Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.- Albert Camus"
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Pengenalan kepada bible..

http://www.asht.info/assets/images/TM_Bible_Side_Large.jpg


Kitab Bible

1) ‘Bible’ berasal daripada perkataan Greek ‘Biblos’ yang bermaksud Collection of Books (himpunan beberapa buah buku).

2) Ini adalah kerana kitab Bible merupakan sebuah buku besar yang menghimpunkan beberapa buah buku kecil yang ditulis oleh penulis-penulis yang berbeza.

3) Kitab Bible terbahagi kepada 2 bahagian; The Old Testament (Perjanjian Lama) yang mengandungi 39 buah buku kecil, dan The New Testament (Perjanjian Baru) yang mengandungi 27 buah buku. Maka jumlah kesemua buku-buku kecil di dalam kitab Bible adalah 66 buku menurut mazhab Protestant. Manakala bagi mazhab Roman Catholic pula, mereka menambah 7 buah buku lagi ke dalam kitab Bible mereka dan menjadikan jumlah keseluruhannya 73 buah buku.

4) Kitab Bible mempunyai beberapa versi yang sangat berbeza antara satu sama lain. Antara versi yang terkenal adalah King James Version, Revised Standard Version dan kini, New International Version.

http://www1.istockphoto.com/file_thumbview_approve/2225862/2/istockphoto_2225862_plus_and_minus.jpg


5) Perbezaan versi kitab Bible adalah sangat berbeza dengan perbezaan versi terjemahan Al-Quran, kerana perbezaan versi terjemahan Al-Quran hanyalah melibatkan perbezaaan dalam pemilihan kata yang sesuai dan ianya bergantung kepada penterjemah itu sendiri. Manakala perbezaan versi di dalam kitab Bible pula melibatkan penambahan serta pengurangan ayat yang difikirkan sesuai oleh golongan cerdik pandai mereka.

6) 5 kitab pertama di dalam Old Testament; iaitu Genesis, Exodus, Leviticus,Numbers & Deutronomy, dipercayai oleh penganut Kristian sebagai telah diwahyukan kepada Nabi Musa a.s. Namun ianya bukanlah kitab Taurat sepertimana yang diimani oleh umat Islam, kerana jika dikaji dari sudut bahasa, ia merupakan catatan sejarah yang sebenarnya ditulis oleh pihak ketiga, bukannya oleh Nabi Musa a.s. sendiri.

7) Manakala 4 buku pertama di dalam New Testament pula; iaitu Matthew, Mark, Luke & John, dinamakan sebagai Gospels; iaitu kitab yang mencatat perjalanan hidup Nabi Isa a.s.

http://www.montenegro.org/pictures/abeceda.gif


8) Old Testament yang asal dipercayai telah direkodkan menggunakan bahasa Hebrew (Ibrani), manakala New Testament pula dipercayai telah direkodkan menggunakan bahasa Greek. Kemudiannya ianya telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa dari seluruh dunia, termasuklah bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan bahasa Arab.

9) Konsep kepercayaan golongan Kristian terhadap Kitab Bible adalah sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan konsep kepercayaan umat Islam terhadap Al-Quran.

10) Mereka tidak berpegang kepada konsep ‘Verbal Revelation’ (wahyu secara harfiyyah atau perkataan demi perkataan) sepertimana yang umat Islam percaya terhadap Al-Quran.

11) Bagi umat Islam, wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t. melalui perantaraan Jibrail a.s. dalam bahasa Arab kepada Nabi Muhammad s.a.w. tidak akan berubah kandungannya, mahupun struktur ayatnya walaupun satu huruf sehinggalah hari Kiamat. Perbezaan akan wujud hanya di dalam versi terjemahan yang berbeza, kerana penterjemah yang berbeza semestinya mempunyai pemilihan kata yang berbeza.

http://www.nalsofmichigan.org/images/Great%20Idea.jpg


12) Namun bagi golongan Kristian, mereka mempercayai bahawa ‘Holy Spirit’ atau ‘Ruhul Qudus’ (dipercayai sebagai elemen ketiga dalam konsep trinity selain Tuhan Bapa & Jesus) telah memberi ilham kepada individu-individu tertentu untuk menulis wahyu yang hendak disampaikan berdasarkan kefahaman masing-masing.

13) Kerana itulah para pengkaji Bible amat pelik melihat persamaan teks (perkataan demi perkataan) yang terdapat antara 2 Kings 19:1-37 dan juga Isaiah 37:1-37. Tidak mungkin 2 individu berbeza yang jarak masa antara satu sama lain menjangkau ratusan tahun (kerana 2 Kings merupakan salah satu buku daripada Old Testament, manakala Isaiah merupakan salah satu buku daripada New Testament) mempunyai pemilihan kata yang sama dalam mengarang sesuatu teks tertentu secara kebetulan.

http://sociology.camden.rutgers.edu/jfm/plagiarism/plagiari.jpg


14) Dalam undang-undang penulisan dan karangan, ianya dinamakan sebagai ‘Plagiarism’ atau ciplak.

15) Terdapat juga beberapa buah buku di dalam New Testament (seperti Hebrews) yang sehingga kini masih belum dapat dikenal pasti lagi siapakah penulisnya.

The image “http://www.dcs.hull.ac.uk/dcsImages/question%20markSml.JPG” cannot be displayed, because it contains errors.

 



15 Comments · 4331 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.
Comments
Joseph on June 30 2007 22:18:19

nice one effysaiful
kat luar negara boleh banyak peluang debat terbuka dengan kristian. boleh lagi faham agama depa*slap*
innnsan on July 02 2007 09:53:15

Terima Kasih.. ni boleh djadikan hujah debat..

pc
muhdasyraf on February 20 2008 21:20:13

ya,terima kasih bebanyak ye.. =)*rolling*
haffiz on February 26 2008 14:26:17

boleh x nyataka nama surah dalam bible.,.,
syuk88 on June 13 2008 00:36:06

assalamualaikum
salam..

sekadar pendapat dan pandangan dri ana...
apa kta iluvislam jemput brother shah kirit bg menjawab dan menerang tentang perbezaan agama ini..
ana rasa beliau org yg layak dan bnyak pengalaman dlm bidang ni..
ana rasa beliau bantu..
sekadar pandagan drpd ana..

wallahualam..
Tsukasa on June 26 2008 10:59:00

thumbs up Info yg sgt berguna. Thanx effysaiful.. alhamdulillah
Nursyafiqah on June 26 2008 15:43:19

cloud 9

Saya tersangat-sangat setuju dengan artikel ini..Ini kerana apa yang tertulis dalam artikel tersebut tidak boleh di sangkal lagi..Sebagai pengenalan,Saya merupakan seorang penganut agama Christian Catholic..hati saya terbuka untuk mengenali Islam disebabkan kesalahan-kesalahan yang saya dapati pada bible..

- Saya terfikir kenapa christian banyak mazhab?
- kenapa setiap mazhab pula tidak menggunakan bible yang sama?
- Dan juga apabila saya membuat perbandingan bible dari beberapa tahun yang dulu berbanding sekarang, BANYAK yang telah di tokok tambah dan juga di hapuskan/di kurangkan dari dalam bible..
- Kalau saudara dan saudari nak tahu, dalam bible ada tertulis di larang untuk menyembah atau memuja berhala atau patung2 dan sebagainya..tetapi bagi umat christian sebelum memulakan sembayang, "Cross" atau salib perlu ada untuk memulakan sembayang..
- Dan juga orang2 chirstian menganggap nabi isa saw atau Yesus itu sebagai Tuhan allah.. mana mungkin Nabi isa blh menjadi tuhan sedangkan ALLAH yg wahyukan beliau..

saya kadang2 sedih melihat kawan2 yg turut beragama Christian ini tidak menyedari kesalahan yang MEMANG JELAS terdapat dalam bible..
Jika nak di ikut betul, banyak sangat KESALAHAN yang terdapat dalam bible yang tidak di pedulikan oleh orang2 Christian ini..

Sekarang saya sedang mempelajari dan mendalami agama Islam.. Sebab saya tak nak terus berpegang kepada ajaran yang mungkin kurang tepat bagi saya..

saya harap bila saya benar2 telah menjadi umat Islam , saya dapat membuka mata kawan2 yang beragama Christian utk melihat KESALAHAN yg ada di depan mata mereka..

salam...
eleanor on July 23 2008 12:41:36

nice article. but then there r some errors in the article. dlm article d atas, ada menyebut ttg buku 2kings dan isaiah. sebenarnya ke2-2 buku ini adalah dlm old testament. dan bknnya terpisah. dan utk saudari connie88, adalah tdk d wajibkn bg penganut christian utk membuat tanda cross sblm berdoa. dan walaupun terdpt mazhab, tapi tetap menyembah tuhan yg sama
Ya Humaira on October 09 2008 23:40:43

kepada sesiapa yang membaca komen ini>>>

Sila buka Rakansiswa.com, laman web ini agak merbahaya... terutamanya bagi yang kurang arif tentang perbandingan agama Islam-kristian.. Cuba layari...
MujahidEEn_89 on July 30 2009 14:20:23

13) Kerana itulah para pengkaji Bible amat pelik melihat persamaan teks (perkataan demi perkataan) yang terdapat antara 2 Kings 19:1-37 dan juga Isaiah 37:1-37. Tidak mungkin 2 individu berbeza yang jarak masa antara satu sama lain menjangkau ratusan tahun (kerana 2 Kings merupakan salah satu buku daripada Old Testament, manakala Isaiah merupakan salah satu buku daripada New Testament) mempunyai pemilihan kata yang sama dalam mengarang sesuatu teks tertentu secara kebetulan.


adakah ini hujah yang akan digunakan oleh mereka bagi mengatakan agama mereka adalah agama yg benar?
nur hanna alyssa on September 06 2009 16:26:46

saya setuju ttg apa yg anda comment..saya sblm ini adalah penganut agama kristian catholic mmg byk kemusykilan & tanda tanya jika kita lihat dr segi cara sembayang & ajaran dlm bible..Alhamdullilah slps saya memeluk islam baru la saya nmpk lbh jelas perbezaan kristian & islam..thumbs up
deedat II on October 15 2009 13:02:21

clapprotestan,ortodok,katolik wait for me to defeat all of you
insyaAllah
jue_84 on December 23 2009 12:43:08

clap
NURiMAN91 on February 05 2010 18:26:47

tok pengetahuan.. nur shafiqah..
sy juga penganut KRISTIAN KATOLIK..
dan kini sy sdg mndlmi islam...
sy dh sdr akn hal ini..
cloud 9
muhammadzharif6236 on March 29 2010 15:05:58

Utk Hafizz, nama surah2 dlm bible blh dirujuk dlm sebuah buku yg amat bagus brtajuk The
Choice: Islam and Christianity karangan almarhum Ahmed Deedat.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer