Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Apabila bicara itu perak, diam adalah emas."
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Saya Cintakan Rasulullah S.A.W.

Saya Cintakan Rasulullah S.A.W.
www.iLuvislam.com
Muhammad Rashidi bin Haji Wahab
Editor: buluh





PENGENALAN


Rasulullah S.A.W. merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah S.A.W. tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasulNya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran ataupun al-Hadis S.A.W di antaranya:

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59).

Semperna perayaan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. pada tahun 1431 H / 2010 M ini, saya ingin mengajak semua umat Islam untuk mengingati dan menghayati sirah baginda S.A.W. dan seterusnya mengikuti serta mentaati segala ajaran yang telah dibawakan oleh Rasulullah S.A.W. kepada kita. Tulisan ini sama sekali tidak akan membahaskan hukum menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. kerana persoalan ini terlalu kerap dibahaskan pelbagai pihak saban tahun dan ia adalah masalah khilafiyyah yang tidak akan selesai hingga Kiamat.

Berikut adalah link bagi persoalan itu:

http://buluh.iluvislam.com/?p=40 dan http://buluh.iluvislam.com/?p=68

Di sini saya senaraikan beberapa perkara yang mesti kita lakukan sekiranya kita mengaku menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W.:



BERADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).



MENTAATI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).



BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).



MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat Bukhari dan Muslim).



MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).



PENUTUP

Sebagai umut Islam yang sayangkan baginda S.A.W. hendaklah kita mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ini sahajalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W. sepenuh jiwa. Akhir sekali, di kesempatan ini pihak iLuvislam.com ingin mengucapkan selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1431 H / 2010 M kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda S.A.W. pada setiap ketika dan bukan sekali dalam setahun.

"I love Rasulullah S.A.W."

Wallahualam.

>> Koleksi Design Cantik Sempena Maulidur Rasul

 



17 Comments · 9118 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 94% [30 Votes]
Very Good Very Good 6% [2 Votes]
Good Good 0% [No Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
Geekspro on February 25 2010 14:52:23

Di harapkan setiap kali artikel yang ingin dipublish yang mengandungi ayat Quran tidak sekadar menyatakan maksud al-Quran sahaja tanpa memaparkan teks ayat quran tersebut supaya kita dapat mengambil keberkatan dengan membaca ayat tersebut supaya lain kali apabila kita terbaca ayat tersebut dalam al-Quran kita dapat ingat balik maksudnya....iluvislam
ediri on February 25 2010 17:26:03

berselawatlah selalu dan ikutlah sunnah rasulullah.
kikinana on February 26 2010 07:56:34

bismillah thumbs up semoga dengan artikel di atas dapat menambah cinta kita kepada Rasulullah.Sesungguhnya Allah Maha Penyayang kerana telah menurunkan seorang contoh manusia yang paling sempurna untuk umat islam mengikutinya..........wallahua'lam
penarais on February 26 2010 13:16:54

Rasulullah S.AW. telah bersabda:
"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintaimu daripada anak, ibubapa dan manusia seluruhnya".
Hadith riwayat Bukhari & Muslim..
Allahumma shalli 'ala Muhammad.. Wa 'ala aali Muhammad..
anynomous7 on February 26 2010 17:33:25

assalamualaikum
sesungguhnya islam itu indah..alhamdulillah sye sudah mule berubah dari hari ke hari..masih banyak yang perlu diperbaiki..sye msih merangkak-rangkak mencari keredhaan dan rahmat Allah..ikut sunnah Nabi amalan sye..bnykkn ibadah moto sye..moge Allah memberkati sye..insyaAllah
harap kalian turut membantu sye di jalan Allah..yes
1418 on February 26 2010 19:18:45

clap
Intan Nurelyana on February 26 2010 21:20:30

bestnyer klau dpt mgamalkn sunnah rasulullah...byk sgt100000000 kebaikannyer...thumbs up
jannah_firdaus90 on February 28 2010 21:17:25

alhamdulillah

ya rasulullah.... ku merinduimu....
yesgrindance
jannah_firdaus90 on February 28 2010 21:18:18

gigitlah sunnaNya ibarat menggigit menggunakan gigi geraham.....wink
AhmadZakiHusin on March 01 2010 00:45:39

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu
lagu :muhasabah cinta

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Back to Reff:
Putra Al-Iman on March 01 2010 08:55:29

bismillah
Ya Rasulullah,
Alangkah indahnya jika aku dpt menatap wajahmu, sunnahmu akan ku ikuti dgn penuh yakin..
insyaAllah

imanku amat jauh berbeza dgn imanmu ya Rasulullah...
Ya Allah, teguhkan n mantapkanlah lg imanku ini ya Allah...
amin
sihaaa on March 01 2010 15:49:10

assalamualaikum
artikel yang sungguh menarik..teruskan usaha thumbs up
hufazz on March 01 2010 19:37:11

niceclap
Umar al-Qari on March 01 2010 19:56:15

assalamualaikum
Teringat pla ana kat lagu Hijjaz:Dia Kekasih ALLAH..music

'Selagi upaya kuturuti ajarannya
Apa terdaya kuamalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerna budinya aku jatuh cinta
Rinduku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di Taman Syurga'

Marilah kita sama2 mencintai Rasulullah.Mencintai Rasulullah bererti mencintai ALLAH.Melupakan Rasulullah bererti melupakan ALLAH.Ingat lah sabda Rasulullah 'Seseorang itu akan berada di akhirat bersama orang yag dia cintai.'
Rasulullah sudah dijanjikan syurga.so tanya diri kita sendiri,'di mana kita akan berada di akhirat nanti jika kita mencintai Rasulullah?'

p/s Hanya sekadar pendapat.jika terdapat sebarang kesilapan,harap diperbetulkan.Syukran...
Edourd on March 02 2010 14:32:33

assalamualaikum

ana setuju dgn pendapat "geekspro"...
Mudah-mudahan kita akan sentiasa teringt-ingat kalam Allah tersebut....

iluvislam
bella95 on March 06 2010 18:28:27

assalamualaikum

saya cintakan rasulullah (:

iluvislam
nadiakamril on June 14 2010 14:08:13

assalamualaikum

artikel yg sgt2 mnarikclap

pc ingat.....!! kalo yu all dgr nama Rasulullah disebut, ucapkan s.a.w
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer