Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya) daripada gerobak yang penuh muatan."
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
FUIYO 2009 : The Best Winter Gathering Ever!

FUIYO 2009 : The Best Winter Gathering Ever!
www.iLuvislam.com
Team Event iLuvislam United Kingdom


FUIYO

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Setelah pelbagai ujian dikenakan ke atas hamba-hambaNya, FUIYO Third Edition usai dijalankan dengan lancar. Meskipun diancam dengan risiko sehingga menyebabkan ia mungkin dibatalkan lantaran salji tebal di Peak District yang membahayakan, namun Allah izinkan usaha gigih para penggerak diteruskan. Lokasi baru di salah sebuah World Heritage Site berjaya dicari dan pertukaran tempat diumumkan sehari sebelum program bermula (kami dimaklumkan jalan ke Peak District ditutup sepanjang 5 batu pada pagi 21 Disember 2009).

22 Disember 2009


Sebahagian peserta berkumpul di University of Manchester sebelum bertolak bersama-sama sebahagian ahli jawatankuasa(AJK) FUIYO Third Edition dalam dua bas yang ditempah khas untuk FUIYO. Dalam masa yang sama, AJK yang lain telah pun tiba di Ironbridge- Coalbrookdale, Telford dan menyiapkan tempat demi menyambut para peserta yang diraikan. Peserta muslimat seramai 70 orang bakal mendiami Istana Yha, manakala 31 peserta muslimin bakal menghuni Istana Takeshi (Ironbridge- Coalport).

Setibanya di sana, bacaan doa memulakan perjalanan 4 hari 3 malam peserta. Gabungan duo pengerusi majlis yang ceria menyebabkan para peserta tidak kering gusi dengan keletah mereka. Pengisian pertama dari Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman(UZAR) cukup membuka mata para peserta, apatah lagi dengan kebijaksanaan menyampaikan pengisian dengan hikmah, tema What You Give, You Get Back mula ditanamkan dalam diri peserta.


Video penutup FUIYO 2009


Bukan mahu membandingkan, tetapi ternyata UZAR berjaya membawakan perkongsian ‘Erti Hidup Pada Memberi’ Ustaz Hazrizal Abdul Jamil mengikut acuannya sendiri. Memberi itu dapat dilaksanakan dengan mudah jika hadir dengan kasih sayang. Seharusnya kita jadikan kasih kepada Allah dan Rasul sebagai yang utama, kemudian barulah kasih kepada manusia.

Katakanlah Muhammad,” Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (Surah al-Imran:31)

Dari an-Nu'man bin Basyir radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:"Perumpamaan kaum Mu'minin dalam hal saling sayang-menyayangi, saling kasih-mengasihi dan saling iba-mengibai itu adalah bagaikan sesusuk tubuh. Jikalau salah satu anggota dari tubuh itu ada yang merasa sakit, maka terasa seluruh tubuh kerana kesakitannya - dengan berjaga - tidak tidur - serta merasa panas." (Muttafaq 'alaih)

Hakikatnya, hanya satu cinta yang ada dalam hati. Cinta pada Allah menyebabkan kita kasih pada keluarga. Cinta padaNya tidak mengabaikan kita dari mencari keredhaanNya di dunia. Allah tidak menjadikan dua kecintaan dalam hati lelaki atau perempuan itu. Bak kata cerdik pandai, dunia adalah tempat kita berkreatif untuk akhirat. Isteri yang solehah, jiran yang baik, dan kenderaan yang selesa merupakan nikmat dunia yang seharusnya digunakan untuk mencapai tujuan kepada Allah.

Usai menjamah hidangan Nasi Ayam Pasti Terangkat, para peserta dibahagikan untuk aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK). Para fasilitator yang terdiri dari 6 muslimin dan 14 muslimat mengendalikan dua slot ta’aruf.

22 Disember 2009 ditutup dengan sorakan FUIYO dan nyanyian lagu tema Merah Saga, yang menaikkan semangat pembelaaan Palestin. Sepanjang waktu senggang antara ceramah, senandung FUIYO, iaitu lagu nasyid Hijrah nyanyian Muadz Dzulkifli berkumandang berulang kali agar pelajar berhasil menghafaz hadis 1 matan arbain yang bertemakan niat, berteraskan Law of Repetition.

23 Disember 2009

Coret pagi usai bacaan al-Mathurat dan solat subuh berjemaah diberikan oleh Akh Muhaimin Sulam. Sesi ceramah pula diserikan dengan kupasan demi kupasan yang diberikan oleh UZAR, yang pernah berguru dengan Dr Yusof al-Qaradhawi. Kali ini dengan tajuk, Kita Perlu Punyai Sesuatu untuk Memberi dan Cabaran serta Pengalaman beliau.

Sempat beliau berkongsi nas motivasi untuk mengekalkan momentum agar terus menyumbang dan menyumbang, tanpa kenal erti jemu. Antaranya, yang menjadi pegangan hidup beliau:

Nabi menyebut “Sesungguhnya Allah, malaikatNya, penduduk langit dan bumi sehinggakan semut di sarangnya dan ikan di laut akan pasti mendoakan (kebaikan) buat orang yang mengajarkan manusia ilmu kebaikan (agama).” (Hadis riwayat at-Tarmidzi 5/50)

Latihan dalam kumpulan yang menarik, iaitu Labels dan Blame Game menyelangi ceramah-ceramah. Dalam aktiviti Labels, para peserta dilayan berdasarkan label yang ditampal di dahi mereka. Terkulat-kulat juga para peserta yang dilabelkan ‘Ignore me’ dan ‘Disagree with me’ bila pandangan mereka ditolak mentah-mentah, meskipun itu idea yang bernas!

24 Disember 2009

Ceramah diteruskan, kali ini oleh Ustaz Maszlee Malik, penulis buku Fikah Luar Negara. Tajuk ‘Islam: Kiri atau Kanan’ mendedahkan para peserta akan ideologi yang kini sedang menular dalam kalangan penduduk dunia: Christian Right, liberalisme, humanisme, positivisme dan pelbagai lagi istilah baru diperkenalkan kepada para peserta.

Kebangkitan bakat terpendam para peserta makin terserlah pada hari ketiga bila mana setiap dari mereka diminta memberikan pendapat atau nasihat atas setiap permasalahan peserta lain. Nyata, ramai yang diam-diam berisi. Punya bakat sebagai seorang pakar motivasi mahupun konsultan.

Bakat mereka diserlahkan lagi melalui pertandingan Chef FUIYO: Karipap King dan Princess Donut. Para peserta muslimin diminta menyediakan karipap (inti disediakan oleh Geng Dapur) manakala muslimat diuji keupayaan mereka menyediakan donut. Kreativiti dan kemahiran peserta, terutama muslimin untuk mengelim karipap teruji. Pelbagai bentuk donut dan karipap dihasilkan, termasuklah karipap berbentuk hati.

Kuiz yang dijalankan selepas itu menjanjikan hadiah lumayan sperti Buku Tafsir Ibnu Kathir bernilai lebih GBP100, peti sejuk mini, dan ketuhar. 20 soalan yang menguji pengetahuan peserta diajukan, antaranya berkenaan sirah an-nabawiyah dan kejayaan Malaysia merangkul pingat ketika Sukan SEA baru-baru ini.

Ceramah ‘Aku Tidak Patriotik?’ oleh akh Muhammad Fawwaz Aminuddin, graduan cemerlang dari University of Manchester dan kini bekerja di salah satu firma servis professional terbesar di UK nyata membuka mata peserta betapa besarnya peranan mahasiswa. Pelbagai usaha yang pernah dijalankan oleh pergerakan mahasiswa suatu ketika dahulu membuktikan betapa belia muda kita adalah mata dan telinga negara dalam membela nasib rakyat.

25 Disember 2009

Coret pagi diberikan oleh tetamu khas, Dr Mas Afzal. Tips-tips berguna untuk menjadi pelajar cemerlang dikongsi bersama. Apatah lagi, buat pelajar yang aktif menyumbang kepada masyarakat dan agama, tentunya sentiasa bertarung dengan masa. Nasihatnya, pastikan anda faham apa yang dipelajari pada waktu itu juga. Jangan bertangguh untuk mencari pensyarah atau rujukan sebelum ilmu yang baru dipelajari itu hilang tanpa anda lebih dahulu memahaminya.

Ceramah terakhir disampaikan oleh Akh Fawwaz berkenaan 10 Pembentukan Individu Muslim. 10 muwasafat tarbiyah yakni ciri-ciri yang perlu ada untuk membentuk peribadi seorang Muslim yang utuh dihuraikan: aqidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, akhlak yang mantap, luas pengetahuan, sihat tubuh badan, mampu berdikari, melawan nafsu, sangat menjaga masa, tersusun urusannya dan bermanfaat pada orang lain.

Majlis penyampaian hadiah menyusul. Pemenang kuiz, serta peserta terpilih dinobatkan sebagai penerima 6 anugerah FUIYO. Tidak kurang juga kumpulan terbaik yang menjadi Karipap King dan Princess Donut.

Pujian demi pujian diterima, baik terhadap ceramah yang menyalakan obor semangat mereka, aktiviti menarik mahupun menu. Sememangnya menu FUIYO dinantikan setiap peserta. Apatah lagi, reputasi menu FUIYO 2008 yang ‘menjilat jari’ tersebar ke pelusuk UK dan Ireland. Alhamdulillah, para peserta pulang dengan senyuman puas dan perut kenyang apabila disajikan hidangan hebat seperti Ayam Lemon FUIYO Terbabow, Tomyam Mantop Montoya, dan Telur 'Itik Main Snow'. Istimewanya, para peserta turut disajikan dengan hidangan Cendol Sutera Klasik yang masyhur.


Di dapur, ada lebih kurang 4 peti sebegini yang penuh dengan bahan mentah.
Tugas Geng Dapur: memasak dengan penuh kasih sayang.


FUIYO Third Edition melabuhkan tirai tatkala tayar bas bergolek meninggalkan perkarangan Istana Yha. Meninggalkan seribu satu kenangan kepada para peserta dan AJK. Kepuasan jelas terpancar, tanda objektif program ini tercapai untuk membina karektor yang utuh yang mampu menyumbang kepada individu, masyarakat dan bangsa. Peserta kini sedar di bahu mereka tergalas amanah besar. Diharapkan mereka terus menjunjung amanah itu sehingga nafas terakhir dihembus. InsyaAllah.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Penaja FUIYO Third Edition iaitu Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia, Karangkraf dan Malaysian Muslim Community London atas segala sumbangan dan sokongan yang diberikan. Tidak lupa juga kepada AJK dan fasilitator yang menjayakan program ini. Tanpa sumbangan anda dan izin Allah, program ini pasti tidak mampu diteruskan.

Memetik komen yang diberikan oleh salah seorang peserta yang merupakan pelajar perubatan tahun ke-4 di University of Nottingham (Ahmad Syafie Jameran) :

"FUIYO 2009 set a new level for all winter gathering..! The best ever..!"




What You Give, You Get Back!

 



8 Comments · 1703 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 75% [3 Votes]
Very Good Very Good 25% [1 Vote]
Good Good 0% [No Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
azzahra_solehah on December 29 2009 22:30:03

Alhamdulillah...tahniah diucapkan kepada tenaga kerja dan ajk2 yg melaksanakn FUIYO...sgt tertarik dan rasa cam nk join je...ujian Allah itu didatangkn dgn hikmah...walaupn pada mulanya pelbagai ujian yg melanda, namun FUIYO dapat berlangsung dgn jayanye...clap
teruskn usaha...salam dari malaysia..

masyitah, editor n event team malaysia...iluvislam
AsNiza on December 29 2009 22:38:07

assalamualaikum

Alhamdulillah, walaupun cuaca seolah tidak mengizinkan, tapi kerana Allah telah menetapkan dan tertulis sudah, akhirnya, semuanya suksess dan baik2 saja, Alhamdulillah ^_^

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat, moga aktiviti best cmni dpt diteruskan lg, dan lebih ramai yg dapat menikmatinya..insyaAllah gembira
Faizatul Ema on December 30 2009 01:58:26

assalamualaikum

Alfu mabruk, tahniah buat AJK yang terlibat..
Sungguh kagum apabila tahu kisah sebenar di sebalik perjalanan menjayakan FUIYO 2009. Moga Allah balas dengan kebaikan berganda buat kalian.

Tahun depan nak join FUIYO lagi, mungkin bukan lagi sbgai wakil Uni ini, tp bersama rakan2 yg lain.. InshaAllah! 2 thumbs up
hyahidAyAh on December 30 2009 06:50:34

assalammualaikum..

mcm best jek klu dpt join..xpela, tau dr jauh pn ok gak. wink

tahniah buat semua yang menjayakan FUIYO..clapclap

iLuvisLam kekal MANTOP! thumbs upthumbs up
lebah87 on December 31 2009 19:42:13

This is awesome! 2 thumbs up
Seronok kan tengok students oversea buat programm camni.
Tapi medan sebenar bila kita dah tiba di Malaysia. Bila kita jumpa dengan bermacam-macam ragam. Only then kita akan tahu cabaran dalam berdakwah.

Well, fuiyo memang best!
budak abc on December 31 2009 21:59:09

FuiYo..!! Bestnye!! MANTAP! clapthumbs up2 thumbs upgrindanceyahoo!
wardah77 on January 01 2010 02:20:25

tahniah kepada yang menjayakan FUIYO 09. Seronoknye kalau dapt join.thumbs up
elnino on January 06 2010 01:05:32

slm, minta maaf

rasanya ade pembetulan di situ, penaja bersama yang tidak dimuatkan di dalam artikel ialah yayasan terengganu..

harap maklum.

hidup ganumaju..!!clap

tahniah kepada duo MC..thumbs up
insyaa banyak lagi boleh diperbaiki untuk tahun depan..(provided dipanjangkan kontrak la)..
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer