Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Maaf

Maaf
www.iLuvislam.com
oleh : afiqawe7



"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~…
-Amin, UK-"

***********

Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.


Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.

Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…

Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sket la pendek cerita!."

"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.

"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.

Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!

"Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.

Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'

Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.

Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.


'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.

"Esok free tak? Boleh kita chatting?"

"Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday' aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.

"Ok.Tq..." balasnya pula.

Keesokannya, aku menanti awal dia online.

'Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in.

Oh, tepat sungguh waktunya...

Amin: assalamualaikum wbt.

Wani: wsalam…

Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak?

Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tp takpe, ok je semua

Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week...

Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...

Wani: wah, rajinnya... baguslah!

Amin: hurm...

Amin: study macam mana?

Wani: ok je... new sem ni berat sket.. Jadual pack.

Amin: oic...

Amin: takpe, study rajin2 ye..

Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…

Amin: hurm…

Wani: apa dia? tanya la… sila2..

Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan?

Wani: so, statusnya kawan je la…

Amin: hurm…

…..

Wani: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..

Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…

Wani: jadi…

Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…

Amin: sbb……

Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…

Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…

Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’…

Amin: huh…

Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…

Amin: kononya Islamik…

Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…

Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’ nieh..

Amin: hurm…..

Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…

Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…

Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…

Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…

Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…

Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…

Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…

Cinta hakiki hanyalah pada Allah…

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.

Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.

Aku terus menjawab ringkas….

Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…

Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.

Wani: wassalam.

Signed out

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.

“Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai.” Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.

“Ya bang, Wani turun…”

Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’ kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program ‘Belia Negara 2057’ esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.

 



67 Comments · 19002 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 95% [40 Votes]
Very Good Very Good 2% [1 Vote]
Good Good 2% [1 Vote]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
xbgsx7 on July 09 2007 12:13:08

clap...penuh pengajaran..
tindakan yg betul diambil oleh Amin..
Tapi...ermm, bolehkah? betulkah? mengapa? xboleh ke?
hakikat gitu ke? ada lagi ke? perlu ke? sempit sgt kah jalannya?hmm!
byk yg bermain d fikiran aku..
Joseph on July 09 2007 12:27:14

wah2...
hebat betul penulisan afiqawe7 .........

nak dengar sambungannnya............
alhan on July 09 2007 13:18:44

erm...sungguh terkesan pada diri...

''janganlah kamu korbankan islam tetapi berkorbanlah untuk islam''
raudhatul_iman on July 09 2007 13:52:15

subhanAllah..very nice afiqawe7....clap
wany_hk89 on July 09 2007 22:19:03

yaAllah....lindungi diri ini dari cinta manusia yang lagho....
Im Koyube on July 09 2007 23:44:03

aiseh...aduh...best2..masyaAllah,hebat afiq,terror hang buat cerpen..tepat kat batang idung ni ha..tapi kisah lame la...clap
afiq,awat 2057,bukan 2020?
nur_iman on July 10 2007 01:02:38

alhamdulillah...
time kasih byk2 utk afiqawe7 sbb menyedarkan insan yg lalai ni... clap
Im Koyube on July 10 2007 01:08:26

menurut afiqawe7,cerpen ni ditulis berdasarkan kisah benar..based on my xperince plak,ramai je kawan yg camni..it's not impossible...nak tak nak je..nak ikut nafsu atau nak jage hati dan iman..gembira
afiqawe7 on July 10 2007 01:38:58

Thanks. insha Allah kita sama-sama ambil pengajarannya...*yup*

Imran > erh, btau kat sini lak...*nonono*... nasib baik tuan punya bdn tak kisah...
& yg 2057 tu, Pak Lah nye vision - 100 years after Merdeka...
Wardatul-Syauki on July 10 2007 10:51:18

Alhamdulillahi Rabbal 'Alameen,

Akhirnya, menulis juga... =)

Keep up the good work, moga redha Allah mengiringi selalu..
musfirah_solehah on July 10 2007 13:11:02

tayyib anta buat cerpen nih..tersentuh ht ana membacanye..mg trus berdakwah..yes
farah husna on July 10 2007 14:08:56

*yup*...
nice story..clap..
based on ur xprience ek?tapi ending die camtu ke?
kalau sambung je cerpen nih bg jadi novel leh tak?..*wait*
rasenye bleh jadi cam novel ayat2 cinta tu..novel tu memang best..
penuh pengajaran...
keep up good work..semoga ALLAH berkati usaha ni..
iman_qistina on July 10 2007 17:35:37

cinta kepada ALLAH adalah cinta yg HAKIKI..
al-urduni on July 10 2007 19:41:34

bagus,bagus..amalkan selalu..
widadtuneo on July 11 2007 15:00:28

*yup*
very good story!
a eye-opener for me..
widadtuneo on July 11 2007 15:01:07

ops silap!
*an eye-opener
Ruzaini on July 12 2007 08:06:11

Subhanallah! mantap! huhu... cerita ni mcm familiar wif sumone.. heh
Tirana on July 12 2007 11:31:38

best cite ni dan byk betulnya..ade tak cerita yg couple pastu akhirnya kawin juga..mcm byk je kat luar sana..
adilah on July 13 2007 00:54:16

jodoh,rezeki dan ajal kita dah tertulis sejak azali lagi...put your trust in God..insyaAllah..*yup*
-Shafiq- on July 15 2007 01:04:41

cerita nih banyak familiar dgn org laa.. kawan2 kita jugak...
norayhunt on July 15 2007 20:49:49

clap
Ruzaini on July 16 2007 23:17:52

Familiar ngan ko jgak ke Yoseph? hehe *tongue*
-Shafiq- on July 18 2007 17:34:35

hahaha... takkan nak mengaku? kehkehkeh
firdaus on October 02 2007 10:35:46

dasat!!dasat!!clapclap
raudhotul_firdaws on December 03 2007 22:02:59

huhu..bagus r.. citer ni.insyaallah ia menyedarkan insan yg lain..:D
Hamba Allah on December 08 2007 21:43:44

itulah sebaik keputusan*yup*
al-insani on December 15 2007 00:34:16

ana setuju dengan Hamba Allah*yup*
rosfazni on December 15 2007 20:01:06

salam..hmm..adoi...ni ksah realiti ker...erm...mesti ssh nk wat kptsn mcm tuh..lbh2 lagi.melpskn owg trsyg..tp kerna ALLAH..mende ssh pon jd sng...clap
Saiful Mujahidah on December 18 2007 09:11:36

salam..
Alangkah bahagia dunia.. seandainya setiap lelaki seperti 'Amin'.... syukran 'ala kulli hal.

p/s: betulkan apa yg salah dalam diri ana.*dull*
adibah_najihah on December 19 2007 02:27:10

salam ...

mabruk kepada penulis. tak semua yg kt rasa baik utk kita adlh terbaik di sisi ALLAH no

matlamat tak menghalalkan cara. jd perlu sahabat utk sntiasa mengingatkan. *smile*
asyfaq on December 20 2007 15:21:10

bgus cite ni.harap sume dpt ambil iktibarclap
saDness_00 on December 23 2007 15:08:59

salam..suka la citer nie....tp knapa sy masih blum sedar dari realiti yg sebenar??? anyway, thanx 4 da story...byk memberi iktibar kpada sy
munnaznam on December 23 2007 16:35:02

salam..suke sgt kisah ni...
baca byk kali pun tak jemu sbb byk pengajarannya!!!
clapclapclapclapclapclapclapclap
Hanis Athirah93 on January 26 2008 15:54:01

kisahnyer dgn amin hampir same dgn kisah hidup ana..cume wataknyer berbeza skit..
alhamdulillah stkt ni ana mampu mmprthnkan aper yg ana perjuangkn..
moge2 allah tbhkn hati ana ni..
hmm,best citernyer..
may allah bless u..
salam..
Cikgu Mya azalea on March 23 2008 11:11:01

artikel nie btul2 memberi makna buat dri nie...thumbs up
muzZern on March 23 2008 12:25:58

Ya Allah, subhanallah..bantulah kmi..comfort
halawatul_ibtisam on April 20 2008 13:42:12

assalamualaikum*

membaca ini..
diri rasa tersindir....kisah yg hampir sama....
statusnya kawan....namun tahu di hati bukan begitu.....
diri ini juga harus bertindak....
moga hati kembali tenang......real sad

ya Allah...berikan hambaMu ini kekuatan...
bantulah hambaMu ini dalam mencari cinta hakiki....
cinta ILAHI......amin...insyaAllah....
sai_90 on June 24 2008 12:14:37

terima kasih untuk penulis cerprn ni...
btul2 trase ngan crite die...
sy masih prlu bimbingan utk mmandang terus jke jln Allah... comfort
doakn sy...
NaemH on July 10 2008 15:04:19

assalamualaikum
comfort
thumbs upclap
balqis_ana on July 18 2008 17:16:42

salam....

dlam cerpen nie cam nak sama jak ngan kisah sya..
sya skang nie tgh bersahabat gak gan sorang lelaki..
dia sndiri pun ckp yg kmi nie shbt...
dia sorng y cam amin gak la..
harap2 kita org dpt jga batasan Amin....
Apa2 pun cerpen nie sgguh bermanfaat...

samalah kita amek iktibarnya....clapthumbs upyes
nazarudin89 on August 12 2008 11:08:44

alahamdulialah article yang bagus dikadikan pengajaran...wasalam
NurQaseh on August 25 2008 23:24:58

alhamdulillah..cerpen ni banyak mberi pengajaran pd kita semua..
tapi banyak gak yang tersirat disebalik cerpen ni..apa kata penulis?hehehe...
kesian gak kat "siti syazwani"..=)semoga "siti syazwani" tabah dan dekatkan diri pada Ilahi..

untuk pengetahuan semua, penulis sudah pun selamat diijabkabulkan pada 8.8.08 yg lalu..semoga penulis menemui serikandi perjuangannya yang sebenar....selamat pengantin baru..semoga hari2 yang dilalui bersama penuh barakah..
hatim92 on August 26 2008 11:58:29

x sgka gak dlm diam da twat salah...
teacher_mira_89 on August 26 2008 22:58:02

cite yg agk sm ngn kenalan..
tp that boy just go off like that...kn la yg kwn pompuan ni cri sndri makna dsblik kapel..
alhmdulilah dia dpt jg mencari cinta ilahi
to the boys................
klau dh rs dri dh insaf n dh dpt hdyh,terus terang ngn girl jgn biar terkapai-kapai cm 2..
keep up d good writng..
Hamira on September 19 2008 21:36:44

assalamualaikum
2 thumbs up
Crita yg bgs...mmg byk hal ni kat luar~ n prnh tjebak dlm suasana gni. at d end,only tears accompanied me... tp dsblk tu ada hkmh dier.. Allah timpakan kekecewaan utk kita spy kita kembali pada Dia n x lupa Dia..Allah tahu stiap apa yg kiter buat tp Dia ska kita mrintih kat Dia sbb kita akan lbh dkt dgn Allah...
nur_lover on November 13 2008 05:40:48

adush..brape ramai lah lelaki y mcm 'amin' (ms die kat UK) tue..susah kn.. Ya Allah..mmg tabik spring la klu ad lelaki mcm tue..susah nk lafaz kn kate2 perpisahn tue..kn..harapla cite nie..bkan dan x akn jd sbahagian sejarah hidupku kelak..amin..nie..article y sgt2 best..
tahniah wat afiqawe7..
Azrin Hazrina on December 15 2008 03:25:54

clap
moga ianya menjadi ikhtibar kepada kita semua ...
Aidil_94 on January 04 2009 20:25:46

assalamualaikum
bismillah
waa... amat bermakne sekali..clapclap
huhhuu.. sedih2....
apa pun bukan senang hendak lalui keadaan seperti itu..
kita ini hanya insan yg kerdil di sisi tuhan..
harus la cpt meminta ampun kepada nyer klau ade tersalah-silap..
eerrmm... sy akan cube untk berbuat demekian..insyaAllah
....amin..
clap
clapclap
clapclapclap
clapclapclapclap
clapclapclapclapclap
clapclapclapclapclap
clapclapclapclapclapclap
clapclapclapclapclapclapclap
clapclapclapclapclapclapclapclap
clapclapclapclapclapclapclapclapclap
AKU_HAMBA-NYA on February 03 2009 02:59:27

assalamualaikum
alhamdulillah bagusnye citer nie.... terima kasih kongsi citer nie....gembira
sal_islam07 on May 16 2009 12:51:28

salam...
clapclapclap
bgus crite nie...
thank coz sudi share dgn org len...
btul tindakn amin tu...caranya lembut, dan tajam tapi bgi yg sensitif mgkin akan makam dalam...hehe...comfort
salam...
NatureLovers97 on June 04 2009 15:43:24

cat
fasyaa_1395 on June 05 2009 12:36:07

alhamdulillah,
lps bce cter ni,
sy insaf,,,sobsob
timer kasih bbyk....clapclapclap
NatureLovers97 on June 05 2009 13:43:35

bce byk kli pon tak jemu.. cite ni memberi kesan yg amat mendalam kpd ana... Hrpnya ana akn jdi sprti siti syazwani yg menerima teguran dgn hati yg terbuka..amin
fiezah_D Islamku on June 05 2009 14:37:12

maknanya....

laki n perempuan lbeh bek tak perlu bkwn lah eak???hmm!
saia knk2 muslim on July 02 2009 18:10:02

clapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclap...............thumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs up...............gringringrin....good story
irsyad89 on July 03 2009 18:04:12

yg penting skli adlh cnta kpd Allah..
itulah cinta yang hakiki...

-hablum minallah...
rose ainnie on September 09 2009 13:23:55

i oso will try....
nice article
keep it up
clapthumbs up
ila_ari on September 11 2009 20:33:15

bismillah assalamualaikum story yg mnarik...thumbs up thumbs up truskn brkongsi ngn km smua....grin grin mnx kbnran nk copy ye...yes thanz..cloud 9
nicemuslim on November 08 2009 17:58:51

assalamualaikum....mintak copy bleh..??btw....story nie memang sedap...thumbs upthumbs upthumbs upTAHNIAH kpd penulis...
iyda syah on November 28 2009 23:15:42

alhamdulillah..
thanx amin..
u make me notice it..thumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs up
nuradisya on December 01 2009 09:29:30

InsyaAllah.. yesyesyes
wardatul shauqah on December 08 2009 22:41:25

alhamdulillah
ade pngajran br bole d'ambel dr artikel nih....

best la artikel nih..thumbs upthumbs up

thniah wat penulis...clapclapclap
izzatizai on January 30 2010 01:00:01

assalamualaikum

cerita ni mcm kisah sy. terima kasih gembira

iluvislamyes
im muslimah on February 10 2010 13:47:45

cerite ni mcm kna pada saya la..clapclapclap
bes...pnuh pengajaran..
wardah balqis on February 11 2010 21:02:34

Assalamualaikum..

cerita yang disampaikan sangat menyentuh hati saya,,
walaupun saya xpernah bercinta..


syukran..

saya akan ingat cerita nie forever..,
Aisya Sakinah on April 01 2010 18:38:29

Astaghfirullah al'azim.. berdosanya ana.. syukran lillah masih menyayangi diri ini untuk kembali bertaut ke jalan redha-MU.. terima kasih sahabat.. ini ingatan yg amat bermakna buat ana.. smoga kita sama2 menghayati dan mantapkan lg CINTA kita kpd YANG SATU.. amin pray
hatim92 on August 06 2010 17:03:56

alhamdulillah...
dulu diri ini temasuk dlm golngan ni...
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer