Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
" Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah."
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Ibarat Sepanjang Hidup Beribadah

Do you do those things?
www.iluvislam.com
nukilan : malifah92
editor : IskethaykaL


@}---~---{@


Pada suatu hari Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat...

" Siapakah di antara kamu yang menghidupkan malamnya? "

Salman al-Farisi menjawab, " Saya, ya Rasulullah. "

Rasulullah bertanya lagi,

" Siapa yang berpuasa penuh pada setiap bulan ? "

Salman al-Farisi menjawab,

" Saya ya, Rasulullah. "

Rasulullah kemudian bertanya,

" Siapa yang khatam al-Quran pada setiap hari ? "

Salman al-Farisi menjawab lagi,

" Saya, ya Rasulullah. "

Sahabat-sahabat yang lain berasa hairan akan jawapan Salman al-Farisi. Mereka berkata bahawa mereka tidak pernah nampak Salman al-Farisi membuat semua itu. Rasulullah s.a.w kemudiannya menyuruh Salman al-Farisi memberi penjelasan akan jawapannya itu. Salman al-Farisi menjawab,

" Aku pernah mendengar kekasihku, Rasulullah s.a.w. bersabda, sesiapa yang tidur dalam keadaan berwudhu', seolah-olah dia telah ihya' (menghidupkan) malamnya. Baginda juga pernah bersabda setiap amal kebajikan akan dibalas dengan 10 kebaikan. Aku puasa 3 hari pada setiap bulan sama dengan aku berpuasa 30 hari (sebulan). "

Rasulullah s.a.w mengiakan kata-kata Salman al-Farisi.

" Aku juga pernah mendengar Baginda bersabda sesiapa yang membaca "Qulhuwallahu Ahad" (surah al-Ikhlas) seolah-olah dia membaca 1/3 al-Quran. Aku membacanya 3 kali setiap hari. Ini seolah-olah aku telah khatamkan al-Quran. "



Nukilan editor : Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijri dan Masihi . Secara kebetulan dua kali Tahun Baru disambut dalam ruang masa yang dekat. Maka menjadi 'double dose' untuk kita sama-sama bermuhasabah dalam diri untuk lebih maju pada masa hadapan. Jom hijrah!

 



12 Comments · 4721 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 93% [27 Votes]
Very Good Very Good 7% [2 Votes]
Good Good 0% [No Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
Anahanun on January 03 2010 18:30:19

alhamdulillah
nuaiman on January 03 2010 20:29:14

O0O0OO0O0O......SUBHANALLAH....senang sungguh nak dapat pahala........cuma nak x nak jep!esh.insyaAllah ana akan ikut.terima kasih untuk perkongsian ya!grin
princess charming on January 03 2010 20:37:31

clapclapclap

sekecil-kecil ibadah pun memberi pahala yang amat tinggi.

Subhanallah,

Allah Maha Pemurah..
alisya sofia on January 03 2010 20:55:06

bismillah

clapclapclap
marilah kte sme2 muhasabah diri kte...n tgktkn ibdhh, jadikn setiap amaln harian kte satu ibdhgembira

jazakallah
aoi on January 03 2010 22:18:35

assalamualaikum.

erm, saya pernah mendengar cerita tentang hadith ini.
tapi ceritanya berbeza. cerita yang saya baca, bukan al-farisi tapi ali.
mana satu yang benar?? siapa yang boleh tolong jelaskan?
Amira Ahlaiah on January 03 2010 22:52:43

salam

maaf... bt pertanyaan aoi... mengenai itu... setahu ana... kedua2 nya benar... kerana... perihal sayyidina ali ialah mengenai membaca surah al ikhlas... tidak termasuk ketiga3 y diatas.... dan ia adalah seperti teka teki...
Rasulullah bertnya kan kepada shbt nya... siapakah y boleh khatam al-quran dalam masa beberapa saat (ketika itu ada sayyidina Ali dan sayyidina umar) maka Sayyidina menjawab tiada siapa y mampu melakukan itu... dan sayyidina ali y masih kecil ketika itu mangangkat tgn utk menjawab... dan dia terus membaca surah al-ikhlas sebanyak 3 kali...

wallahualam
AsNiza on January 04 2010 10:38:51

Bismillah..

Kebetulan, baru selesai mengikuti MK' 10.. ada slot khas, mengenai sahabat Nabi, dn beliau adalah Salman Al-Farisi. Sang Pencari Kebenaran.

Seorang pemuda kaya yg sanggup tinggalkan keluarga dan kekayaannya demi mencari kebenaran, pernah menganut dua agama lain Majusi dan Nasrani, sebelum akhirnya bertemu Rasulullah dan menganut Islam. Pernah dijual dan dibeli, betapa beliau bersusah payah demi mencari erti sebuah kebenaran.

Subhanallah, akhirnya kebenaran yg di cari, ditemui juga. ISLAM.

Bagaimana dgn kita, bagaimana 'Islam' kita? Bagaimana iman kita? Bagaimana akhlak kita?Muhasabah diri jom gembira

Antara sumbangan Salman Al-Farisi adalah;

Beliau telah memainkan peranan yang penting ketika berlakunya Perang Khandaq. Ketika itu beliau telah mencadangkan supaya kaum Muslimin menggali parit di sekeliling kota Madinah yang sedang diancam oleh tentera Musyrikin Makkah serta kaum Yahudi yang khianat.

Atas cadangan Salman, tentera Islam berjaya bertahan dari dalam kota Madinah dan Abu Sufyan Al-Harb selaku ketua pihak Musyrikin ketika itu telah mengepung daerah pertahanan Madinah dengan anak buahnya selama sebulan terpaksa berundur setelah kehabisan bekalan selain daripada angin taufan dan pergolakan dalaman para tentera Musyrikin.

Jom, selusuri kisah Nabi dan para sahabat, usah diagung2kan tokoh2 barat sedangkan Islam sendiri mempunyai tokoh yg tak kurang hebatnya.

Wallahua'alam.
ainulmardhiyah92 on January 04 2010 14:22:14

alhamdulillah
btol 2..
sbg seorang Islam
kite patut mengetahui tntg
tokoh2 Islam....insyaAllah
RosNiza Abdullah on January 04 2010 23:52:16

bismillah

thanks a lot to malifah92 dan editor : IskethaykaL

simple but maksud sampaithumbs up
NOOR SYAFIQAH SAMSI on January 05 2010 17:44:19

assalamualaikum
subahanallah maha suci Allah yang masih menginginkan kebaikan kepada setiap ummatNya.....
sedarlah wahai insan kita hanya menumpang dibumiNya dan Dia tidak pernah meminta bayaran dengan setiap apa yang diberi namun mengapa kita masih leka untuk mengingatiNya????
Danial Durrani on January 08 2010 05:11:36

alhamdulillah..kita mampu lakukan seperti itu..n_n
Muslimatul Zakaria on January 10 2010 09:32:17

Subhanallah.. Dia Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi untuk hambanya...thumbs up
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer