Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi."
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Budaya Membaca Orang Islam Lapuk

Budaya Membaca Orang Islam Lapuk
www.iluvislam.com
muhammad_arham
Editor : kasihsayang



Ungkapan “membaca jambatan ilmu” sering kita dengar. Perkataan ‘iqra’ yang bermaksud bacalah merupakan perkara sinonim dalam diri kita sebagai umat Islam. Namun, hakikatnya sejauh mana kita menghayati perkara ini.

Mengimbau kembali sejarah silam kita akan mendapati bahawa Islam telah mencapai zaman kegemilangannya hasil daripada perkembangan pesat dalam bidang keilmuan. Perkembangan pesat wujud akibat semangat suka membaca dan cintakan ilmu dalam diri umat Islam pada zaman itu sehingga lahir ramai ulama’ yang pakar dalam bidang agama, sains, dan teknologi dan natijahnya umat Islam pada masa itu dipandang tinggi dan digeruni oleh umat-umat lain di dunia.

Marcapada, umat Islam pada zaman ini jelas berbeza dengan umat Islam pada masa dahulu. Kita pada masa ini dianggap sebagai umat yang paling hina dan boleh diperlakukan sesuka hati oleh orang kafir selain kita dipaksa mengikut telunjuk mereka dalam segala bidang tidak kira politik, sosial , dan ekonomi yang memang jelas bertentangan dengan syariat Islamiyyah.

Secara peribadinya saya berpendapat bahawa situasi ini berlaku disebabkan sikap individu muslim sendiri yang semakin jauh daripada amalan membaca dan ilmu pengetahuan. Kita lihat sendiri fenomena di negara kita di mana orang Melayu Islam khususnya tidak suka atau jarang sekali membaca sehinggakan terpaksa diadakan kempen untuk menggalakkan kita membaca. Kempen ini tidaklah salah tetapi berdasarkan pengalaman saya di England dahulu, tidak pernah wujud kempen membaca kerana rakyat di sana boleh dikatakan membaca buku hampir setiap hari manakala kita di sini ada yang hanya membaca sekali dalam sebulan (tidak termasuk buku akademik).

Kanak-kanak di sana memang telah dididik sejak kecil untuk membaca di mana perpustakaan awam disediakan oleh kerajaan di merata tempat dan mereka digalakkan meminjam sebanyak 14 buah buku seorang untuk tempoh seminggu.

Selain itu, di sekolah pula para pelajar diwajibkan untuk membuat laporan tentang sebuah buku yang dibaca setiap minggu. Program-program ini bukan hanya berlaku di sesetengah tempat sahaja tetapi di seluruh negara kerana saya berkesempatan untuk tinggal di beberapa tempat yang berbeza ketika di sana dan mendapati terdapat persamaan tentang budaya membaca rakyat di sana yang memang umum diketahui majoritinya adalah Kristian.

Satu perkara lagi, membaca merupakan amalan orang Barat di mana ibu bapa akan membacakan sebuah buku untuk anak mereka sebelum tidur. Perkara di atas saya kira berlainan dengan budaya membaca di negara-negara Islam khususnya Malaysia.

Jelaslah umat Islam di dunia memang jauh ketinggalan berbanding Barat berkaitan semangat membaca. Tidak hairanlah sekarang ini kita dijajah oleh mereka dan kita tidak mampu berbuat apa-apa disebabkan semangat suka membaca pada masa ini wujud dalam diri mereka dan telah hilang dalam diri kita, umat Islam.

Saya ingin menyeru kepada umat Islam sekalian agar mengingati kembali wahyu pertama yang diturunkan kepada nabi Muhammad iaitu ‘bacalah’. Sedar atau tidak budaya membaca memang telah lama diamalkan oleh kita iaitu amalan membaca al-Quran tetapi janganlah kita hanya sekadar membacanya tetapi tidak memahaminya dan terus menyebabkan kita semakin ke belakang. Sesungguhnya jika kita benar-benar menghayati bacaan al-Quran kita, saya yakin kita mampu mengembalikan zaman keagungan tamadun Islam yang terkenal pada masa dahulu.

 



16 Comments · 3217 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 77% [10 Votes]
Very Good Very Good 0% [No Votes]
Good Good 15% [2 Votes]
Average Average 8% [1 Vote]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
bulatbulan on December 22 2009 09:36:43

Sebab lain,bahan bacaan picisan terlampau banyak di pasaran,,kita juga tidak kuat untuk menegur diri sendiri,,apatah menegur orang lain,,
Ramai juga membaca untuk score periksa semata-mata...
Perlu kesedaran kendiri untuk ini,,
Amira Ahlaiah on December 22 2009 10:43:02

assalamualaikum

ye betul tu... jom kita mula membaca... bacalah buku yang berfaedah yang boleh menambah ilmu dan pengetahuan kita... tetapi tidak salah kiranya mahu membaca buku humor... tapi kurang2kanlah.... carilah ilmu kwn2 carilah ilmu biarpun smpai ke liang lahad..


wink wink

Amira Ahlaiah
ahmad_zulkhairi on December 22 2009 12:36:27

assalamualaikum
Kebanyakan orang kita lebih suka membaca sesuatu yang kurang ilmiah atau hiburan semata-mata. Contoh terdekat kawan2 saya sendiri. Kadang-kadang berkira untuk membeli buku tapi sanggup xmakan untuk beli komik. Kesedaran membaca kena semaikan dari kecil lagi. Alhamdulillah sampai sekarang masih kekal sebagai pembaca walaupun sudah 6 tahun tinggalkan dunia sebagai pelajar dan sentiasa peruntukkan RM100-200 sebulan untuk beli buku sahaja.
RosNiza Abdullah on December 22 2009 12:50:54

assalamualaikum

agree bulatbulan said: (Ramai juga membaca untuk score periksa semata-mata.)

aiseh jika gini le, bila org Islam skg nk maju nihmm!


Amira Ahlaiah said: carilah ilmu biarpun smpai ke liang lahad..thumbs up bagus2 Islam pun suh buat gini.

ahmad_zulkhairi said; peruntukkan RM100-200 sebulan untuk beli buku sahaja. bagus ni, boleh dicontohi thumbs up

Ganjaran bg mereka yg berilmu adalah amat tinggi. Allah berfirman: "Allah mengangkat darjat mereka yg berilmu beberapa darjat"

kekuatan yg sebenar itu terletak pd ilmu. tiada bangsa akan maju tanpa ilmu. jika ilmu sesuatu bangsa itu kukuh, maka kukuhlah penguasaannya terhadap zaman!

how to get ilmu. back the basic "Iqra' "....so baca jgn malas nk membaca, dgn banyaknya kita membaca banyaklah ilmu kita dapat. Masih ingat lagi para ilmuan islam dulu. dgn hasil bacaan mereka, ilmu mereka, kajian2 merekalah yg telah mengeluarkan barat dr zaman kegelapan & menjadikan barat berkuasa hari ni. ayuh smua kita kembali kegemilangan Islam suatu ketika dulu!
naurah alwani on December 22 2009 15:08:15

Satu perkara lagi, membaca merupakan amalan orang Barat di mana ibu bapa akan membacakan sebuah buku untuk anak mereka sebelum tidur. Perkara di atas saya kira berlainan dengan budaya membaca di negara-negara Islam khususnya Malaysia.


haha.
Betul la tu. Orang Malaysia suka menyanyikan lagu untuk anak2 mereka sebelum tidur. Jadi bila besar anak2 itu mahu menjadi penyanyi.. seperti sekarang ni, ramai sangat penyanyi, terutamanya kaum melayu. betul ke? Hehe
lobby on December 22 2009 16:24:42

contohilah negara matahari terbit...rakyatnya sentiasa membaca x kira d mana jua,walhal mereka bkn islam dn islam sendiri menganjurkan umatnya supaya membaca..maka,tidak hairanlh mereka mampu maju dn mnjadi contoh negara lain..so, kita sebagai rakyat malaysia kena rajinlh membaca jika mahu berjaya dn bkn sekadar nk amik exam,kan2..membaca jambatan ilmu...huhuhupcgrindancethumbs up
ifti siddiqi on December 22 2009 19:35:18

utlubl ilmi minal mahdi ill lahdiamin..
addinullah on December 24 2009 13:13:53

assalamualaikum

Al-ilmu an-nur..

Ilmu itu adalah cahaya..

Ilmu itu harus dicari dan diamalkan..jika menggunakannya untuk exam atau sebaliknya cahaya tidak akan menerangi diri sendiri..Ilmu itu harus diamal dan beramal melaluinya..
dengan ilmu sahaja orang kafir dapat menguasai atau menjelajah negara sekarang ini..

Dengan menggunakan ilmu mereka mereka telah mencipta sesuatu teknologi ke satu teknologi yang lebih canggih dan berkesan..dimana kita lihat penggunaan teknologi dan lain-lain dapat disebarkan ke pelusuk negara..hanya dengan ilmu sahaja..fikirkanlah..

Dimana kita hendak membangunkan islam, menegakkan islam, menyebar islam jika kita tidak mempunyai ilmu..di mana kita hendak letak ilmu di dalam islam..ape kata agama lain..
mereka akan meremehkan agama islam kita iaitu agama nabi kita..contohnya "mana agama islam yang dikatakan islam adalah gedung ilmu seperti tokoh-tokoh ilmuan"..

Dengan perkataan ini dan perbualan ini sahaja kita amat mengetahui tercorotnya islam tanpa ilmu..ini yang kita patut ambilkan pengajaran..perturutkanlah ilmu malah mengembangkannya bukan bertakbur dan membangga diri..dan kita harus ingat ilmu kalau ada dalam diri seseorang kemudian dia tidak menyebarkannnya, tidak membangun dan berkembang agama kita, negara kita, masyarakat kita dan sebagainya..

Kalau kita hendak tengok dan lihat orang sesama muslim dibunuh dengan kejamnya,dihina dan disiksa hidup-hidup..allahuakhbar..kita semua tidak sanggup..no
betapa benatangnya mereka..

Oleh itu marilah kita bersama menuntut ilmu kerana Allah dan beramal dengannya..2 thumbs up
ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah..wallahua'lam..moga2 kita menjadi insan yang berilmu..thumbs up
tamandesa on December 24 2009 14:20:18

Mari kita semangat membaca,agar umat islam tak kalah dengan yang lainnya. thumbs up
majalahsains on December 24 2009 15:10:21

assalamualaikum

Saya berada di luar negara (Kanada) sejak september 2008. Saya melihat budaya membaca di sini cukup-cukup hebat. Di mana-mana kelihatan orang membaca. Warga tua, remaja, dewasa, kanak-kanak membaca di dalam train, bas, menunggu sesuatu.

Budaya buku mereka cukup menakjubkan. Sebahagian kisah hidup di Montreal, saya rakamkan di blog peribadi saya di [url]http://mundarmandir2.blogspot.com [/url]
syababulmuslimin292 on December 27 2009 09:29:56

assalamualaikum

cba kita renung seketika..
back to the past..

Kerajaan2 islam pada suatu masa dahulu berkembang dengan adanya kuasa ilmu..di tambah dengan teguhnya iman di dalam dada setiap masyarakatnya..kerajaan rom yang mengalami zaman gelap pun boleh bangkit..kerana dengan adanya kuasa ilmu yang berkembang..hmm!

oleh itu..,
marilah membaca...
jangan malu2..huhuhu..
kerana kita akan dinaikkan darjat jika kita berilmu..
insyaAllah..insyaAllah
amin

renungkanlah antara bait2 lagu "Budaya Menbaca"..
"Awal suruhan ialah membaca..
Menuntut ilmu disuruh budaya..
Inilah teladan sepanjang masa..
Kayakan ilmu dengan membaca.."

antara lain..,pc

"Negara yang kecil,tinggi martabat..
Kerana ilmu,negara berdaulat.."

"Tempah kejayaan tiada terbatas.."

so..,

"Mari kawan,kita membaca..
Mari rakan, timba ilmu dengan membaca..
Inilah perjuangan..open up ur minds..
Let's make reading..a lifestyle of WAWASAN.."cloud 9

insyaAllah
Carreno on December 27 2009 14:39:21

Bagus artikel nih...saya baru sedar, yang semangat membaca saya semakin kurang bila dah bertambah usia ni...(baru 20+++...hehehe)...dulu time budak, kejap je membaca, pastu ganti lg ngn bacaan lain.apapun, saya dah start balik baca buku sekarang...start with The Audacity of Hope by Barack Obama...jom yg lelaen...kembalikan kekuatan ummah!
daxemo_nana on December 28 2009 15:07:57

assalamualaikum
sangatlah bagus article neh...clap
contohilah warga Jepun...
walaupun negara dyeorang pnuh dengan teknologi yang lagie n lebey melalaikan..
pusat hiburan disane sini...
tp budaya membaca tetap dyeorang pegang...
marilah same2 membaca buku...
tp ingat! bacalah buku yang mengandungi ilmu dan manfaat..
bukan baca buku yang pnuh dengan gosip dan informasi yang x berfaedah..thumbs up
maaf jika saye terkasar bahasa...gembira
SfiI on December 29 2009 08:42:48

assalamualaikum
thanks kpd writer...jazakallah
mieqynne amriza on December 30 2009 00:20:56

bismillah
assalamualaikum
btol3 org islam skrg mmg ta ske mmbce duharp2 kte bleyla smaikn budye mmbce...yes
cahya asyikin on December 30 2009 15:54:16

assalamualaikum
hal ini mungkin kerana terdapat pelbagai pengaruh spt kawan dan media massa..
diharap kita semua dapat berubah menjadi masyarakat yang lebih mencintai ilmu...
amin...
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer