Kod HTML Untuk Promosi
|
|
"Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.Jadilah seperti yang kamu inginkan,kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan."
|
|
|
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
|
Panduan Memilih Isteri
www.iluvislam.com
oleh : Mohd Sukri Othman
editor : doraemong13
"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)
Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?
Gadis itu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan ‘gadis’ juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar ‘sudah tiada gadis’ atau ’sudah tiada dara’. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.
Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita itu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita itu mula dipanggil ‘bergetah’ jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang ‘boleh tahan’ dan ada gadis yang ‘tak boleh tahan’. Gadis yang ‘boleh tahan’ biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang ‘tak boleh tahan’ pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis ‘tak boleh tahan’ ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.
Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang
cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.
Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari
dari Ibnu Abbas r.a.
Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis itu teruk perangainya atau sudah ternoda.
Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.
Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:
Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:
‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.
Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).
Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada
bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.
Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama.
-Goethe
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke
mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.
Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah
sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.
Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan Cina
Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.
Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. - Bidalan Jerman
Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga.
Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.
Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.
Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.
Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan
Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya
adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. - Bidalan Serbia
Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.
Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!
Bertunang Jangan Lama
Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati
lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.
Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.
Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan Itali
Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.
Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.
Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman
Elakkan Dari Terlalu Cemburu
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.
Layan Dia Dengan Baik
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.
Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil
Bertanggungjawab
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.
**Sumber : kelantan.net
57 Comments ·
14268 Reads ·
|
|
on March 12 2010 12:28:56

best sangat.....  |
on March 12 2010 13:17:49
alhamdulilah.. |
on March 12 2010 15:19:27

Artikel yg sangat baik... 
 |
on March 12 2010 15:47:21
mantap!!!!tips yg amat brguna!! bukn shja brguna buat kaum adam,,brguna buat kaum hawa juga!!!
mrilh kita sma2 brmuhsbah diri..... |
on March 12 2010 16:30:26

artikel yg sgt2 baik..semoga m'jd pnduan smue... |
on March 12 2010 20:13:05

wah...brtuah sungguh kalau ana dpt jd sperti ciri2 di atas...

stipa mnusia ade kelebihannya, dan mudah2an ana mnjadi slh seorg yg tergolong dlm 'ciri2 pilhan lelaki soleh'

trime ksh di atas nsht yg di berikan
 |
on March 12 2010 22:32:10
  |
on March 13 2010 00:05:08

nk komen ckit jek...xsemestinyer pmpn yg kurang berjaya dlm pelajaran je yg pakai seksi n jadi sosial..
pmpn yg berpelajaran pn ramai juga yg cmtu...
xtau la ape yg silap..hukum agama tau..tp x diaplikasikan dlm kehidupan..
apa2 pun,artikle ni mmg berguna... |
on March 13 2010 02:01:13

i like it |
on March 13 2010 02:27:50

menarek!

hm..btl tu,
kbykn wanita yg cntik ni lbh mncbr dlm mnjaganya..
brbalek pd pmilihn psgn ni,
slalunya andai serg insan dpt mnerima keburukn dn klmhn trlebih dhulu,sudh psti klbhnnya apetah lg dpt dtrima..
kn?
tp..kalau klbhn dtrima dhulu..blm psti kekurgnnya dpt dtrima kmudian hari..
ap2 pn menikah brmkna sling mlengkapi dn stiap kekurgn pd psgn disempurnkn oleh klbhn psgnnya dn bgitu jua sbaliknya..
sprti fitrah, yg cntik akn dpt lelaki yg kurg cntik..
tp hakikatnya ia jd smpurna..
kn? |
on March 13 2010 10:35:46

secara umumnya, yg penting jika mahu mencari pasangan adlah lebih baik jika kita menjadi dahulu,bru mencari..
mksudnya, mahu mencari pelengkap kita di dunia mahupun di akhirat kelak, haruslah kita menjadi seperti apa yg kita mahu pasangan kita jadi..jadikn diri kita org yg soleh,insyaallah kita dpt yg solehah.. mahu isteri seperti saidatina Aisyah, jdikan diri kita dulu seperti Saidina Ali..moga2 mndapt keberkatn..kemudian berusahalh untk mencari pasangan yg sesuai..
inilah yg diktakn 'menjadi dahulu, bru mencari'
  |
on March 13 2010 11:55:28


saya suka frasa "kahwini dia ketika usianya masih muda"
saya tak tahu knapa..
artikel ni best sangat...
mama... nak kwen... huhuhuhuhu   |
on March 13 2010 19:13:14
Dari atas sampai bawah semua pasal jelita aka cantik. |
on March 14 2010 00:33:30
    |
on March 14 2010 00:35:51
_epalhijau_ on March 13 2010 19:13:14
Dari atas sampai bawah semua pasal jelita aka cantik.
BETUL KTA EPALHIJAU..... SUME CAM PASAL WANITA CANTIK JER.....
KLO X CANTIK X BOLEH KE....... |
on March 14 2010 09:09:50
* vry intrsting  |
on March 14 2010 11:16:27
aLhamduLillah..artikel yg menarik sekali..
dapaT muhasaBah diri ini..sebagai leLaki yg lebih baik...payah jugak nak carik muslimah seperti di atas..hum..berdoa kepada allah..dan berusaha menjadi baik..dan soleh..insyallah..  |
on March 14 2010 13:43:31
......... ... |
on March 14 2010 13:46:09

sy rsa artilel nie best sgt.. |
on March 14 2010 16:22:01
...
sememangnya wanita diciptakan semuanya cantik, tetapi manusialah yang mengubah persepsi cantik yang sebenar.. hakikat cantik seorang wanita dipandang melalui kaca mata iman dan taqwanya, bukan dari fizikalnya semata..
ana syorkan baca buku "Engkau Memang Cantik, Kerana Kamu Tidak Pernah Tahu Betapa Cantiknya Dirimu" hasil tulisan Burhan Siddiq..Buku yg sangat best n boleh memotivasikan para wanita..sekadar cadangan..selamat membaca.. |
on March 14 2010 16:23:38
artikel yg sungguh bermakna dan mendalam maksudnya...
ahh... m'buatkan saya menilai diri saya...
mohon kebenaran untuk copy and paste artikel ni di blog saya ye..
of course will credit the original author and editor..
terima kasih ye..  |
on March 14 2010 16:25:26

maaf, typing error.. Buku "Engkau Memang Cantik,Kerana Kamu Tidak Pernah Tahu Betapa Cantiknya Dirimu" adalah hasil tulisan Burhan Sodiq.. |
on March 14 2010 18:46:24

Ya Allah,kurniakanlah aq....kebahagiaan dunia dan akhirat..
 |
on March 15 2010 00:48:23
bagaimana pula jika wanita pilihan tidak sepenuhnya bercirikan sifat di atas??bukankah kita sepatutnya yg mendidik mereka supaya menjadi lebih baik...pahala berlipat ganda jika dapat mendidik wanita menjadi lebih baik.... |
on March 15 2010 10:04:24
kebnyakkan lelaki lebih mengutamakan kecantikan luaran |
on March 15 2010 18:29:11
ssungguhnya kecantikan sseorang e2 adlah subjektif... artikel yg sgt bagus n menarik... tp bukan kaum adam ingin memilih isteri yg ade ciri2 kat atas 2.. kaum hawa pn sama, kn... 
 |
on March 15 2010 18:58:39

harap artikel ni lebih berlapik, yaa!!
Wallahua'lam |
on March 15 2010 19:26:00

mantoop..! besh artikel nieh.. bkn panduan utk kaum adam saje,, malah kaum hawa juge.. suuuukE sgt.. ngee~  |
on March 15 2010 21:47:32

artikel yg menarik... mudah=mudahan ana dan rakan2 hawa iluvislam yg len n di luar sana tergolong di dlm ciri2 di atas...
amin...
 |
on March 16 2010 00:25:34
artikel y sgt mnarik...
thniah...
hrp lps ni bleh kluarkan artikel pnduan memilih suami pulak kan...?? |
on March 16 2010 07:21:32
Alhamdulillah. Best sangat. Semoga dijadikan panduan oleh teruna-teruna zaman sekarang bila mencari calon isteri. |
on March 16 2010 08:27:40
* ..
bertuah dapat mncari gadis yg punyai cicri2 seperti diatas..sma2lah kta berdoa..
*tata .. |
on March 16 2010 10:52:58
i'm dreaming 4 a husband.......dat able 2 guide and bring me to Al-Jannah... 
ade syabab yg nak sahut cbran??? |
on March 16 2010 11:50:23
assalamualaikum....
artikel ini cukup menarik dan memberi kesedaran kepada kita semua..Takbir!!Allahuakbar |
on March 16 2010 12:02:09
 
artikel yg sgt bagus..boleh jgk jd panduan untuk kaum hawa..
moga2 kita semua dikurniakan pasangan hidup yg soleh dan solehah..
 |
on March 16 2010 13:37:34
... mmg indah artikel ni.. kadang2 kita selalu ingin wanita solehah or lelaki yg soleh jadi pasangan kita dunia akhirat, tapi penah ker kiter tanya diri kiter cukup soleh or solehah ker kiter untuk memiliki semua tu.. ubahlah diri kita ke arah itu jika ingin memiliki permata yg luar biasa insyaALLAH kamu tidak akan disia2kan dari Yang Maha Pencinta..
  |
on March 16 2010 15:16:48
   
semoga mendapat jodoh yang baik lagi soleh |
on March 16 2010 18:51:57
  |
on March 16 2010 23:10:53
 
artikel yang menarik
Ingat tau.... kepada yang bakal menemui jodohnya suatu hari nanti. Pasangan yang kita temui itu bukan malaikat, jadi sentiasalah berlapang dada, sabar & saling ingat-mengingati. Moga walau siapa pun kita dan walau di mana kita berada jodoh itu dari Dia (Allah s.w.t). Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.  
 |
on March 16 2010 23:28:43

ana harap dpt jd wanita yg baik spt tu bkn utk dikahwini tp
utk kepuasan ana sbg hamba ALLAH..
 |
on March 17 2010 00:10:20
*
nice artikel..bnyak input yg blh di kongsikan,,
moga2 kita yg bergelar HAWA blh try to be seperti ciri2 isteri pilihan kt ats nie...  |
on March 17 2010 01:28:21
 |
on March 17 2010 07:44:21
best2..
best sgt.
  |
on March 17 2010 10:07:26
Salam Semua Sahabat,
ana rasa artikel ni sgt bgus utk panduan seorang lelaki yang sedang mencari teman hidup yg diredhai ALLAH S.W.T.. |
on March 17 2010 22:57:09
smoge kte sume dpt jdi mslimh sjati..  |
on March 18 2010 11:11:50
   best sngt...setiap yang ditentukan oleh Allah SWT adalah yang terbaik untuk setiap org. |
on March 19 2010 00:17:32

emmm...artikel yang agak menarik..tapi ada crrtain2 statement yg cam x brape stuju..huhuhu...tapi overall memang kena ngan remaja remaji skrang...so kpda syabab, dont judge a book by its cover.. |
on March 19 2010 16:05:59
hakikatnya ramai remaja sekarang dah buta dgn keduniaan...sedarlah...kite umat akhir zaman yang x tau sama ada sempat atau x tok bertaubat...remaja skang hanya tau melaram hebat tp x tau samada cr dier betol atau x...sbg cth...remaja pompuan kt MALAYSIA skang....cr berpakaiannya mengalahkn owg barat...huh..seksi hbs..inike yg dikatakan negara islam???? fikir-fikirkanlah...  |
on March 20 2010 01:00:29
btul 2 uwaimir....skrng ni ramai pmpuan da lari dr ajara n [b]islam[/b] |
on March 25 2010 14:10:55
huhu,menarik....
jom muhasabah  |
on March 25 2010 16:12:21
,,, ,hurm,,,artikel yg baik...sngt bguna buat generai masa kini dan akan datang. |
on April 04 2010 01:25:50
*assalamualaikum
menarik la |
on April 04 2010 18:07:28
waaa...bez er artikel neh..

ade jgk kwn ana nk kawen bln 6 nih..bru 21. |
on April 13 2010 04:37:27


good article.. |
on April 13 2010 09:28:45
Alhamdulillah..ada panduan..huhu..n_n |
on April 24 2010 13:44:33


artikel yg sangat2 menarik, leh jadikan sebagai panduan. Asalkan solehah dan berilmu 2 sudah cukup  |
on May 02 2010 23:31:46
semuanya sedang mencari ke?
semoga berjaya menjadi dan mencari
tips untuk cari suami ada? |
|
|
Please Login to Post a Comment.
|
|
|