Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah"
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Majlis Pelancaran Rasmi Tabloid iLuvislam



30 Januari 2010 (Shah Alam) - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato' Saifuddin Abdullah, telah melancarkan tabloid iluvislam secara rasmi sempena Karnival Karangkraf 2010.

Turut hadir semasa majlis pelancaran tersebut adalah CEO/Managing Director Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.(KKSB) , Dato' Hussamuddin Yaacob, Presiden iluvislam.com, Encik Mohd Nurul Imran Koyube dan editor tabloid iluvislam, Puan Fouziah Amir.


Go go go iluvislam! Dari kiri, Mohd Nurul Imran Koyube (Presiden iluvislam.com), YB Dato' Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi), Dato' Hussamuddin Yaacob (CEO KKSB), Datin (isteri YB) dan Puan Fouziah Amir (editor tabloid iluvislam)


Ia merupakan hari yang sungguh bersejarah bagi iluvislam.com, KKSB dan dunia dakwah di Malaysia.

Majlis dipengerusikan oleh Encik Hashim Anang, Pengurus Hubungan Awan KKSB. Selepas bacaan doa oleh editor Majalah i, Encik Ahmad Yani, semua pengunjung berdiri untuk menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan lagu Karangkraf. Kesemua hadirin kelihatan amat bersemangat ketika menyanyikan lagu-lagu tersebut.

Ketika ucapan Dato' Hussamuddin, beliau menceritakan tentang pengalamannya mengenali iluvislam.com dan sebab-sebab beliau memutuskan untuk menerbitkan tabloid iluvislam. Beliau berkata, "usaha 5 anak muda pengasas iluvislam.com(dan krew-krew iluvislam.com) tidak mampu dilakukan oleh JAKIM yang mempunyai peruntukan RM 400 juta. Dengan ahli berdaftar seramai lebih 84,000 dan berjuta-juta 'pageview' setiap bulan, saya amat mengkagumi usaha mereka."

"Saya dah layari iluvislam.com dan ia satu usaha yang bagus. InsyaAllah saya akan menyertai salah satu program yang akan dianjurkan oleh team iluvislam.com pada pertengahan bulan Mac nanti," kata YB Dato' Saifuddin Abdullah kepada presiden iluvislam.com ketika mereka berjalan beriringan menuju 'booth' iluvislam untuk melancarkan tabloid.


Presiden iluvislam.com mengiringi YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi


Ketika pelancaran tabloid, YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menandatangani 'banner' perasmian dan beliau menerima cenderamata yang disampaikan oleh editor tabloid iluvislam, Puan Fouziah.

Editor tabloid iluvislam, Puan Fouziah menyampaikan cenderamata kepada YB Dato' Saifuddin


Majlis pelancaran berjalan dengan lancar dan ia diakhiri dengan jamuan makan tengah hari di Gaden Cafe Karangkraf.

Kami bagi pihak iluvislam.com ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua jemputan terhormat (YB Dato' Saifuddin Abdullah dan isteri serta lain-lain), pihak pengurusan KKSB, team event KKSB, krew-krew iluvislam.com dan semua hadirin yang hadir.

Sesungguhnya ia merupakan satu lagi nikmat yang Allah berikan dan kita semua wajib bersyukur dan terus bekerja keras untuk sama-sama berdakwah melalui 'platform' iLuvislam.

Pengunjung Karnival Karangkraf 2010 membelek-belek tabloid iluvislam


"Saya mahu tabloid iluvislam bukan sahaja diterbitkan setiap minggu, tetapi ia diterbitkan setiap hari kelak," itulah jawapan yang diberikan oleh Dato' Hussamuddin Yaacob apabila ditanya tentang visi beliau terhadap penerbitan tabloid iluvislam.

"Menjadi hebat bukanlah suatu pilihan oleh umat Islam. Ia adalah suatu kemestian kerana syurga itu hanya untuk mereka yang hebat. Maka, muslim perlu menjadi muslim yang super!" Pesan Mohd Nurul Imran Koyube kepada rakan-rakan iluvislam.com dan pembaca tabloid iluvislam.

YB Dato' Saifuddn berkongsi pandangan dengan pengurusan KKSB.



Cenderamata comel buat YB Dato' Saifuddin Abdullah










Kereta iLuvislam...Ilmu, Iman, Amal..



>> Sertai pertandingan mereka bentuk design 'Say NO to Valentine's Day' 2010 dan menangi hadiah wang ringgit dan langganan majalah Karangkraf.



p/s: Jom sertai Karnival Karangkraf di Kompleks Karangkraf, Kawasan Perindustrian Seksyen 15, Shah Alam. Dapatkan pelbagai majalah dan akhbar dengan harga promosi. Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan dan pelbagai hadiah menanti anda. Karnival akan berakhir Isnin depan.


Lagu Rasmi Karangkraf...Best!!

 



15 Comments · 2186 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 100% [6 Votes]
Very Good Very Good 0% [No Votes]
Good Good 0% [No Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
lobby on January 31 2010 09:32:06

semoga terus maju dn melangkah ke hadapan buat iluvislam...iluvislam boleh!yahoo!yahoo!yahoo!yahoo!
muhammad naim on January 31 2010 10:05:46

semoga terus berdakwah walaupun pahit,,, itu sunnah orang berjaung... antara dua pasti terjadi menang atau syahid gembira
nOriffah on January 31 2010 10:23:01

assalamualaikum
i have read this first editiOn of iluvislam tablOid,,
sOmethings that can be prOud of,,
gO!go! iluvislam...
clap
tirashaarani on January 31 2010 11:00:22

good job....
Safian Bin Halim on January 31 2010 12:18:23

assalamualaikum,
alhamdulillah saya sangat suka laman web ini, saya ingin berinteraksi dengan ahli2 yang mahu berinteraksi dengan saya. saya berada di dalam suatu keadaan yang amat sukar bagi menghadapi hidup ini, namun tak susah mana. hanya ALLAH yang Maha Tahu. tetapi saja nak luahkan perasaan agar tak lah 'tension'. Begitu kah, ahli psychology? dan cerdik pandai?.
insyaAllah
iluvislam
lebah87 on January 31 2010 14:27:26

Terbaik! clapthumbs up
Semoga iluvislam lebih mantap. Dan semoga lebih banyak ilmu dikongsi bersama.
azzahra_solehah on January 31 2010 14:52:40

berkesempatan menghadirkan diri...sgt seronok...pemimpin mesra rakyat...moga pemimpin2 kite semua dapat mencontohi dato' saifuddin...(^,^)
pucuk keladi on February 01 2010 10:47:12

hebat2.go go!ili!insyaAllah
nabilah_disisimu on February 02 2010 21:58:56

salam..
mahu bertanya, macam mane boleh saye dptkan tabloid iluvislam ini? jazakallah
Beruang Ketot on February 03 2010 02:50:37

dah pergi karnival ni isnin lepas..
dan berjaya dptkan tabloid ILI..wink

n semalam, nampak kereta ILI tu kat depan fakulti..
music
blurz_gerex on February 04 2010 14:05:32

salam...

erm,sy nk komen sket...

td mse lecture kt klas...
lect sy gtaw...
1.iman
2.ilmu
3.amal...

tp npe kt kreta tu ltak ilmu dlu...
staw sy la...
kte mst ad iman dlu,disulami dgn ilmu dan last praktikkan.means amal...
tp jd tbalik pulak...

komen plz...
irsyad niyaz on February 09 2010 18:52:06

...wah! cam best jer tp sayang kte jauh xdpt nak join same...no
tabloid tu pun kte xdpt g...noduh
kat swak xde kot....
tp ape2pun tahniah wat ILI,semoga terus maju mengorak langkah ke hadapanclap
AD_style on February 11 2010 16:50:51

TAHNIAH KEPADA ILI KERANA BERJAYA MENGHASIKAN TABLOID DAN LAMAN WEB Y

BERMANFAAT KEPADA MASYARAKAT TERUTAMANYA KEPADA GOLONGAN REMAJA......thumbs up

TAHNIAH LAGI SEKALI DIUCAPKAN.......clap
siti salwana on February 19 2010 01:53:23

bismillah
assalamualaikum
smg usaha murni ini dpt diteruskan pd masa2 akan dtg..
insyaAllah
serta dpt memberi informasi2 terbaik utk dijadikan pedoman hidup..
amin
jazakallah
puterikhalifah on March 02 2010 12:23:44

tahniah dan syabas buat krew iLi
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer