lagi ana menegaskan kata-kata Syaikh Mustafa Masyhur:
"Tarbiyyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya tidak berguna tanpa tarbiyyah."

Wallahua'lam..
umairzulkefli on November 14 2007 14:58:31

ASSALAMUALAIKUM


DALAM MENGHADAPI ZAMAN YANG SANGAT-SANGAT MENCABAR DENGAN KADAR KERUNTUHAN AKHLAQ DAN MORAL PARA REMAJANYA YANG SANGAT-SANGAT TINGGI INI, KITA MEMERLUKAN JIWA-JIWA YANG MAHU MEMBAWA PERUBAHAN DAN KEBAIKAN AGAR GENERASI DEPAN AKAN INSYA-ALLAH, DAPAT DIPERBAIKI.

OLEH ITU KAMI MENAWARKAN KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI PROGRAM TARBIYAH MELALUI USRAH @ HALAQAH BAGI MEMPERSIAPKAN DIRI UNTUK TURUN KE MASYARAKAT DAN SETERUSNYA BERDAKWAH.

ANTARA PENGISIANNYA:

1) TILAWAH AL-QURAN
2) TADABBUR AL-QURAN
3) ISU-ISU SEMASA UMAT ISLAM
4) KAJIAN BUKU-BUKU ISLAM
5) SIRAH TOKOH ISLAM
6) KAJIAN MANHAJ ISLAM DALAM DA'WAH, IBADAH, IMAN, AKIDAH DSB.
7) MUSYKILAH

KAMI JUGA MEMANTAU PERKEMBANGAN INDIVIDU DAN PARAMETER IMAN PARA AHLI DENGAN PEMANTAUAN MUTABA'AH (PENGAWALAN IBADAH)

MATLAMATNYA AGAR SETIAP INDIVIDU DAPAT MENINGKATKAN PRESTASI DIRI MASING-MASING.

USRAH @ HALAQAH INI AKAN DIADAKAN MINGGUAN,DI MANA SAHAJA ANDA BERADA. TIDAK KIRA DI MANA ANDA BERADA, KAMI AKAN MENEMUI ANDA, INSYA-ALLAH.

TERBUKA KEPADA SESIAPA SAHAJA, LELAKI DAN PEREMPUAN. TIADA BATASAN UMUR.

KEPADA YANG BERMINAT, SILA MSG ANA. BERIKAN :
1) NAMA PENUH
2) NO CONTACT
3) IPT/IPTA

BOLEH JUGA MAIL KEPADA ANA : blue_shark89@yahoo.com
SEBARANG PERTANYAAN, SILA MSG ANA.


MARI KITA TEGAKKAN ISLAM BERSAMA-SAMA
KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI?


"TARBIYAH BUKAN SEGALA-GALANYA,TETAPI SEGALA-GALANYA TIDAK BERGUNA TANPA TARBIYAH" -MUSTAFA MASYHUR-
sharouk7 on December 10 2007 23:37:29

Kalaulah boleh dibangunkan model Al Arqam tanpa ada unsur-unsur yang meragukan kan bagus.*argue*
jejaka senja on January 26 2008 04:43:42

salam..
saya setuju ngn umair zulkifli...
'tgk mentaliti'
maaf kalo agak kasar..
tapi pandangan peribadi saya..
mentaliti pegunjung iluvislam ni pun...
banyak komen kat isu2 couple...
sgt besar prbezaan...
nk compare ngan isu2 camni...
so,melentur buluh biarla dari...
ILUVISLAM..
gembira:D
mirazam on February 01 2008 23:15:50

jika ingin lihat masa depan negara,lihatlah pada remaja pada masa kini

~imam al-ghazali
hamba_Allah on February 28 2008 19:26:29

salam.
minta izin penulis utk sebarkan artikel ini utk bacaan kwn2 yg lain.
terima kasih. *happy*
Shinigami on March 05 2008 15:10:34

asalamualaikum

sesungguhnya pada zaman akhir ini, kita tahu kiamat itu pasti hadir. Iman mereka telah berkurangan dan ramai terpesong. Yang mana salah dikata benar dan yang benar dikata salah.

so, conclusion is that adakah iman masih tetap kepada Yang Esa?

atau mereka telah berjalan ke atas jalan yang menyesatkan?

Contoh salah satunye ialah membaca Al Quran dan Solat.

Selalu baca dan memang bersolat, tetapi kepercayaan iaitu iman mereka jika tiada dalam hati mereka maka segala perkara yang dilakukan telah pun disia sia.

So, jika sembahyanng bagaikan air yang melalui seperti disungai yang mengalir sahaja, segala-galanya merugikan sahaja.

betul tak?

Wallahualam
aura insani on April 11 2008 11:38:01

ya Allah..bantulah aku dalam memelihara solatku...
zymah on May 03 2008 21:00:42

assalamualaikum* real sad article nie sesuai utk saya buat tazkirah kat asrama...
syukran jazilan ya akhi.................anda betul2 menginginkan perubahan dalam diri remaja sekarang........but..im sure bukan senang nak buat semua nie.....but at least we try......
Muslim never give up........teruskan usaha anda,......may Allah bless you......chayok!!!!!
Hamba99 on June 10 2008 23:50:39

assalamualaikum

ana pun baru je melalui tarbiah ni.. mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu pada ana. tp apa yg pasti, ana nk ubah diri ana, then keluarga ana, then kwan2 ana, then masyarakat ana. bagus usaha anta.
kumilikMu on June 25 2008 08:57:22

Hamba99 on June 10 2008 23:50:39



ana pun baru je melalui tarbiah ni.. mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu pada ana. tp apa yg pasti, ana nk ubah diri ana, then keluarga ana, then kwan2 ana, then masyarakat ana. bagus usaha anta.

assalamualaikum...sama la tu cam ana...sedang berusah memngubah diri, kluarga, kengkawan dan anak2 murid...

kekadang sedih tgok durang nie yg masih mentah lagi..ntah apa kan jadi masa depan durang...

Semoga kita diberi kekuatan dan hidayah serta petunjuk tuk membantu diri kita dan orang2 sekeliling kita...Dan semoga orang2 sekeliling kita dilembutkan hati untuk meneriam hidayah, petunjuk dan ajaran yg kita berikan..Amin...amincomfort
Adawiyah Juzailah on July 06 2008 04:26:16

Semoga remaja2 kini diampunkan dosa2 mereka dan diberikan hidayah drpd Allah~
the NiGht on November 03 2008 00:49:52

assalamualaikum
gembirasalam..a big congratulation for ur amazing article....
i hope all of us will take serious and do action as a Muslim to cope with the mentioned issues....
Islam is the solution for all da problems..INSYAALLAH....
ALHAMDULILLAH...
alhamdulillah
iluvislam
areena aqilah on December 04 2008 15:32:03

bismillah

ARTIKEL ini buat saya berpiker skejap... TERIMA KASIH..
artikel tok polah menyentuh ati mek.. maksh glak2..

syukran..
maizatul zariah on October 05 2009 12:34:49

saya juga merasa sedih sekai dengan kehidupan adik2 islam sekarang..saya takut,sedangkan diri sendiri kita perlu betul2 kawal segalanya,apatah lagi adik2 yg bru melangkah ke alam dewasa..sad
paling sy takut,bgaimanakah skiranya 1 ari nti sy bkahwin dan bgamana msa dpan anak2 sya..sad
paper on November 30 2009 17:53:46

WAH....AMAT MENBINA.
byk mebantu saya dlm siapkan tugasan baru2 ni....
moga2 dpt baca lbih byk lagi lps ni....clapalhamdulillah
amin.....
nurlaily on December 16 2009 12:31:06

kite kn atgakkn blik islam ni..
ni tggungjwb kite..
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya."
spacer