Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa"
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Pengklonan Terapeutik Dan Penyelidikan Sel Stem

Pengklonan Terapeutik & Penyelidikan Sel Stem (Stem Cell)
www.iluvislam.com
Submitted by:
aziznasir
Editor: RosNiza Abdullah


Isu: Fatwa
Tarikh Dikeluarkan: 26 Mei 2006



1. Pengklonan terapeutik untuk tujuan rawatan perubatan seperti mencipta sel-sel tertentu atau menggantikan organ yang telah rosak dengan mengambil kira langkah-langkah sempadan yang dibenarkan oleh syara' adalah diharuskan.

2. Harus menggunakan embrio yang disimpan beku atau lebihan embrio daripada proses persenyawaan di luar rahim (IVF) untuk tujuan penyelidikan dengan syarat mendapat persetujuan pasangan suami isteri yang menerima rawatan dan kajian tersebut dilakukan sebelum mencapai
tahap ‘alaqah’(blastocyst).

3. Penyelidikan ke atas pra-embrio selain daripada untuk tujuan terapeutik hendaklah mendapat kebenaran daripada pasangan suami isteri. Pra-embrio hasil penyelidikan ini, tidak boleh sama sekali ditanam dalam rahim isteri atau mana-mana wanita yang lain.

4. Harus melakukan penyelidikan ke atas pra-embrio untuk mengetahui penyakit genetik bagi pasangan suami isteri yang berisiko tinggi dan hanya embrio yang dikenalpasti bebas dari penyakit sahaja boleh ditanam dalam rahim ibunya dalam tempoh perkahwinan yang sah. Sebarang penyelidikan yang berunsurkan komersial atau yang tiada kaitan dengan kesihatan ibu atau janin adalah tidak dibenarkan.

5. Rawatan kejuruteraan genetik ke atas pra-embrio yang melibatkan pengubahsuaian sifat semulajadi seperti rambut, warna rambut, kebijaksanaan, ketinggian dan sebagainya termasuk memilih jantina adalah haram. Bagaimanapun, pemilihan jantina diharuskan sekiranya faktor jantina menatijahkan suatu penyakit genetik yang serius yang boleh membawa kematian.

6. Penyelidikan hendaklah dijalankan secara sah dan proposal penyelidikan mestilah jelas, saintifik dan dikendalikan oleh penyelidik yang benar-benar mempunyai kemahiran, amanah serta bertanggungjawab.

7. Sel stem daripada sumber-sumber berikut adalah harus digunakan untuk tujuan rawatan perubatan dan kaji selidik:

a. Daripada seorang dewasa (sel stem dewasa) dengan izin dan prosedurnya tidak mengakibatkan mudarat;

b. Daripada seorang kanak-kanak dengan keizinan ibu bapanya dan prosedurnya tidak mengakibatkan mudarat;

c. Daripada uri dan darah tali pusat bayi dengan keizinan ibu bapanya;

d. Daripada janin yang gugur secara spontan atau keguguran akibat daripada rawatan perubatan yang dibenarkan syara', dengan syarat mendapat keizinan ibu bapanya, bukan janin yang digugurkan secara sengaja atau digugurkan tanpa sebab-sebab perubatan yang dibenarkan oleh syara';

e. Daripada lebihan embrio (excess embryos) yang disimpan beku daripada teknologi bantuan kesuburan IVF dengan syarat mendapat keizinan daripada ibu bapanya. Sel stem daripada embrio yang dihasilkan secara sengaja (created embryo) dengan teknologi Somatic Cell Nuclear Transfer ( SCNT ) adalah tidak dibenarkan berdasarkan kaedah saddul zaraie’
iaitu menutup pintu keburukan.



Sumber: Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan

 



5 Comments · 2355 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 71% [5 Votes]
Very Good Very Good 29% [2 Votes]
Good Good 0% [No Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
suhana_nur on January 04 2010 11:57:36

Alhamdulillah,
dah jumpa fatwa.
Thanks kepada aziznasir.
cornnetto on January 04 2010 18:52:31

assalamualaikum..........

OH.............. BARU KU TAHU YG SEBENARNYA.........
KU INGAT SBLUM INI KLON MANUSIA INI HARAM.........
TP DA GAK YANG DIHARUSKAN...
alhamdulillah...........
sya ar on January 05 2010 21:31:20

assalamualaikum

jd maknanya, surrogate mother tu haram lah ya?
addurrah on January 08 2010 12:04:50

assalamualaikum
syukran lillah for this beneficial information...
may ALLAH bless u...insyaAllahiluvislam
nurhuda mawaddah on January 08 2010 14:12:52

clapclapclapclapclapclapclapclapyahoo!yahoo!yahoo!yahoo!
terima kasih di atas maklumat yang bermanfaat
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer