Kod HTML Untuk Promosi
|
|
"Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan beritahu siapa diri kamu ini."
|
|
|
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
|
| Mengapa Muslim Biarkan Hati Mati |
*Artikel asal oleh :Ustaz Zainudin Hashim
Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.
Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.
Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud:
"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)
Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:
"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan."
(Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:
"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Baqarah ayat 74)
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.
Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.
Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:
* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman bermaksud:
"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata."
(Surah al-Zumar ayat 22)
* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud:
"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia."
(Surah al-Ra'd ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud:
"Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik."
(Surah al-Syura ayat 88-89)
Tanda-tanda hati mati
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.
Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan�anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
* Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.
artikel asal ni sini
19 Comments ·
6394 Reads ·
|
|
on January 12 2010 05:29:09
 
alhamdullillah.. artikel nie sgt menarik...
ana dpt sdikit jwpan dri mslah hati y di rasakan semakin nk mati nih,..
syukran ya ukhti...  |
on January 12 2010 07:30:48

syukran penulis/penghantar&editor...
peringatan yg baik bt hati
Allah berfirman dlm surah asy-syams yg bermaksud:
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan.Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya.
Hati mempunya kuasa yang luar biasa sekali kerana apa? Kerana ia mempunyai kuasa menarik seperti magnet. Hal ini kerana hati yang bersih dengan penuh rasa keimanan, ketaqwaan dan sifat-sifat mahmudah akan menarik kebaikan dari luar diri.
‘...Sesunggunya hati setiap manusia itu menjadi rebutan antara malaikat dan syaitan, maka terpulanglah kepada manusia itu untuk memilih pemenangnya...’
wallahu'alam |
on January 12 2010 10:31:03


Diri kita adalah cermin untuk hati kita..
Andai diri kita baik..x bersangka buruk..mknanya hati kita baik.
Andai vise versa..mknenya hati kita kotor.
Hati yang kotor mnyebabkan hidup kita tidak tenang..
So,jom bersihkan hati..berzikirlah..n read al-quran selalu..
 |
on January 12 2010 11:29:16

Suatu benda yang kita lihat begitu kecil tapi memberi impak yang begitu besar,Hati.Suatu perkataan yang sinonim sekali dengan kita,apa tidaknya,dalam peribahasa malah cakap-cakap seharian juga kita sering menggunakannya. Jika kita basuh lantai dengan Ajax,Kita basuh pinggan dengan Glow,kita hilangkan kotoran pada pakaian dengan Clorox,basuhlah hati kita dengan zikir,InsyaAllah,jika kita istiqamah dan mendapat reda-Nya,Halawatul Iman itu akan dapat kita rasai. |
on January 12 2010 16:26:38
satu artikel yg terlalu mendalam maksudnya.
ana harap tahun ni dpt dpt mmbersihkan luka hati ana yg smakin parah ni.
org kata cegah sbelum parah! ya sbgai org islam dan thn baru ni ckup brmakna buat diri ana. ana nk smebuhkan hati ana yg hampir nk mati ni.
ana bersyukur artikel ni serba sedikit dpt mnyedarkan ana betapa pentingnya hati umat manusia ni... sembuh dari segala dosa...walaupun sbesar zarah...  |
on January 12 2010 17:01:39
artikel yg sgt menarik...tahniah!!!  |
on January 12 2010 17:34:55
hati kalau tak dijaga dengan nilai baik
memang akan berkarat
sedih lagi karat ni akan jejaskan anggota lain juga |
on January 12 2010 20:33:40
hati..merupakan anugerah Allah yg tidak
ternilai harganya..
menjaga hati insya-Allah kita dapat mengenali diri
justeru dapat mengenali Allah..
lebih mendalam lagi..
bersama-sama kita megubati hati ... |
on January 12 2010 21:58:17


 |
on January 15 2010 10:59:05
salam...
seharusnya kita berusaha untuk memperbetulkan niat kita apabila melakukan sesuatu dengan niat ikhlas kerana ALLAH...
kekuatan harus dicari selain kita terus berdoa untuk mendapatkan hati yang bersih...
jadilah kita khalifah yang kuat dan beribadat kepada ALLAh semata-mata untuk cari keredhaan-NYA... |
on January 15 2010 23:43:33
 |
on January 15 2010 23:48:12
masinnye air laut x mampu mnyerap ke dl isi ikan,
tp bla ikan itu mati,
secubit garam pun dah ckup utk memasinkannya....
bgtu la hati kita...
hati yg hdup sgt skar di nodai tp bla hati da mati,
mdahnya dipngaruhi...
semoga ALLAh sntiasa pelihara hati kita.... |
on January 16 2010 18:41:44
salam...
kadang2 hati ni tak boleh nk dikawal..
ble dh trlanjur buat sesuatu....
bru lah tersedar...
macamne ni..?
bimbang2.. |
on January 17 2010 01:11:37

tahniah.. satu tazkirah yg menarik..
semoga dgn ini dapat membersihkan jiwa setiap insan..
jiwa ana jg..
 |
on January 18 2010 16:00:55
Hati adalah permaisuri jiwa..
Ia yang memandu arah pemikiran kita...
jika ia bersih maka ia akan mengarahkan kita kepada kebaikan. Begitulah sebaliknya..
Hati yang kotor :
1. Jiwa akan sakit dan tertekan walaupun tiada masalah.
2. Fikiran sentiasa buntu.
3. Minda selalu berfikir perkara2 negatif dan keburukan.
Hati yang bersih:
1. Hati tenang dan jiwa terasa lapang walaupun menghadapi masalah.
2. Fikiran akan positif, jauhi syak wasangka.
3. Minda akan mengarah kepada kebaikan dan sentiasa ingat kepada Allah s.w.t


www.fifahnazri.blogspot.com |
on January 19 2010 10:48:44

salam...
dlm dnia yg smkin moden ini
t'llu byk cabaran dan dugaan
ana tllu bimbang
ana byk tpgruh
dgn kmodenan ini
Ya Allah aku memohon kepada-Mu
kuatkanlah diri aku
srta umat islam
dlm mghdpi liku2 hdp ini........

 |
on January 19 2010 20:24:20

sy trtarik dgn artikel itu..
dgn harapan sy & sumer dpt mnghytinyer.. |
on January 20 2010 02:52:22


bertambah ilmu....& yg penting sentiasa bersangka baik pada ALLah... |
on January 28 2010 20:32:25
mencari ketenangan disini......... |
|
|
Please Login to Post a Comment.
|
|
|