Kod HTML Untuk Promosi
|
|
"Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan."
|
|
|
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
|
| Perbandingan Remaja Malaysia-Palestin |
PERBANDINGAN REMAJA MALAYSIA DAN PALESTIN
www.iluvislam.com
dihantar oleh: amierah08*
Editor : naadherah
*Penulis:
Al Amin Bin Mohamed Sultan
B.Eng (Hons) Manufacturing Engineering (Manufacturing Management)
Pendahuluan
Bukan setahun dua tetapi pencerobohan haram yahudi ke atas tanah orang Islam Palestin sejak 1948 telah mengubah secara keseluruhan landskap negara berdaulat yang disemai dengan kasih sayang serta menyimpan pelbagai nostalgia silam kini terdedah kezaliman dan penindasan yang berterusan. Sudah sekian lama tidak kelihatan ketenangan dan kedamaian tetapi dipenuhi dengan tangisan dan darah.
Malaysia, antara negara yang majoriti besar adalah umat yang beragama Islam yang semakin hari semakin peka dengan isu kemanusiaan di Palestin kerana dasar akidah dan tanggungjawab sebagai saudara seislam.
Walau apapun yang diperkatakan tiada yang dapat menafikan tunjang kebangkitan dan kekuatan kedua-dua negara ini adalah para remaja dan belia yang akan menjadi pelapis, pelindung dan penerus amanah dakwah dan kepemimpinan negara. Mereka inilah yang akan meneruskan ‘baton’ kepemimpinan mahupun perjuangan menentang kezaliman yang menjadi lubuk serangan pihak musuh.
Berbicara mengenai remaja dan belia ini, umum mengetahui hampir lebih separuh dari populari Malaysia adalah para remaja dan belia ini yang meletakkan Malaysia sebagai negara yang cukup hebat dari segi simpanan aset remaja dan pemuda yang diidam-idamkan kerana potensi yang ada pada diri mereka ini.
Potensi Remaja
Jika kita selami potensi diri remaja ini jika dibelai, diasah dan ditonjolkan maka tidak ada sesiapapun berani mencabar mahupun berdebat bahkan akan duduk terdiam melihat potensi dan keberanian tersembunyi yang mampu menewaskan jutaan parameter yang lain. Kita lihat dahulu bagaimana antara puluhan kisah, kita renungkan satu kisah yang membuka mata seluruh dunia dengan tindakan cekal seorang remaja dengan pengorbanan agung dalam membuktikan semangat ‘orang muda’ iaitu kisah bagaimana syahidnya Fares Audah, 12 yang merupakan si cilik dari kem pelarian Jabalia di Palestin.
Kisah bagaimana keberanian seorang remaja menyahut panggilan Intifadhah dengan dengan hanya menggunakan batu sebagai senjata untuk mempertahankan bumi anbiya’, tempat di mana menjadi kiblat pertama umat Islam.. Serangan ditujukan bukan kepada burung ataupun kucing tetapi berhadapan dengan kereta kebal Yahudi yang sedang menyerang dan menghancurkan tanah lahirnya.
Itulah rutin harian Fares Audah selepas balik dari sekolah bersama-sama dengan rakan sebayanya. Walaupun ibunya seringkali risau akan tindakanya, tetapi dia menjawab “ kenapa kita tidak boleh menyerang mereka, sedangkan mereka menyerang kita”.
Malah tindakan ini menjadikan ada ketikanya Yahudi takut dan berundur dengan balingan-balingan batu ini. Selepas 40 hari berjihad bertempur dengan kereta-kereta kebal yahudi menjadikan Fares Audah sebagai sasaran ancaman kepada Yahudi.
Ketika tangan kanan kuat menggenggam batu berhadapan dengan muncung kereta kebal Yahudi Laknatullah, tentera Yahudi menggunakan Sniper menembaknya tepat dikepala. Berjayanya pembunuhan Fares Audah disambut dengan parti minum-minum gembira oleh tentera-tentera yahudi meraikan kemenangan mereka ke atas si cilik bertuah yang bergelar As-Syahid.
Itulah kisah pengorbanan agung remaja bukan pada waktu silam tetapi pada ketika ini yang menunjukkan hebatnya remaja-remaja ini hasil didikan dan pemahaman yang betul. Itu kisah terpuji di negara perang yang sudah lama tidak kenal erti kedamaian, kesejahteraan, kasih sayang keluarga yang kurang akibat kematian orang tersayang, tiada sistem persekolahan yang teratur dan seribu macam perkara lagi. Jadi, bagaimana pula dengan remaja di negara kita yang sepatutnya lebih hebat daripada yang diceritaka kerana kita jauh berada dalam keamanan, kedamaian, kekayaan, kesejahteraan, penuh teknologi dan seribu macam lagi keselesaan.
Perbandingan Senario remaja di Malaysia dengan Palestin
Kita selaku mereka yang peka dan mengambil berat isu ummah ini sudah melakukan sedaya kita dalam menggerakkan kempen-kempen kesedaran isu palestin, menggerakkan usaha mengumpul dana bagi membantu saudara-saudara kita di Palestin, tidak kurang menggunakan kepakaran dalam bidang masing-masing bagi menyampaikan maklumat bagi mendedahkan situasi sebenar yang berlaku di sana.
Bagaimana pula dengan isu remaja-remaja tonggak pelapis kita di Malaysia ini? Jika hanya satu kisah Fares Audah yang dipersembahkan, adakah yang setanding dengannya dalam mempertahankan Islam dan perjuangan di bumi Malaysia tercinta ini?
Semua pihak perlu jelas dengan realiti remaja di Malaysia pada ketika ini yang terlalu dimanjakan dan kurangnya pemfokusan dalam keatas mereka dalam satu sistem atau acuan yang benar-benar mantap dalam membentuk pemahaman, jati diri dan rasa tanggungjawab.
Kita lihat bagaimana pengaruh Hedonisme atau menjadikan falsafah keseronokan dan hiburan sebagai matlamat dalam hidup. Ini telah menjadikan hilangnya nilai-nilai ketimuran dalam setiap tindak-tanduk para remaja . ini belum lagi kisah remaja-remaja pada usia semuda 12 tahun menubuhkan kumpulan Black Metal yang dianggotai oleh rakan-rakan sebaya seperti yang pernah dilaporkan berlaku di Sg. Petani, Kedah. Belum lagi dikira jumlah yang terlibat dengan ajaran-ajaran sesat akibat terlalu menyanjung barat sehingga diawal usia ini ada yang berani menghina tuhan, kencing pada Al-quran, mengamalkan budaya sesat dengan memuja syaitan dan pelbagai lagi perkara-perkara yang tidak masuk akal.
Bagaimana perbandingan antara semangat, wawasan dan ketaatan As-Syahid Fares Audah dengan Remaja di Malaysia pada usia mereka yang sebaya?
Satu persatu kita boleh dirungkaikan, jika di Palestin menuntut ilmu sangat dititikberatkan sehinggakan batu dijadikan pensil, tanah dijadikan kertas dalam kesungguhan anak-anak kecik menuntut ilmu walaupun dalam keadan perang.
Dijadikan dinding bukan binaan-binaan indah tersistem tetapi khemah pelarian yang tidak beratap. Kawasan sekitarnya penuh dengan habuk dan kesan kimia daripada penggunaan senjata yahudi bukannya selesa dengan keaadan berhawa dingin. Mereka mendesak pengganas, tidak dihiraukan perkara lain sehingga belajar dibawah muncung senapang yang sentiasa diacukan kepada mereka.
Lain pula kisahnya dinegara kita, walaupun disediakan dengan sistem yang tersusun, guru-guru yang ramai dan berkelayakan, sumber-sumber dan bahan rujukan lebih daripada mencukupi, kemudahan internet, kawasan pembelajaran yang efektif dan kondusif serta pelbagai kemudahan terus meletakkan remaja-remaja di zon selesa. Apa yang terjadi?
Budaya lepak yang berterusan tanpa sebarang rasa tanggungjawab terhadap ilmu dan masa depan ditambah dengan penglibatan dalam gengsterisme, berjudi, melawan guru, penyalahgunaan dadah, mencabul kehormatan dan pelbagai lagi jika ditunjukkan statistik pasti semua pihak akan terus menuding jari dan menggeleng kepala melihat teruknya tahap pemikiran, pemahaman dan perlakuan sebahagian besar remaja-remaja di Malaysia, sebuah negara penduduk Islam yang membangun.
Ketidakpedulian kepada ilmu agama menjadi faktor paling penting yang mencorakkan remaja-remaja ini ke arah gejala negatif dan jika tidak dirawat segera secara kolektif akan terperosok di lembah kehinaan. Jangan sesekali menganggap pembelajaran matapelajaran Agama Islam pada peringkat rendah dan menengah dengan secara teori untuk menjawab dalam peperiksaan itu sudah mencukupi untuk membentuk jiwa melahir insan berperibadi muslim tanpa penerapan secara total unsur-unsur pemahaman dan pengamalan dengan cara yang sebenarnya.
Adakah kita tidak mengambil iktibar bagaimana dalam keadaan perang yang tersangat dahsyat dalam sejarah dunia, Palestin bersungguh menerapkan ilmu agama dan berjaya melahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafaz al-Quran.
“Pemimpin kami mendapat tarbiyah daripada Masjid Al-Aqsa dan kami pula mengajar anak-anak Palestin. Musim luruh lalu, kami berjaya lahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafaz al-Quran.”
Demikian antara petikan kata-kata pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri yang menceritakan antara kejayaan perjuangan pertubuhan Islam itu selain membebaskan bumi Anbia itu daripada rejim Zionis Israel.
Dimana kita, dimana mereka?
Banyak lagi perkara memalukan yang tak mampu kita redahi, bagaimana remaja-remaja dilalaikan dengan program-program realiti televisyen (tv) yang semakin mendapat sokongan akar umbi. Semakin hari semakin bertambah, malahan stesen-stesen di negara ini berlumba-lumba untuk mempromosikan rancangan realiti tv masing-masing yang ternyata bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata.
Kita disajikan dengan rancangan-rancangan seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor Mencari Cinta, The Most Beutiful, One In a Million dan banyak lagi. Kegilaan terhadap realiti tv ini amat dasyat dan kesan atau pengaruhnya amat menakutkan sekali.
Sebenarnya program realiti tv ini merupakan satu bentuk penjajahan baru ke atas pemikiran umat islam atau “ghazwatul fikr”. Ini merupakan agenda Yahudi dan Nasrani yang mempunyai agenda tersembunyi untuk melemahkan umat Islam melalui serangan pemikiran yang akan mematikan daya tahan, daya juang dan semangat jihad umat Islam. Umat Islam dilekakan dengan program realiti tv ini.
Kemudian artis-artis yang tidak sepatutnya akan dijadikan idola tanpa mengambil kira syariat agama. segala perlakuan, kata-kata, cara hidup dan semuanya akan diikuti untuk dicontohi yang berterusan meletakkan mereka hanya Islam pada nama tanpa mengambil berat tentang agama yang dianuti.
Mereka tidak lagi berminat untuk mengetahui nasib saudara seagama mereka yang tertindas di Palestin atau di Iraq. Mereka lebih senang menangisi penyingkiran peserta AF daripada menangisi nasib umat Islam lain yang dibunuh, disiksa oleh tentera Israel di bumi Palestin.
Tidak ketinggalan juga, Bola Sepak menjadi kegilaan remaja dan belia, menghilangkan semangat tidak kena pada tempatnya. Untuk bangun ditengah malam menyokong pasukan pilihan dengan mengorbankan tidur dapat dilakukan tetapi untuk bangun mendirikan solat malam berapa kerat yang mengamalkannya, sejauhmanakah penekanannya pada remaja-remaja pada zaman moden ini?
Peristiwa ini seakan mengulangi Tragedi 1967, iaitu ketika orang Arab disibukkan dengan sebuah kejohanan bola sepak, Israel menyerang Sinai, menyebabkan dunia Arab dan Islam dimalukan.
Keterlibatan remaja-remaja dan belia dalam kancah zina dan seks terlarang juga sedang menghancurkan institusi sosial di negara kita memalukan negara yang dikatakan Negara Islam contoh kepada dunia. Pergaulan silang jantina yang bebas melampau batas, seks menjadi santapan harian sebagai satu perkara lumrah, apatah lagi dengan pendedahan aurat dan lain-lain tuntutan agama yang sudah hampir dikuburkan.
Kesannya pembuangan bayi merata-rata, pengguguran berleluasa malah mula ada cadangan untuk mewujudkan bank bayi dan sebagainya. Tidakkah hinanya manusia pada ketika ini jika dibandingkan dengan haiwan pun yang menyayangi anaknya. Kehancuran demi kehancuran, penyakit HIV/AIDS akan mula menjadi kebiasaan dan seterusnya menghancurkan tamadun.
Kita lihat statistik pendaftaran anak luar nikah pada 1999-2003 yang mencatatkan bilangan 70430 di seluruh negara. Ini adalah jumlah tidak termasuk yang tidak didaftarkan yang pasti akan meningkatkan jumlah ini yang dicatatkan pada setengah dekad yang lalu. Kini pastinya angka-angka ini sudah jauh meningkat dengan keadaan sosial dan cara hidup remaja di negara kita.
Sedikit demi sedikit jika kita luangkan masa untuk mengkaji dan menilai umat ini, kita akan tersangat malu kerana berani mendabik dada mengatakan berada dalam era nano-teknologi, kemajuan infrastruktur tetapi kehancuran institusi agama dan masyarakat.
Penutup
Jika Bayi di Malaysia dihina dengan dibuang di dalam tong sampah dalam keadaan masih merah bertali pusat, bayi di palestin pula disanjung akibat syahid ditembak oleh tentera zionis.
Pelajar-pelajar di Malaysia melepak di pasaraya membeli-belah dengan aktiviti merugikan diri agama dan negara, tetapi pelajar-pelajar di Palestin sana mendesak, mendesak tentera yahudi untuk berundur. Mereka relakan diri belajar dibawah muncung senapang kerana ilmu mereka akan gunakan untuk berjuang pada kemudian hari.
Semangat remaja-remaja Malaysia adalah berhibur, gembira dalam keseronokan pergaulan bebas, zina, rokok, arak dan disko. Semangat di Palestin adalah bertempur dengan semangat jihad kerana Allah. Mereka bertempur dengan lastik dan batu berhadapan senjata-senjata berteknologi tinggi dan kereta kebal.
Kematian di Malaysia kerana pecah kepala atau hancur tubuh akibat lumba haram juga jenayah dan gengsterisme tetapi kemalangan menghasilkan maut di Palestin adalah kerana di Bom dalam serangan menghancurkan akidah umat Islam.
Di Malaysia pendedahan aurat kerana inginkan kebebasan, keseronokan didampingi agar dilihat lelaki bukan mahram tetapi di sana dalam keadaan perang dan darurat mereka menjaga aurat dengan cukup tegas.
Jika diteruskan pasti tidak akan berhenti perbezaan yang boleh dinukilkan kerana terlalu banyak bezanya, kadang-kadang tidak layak untuk dibandingkan kerana kemuliaan dan kehinaan cukup jauh taraf dan martabatnya.
Maka bersama-samalah kita berusaha agar lembah kehinaan yang semakin dalam ini dalpat ditimbusi dengan pemantapan akidah, pemahaman islam secara total agar berlaku hijrah dari lembah kehinaan ke puncak kemuliaan, tidak lain tidak bukan dengan taqwa
33 Comments ·
4909 Reads ·
|
|
on January 05 2010 04:50:23
Sebagai remaja Malaysia, saya malu dengan diri sendiri. Saat mereka sedang bertarung nyawa melawan tentera yahudi, saya terlupa akan mereka. Astagfirullah. |
on January 05 2010 04:55:46
..kita dan mereka.. |
on January 05 2010 10:44:30
ya allah..
jka dberi peluang, ana nak sgt brada dklangan dorang .. biar stiap hri,ana mengingati
Allah.. bukn mcm kat cni,keamanan dn ksenangan buat ana lalai .. 
syukran buat penulis yg bnar-bnar mmbuka mata ana .. !
[al fatihah buat saudara fares audah .. ] |
on January 05 2010 12:23:50


sjujurnya ana terpegun bca artikel ni.ana xtau nk gambarkan perasaan
ana skng ni. Terlalu byk perbezaan remaja kt malaysia ni berbanding
dengan kat palestin. .. Remaja kt cni sibuk bersuka
ria dan bergembira tanpa perlu rasa takut dan gentar dengan
ancaman2 seperti kt palestin..Sedangkan saudara2 kita kt
cna plak sedang mempertahankan maruah agama dan bngsa serta
bermandikan darah...       
syukran wt penulis artikel ni ek..tetiber ana rsa cm smgt lak nk
mnjadi sekental dan setabah remaja2 kt palestin..moga Allah
tempat saudara Fares Audah di kalangan org2 yg beriman..
Al fatihah.. |
on January 05 2010 12:26:14
Subhanallah...betapa kerdilnya diri ni jika dibandingkn dgn pemuda palestin...
moga pemimpin2 kite juga membace artikel ini...
agar dapat mencelikkan mata mereka...ya Allah selamatkanlah negaraku...
sahabat2, sebarkanlah artikel ini..agar dpt dibace oleh semua pemuda di malaysia ni... |
on January 05 2010 13:05:32
Salam.
Remaja kita, bila ditanya, apa masalah yg paling berat bagimu? Dijawab;
1-study tidak cemerlang, nak dapat dean list.
2-risau habis belajar nnt ada kerja atau tidak
3-gelisah memikirkan masa depan berkahwin dgn siapa
4-takut membujang sampai mati
5-tidak tetap pendirian, tiada motivasi diri, tidak yakin dgn kebolehan
6-etc
Yang semuanya menjurus kpd diri sendiri. SELFISH!
Sedangkan, masalah yg jauh lebih berat, lebih besar di pandang enteng, dipandang rendah. Kejatuhan akhlak dan moral, akidah umat yg makin goyah, kesatuan ummah yang rapuh. Bagaimana pula? apakah ini tidak penting? apakah ini bukan masalah kita?
Pemuda kini, penentu nasib negara, bangsa dan agama kita di masa hadapan, ayuh! bangkit! |
on January 05 2010 13:45:51


artikel yg sgt2 bagus untuk perkongsia kita ....sgt memalukan bagi kita yg berada dalam keadaan yg selesa tetapi LALAI...terlalu enak sehingga terlupa pada penderitaan saudara kita...mereka yg wajar kita contohi diketepikan yg hina disanjung pula ...semoga msh blum terlambat untuk kita mengubah situasi genting ini...dan semoga kita semua berada dalam lindunganNya...amin...
                |
on January 05 2010 14:18:50

Al-Fatihah buat Fares Audah dan smoga arwah adk Fares dikalngan org yang beramal soleh..
Artikel yang sangat menarik dan syabas kpd penulis..
kita sebagai remaja (khalifah) di muka bumi ini, perlu tahu ape sebenrye tggungjawab yang ALLAH berikan kpada kita..ingatlah wahai sahabatku semua kita semua adalah penyambung warisan tanah air kite sndiri dan bukan negara orang lain..
Justeru itu akal fikiran yang telah dianugerahkan oleh ALAH kpada kite manusia gnelah dengan sebaik2nye..think professional..slalu ingat dunia ini hanya tempat persinggahan kita dan bekalan tok di akhirat sne..
Marilah kite bersame2 bangun dan mempertahnkan ISLAM dari segala aspek sepertimne yang diperjuangkan oleh arwh adk Fares Audah tok tanh airnye..  |
on January 05 2010 16:29:18
assalamualaikum...
1st skali ana nk ucap maan najah fiddin..utk warga palestine yg sntiasa & trus brjuang..
ana nasihatkan agar kite semua brwspada trhdp agenda org israel dan sekutunya..
.... |
on January 05 2010 21:37:31

Ya Allah..
moga kami mnyedari hakikat ini...
moga kesedaran ini disusuli dgn usaha..
moga usaha ini hanya krnMu..
moga kami sntiasa brd di bawah hidayah dan rahmatMU,Ya Allah..

al-Fatihah,,, |
on January 05 2010 23:00:23
Fares audah....semoga ditempatkn di syurga firdaus...
kite yng tlah diberikan idup dalam aman dan damai...blum tentu lg aman dan damai di sana kelak...huhu...manusia always lalai...and include me...
kerna e2 kte sume memerlukan makanan rohani yng ckup...kerna bkan perut jer yng kne kenyang...iman juga kne refresh...agar kte x lupa...kerna maksud manusia tu sendiri "lupa"...thanks a lot buat krew2 iluvislam....
i like that article... |
on January 05 2010 23:24:48
apa yang saya memperhatikan oleh semua orang masyarakat adalah hanya simpati dalam keadaan mereka..tetapi tiada sorang pun membantu umat islam disana..hanya yg bantu ialah makanan dan ubat-ubatan dan sebagainya...masyarakat disana hanya meminta umat islam membantu mereka di negara mareka....apa saya lihat dan kaji selama ini banyak umat islam tidak membantu pun..bila lihat rakyat palestin terbunuh dan kanak2 terkorban kita rasa marah dan hendak membalas balik tapi itu semua hanya cakap sahaja dan berbincang untuk kedamaian tapi tu semua ..tiada umat pun membantu..mana ketua-ketua islam untuk membantu negara islam dalam kesusahan...dan adakah ketua-ketua islam takut dengan negara-negara seperti yahudi......
saya takut akan berlaku lagi kisah kejatuhan negara islam seperti negara-negara dahulu yang telah berjaya ditakbir oleh islam dan saya takut di palestin akan menjadi begitu jugak.... bayak kisah nabi dan sejarah islam di palestin akan musnah tidak lama lagi.....jika kita tidak TEGAS!!!!!!! dan membantu umat islam disana..umpama kita tidak menyangi islam lagi dan pertahankan maruah islam lagi.....
TIADA LAGI PANJI-PANJI ISLAM DAN BARISAN TENTERA ISLAM DUNIA BERGABUNG DAN MEMBANTU KEMBALIKAN PALESTIN ATAUPUN TIADA TENTERA ISLAM LAGI....
jika satu hari nanti ada hamba allah yang mengetuai tentera islam dan mengumpul tentera islam di pelusuk dunia dan tidak mengenali kulit atau rupa tetapi ia mencucap kalimah syahadah dan berpakaian pakaian tentera lama dan akan sentiasa membawa panji-panji islam nescaya mereka akan sedar bertapanya pentingnya islam........................... |
on January 06 2010 00:43:06


Malu dengan diriku sendiri |
on January 06 2010 01:19:52
insaf..... |
on January 06 2010 08:48:25
Terima kasih kepada penulis.. 
mencelikkan mata-mata yang pejam,
mencerahkan mata-mata yang kabur.
semoga kesedaran kita semua diikuti dengan tindakan...  |
on January 06 2010 10:48:43
ana pernah baca artikel ni dpd majalah PERSPEKTIF terbitan JIM.
to al-amin (penulis): anta mantan pelajar utem kan? |
on January 06 2010 17:08:13
tataw nak taip hape, tapi taip jugak..
Jemari kaku, minda membayangkan betapa berbezanya remaja Malaysia dan remaja Palestin. Astaqfirullah Halazim... 
Yup, aih.. tataw la.. diri ni rasa kerdil, sangat kerdil terlalu kerdil.  |
on January 06 2010 19:02:12

kagum...x terkata. sebak bila bca. betapa hebatnya remaja mereka...
malu dgn diri sendiri. teringat juga paparan majalah 3 ttg smangat jihad remaja Palestin. masyaALLAH...mereka dambakan syahid...syahid di jalan ALLAH jd impian mereka...
kita kat cni??....  |
on January 06 2010 19:50:53
sebak saye membacanye..mereka remaja palestin mmg istimewa...
mmg bnyak perbezaan nya dngan remaja d malaysia...
semoga Allah memberkati bumi palestin.. |
on January 06 2010 21:10:16

thanks a lot penulis,penghantar & editor artikel kali ni...artikel yg bagus membuka mata & minda but hope selepas kalian membacanya, lakulah sesuatu untuk diri kalian don't read & talk only but do action.
313badar wrote:
apa yang saya memperhatikan oleh semua orang masyarakat adalah hanya simpati dalam keadaan mereka..tetapi tiada sorang pun membantu umat islam disana..hanya yg bantu ialah makanan dan ubat-ubatan dan sebagainya...masyarakat disana hanya meminta umat islam membantu mereka di negara mareka....apa saya lihat dan kaji selama ini banyak umat islam tidak membantu pun..bila lihat rakyat palestin terbunuh dan kanak2 terkorban kita rasa marah dan hendak membalas balik tapi itu semua hanya cakap sahaja dan berbincang untuk kedamaian tapi tu semua ..tiada umat pun membantu..mana ketua-ketua islam untuk membantu negara islam dalam kesusahan...dan adakah ketua-ketua islam takut dengan negara-negara seperti yahudi......
good 313badar. setuju
Masyarakat hari hanya omongan kosong, kita sibuk bercakap berkenaan palestin tapi tiada perancangan rapi untuk membantu & membebaskannya.
Ummah hari ini lemah? Masih lagi nafsi-nafsi, gaduh sana gaduh sini. Pertikaian sana pertikaian sini.kadang2 isu yg remeh temeh diperbesarkan.Perasankah kita betapa ummat Islam hari ini rosak. Kenapa? Kerana hilangnya peribadi-peribadi yang sanggup berkorban.
keadaaan kita sekarang sepertimana yg Rasulullah SAW pernah bersabda akan wahn (cinta dunia dan takut mati) apabila berbicara berkenaan kelemahan ummat akhir zaman.
Jadikan pengalaman silam sebagai cermin harga diri untuk berubah dan mengubah. Moga suatu hari nanti ada pahlwan yg akn muncul seperti Sultan Salahudin & Sultan Al-Fateh.. Sejarah sama mungkin sukar untuk diulang, namun ciri-ciri persamaan padanya menjadi keutamaan. ku merindui pahlawan ini dan generasi pahlwan ini.
Sedarlah & Bangunlah, perbaikilah & bergeraklah merubah diri kita...
p/s: kata2 di atas ditujukan khususnya pd diriku
Al-fatihah buat saudara2 kita di palestin jua hajatkan doa yg terbaik drpd kalian semua kerana Rombongan bantuan ke Gaza berhadapan dengan lebih 2000 polis rusuhan Mesir di Al Arish. Sukarelawan pelbagai negara, termasuk Malaysia. Moga mereka dilindungi oleh Allah.amin.. more info: http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=3479 |
on January 07 2010 00:59:22
masyaALLAH,
ya Allah ampunkanlah dosa2 kami semua, Amin!!
  |
on January 07 2010 12:38:01
nice..... menaikan smgt tok berjuang dalam konteks seorang pelajar..... |
on January 07 2010 22:10:25
..ana terpegun dgn nukilan penulis ini..ana brasa sdih krn berada dlm ksenangan yg melekakan ana drpd mengingati saudara di palestin.. marilah kita sama2 berdoa agar kita dan remja kita sedar.. doakan juga saudara2 kita di Palestin.. |
on January 07 2010 22:58:10
renung2knlh.. |
on January 08 2010 11:24:28

jgn smpai allah tarik sgala kesenangan yg allah berikan kpd kita..
kita jd smkn lalai dn dlm diam yahudi sdg memasukkan jarum untk musnhkn umat islam...
ya allah,berilh kekuatn kpd aku dn saudara2 seislm aku yg lain untk sberjhd ke jln-Mu ats dasar iman,taqwa dn tauhid!
amin...    |
on January 08 2010 12:50:19
      |
on January 09 2010 10:08:30


Barakallah pnulis krna tlh mnlis sbuah artikel yg ckup2 mginsafkn srta mydarkn pmbca lain. |
on January 09 2010 10:27:07
    |
on January 09 2010 13:27:49

subhannALLAH...
cekal nya semangat mereka..
YA ALLAH kuatkan lah semangat mereka!!
bantulah mereka ya ALLAH...
Ya ALLAH kau bantulah juga remaja MALAYSIA yang sering lalai...
lalai dan lupa akan tanggungjawab...
yang mendahulukan nafsu drpd agama n akal..
yang sedang suka berfoya2..
yang sedang suka mengikut sesuatu tanpa usul periksa..
bantulah kami semua Ya ALLAH |
on January 10 2010 00:39:08
syukran wat penulis yg menzahirkan artikel yg menarik ini...
betapa kta sebagai rakyat malaysia perlu mengambil iktibar dr perjuangan rakyat palestin yg bnyk menderita di bumi mereka sendiri...
semoga Allah merahmati mereka... |
on March 01 2010 18:01:34
ya Allah...sedarkn diri ku ini....bgnkn diri ku dri tidur lena ini....aku ingn brsama2 brjuang brsama remaja Palestin...aku ingin musnahkan israel...kuatkn iman ku trhadap-Mu,ya Allah.. |
on March 09 2010 11:09:54

“Aku Berharap diakhir kehidupan ini, aku dapat pergi ke Ghazzah walaupun berada atas kerusi roda. Aku akan menghalakan senjataku kepada israel, kemudian israel akan membalas dengan melontarkan bom kepadaku, akhirnya aku mencapai syahid di bumi Palestin”
Ini adalah sedutan ucapan Imam Qaradhawi di Qatar bersama pemimpin tertinggi Hamas pada 28 Januari 2009 yang bermottokan "Ghazzah telah menang" Kematian yang berlaku kepada rakyat Palestin merupakan kematian syahid yang diimpikan oleh setiap umat Islam.
Ini adalah semangat yang berkobar-kobar ditunjukkan oleh orang tua yang berumur hampir 90 tahun. Bagaimana dengan orang muda seperti penulis dan pembaca sekelian. Tidak rasa malukah mendengar ucapan sebegini.!
“Sebenarnya asas kepada kejayaan Hamas ialah kebersatuan ahli Ghazzah dalam menghadapi tekanan Israel” tegas beliau lagi.
Sebelum ini, Sheikh Ahmad Yasin pernah di bom oleh tentera Israel. Walaupun Sheikh Ahmad Yasin tidak mempunyai apa-apa kekuatan jasadiyyah, mata beliau yang hampir buta, telinga yang kurang pendengaran, tubuh yang tidak bermaya, suara yang terlampau tidak jelas. Tetapi orang sebegini menimbulkan kegerunan kepada israel. Orang sebegini mampu berjuang sehingga mendapat pahala syahid.
“kemenangan di Ghazzah merupakan kemenangan permulaan. Kita masih menunggu kemenangan yang menyeluruh dengan pembebasan bumi Palestin.” 
“Ahli Ghazzah bersatu atas dasar iman dan ukhuwwah, dengan sebab itu, Allah SWT telah menyatukan hati-hati mereka. Israel dan sekutu-sekutunya ingin memecahkan kesatuan antara penduduk dengan pemerintah dengan mengadakan pelbagai sekatan dan melaparkan penduduk Hamas untuk menyusahkan pemerintah Hamas. Tetapi sayang, penduduk Ghazzah menerima kelaparan dan menolak untuk tunduk kepada Israel”
Itulah antara sedutan kata-kata yang penuh bersemangat oleh Imam Qaradhawi. Sepatutnya para pemuda perlu mengambil pengiktibaran di atas semangat yang ditonjolkan oleh beliau. |
on July 06 2010 22:54:58
memang jauh beza remaja kita dgn remaja pelestin.
mereka lebih dekat dgn agama dan Allah.
dorang susah nak solat sbb keadaan yg kadang2 tak mengizinkan.
tp mereka berusaha mendirikan..
dorang sukar mendapatkan makanan minuman.
tp mereka tetap bersyukur dgn Allah..
dorang diserang dgn senjata2,bom2 yg bahaya,berdepan dgn kereta kebal.
tp mereka xgerun xberganjak..
dorang melindungi masjidl aqsa..mempertahankan tanah air..membela agama..
sanggup berjihad pada jalan Allah..
Masya Allah..sungguh hebat saudaraku disana..
lalu kita remaja Islam..,bagaimana..????
kita malas dirikan solat sedangkan tiada halangan untuk kita dirikan solat.
kita makan minum dengan kenyang tanpa mengucapkan syukur pd Allah yg memberikan kita rezeki..kita terkenal dgn sikap yg membazir..
masjid surau dibiarkan sepi,kotor..hnya golongan tua sahaja yg bejemaah di rumah Allah..
mana pergi remaja Islam???
mana pergi hilangnya kerinduan untuk berjemaah di masjid dan suaru???
jarang dah kita mendengar lafaz2 ini dari belia Islam kita yakni zikir.
so..,remaja Islamku..ayuh kita bangkit..
jgn leka lg...!!!!!!!!! |
|
|
Please Login to Post a Comment.
|
|
|