Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya"
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Terbaru Dari iLuvislam : Dakwah Viral dan MARS

Terbaru Dari iLuvislam : Dakwah Viral dan MARS
www.iluvislam.com
Im Koyube
Editor : Im Koyube




Dakwah Viral

Jika Johor Corporation terkenal dengan konsep ‘Jihad Bisnes‘ untuk berdakwah, kami di iLuvislam juga ingin memperkenalkan dan mempopularkan suatu konsep yang unik dan belum pernah diperkatakan oleh orang kebanyakan: ‘Dakwah Viral‘.

Dakwah Viral adalah suatu konsep murni yang diperkenalkan oleh Presiden iLuvislam.com, En. Mohd Nurul Imran Koyube pada 1 April 2010.

Ia merupakan suatu inovasi islamik dari istilah yang selalu dikaitkan dengan pemasaran, perniagaan dan internet; viral marketing.

Beberapa definasi viral marketing adalah seperti berikut:

  • A technique aiming at reproducing “word of mouth”
  • Marketing phenomenon that facilitates and encourages people to pass along a marketing message

Idea untuk mempopularkan konsep ini diperoleh setelah beliau menyertai pelbagai seminar perniagaan antarabangsa dan juga seminar internet antarabangsa semenjak awal 2009. Istilah yang kerap didengari semasa seminar adalah viral marketing. Antara tokoh yang pernah memberi tunjuk ajar kepada beliau adalah Stephen Pierce (multi-millionaire Internet Wealth Advocate), Ewen Chia (World no. 1 Super Affiliate), Tom Hua (a self-made multi-millionaire product-creation expert), Alok Jain (viral marketing expert), Dr. Irfan Khairi dan lain-lain.

Walaupun kebanyakan ilmu yang diperoleh daripada jutawan-jutawan di atas adalah bertujuan untuk menjadi kaya dengan duit dan harta, namun En. Imran Koyube sentiasa memikirkan akan cara memanfaatkan ilmu serta pengalamannya bagi mengembangkan dakwah Islam.

Alhamdulillah berbekalkan semangat kental serta jaringan yang dibina bersama iLuvislam, beliau dengan rasminya memperkenalkan konsep Dakwah Viral. Buat permulaan, terdapat 2 produk percuma yang dilancarkan secara rasmi pada 1 April 2010 :

  • MARS (Majalah Remaja Sempoi) dengan kerjasama Flarebiz Network
  • MEOW (Message of The Week)

Semoga dengan kelahiran 2 produk di atas mampu memberikan satu momentum besar kepada masyarakat Islam secara umum dan juga iLuvislam secara khusus untuk terus memikirkan cara terbaik dan terpantas dalam menyebarkan ayat-ayat cinta Allah.

MARS Edisi Pertama

 


Sejarah & Konspe MARS

MARS atau Majalah Remaja Sempoi adalah sebuah majalah e-book dakwah santai yang diterbitkan bersama di antara iLuvislam.com dan Flarebiz Network bermula 1 April 2010.

Konsep MARS adalah:

  • sempoi dan santai : ia bertujuan untuk menembusi golongan remaja yang kurang mengamalkan ajaran Islam
  • dakwah viral : majalah e-book yang dimuat turun akan dikongsikan bersama rakan-rakan lain dengan mudah tanpa memerlukan internet

Nama MARS dipilih ketika mesyuarat pertama di antara pihak iLuvislam.com yang diwakili oleh En. Mohd Nurul Imran Koyube (Presiden iLuvislam.com) dan En. Mohd Fitri Zainul (Head of Technology iLuvislam.com) serta wakil Flarebiz Network; En.Mohd Zhafran Mohd Ghani (IT Executive) dan Hanny Ramzy (Internet Entrepreneur).

Asalnya pihak iLuvislam.com ingin ‘outsource’ projek E-Book dakwah kepada syarikat Flarebiz Network yang terdiri daripada pakar-pakar Internet Marketing. Namun setelah perbincangan panjang, pihak Flarebiz Network ingin bekerjasama dengan iLuvislam.com dalam menyebarkan ayat-ayat cinta Allah.

Buat pengetahuan pembaca, iLuvislam.com dan Flarebiz Network terdiri daripada anak-anak muda Malaysia dengan ‘range’ umur 20-24 tahun.

Jadi, MARS merupakan suatu projek unik kerana ia adalah hasil usaha anak-anak muda yang mahu membantu anak-anak muda lain.

Buat permulaan, MARS akan diterbitkan sekali sebulan; pada 1 hari bulan.

Semoga MARS mampu merancakkan lagi perkembangan dakwah di Malaysia dan dunia tidak lama lagi.

Mari kunjungi http://mars.iluvislam.com sekarang juga!

 



39 Comments · 13793 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 92% [44 Votes]
Very Good Very Good 4% [2 Votes]
Good Good 0% [No Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 4% [2 Votes]
Comments
MujahidEEn_89 on April 01 2010 09:37:51

masya Allah.. satu lagi produk iluvislam
tahniah. semoga segala usaha kita dibantu oleh Allah SWT. amin...
semoga usaha-usaha ini dapat menyekat arus sekularisme yang semakin menerjah ke dalam arus pemikiran umat Islam. amin...
muhammad naim on April 01 2010 11:39:51

assalamualaikum

semoga produk baru mendapat sambutan
insaff on April 01 2010 14:51:25

alhamdulilah semoga usaha yang dilakukan diberkati dan memberi pengetauhuan yang lebih kepada semuaamin
iluvislam
aina_amidin on April 01 2010 15:17:52

assalamualaikum

semoga dipermudahkan segala urusan.. alhamdulillah.. (^_^)
shafza on April 01 2010 15:33:14

SALAM...
boleh saya tahu macam mana nak dapatkan majalah MARS n dakwah viral???
LAQIEU on April 01 2010 15:59:07

assalamualaikum saudara ,saya hendak bertanya dimanakah saya boleh dapat majalah mars dakwah viral nie?



saya amat berminat la..
clap
krackers on April 01 2010 18:12:32

grindancetahniah pada iluvislam.
naurah alwani on April 01 2010 18:17:46

LAQIEU dan shafza, boleh aja tekan link yang Im Koyube beri, pergi ke bahagian 'Langgan Mars' dan jadi la subscriber tetap untuk majalah MARS dan anda boleh memuat-turun majalah MARS secara percuma untuk edisi terkini dan akan datang.. grindance
HambaAllah_Firdaus on April 01 2010 20:42:50

ALhamdulillahh...Bagus btooll....clapthumbs upthumbs upthumbs updpt byak ilmu lepas bace mjlah MARS nie Insyaallah ana akan trus menyokong dgn doa aminnn...Insyaallahhh...insyaAllahpray
iqbal86 on April 01 2010 21:10:50

all the best.. ^__^
cahya asyikin on April 01 2010 21:57:03

wah..best2...tahniah kpd iluvislam....
teruskan usaha ye!
ainul mardiyah on April 01 2010 22:10:30

Alhamdulillah...satu lagi sumber ilmu..
Ni la nama nye dakwah secara wireless...grin
mya11 on April 01 2010 22:34:48

hmm saya x fahamla... apa maksud

memuat-turun majalah MARS secara percuma
?

maksudnya tak perlu bayar ke?yahoo!

apa2 pun, happy sgt sbb ada majalah santai sesuai untuk orang yang seumurku... (hehehe.. childlish?)
putraamir on April 01 2010 23:25:31

sy nk jd ejen pengedar boleh x?
hidayatulfathonah on April 02 2010 00:23:46

wahhh..bagusnya iluvislam
adakah terdapat di pasaran?
saya nak dapatkannya wink wink
cornnetto on April 02 2010 00:48:47

WAH.. AKTIF N DAHSYAT LA iluvislam skrng ni.. bertambah2 maju dri smasa ke semasa..alhamdulillah.......
aku_jundullah on April 02 2010 12:20:07

menarik pndekatan trsebut...kesegaran pemikiran sebeginilah y kita mahukan agar Islam dapat menapak dalam sendi2 kehidupan manusia..Tahniah...
anak_ayah on April 02 2010 15:46:56

mn bley dpt??

tmpt sm dgn paper iluvislam ke..?


nk try crik ah...
Nuramierah on April 02 2010 16:24:08

kawan aku muka dia cantik..
darjah 5 ramai orang suke dia
terutamanya budak tahun 6....
pastu bila dia 'break' dgn someone..
dia 'couple' lagi..pastu 'break' sampai dia darjah 6.....nononononono

tapi alhamdullillah dia dah sedar bahwa ' couple' itu haram
grindancegrindancegrindancegrindancegrindancegrindance
princessislam on April 02 2010 18:26:18

bismillah

*assalamu'alaikum

alhamdulillahmasyaAllah

iluvislam memang hapenningthumbs up

Keep up the good work!

All the Best yet to come~Alwayz~amin

~Wassalam gembira
armyrhol93 on April 02 2010 22:23:34

bagus2..tapi saye x dapat hidayah lagi la nk bhenti couple..saye tau hidayah 2 kene cari..bukan dye yg datang.prayduh
pucuk keladi on April 03 2010 01:08:12

tahniah WARGA kerja dan user ILI,I'M proud to be one of u!!!!!!!!1iluvislam
ain arifah anuwar on April 03 2010 12:18:02

alhamdulillah.....dgn adanya majalah sprti MARS ,,hrap2 dpt mentarbiah remaja ke arah yg lebh lurus lgi...
ctazza on April 04 2010 14:31:44

alhamdulillah ade jugak cara lain nk mendekati Allah!!!cloud 9
kokmi on April 05 2010 09:30:09

assalamualaikum

Jujurnya saya mmg jarang nak post komen di sini, kerana ralit sekali memerhatikan/membaca artikel2 yg menambah ilmu & pengetahuan. Apapun saya tetap & terus cinta & cinta kan usaha murni team iluvislam dulu kini & selamanya..insyaAllah. Semoga krew & team iluvislam terus mantap & berkembang ke seantero benua.. amin clap thumbs up
ummu tisah on April 05 2010 09:43:16

hope still kekalkan method gaya hidup islam.. grafik muslimah tutup aurat scara sempurna..
elakkan tabarruj berlebihan n ketengahkan asas-asas ajaran islam..

salam ijtihad!!

alfu mubarok 'alaikum...thumbs upthumbs up
ediri on April 05 2010 13:43:32

Tahniah dan terima kasih. Semoga iluvislam terus maju.
ain_butterfly2009 on April 05 2010 21:51:12

alhamdulillah
islam smakin maju...thumbs up
bersama iluvislam
Zuliana_89 on April 06 2010 00:51:04

assalamualaikum

Tahniah iluvislam...Semoga Allah sentiasa bersama iluvislam...
saya tetap menyokong iluvislam...wink wink
ainadhia on April 06 2010 11:30:08

macam best jer...saya amat berminat...harap MARS diedarkan seluruh negara...iluvislammemang best..cloud 9
hafiz_chouji on April 06 2010 12:20:55

Assalaamu'alaikum warahmatullah.

Pertama sekali, tahniah atas penghasilan satu lagi produk baru dari Iluvislam.com.

Sedikit pendapat saya ialah, untuk mana-mana produk penerbitan oleh pihak Iluvislam.com, saya sarankan supaya ianya di-proofread lebih dari sekali oleh individu-individu yang berbeza bagi mengelakkan kesilapan ejaan atau "typo", contohnya dalam artikel ini di mana "Konsep" tersalah eja menjadi "Konspe".

Tujuannya ialah,
1) Mengelakkan sebarang kesilapan informasi yang mungkin dipersembahkan oleh kerana kesilapan tersebut.
2) Bahasa nasional kita iaitu BM tidak patut dirosakkan dengan pencampuran bahasa pasar dalam bahan ilmiah. Ejaan juga termasuk dalam ilmu bahasa. Apa yang ditulis dalam majalah biasanya menjadi ikutan para pembacanya kerana bacaan adalah sejenis receptive knowledge. Ini juga salah satu cara dakwah menurut ustaz Zaharuddin.
3) Menaikmartabatkan lagi (serta untuk membezakan) produk-produk keluaran Iluvislam.com sebagai makalah atau bahan-bahan bacaan yang berkualiti dengan bahasa yang betul, cantik dan indah tidak seperti majalah-majalah hiburan di pasaran yang hanya merosakkan bahasa, menyempitkan fikiran dan meruntuhkan akhlak.

Wallahu a'lam.

Ini sekadar pendapat saya sebagai salah seorang pembaca general di laman ini. Saya doakan usaha dakwah kalian dipermudahkan Allah dan sentiasa mendapat tempat di hati pembaca sama ada di Malaysia mahupun serata dunia, insyaAllah. :'wink
puterianisnajwa on April 10 2010 09:41:28

salam...
erm...
dlu sya pernah couple tpi sekejap je....
cbb sya rse bersalah...
lgi pon...dlu mse sya couple mak sya kte haram...
sya x cye....
ble sya tnya ustaz....ustaz 2 pon kte couple itu haram...
lalu sya pon putuskn hubungan tersebut...
tpi sya msih sayang kn dia...
mgkn dia dh de penganti yg baru...
tpi x pe sya redha..
mungkin sya akn jumpa yg lbih baik dripada dia...yg hensem dri dia....
k la ukhwah fillah...yahoo!gringrintatahehehe
afiqah azhar on April 11 2010 10:41:01

tahniah diucapkn....syabas...iluvislamana akn sntiasa mnyokonginsyaAllahyahoo!
hanny maira on April 11 2010 15:56:53

assalamualaikum
goodgirl on April 12 2010 21:56:20

Best! menyedArkan para remaja bahawa couple tu mmg HARAM..!masyaAllahclap
noor shahirah on April 14 2010 11:48:37

bismillah*
assalamualaikum
tahniah iluvislam
mawarmujahidah on April 18 2010 00:00:39

assalamualaikum..clapsyabas kt iluvIslam dgn t'hasinya MARS ni...dpt taw pon dr shbt kt singapura...tp kalo blhkan takyah lah guna gmbr muslimat @ muslimin..sekadar gune karton je. yg pnting mesej ttp sampai..jazakallah
mawarmujahidah on April 18 2010 00:04:02

assalamualaikum..clapsyabas kt iluvIslam dgn t'hasinya MARS ni...dpt taw pon dr shbt kt singapura...tp kalo blhkan takyah lah guna gmbr muslimat @ muslimin..sekadar gune karton je. yg pnting mesej ttp sampai..jazakallah
AURORABEBEH_94 on May 28 2010 17:51:36

........MABRUK WA AHSANTA iluvislam..................


byak yg b'guna
tak perlu m'cari CHENTA,
tp biala m'cari CINTA.
dlm p'cintaan perlu byk k'sbaran,
ksh syg perlu utuh.....
serta p'btlkn niat,MENGAPA HENDAK B'COUPLE????
selami CINTA-Nya...
moga dpt insan yg btl2 m'cintai,,,...........clapclapclapclap



......"salam ukwah"......
music..AURORABEBEH..music
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer