Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu."
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Mahar Hantaran : Adat vs Ibadat

Mahar Hantaran : Adat vs Ibadat
www.iluvislam.com
oleh: tuan mohd rezza
editor: deynarashid

“Jangan nak mengada-ngada, kalau hendak kahwin tunggu dia habis belajar, ada rumah, ada kerja, dan ada kereta. Kalau tak, selagi tu jangan harap mahu kahwin” Meleter si ibu kepada anak daranya yang sudah sampai masa mendirikan rumahtangga..

“Hantaran kena sembilan dulang, RM1000 serba satu. Kenduri buat di hotel lima bintang, siap dengan siaran eksklusif dari tv10” Ayat-ayat yang biasa didengar.

Tergaman dibuatnya.

Masyarakat kita sekarang terbelenggu dengan masalah suka mengubah sesuatu ibadah menjadi adat dan budaya yang mendarah-daging. Kadang-kadang sesuatu yang mudah pada asalnya, tiba-tiba menyulitkan keadaan yang mana melahirkan banyak kesan samping yang membimbangkan.

Isunya yang diutarakan, ibu bapa sanggup menjual anak perempuan semata-mata kerana keadaan sekeliling memaksa bukannya menitikberatkan keperluan syari‘at tersebut. Yang hendak kahwin si anak, banyak pula karenah ‘birokrasi’ daripada ibu bapa.

Hikmahnya ditinggalkan.

Apabila acuan material terbentuk di dalam minda masyarakat, mahar hantaran menjadi tinggi sehingga membawa implikasi buruk kepada teruna dan dara. Si ibu memohon mahar yang tinggi seolah-olah menggali lubang durjana untuk anak gadis mereka dan diri sendiri.

Di Malaysia, mahar (mas kahwin) rasanya tidak susah nak dipenuhi. Tapi hantaran yang boleh buat turun berat badan kerana terpaksa mengikat perut. Daripada pengalaman melihat dan mendengar, kadangkala harga hantaran diletak tinggi dengan sengaja bukan kerana keperluan tetapi sindrom ‘segan’ kepada orang sekeliling.

Bagai terlupa perkahwinan bukan satu hari hanya di hari kenduri sahaja, tapi sampai detik nyawa terpisah daripada jasad, semua ini dipandang remeh. Kehidupan selepas kahwin juga memerlukan akaun kewangan kukuh.

JANGAN ADATKAN IBADAT

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui” an-Nur (24:32)

Bagi wanita yang mempunyai kesedaran dan mampu mempertahankan prinsip ajaran sabda Nabi s.a.w maka perlulah buktikan bahawa mereka mampu melawan adat.

Sayang sekali, kita asyik ulang kalimah melawan arus adat, tetapi jarang kita ambil pegangan mengikut pegangan agama. Mahar yang sedikit bukan merendahkan martabat, malah meninggikan martabat seseorang wanita di sisi agama.

Bayangkan pahala dan jaminan keberkatan yang didapati sehari demi sehari sebaik sahaja terlafaznya akad nikah dan bergelar isteri. Urusan tambahan hadiah dan wang hantaran yang membebankan pihak lelaki yang menyediakan dan juga pihak wanita yang menunggu perlu ditangani.



Kenapa tidak ditukar pemberian hadiah ini setelah berkahwin, satu bulan satu hadiah sebagai pengikat kasih sayang di antara suami isteri. Tidak perlu mahal, asalkan ikhlas dan berterusan. Biar pun kita tidak mempunyai peruntukan untuk menetapkan kadar maksimum mahar, setiap ibu bapa terutamanya ibu harus sedar bahawa mahar itu adalah hadiah suami kepada isteri, dan bukannya harga yang ditebus oleh seorang lelaki bagi mendapat seorang perempuan dari ibu dan bapanya.

Mahar bukan harga jualan.

Jangan adatkan sesuatu ibadah, nanti jenuh untuk lunaskan. Jangan terkejut jika ada ternampak warga ‘terlajak’ umur antara lingkungan 40-45 tahun yang menolak stroller di taman-taman rekreasi, pasar raya kerana menunggu lama simpanan penuh sebelum dapat kahwin.

TERBITNYA MASALAH LAIN

Sebenarnya masalah couple atau maksiat hati, mata dan sebagainya bukanlah masalah pokok, masalah ini terbit dari masalah yang lain.

Apabila budaya kita yang mempersulitkan bangsanya untuk mendirikan masjid, dengan hantaran dan mas kawin yang mahal-mahal, sehinggakan dengan belanja kahwin seseorang itu mampu memiliki sebuat rumah maka tidak hairanlah ramai yang berbondong memilih untuk bercouple dahulu.

Berjuang untuk memudahkan urusan perkahwinan juga merupakan suatu ibadah, secara tidak langsung menutup satu alasan kenapa perlu bercouple.

Umumnya di barat pergaulan bebas dan seks sebelum perkahwinan adalah satu budaya yang lumrah dan bukan lagi rahsia. Malah, sesuatu yang janggal sekiranya seseorang itu masih dara setelah berusia tujuh belas tahun. Mereka lebih suka jika isterinya sudah ada pengalaman seks sebelum berkahwin supaya tidak perlu dia mengajarkannya lagi apabila mereka berkahwin nanti.

Jangan kita lupa, masyarakat di negara kita pun sekarang tidak jauh bezanya. Menghalakan pergaulan bebas, berpelesaran lelaki dan perempuan. Tidak mustahil gejala seks bebas tidak pernah berlaku.

Tugas berat ini terletak di bahu kita sekarang sebagai ad-Da’ie. Mulakan di kampus pengajian kita, tempat kerja untuk mengubah suasan tidak sihat ini. Alhamdulillah, inilah kemuliaan mukmin yang mendamba sakinah, mawaddah dan rahmah melalui ikatan perkahwinan. Mudah-mudahan mahar dan hantaran mahal tidak akan menjadi musibah merbahaya yang akhirnya membawa kepada kehancuran nilai-nilai murni dalam masyarakat seperti di atas.

Moralnya, jangan adatkan sesuatu ibadah.

 



30 Comments · 8984 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 57% [20 Votes]
Very Good Very Good 20% [7 Votes]
Good Good 17% [6 Votes]
Average Average 6% [2 Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
Khairu_Ummah on January 06 2010 00:47:11

bismillah
assalamualaikum

Betul tuh.....
Ana tak setuju dengan pepatah"Biar mati anak, jangan mati adat"

Jaga anak itu kesian...

"Dahulukan Syariat...jangan rosakkan ia dengan adat"

Wallahua'alam...iluvislam
zulfikar on January 06 2010 07:53:11

assalamualaikum

mabrukh...teruskan usaha pemurnian fikrah kepada semua...
doakan ana pun tergolong golongan nie ye...amin
clap
nurul huda izzati on January 06 2010 08:08:42

clap

pcmudah2an kt tergolong dlm kalangn yg memartabatkan ibadat,

lbh drpd adt andai adt 2 membelakangkan ibadat yg tersyariat..cloud 9
zuradora on January 06 2010 09:07:27

assalamualaikum
biar mati adat, jangan mati ibadat....hehehegrin
sweet_aishah on January 06 2010 13:19:17

bgs sgt artikel ni,...
harp dpt memberi panduan kpda ibubapa yg beranak dara dan bujg...grin
qasreena on January 06 2010 13:26:13

Adat pada asalnya hanya sekadar untuk menghiasi hukum syariat. Tapi skg dh terbalik, adat lebih d utamakan yg kdg2 bleh mbawa kpda unsur bidaah.

Dalam kes mcm ni (perkahwinan terutamanya d kalangan warga melayu yang hidup penuh dgn 'adat'wink biasanya pihak perempuan yg terlalu pentingkan adat.Tapi bagi diri saya, laen pulak ceritanya. Pihak lelaki pulak yg melebih2 kan adat. sehingga kan hal2 sblum kahwin contohnya merisik, bertunang pon sangat diambil kira (status family katanya). sad
Disebabkan adat la, saya smpai skg tak mendirikan rumahtangga walaupun saya rasa kami dah mampu secara lahiriah dan juga batiniah (tapi mungkin jodoh tak sampai lagi, wallahualam)
kadang2 dh penat untuk menunggu dan menilai...

Secara jujur nya, perkahwinan saya inginkan cukup sekadar yg ringkas. Yang penting nya majlis akad nikah berjalan lancar. Saya tak perlukan hantaran beribu2. Saya tak impikan busana perkahwinan berpuluh pasang2. Saya tak hajatkan majlis persandingan di hotel yg berbintang2. tapi cukup sekadar lafaz ijab yg diredhai dan mas kahwin yang termampu olehnya pelengkap hukum. cukup lah bagi saya dgn kenduri yang boleh mengumpul & menyatukan ahli keluarga (kedua2 belah pihak) & sahabat handai (sbab most of my brothers n sisters ni perantau, balik kampung jarang2. so, bila ada kenduri mcm ni baru la boleh gather ramai2).


Semoga jodoh kami dpercepatkan dan diredhai olehNYA dan dirahmati dunia & akhirat serta dianugerahkan zuriat yang soleh & solehah.. amin

Ya Rabbul izzati, permudahkan setiap urusan hambaMU dan bimbing lah kami untuk menggapai redhaMu. Sesungguhya hanya padaMu aku bermohon & meminta pertolongan.. amin

sahabat2 ILI sekalian, doakan semoga jodohku diperkenankan & dipercepatkan olehNYA. thanx... amin

p/s: saya setuju dgn Khairu_Ummah : "Dahulukan Syariat...jangan rosakkan ia dengan adat"
rumble on January 06 2010 14:17:35

assalamualaikum

betul tu. buat secara sederhana lagi bagus... yang penting bahagia..
tidak ada makna kalau hantaran mahal tapi lepas kawin kena tanggung hutang sana sini..
luqmanrashid on January 06 2010 14:26:09

"Apabila budaya kita yang mempersulitkan bangsanya untuk mendirikan masjid"

assalamualaikum
quote yg diboldkan: mendirikan masjid ke mendirikan rumahtangga? konfius
anakmakabah on January 06 2010 16:49:42

assalamualaikum
wlaupn sye ni msih blaja,sye mula trfkir bagaimana dgn majlis perkahwinan sye...seboleh2nya,nak ikut yang wajib je...kan lebih barakah.tp,sye takut org tua sye dan bakal mentua sye terhimppit dgn adat masyarakat melayu skrg ni...

mcm mane sye,sbai bakal suami nak laksanakan perkahwinan sye dgn serba ringkas tanpa pembaziran....hmm!
nazerrul_za8 on January 06 2010 17:17:41

assalamualaikum

ana setuju sangat. hehe.merendahkan mahar, mempercepatkan nikah dan menyegerakan rahim berisikan kandungan kan separuh dari keberkatan seorang wanita.

namun apa yang ana risaukan sekarang, lebih ramai yang memandang kemampuan pihak lelaki untuk menyediakan mahar sebagai "keikhlasan" dan "kemampuan" untuk menanggung anak perempuan mereka. sedangkan pada zaman para sahabat, mereka berlumba-lumba untuk meletakkan mahar yang lebih rendah.

apa pula pendapat antum, jika seorang yang masih belajar dan masih belum mempunyai kerjaya tetapi ingin bertunang? apakah penerimaan parent itu positif?
bujal66 on January 07 2010 10:56:11

salam!
Satu penulisan yg bagus.Boleh memberi kesedaran pd generasi sekarang akan kesilapan yg telah di lakukan oleh generasi terdahulu.Satu langkah telah bermula..langkah2 seterus nya perlu dilakukan oleh pihak2 yg berkenaan menangani isu ini...terutama Jabatan Agama setiap negeri dan juga pusat.
Begitu juga..Mufti2 dan Majlis Fatwa..serta Majlis Raja2..yg menmegang tampok agama di M'sia .
Kempen besar2an perlu di laku utk memberi kesedaran akn amalan mahar dan hantaran dlm masyarakat melayu Islam...yg sangat bertentangan dgn tuntutan sebenar Islam.
Harap2 ..akn berlaku satu anjakan paradigma dlm masyarakat melayu Islam pd satu masa nanti...Insya'ALLAH.....aminnnn!
sinar mawaddah on January 07 2010 12:10:42

Salamunalaik wbt sahabat / biah..

Nice article.. ana ska sgt dgn artikel nih cz ianya artikel yg ringkas, tp padat.

Anyway, ana.. sbg sorg ank gadis.. xmo kdua org tua ana letakkn mahar yg tinggi. ksian pd bakal pasangan ana nanti. bg ana, ana amat mahukn mahar yg rendah ( agar dpt menggunakn duwet simpanan yg ada tuk life after niqah ), majlis walimah yg ringkas tp meriah, busana yg ringkas.. pendek kta, smuanya ringkas2 je. yg penting, akad tuh..

Even xtahu bla ana akn mlangkah ke arh munakahat tuh, tp itu yg ana fikirkn mgenai cara ana nanti. hope so.. dredhai Ilahi demi mcapai cinta-Nya yg hakiki. insyaAllah, amin.. pc
mia effa on January 07 2010 18:07:35

Alhamdulillah..kluarga saya dah memhami ajaran sebenar al-Quran..Islam..jd keberkatan tu amat penting dr pelaksanaan adat itu sndiri..Alhamdulillah....ayah x akan mbebankan bakal suami dgn hantaran atau majlis pkahwinan yg penuh dgn adat dn pmbaziran jgka pndek...alhamdulillahcloud 9
tuan mohd rezza on January 07 2010 19:34:21

artikel asal, sila rujuk di sini:

http://puteraazhari.blogspot.com/2009/10/mahar-hantaran-adat-vs-ibadat.html
tuan mohd rezza on January 07 2010 19:35:31

artikel asal, sila rujuk di sini:

http://puteraazhari.blogspot.com/2009/10/mahar-hantaran-adat-vs-ibadat.html
art_qullah on January 08 2010 10:49:10

salam ukhuwah,,,..
artikel yang byk memberi manfaat kepada pasangan couple zaman sekarang nie,,,,,,..
bagus SYUKRAN,,,,,,..
amr diab on January 08 2010 12:56:43

ana pun stuju sangat dgn artikel ni..tapi bagi setengah pihak dia anggap letak mahar tinggi tuh utk tinggikan martabat kaum hawa btul ke?tapi ana pro mahar yg rendah...asalkan cukup rukun nikah yg wajip dah la...tul x?
solehatul wahidah on January 09 2010 00:44:45

assalamualaikum
artikel ni bagus..thumbs upthumbs upclap
harap dpt buka mata dan hati semua ibu bapa dan kaum hawa..
wanita yg paling tinggi martabatnya ialah wanita yg rendah maharnya..~kalau ana tsilap tolong betulkn..

yg paling pnting.. ikhlas lillahitaala..same2 la kita mncari keredhaan Allah..insyaAllah
amin
wallahualam...gembira
saiful2000 on January 09 2010 01:19:23

Perkhawinan adalah satu sistem yang murni dan hebat.Banyak manfaat yang mampu diperolehi oleh muslim dan muslimah.Justeru itu tidak wajar untuk dipayah-payahkan perkhawinan itu jika sekiranya kedua-dua pasangan saling mengkhendakki dan berkemampuan sebagaimana yang ditentukan oleh syariat.Saya juga bersetuju dengan pendapat khairu_ummah "Dahulukan Syariat...jangan rosakkan ia dengan adat".
mujahid_cinta on January 11 2010 05:32:36

salam nak kawwin pun susah hehehehe
hafidah91 on January 11 2010 21:34:56

salam..
lao bole nk perkahwinan yg paling ringkas..
lpas akad nikah,nk wat kenduri doa slmat jer..
jmpot yg rpat2..insyaAllah
amin

hehe..tp, tkot if ade fmly yg xley nk trime..
ari tu mase akak kawen,akak x nk sanding..
pastu,x pasal2 akak kna mrh ngn pkcik sdara..
real sadreal sadreal sad
Exostal on January 14 2010 04:27:19

assalamualaikum

Saya tertarik dengan artikel ini. Ia sesuai dengan 'trend' sekarang yang melebihkan adat daripada ibadat.

Klu nak buat majlis perkhwinan mesti nak buat yang "grand2" atau hantaran yang mencecah puluhan ribu ringgit. Atas alasan "berkahwin bukanye selalu". Ttpi, ia tidak menilai bahawa perkara ini boleh membawa kepada pembaziran atau masalah kewangan kepada rumah tangga yang baru itu. mane taknye, dah hantaran beribu2 ringgit, terpakse lah yang lelaki membuat pinjaman tuk berkahwin. Name lagi pinjaman, kene laaa bayar balik kan..? seblum kahwin, boleh arr cakap boleh bayar balik... tu mase solo(Single).. tapi, ble dah berdua, laen ar plak cite die kan..?

klu bab pembaziran plak kan, macam yang nak bt majlis kat hotel lima bintang. klu bt secara bersederhana tak boleh ke...? klu lah x boleh kan, rmai arr tak kawin sbb, brape percent jer pendapatan rakyat malaysia yang mencecah 5 tau 6 angka kan..? tau buat bersederhana ni "low Class"..? nie keluar plak sifat mazmumah yang baru, iaitu, suka menunjuk2. sbb dah kaye nak menunjuk plak... astaghfirullah..

Fikir-fikirkanlah....
iluvislam
Kumbang_Muslim on January 23 2010 20:07:26

saya sgt bersetuju dgn artikel ni.....budaya di malaysia telah menyebabkan ramai org berkapel dahulu sbelum kawin dan ramai org membujang kerana tidak mampu menunaikan adat yg tidak wajib sama sekali
Safian Bin Halim on February 02 2010 02:55:54

assalamualaikum
alhamdulillah
jazakallah
insyaAllah
amin

bismillah
duh
iluvislam
pray
comfort
alhamdulillah
amin
tata
assalamualaikum
nur iman mujahidah on February 03 2010 15:53:00

comfort
nur iman mujahidah on February 03 2010 15:56:49

ana pun takut dgn adat skrg ni.........ikutkan nak buat yang simple je.........tapi cmtulah nak ikut pandangan serong orang memang tak akan habis sampai bila2...........duk mengata orang nak bina masjid dengan erti kata yang sebenarnya*comfort**comfort*
khairuddin89 on February 21 2010 17:48:03

assalamualaikum
ISLAM menerima adat yang tidak bertentangan dengan hukum ISLAM. wang hantaran bukanlah benda yang wajib. jika terlalu tinggi, akan membebankan pengantin tersebut. tambahan pula, walimatul urus juga tidak semestinya di buat secara besar-besaran. sekadar untuk menghebahkan bahawa sifulan dengan sifulan telah sah bergelar suami isteri. ISLAM tidak mengamalkan pembaziran. pembaziran adalah amalan syaitan. WALLAHUALAM
fazida@luvff on March 03 2010 11:11:44

adat susah sangat dikikis di kalangan masyarakat..malah seperti menjadi kewajipan pula..sebagai anak susah untuk kita melanggar cakap ibu bapa.nanti menderhaka pula..hmm!
fazida@luvff on March 03 2010 11:13:19

adat susah sangat dikikis di kalangan masyarakat..malah seperti menjadi kewajipan pula..sebagai anak susah untuk kita melanggar cakap ibu bapa.nanti menderhaka pula..hmm!
bluebird on June 27 2010 21:40:52

alhamdulillah
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer