Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Menghairankan sekali,orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari,tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun."
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Nasihat Buat Bakal Pelatih PLKN

Nasihat Buat Bakal Pelatih PLKN
www.iluvislam.com
Oleh : azree_mh
Editor : naadherah

 

 



Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

“Ha ha. Padan muka kau kena masuk PLKN!”

Saya menyertai PLKN pada tahun kedua ia diadakan. Ketika itu terlalu banyak persepsi negatif yang kami dengar tentang PLKN. Baik tentang isu couple, isu rogol, isu dera dan bermacam isu lain lagi. Maka sesiapa dalam sekolah kami yang diarahkan menyertai PLKN, pasti akan disindir. 

“Habislah gelap kulit kau nanti.”

PLKN mengajarkan saya begitu banyak perkara. Ada yang baik dan ada yang buruk. Ia mengajarkan saya bagaimana manusia boleh berubah apabila diberi kebebasan. Dan ia juga mengajar bagaimana manusia berubah apabila dikongkong dengan jadual yang ketat. 

Yang dahulu di sekolah pendiam, boleh jadi aktif.

Yang dahulu di sekolah nakal, boleh jadi alim.

Yang dahulu di sekolah Ketua Pelajar, boleh jadi rosak.

Bayangkan seorang pelajar sekolah agama yang sekolahnya boleh disebut sebagai ‘Forbidden City’ disebabkan terlalu banyak pantang larangnya, tiba-tiba masuk ke PLKN dengan bermacam ragam dan kerenah pelatihnya.

Bayangkan juga seorang pelajar sekolah biasa yang semasa di sekolahnya dahulu mencari kepastian dalam agama, tiba-tiba masuk ke PLKN dan bertemu dengan rakan yang boleh mendorongnya.

Begitulah. Bukan semua jadi jahat. Tetapi bukan semua juga jadi lebih baik.

Cuma masing-masing mendapat pengalaman baru dan mereka bertindak mengikut cara yang mereka rasakan betul.

Bertindaklah!

Saya masih ingat setiap malam di kem kami, aktivitinya adalah menonton drama. Drama yang akan kami tonton telah pun disediakan oleh pihak Kementerian. Dan sudah tentu jalan ceritanya tidak diminati oleh kebanyakan pelatih, termasuklah jurulatih yang bertugas.

Kadang-kadang ada jurulatih yang baik hati akan memasang filem yang ada mesej-mesej yang bagus. Tetapi kadang-kadang ada juga jurulatih yang akan buat aktiviti karaoke.

Cuma pada saat-saat seperti itu biasanya tiada tindakan disiplin yang diambil sekiranya ada yang ponteng. Jadi, saya dan beberapa orang rakan akan beredar keluar. Ada kalanya kami akan ditahan oleh jurulatih.

Jadi kami akan berbual-bual dengan jurulatih tersebut untuk mengambil hati jurulatih. Disebabkan itu juga, kadang-kadang ada jurulatih yang membawa saya dan rakan keluar makan roti canai pada hari minggu.

Ramai jurulatih yang mahukan pelatih-pelatih PLKN ini menjadi manusia yang bijak. Bijak memilih perbuatan dan bijak dalam budi bicara. Sekiranya kita ada alasan yang kukuh, mereka tidak akan marah. Malah mungkin akan terlebih sayang kepada kita.

Sekiranya ada arahan atau perbuatan yang kita rasa tidak sesuai dengan apa yang kita belajar semasa di sekolah dahulu, bertindaklah dengan cara tidak menyakitkan hati sesiapa.

Sekurang-kurangnya… 

“Apa pasal kau nak sibuk-sibuk aku sudah solat atau belum?

Itu yang budak sekolah agama itu pun tak solat lagi.”

Apa yang kita buat biasanya akan terpalit juga kepada golongan yang sama seperti kita.

Memang ketiadaan masa akan menjadi alasan utama. Andai kata kita tiada masa untuk solat di surau, solat sahaja di dalam bilik. Malah saya rasa lebih bagus solat di bilik sambil mengajak beberapa rakan sebilik lain turut solat sama.

“Oh, begitu cara kamu sembahyang,” ujar seorang rakan cina, Ng.

Mudahkan jangan disusahkan.

Cinta Kontrak 

“Aku bercinta dengan budak ini dalam kem ini sahaja. Dia pun dah tahu aku ada awek di luar.”

Fenomena mencari pasangan memang sangat meriah di dalam kem PLKN. Rasa cinta kepada seseorang itu fitrah, jangan dilawan. Makin dilawan makin kuat rasa keinginannya. Tetapi perlulah dikawal supaya tidak berlaku apa-apa yang melanggar syariat.

Ada seorang rakan karib di PLKN. Kata beberapa rakannya semasa di sekolah dahulu dia memegang jawatan Exco Tarbiah Badan Agama. Di dalam kem PLKN, dia menjaga segala tindak-tanduknya. Sehinggakan dialah antara pemula usrah kami di kem tersebut.

Sekiranya ada di antara kami yang tiba-tiba membuka cerita tentang perempuan, pasti dia akan menjauhkan dirinya.

Cuma pada minggu-minggu terakhir kami di kem tersebut, kami nampak dia sudah mula duduk berdua-duaan dengan pelatih daripada kompeni yang sama.

Makin kuat kita melawan, takut-takut ia terpendam menjadi besar dan nanti kita melepaskan semua keinginan tersebut dalam satu masa. Sehingga membenarkan apa yang tidak patut. 

Kita Punya Pilihan

Semasa Bilal bin Rabah diseksa dengan ditindihkan batu di atas badannya, tentu sahaja dia mempunyai pilihan sama ada untuk meninggalkan agama Islam atau tidak. Bayangkan kalau kita sendiri ditindih dengan batu besar pada cuaca yang panas, mungkin sahaja boleh mati.

Dalam filem 2012, Adrian berkata kepada Jackson Curtis(seorang penulis buku), “Adakah kamu yakin bahawa saat manusia tahu waktu kematian mereka, mereka akan bertindak mementingkan diri sendiri?”

Tetapi Bilal bin Rabah tetap dengan pilihannya dan tetap menyebut, “Ahad… Ahad… Ahad…” 

Sesungguhnya kita mempunyai kebebasan untuk memilih reaksi terhadap segala tindakan yang terjadi atas diri kita. Kita yang bertanggungjawab sepenuhnya atas jenis tindakan yang kita pilih.

 



51 Comments · 3976 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 34% [10 Votes]
Very Good Very Good 48% [14 Votes]
Good Good 14% [4 Votes]
Average Average 3% [1 Vote]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
lebah87 on December 22 2009 04:52:47

Saya juga bekas pelatih PLKN, Kem Desaru Gerak Khas, Kota Tinggi, Johor. grindance
Kita yang menentukan jalan yang kita pilih. Cinta kontrak? Memang lumrah di PLKN tu.
Pandai-pandailah bawa diri. Pilih yang baik. Saya personally rasa PLKN ni best! (Best bagi mereka yang suka aktiviti lasak la kot). Monkey rack, Wall climbing. Tambah pula kem saya dekat dengan laut. Memang 'heaven'. Pagi-pagi buat physical training, jogging tepi laut.
muhammad naim on December 22 2009 07:58:09

assalamualaikum

kepada adik2 . jangan tinggal solat bagaimana sekali pon .~ingat!

gembira
cahayabersinar on December 22 2009 08:54:44

sekadar berkongsi pandangan..saya pun pernah menyertai PLKN di Kem Lagenda Asahan..Mmg best...banyak pengalaman menyeronokkan yang saya dapat yang pada mulanya saya tak nak langsung ke sana. kepada bakal pelatih, jangan sangat dipikirkan dari sudut negatif, kita fikir di sudut yang positif... banyak kebaikan yang akan kita dapat. sampai sekarang kenangan di PLKN tidak pernah saya lupakan..Bravo the best...grin
budak_nakal on December 22 2009 09:31:47

salam semua....

herm...syukran pd post y menyedarkan saya...

doakan saya di kem sri ledang, tangkak
3.1 ne...
dan pada kawan2 saya y senaseb....

TO LIVE HELL OR LIVE WELL...
WE CHOOSE!!
nasdi on December 22 2009 10:47:38

assalamualaikum
nice articel.....yup mmg btul kita mmpnyai pilihan sendri tp kena lah brlandaskan dgn jln yg btul.........apa pun kita kena berfikir dahulu sblm mmbuat tindakan dan keputusan,,,,yes

cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9
saina on December 22 2009 11:08:11

salam..

sy bersetuju ngan artikel niee..
semua pada hati kita..
kalu kita nak semua jd baik pada diri kita,insyaallah semua akan jd baik begitu jg sebaliknya...comfort
RosNiza Abdullah on December 22 2009 12:30:29

assalamualaikum

thumbs up azree_mh dan miss Editor, naadherah to sharing this article.

Yang dahulu di sekolah pendiam, boleh jadi aktif.

Yang dahulu di sekolah nakal, boleh jadi alim.

Yang dahulu di sekolah Ketua Pelajar, boleh jadi rosak.


I so agree that part!

sy pun pernah join PLKN 1st batch sape2 yg lahir tahun 1986 at kem kuala nerang & UUM kedah. sape2 yg 1 batch dgn sy sila angkat mousehehehe . In my experience so good bcoz kat sana still ade biah solehah. ada beberapa shbt tu yg x pernah kenai tutup aurat dgn sempurna kini boleh istiqomah pakai tudung labuh lagi. thankful to Allah bcoz give them hidayah&taufikNYA. others, yg x kenai usrah dh boleh tau kepentingannya, yg x pernah solat& xtau solat dh boleh solat, siap selalu jemaah lagi... thumbs up ...moga mereka ni smua istiqomah dlm HIJRAH mereka. apa yg penting kpd shbt2 yg dh ade good background agama, bimbinglah shbt2 kita kat sana. take care each other ok!

good advice muhammad naim: jgn tinggal solat hatta kita skt pun. INGAT solat akn dpersoalkan dulu time kite mati nanti!

to budak_nakal n bakal2 plkn: Whatever you do, Begins with your intention. always du'a to Allah, agar dikurniakan hidayah&taufikNYA, agar sentiasa dijaga hati, agar sepanjang berada disana dikurniakan ilmu yg bermanfaat. u must jaga niat selalu! (nasihat seorg kakak)huhucomfort

fikir dulu sebelum bertindak (good thumbs up nasdi )
ingat Allah always by yourside, if terdetik nk buat keje nakal or whatever u do "takutlah kepada Allah".

saina said: kalu kita nak semua jd baik pada diri kita,insyaallah semua akan jd baik begitu jg sebaliknya.

kesimpulannya kita akan dapat apa yg kita niatkan pasal tu always jg niat kita. apa yg penting jaga hubungan dengan Allah. ok beres thumbs up

lastly kita mesti ade prinsip yg teguh. like lalang: org x suka lalang, x banyak org lihat kebaikan lalang ni. lalang ni ade akar yg teguh/serumpun. walaupun daun die ditiup angin ke kiri..ke kanan tapi akar die tetap pada tempat yg sama. so untuk kita jika kita dh ade prinsip yg teguh, walaupun kita dicampak ke mana saja..insyaAllah kita tetap pada akidah yg SATU. that means xkan tergoyah dek cabaran yg datangthumbs up

ops terpanjang plak comment sy...be4 i ber"sermon" kat sini better i stop nowhehehe

happy reading from meyahoo!
nurzahirah on December 22 2009 14:01:26

takutnya nak pergi plkn...
angah budak baik on December 22 2009 14:13:55

emh...???tgah pk r nk tolak ke nk g..
emh??hmm!
RosNiza Abdullah on December 22 2009 14:15:27

to nurzahirah: jgn takut k comfort bukan smua plkn itu yg tak baik... ambil yg baik yg tak baik tolak tepi, jgn semata2 tolak tapi jd ianya pengajaran.

to houri from paradise: lor knp konpius?huhu go to get experience but must have good prinsiple in your self. prinsip yg bgmn? sudah tentu prinsip islam...kalimah tauhid. insyaAllah moga dirimu dipelihara Allah...(do istikharah my suggestion)
missbiology_muslimah on December 22 2009 15:46:03

alhamdulillah
PLKN byk mengajarkn sya pengalaman yg baru...
semuanya terbaikk...utk hasilkan pelatih yg terbaik jga..
Sye pelatih Kem Puncak permai,Bau,S'wak(2007) dari kompeni Bravo..
kenalan2 yg bermacam ragam dan fahaman...
mmg diakui..ramai pelatih2 yg berubah selepas tamat latihan..termasuklah diri sye ini..
ade yg lebih baik,tetap seperti sebelumnya dan jga yg berubah sebaliknya...
pesanan buat sahabat2..pandai2 lah pilih kawan sewaktu di sana nanti..
kwn2 byk mempengaruhi kite sewaktu di sana...berhati2 jgn mudah dipengaruhi oleh pengaruh2 yg tidak baek...perlu bijak memilih ketua. Ketua yg baek,ank buahnya pn insyaAllah baek jga..yes

PLKN mmg sgt BEST! Kenangan manis smpi bler2..grindance
lobby on December 22 2009 16:29:42

nmpk cam best je plkn..malangnya,sy x terpilih..nk buat cmne,x de rezeki..sy siap acah kwn2 y blh plkn....hehehegringringringringringrin
iman sofya on December 22 2009 18:00:11

mm..bestnye plkn...klu skrg ni boleh mohon lagi ke utk 2010 yek???ehe..
ifti siddiqi on December 22 2009 18:46:14

plkn 2 bgos or x bgos depend pd kte snirik..
y pnting slaloo ingatkn dri snrik..
Ble kte ingat DIA slaloo,
DIA pon akn igt kte..thumbs upthumbs up
nurul_ilyani on December 22 2009 22:19:26

sy dpt plkn kat desaru,kota tggi...
takot sgt nak g...
tkot jdik pkare2 yg bruk...
bg ssape yg pnah g kat kem 2 bole tak bg pape info psl kem 2?pliz....sad
AfhamRahman on December 22 2009 22:53:32

biase la.. sume dah penat dengan melaksanakan solat senang terabai..
tambah2 dengan hasutan syaitan..
same gak si penulis nie pn..
kengkadang miss jugak..
i try my best..insyaAllah
naadherah on December 23 2009 02:00:41

assalamualaikummasyaAllah ........
siapa2 ada pengalaman lagi mengenai plkn bolehlah di sharekan di sini.. best tahu pengalaman2 org lain nih.... tak payah kita lalui pengalaman2 tu dah..wink

as for me, saya membuat pilihan utk menolak tawaran menyertai plkn dgn menyertai "tawaran yg lebih best"...and i have no regrets..

ade sesiapa lagi kat sini yg dpt sijil penangguhan mcm saya?gembira
silence mode on December 23 2009 07:41:19

LIVE WELL OR LIVE HELL.. hemm,, ayat hlovate dlm rooftop rant,kan?

nway,aku pon akan merantau nun jauh ke pahang drul makmur.. tepatnya 3 jan 2010..
adik aku balik asrama, aku balik hutan.. aduss.. korang doakan aku yek..
some say that PLKN is de best place to 'berdakwah'.. yg pasti kene godhulbasor bg sume pelatih.. usrah? harap ada yg mulakan.. maksud aku harap2 produk smka@YG SEWAKTU DGGNNYA praktikkn apa yg ada kat skul diorang..insyaAllah
Nur Of Happiness on December 23 2009 11:30:12

kalau perempuan , aurat senang x nk dijaga ???? sadsadsad
nilofar on December 23 2009 21:04:35

assalamualaikum

sy pon pnh jgk j0in PLKN,,.
kump 1 siri 5.,
nk diktakan bes,.,sgt2lah bes sbb sy mmg mnt pon,.kui2
xtvt kat kem mmg sy join abis2.,
sbb mnt,.

tp yg agk bmslah kat kem,,
mmgla,.,wjud fenomena cinta kontrak,.
tiap2 org wrwati msti ade skandal dgn mn2 wira,.,
mcm satu pesta plak,
cma di kem kami,,agk terkawal sikit sbb pengurusan kem yg tdk mmbnrkn pelatih bdua-duaan dsb.,
tu pon ade jgk yg pndai2 curi pluang kn,,

lg.,
pasal smyg pon,.,
platih llaki,,susah kot nk skip,.sbb sume kne pegi surau kn,.
cma yg pmpuan,.,sy ngaku,.
ramai yg x semyg.,
bygkn kalao priod,.xknlah 2 bln priod,.
ni mmg memalukan ,.
smpaikan ada pelatih india mngadu kt sy psl bdk2 dorm dia x smyang,
sy mmg malu.,

dan kalau blh djadikan pesanan kpd bakal2 pelatih,.
plkn mmg bes.,
tp kita kena pndai bwk diri dgn org yg bmacam2 ragam,
ingt bts2 prgaulan,
ingt batas2 aurat,.
ingt smyg dll yg wajib.,
Toopack89 on December 24 2009 03:00:17

Salam..
Sye dlu pown nak jgak join PLKN ni..
tp x trpilih..
siap anta surat pemohonan lg..
bkn rezki sye kut..no
kpd ssiape yang trpilih tu,
hargailah...pray
Kasturi putih on December 24 2009 07:13:06

assalamualaikum

sye amt2 stuju!xsmstinye sume PLKN bruk.lau pndai bwk dri,INSYAALLAH...n bgitulah sbaliknye..tp,trus trg sye ckp...pi sne memg kne kuat...pgaulan y kurg tbtas...kdg2 smpai sye trauma n xslesa dgn kaum adam kt sne...situasi y amt2 bebeza...tp...mne y baek diambil,y bruk buang..

jdikan smue ni pglmn hdup y org len xdpt..kite dan y tplih shj y dpt...wallahua'alam...wink wink
fitrah islamiyah on December 24 2009 11:54:00

article nie dpt melegakan hati anacomfort

kalau-kalau ana dpt PLKN

bg ana seronok la jugak kan

boleh dpt byk pengalaman baru dan kenalan baru

menantikan tawaran PLKN thn depan lakcat
princess winter on December 25 2009 00:16:54

salam..
syukran wat y post mende ni..

sy pon adlh salah sorg y bakal g plkn
4hb jan 09 ni kt segari,mnjung..

mge2 kt sne baik2 belaka..insyaAllah
m3girl09 on December 25 2009 10:44:07

salam..seperti diri ini juga pernah mengalami pengalaman seperti pengarang..sy juga berasal dri sek agama..sy bersyukur di kem kami.....alhamdulilah..yg sek agama dipndg tinggi..jurulatihnya pun mementingkan agama...namun....seperti kata pengarang..couple...karoake...masih ade.....kite selaku sahabt yg thu dan faham ttg sesuatu perkara samaada elok atau tidklah seharunsya menegur......makin lama kite meniti arus kehidupan ini..makin byk perkra dipelajari.....hidup ini tidak ade yg sempurna namun kesempurnaan yg terbaik adalah sentiasa berusaha mencari kesempurnaan dan tidak pernh berputus asa kearahnya.................ykni...mencari keredhaan ILAHI...
nuradilah bt ishak on December 25 2009 15:11:50

assalamualaikum

kpd mbe2 y dpt plkn,smga dpt b'gmbira..sy mg t'ign gak,tp xda rezeki..thumbs upthumbs upthumbs up
fiez_solehah on December 25 2009 16:14:22

assalamualaikum

ermm..time kasih kat sape yg wat artcle nie...
betul lar tu..kiter kena amik yg bek..yg x bek x yah amik..kan3??
alhamdulillah...sye terpilih tok plkn siri7 2010 kat kem mellineum beranang...
kalo ada yg dapat tmpat same,,jumpe kat sana ea....insyaAllah
kpd yg terpilih selamat menjalani plkn...dan kpd yg x terpilih jgn cedih2 taw..!
nurshariffudin on December 25 2009 18:39:06

ad spe2 kt sni yg dpt kem PDS Resort,PD N9 x?gembira
qistina salsabila on December 26 2009 00:50:01

assalamualaikum

kawan baik sy dapat plkn...sedih sgt kena jauh dgn dia...

apa2pun sy tetap doakan keselamatan dia..

amin
shiela luv islam on December 26 2009 12:16:38

assalamualaikum salam buat teman pencinta kedamaian..

saya juge dahulu pelatih plkn kem sembrong batu pahat,,

setelah masuk kem saya banyak berubahgrindancegrindancegrindance

alhamdulillah saya berubah kepada yang baik heheheheheclapclap terima kasih kepada semua cikgu yang mengajar saya di sane..iluvislam
whItE_LilY on December 27 2009 10:04:50

huu.. nape x de pon yg kte x ske plkn??am i d only one??sye dpt plkn yg agk sosial..x de biah solehah langsung. siap ade kelonggaran nak fre hair lagi..kebanyakkan yg dr skol asrama mmg stick 2 tudung..yg skol harian tu.. ade yg on off on off..lg truk yg dr awal x pkai langsung..no
ad yg slah plih kwn tu.. awl pkai pastu die pun menurut skali fre hair..tu bwu bab pkai tudung.. kalu bab solat tu.. mmg cdey sgt laa. hanya segelintir je yg solat.. pergi surau pun bile disuruh. bile ad ustz nk bagi ceramah.pergi lak x pakai tudung.. siap ade yg pakai baju ketat lagi.. sye sbg pompuan ney rase malu sgt.. apalh dak laki pk psl dak pompuan..cam x de maruah langsung.. malu dgn Allah da cornfirm2 la.. x pernah dibuat org pergi surau or masjid x pakai tudung..dah tu pas ceramah dowg dok blakang.. x join pun solat isyak jemaah. kt dlm dorm..lg la confirm2 x solat.. sye ckp ney bukan mengutuk atau saje memfitnah. sye ckp realiti. sbb dak2 tu 1 kompeni ngn sye.. 1 dorm lagi..cdey sgt.. rse sume dose dowg tu sye yg tanggung..real sad
to my opinion.. plkn ney bgus sbb die ajr perpaduan, kerjasama, disiplin. byk lagi laa.. tp slack kt kem sye tu die x ajar langsung camne nak jd muslim sejati.. bg sye kalu neg nak sgt rkyat die jd org yg hebat serba serbi.. sume tu kena mulakan dgn agamanya dulu.. sab dlm agama die ajar sume tu..cane nk ajr pelatih be pantual kalau solat x pantual.. x diajar solat awal waktu.. really2 sad.. and frust about it..
tp tu la.. hidup perlu diteruskan. kite same2 la doakan kwn2 sye tu.. walau kmu sume x kenal dowg, tp mereka stil saudara seislam kte..
n pd bkal pltih2 plkn len.. byk2 doa.. mnx dikuatkn iman.. moga x sesaat pon ad anasir jahiliah masuk dlm hati..amin
ana_rashidah on December 27 2009 20:20:00

assalamualaikum*

bgs artikel ni. sye akn lbh brsdia dri sgi mntl & fzkl.
mle2 tu sy agk tkt. krna rmai yg mngatakn plkn tu 1 pnyeksaan.
sy bkl ke plkn pd thn hdpn. sy akn igt psnn tu. Insya-Allah.

yes
mujahid92_muslim on December 28 2009 09:27:42

salam..

mudah-mudahan sume peserta plkn termasuk dri ini

d lindungi dn d jauhi drpd perkara2 yg d larang oleh Allah....insyaAllah

sme2 kte bermujahadah menegakkan kalimah tauhid d stiap kem plkn d seluruh

pelusuk negara malaysia....insyaAllah
hulagukhan on December 29 2009 07:37:41

assalamualaikumwell,aku tak taw lagi camner nanti.aku pon bakal pelatih plkn 2009.iluvislamsad
atin_nabila on December 29 2009 08:24:56

hurm,
adeq ana pon bakal pelatih plkn 2009..
bimbang jugak..
arap2 my sis terlindung drp perkara2 xmolek..
amin~
as_salam on December 29 2009 14:11:06

cat
hati_terbuka on December 29 2009 16:08:22

alhamdulillah
so goooood thumbs upthumbs upthumbs upclap
iluvislam
Azimat Ilahi on December 29 2009 16:21:36

urm..sye brsyukur sgt2 coz xterplih mengikuti kem ni..

abh sye siap brdoa ag pd sye supaye xkene pi sane..he8..

papepn,bt kwn2 yg kene sy doakn agar kwn2 baik2 saje..

sy xnafikan yg org sush gak kn nk jage aurt,p,ingtla yg azb Allah 2 amatla pedih..

ap yg teruk kt sane 2 jgnla ikut neh,ambk yg baek2 j..wslm
DARKER THAN BLACK on December 29 2009 16:41:12

salam...

dlm erti kte lain.....klu x dijge...hidayah Allah boleh ditarik...
takut jugak ble terfikirkn psl 2.....
kat PLKN....x tau laa..3 january ni..ana bakal pergi...
...mcm mne laa diri ni nnti...cat
mmpu ke nk jge iman ini...??
insyaAllah...amin
Kid16 on December 29 2009 21:03:29

em...
ana pun pelatih PLKN juga...
Kumpulan 1 Siri 6 2009...
masa ana masuk...ana xda kena shock culture sangat sebab ana ada bergaul dengan ikhwan n akhawat dari sekolah biasa,sekolah teknik mahupun sekolah agama....
alhamdulillah ana dapat kawal diri ana n sebahagian kecil sahabat2 ana d sana...
ana pun cuba untuk hindarkan perasaan pada akhawat...nak kata xjumpa yang suka...agak mustahil...
sebab da dalam PLKN tu campur2...ada ok ada yang kurang ok....
alih2 akhirnya ana tertarik jga dengan sorang akhawat...tapi alhamdulillah ana sahabat yang membantu ana...
ana dapat mengawal perasaan tu...
so...nasihat ana...jaga diri dengan tuhan...n cari sahabat yang boleh menegur n membetulkan kita....
PLKN xsemestinya bawa negatif sahaja...ada unsur negatif n positif...
actually bergantung juga pada individu itu...
insyaAllah sekiranya individu tu ikhlas mencari ilmu kerana Allah n mahu berdepan dengan masyarakat...
insyaAllah terjaga....
tahajjud_iman on December 30 2009 11:13:24

bismillah
assalamualaikum

alhamdulillah
ana tak dapat gi plkn...
syukur..
kepada sahabat2 yang dapat gi tuh, jage lah diri elok2 ek.... comfort

mantap kan iman terlebih dahulu..
ana doakan semoga yang gi tu nanti, dapat mengambil perkara2 yang baik sahaja untuk dijadikan tauladan dan panduan dalam hidup... thumbs up
mana yang tak berapa sedap didengar atau disebut tu, jadikan lah sempadan....

kalau dah balik nanti, sudi2 lah berkongsi pengalaman kat sini ek... wink wink
motex on December 30 2009 14:00:17

Huuu plkn....mesti bestkan...hurmmm...sy x setuju=(kalu x sempat ble solat d bilik)...ish2 x bek...solatla d surau secara berjemaah dpt pahala lebih...rasulullah pun x solat bersendirian mesti dia akan b`solat secara berjemaah walaupun sakit....adiossss...salam~wink winkwink wink
mencari_kekuatn on December 31 2009 00:17:56

assalamualaikum..
he2..bru je dftr td..bru nk try tngok2..iluvislam..grin
actually,pnglmn sye kt plkn dlu lbey krg sme cam ahlun najat_08..mmg tkejut wk2 dpt tau..tp b4 2 hati dh kte y sye akn dpt..sye dpt kt kwsn pndlmn..sye dak skul harian je..tp spe2 y dtg skul sye mst tny "nie skul ag ke..?".coz suasne skul 2 cam skul ag la cket..mmg kt sne sye alami cultre shock,bygkn kt sne sye sowg je tdung agk lbuh la..sbnrny xde labuh sgt tp bg owg bese labuh la..mmg sye jd tumpuan..tp diowg pndg je la..y laki x brani nk tgur..sye tkad kt sne sye nk cri kwn y sme cam sye tp dixdirkn xde lnsung...kt skul dlu dak2 klas agk respek sye coz pape pn y jd sye tenang je..cm xde pape..tp kt sne airmte sye mmg tumph setumphny..ssh la gak nk kumpul blek kekuatn y dh b'kecai..tp pape pn y jd nk x nk kne gak ditmpuhi..
wk2 cuti sye tepon kwn2 y phm sye..ustzh2 sye..mnx diowg doakn dn bg nsht pe ptut..alhamdulillah..sye dpt kumpul blek kekuatn y ade..psl aurat 2..bese la kt mne2 pn ade dugaan..nsht sye..cri sbyk mgkin alternatif y blh wat anda cekal hdapi dugaan2 kt cne..kte x blh nk jngke pe y akn blaku..doa byk2..kwn sye ade ckp,"mgkin hari nie kmu mngis krn dugaan-Nya tp esok pst kmu akn t'snyum krn dugaan itu..".so,wlu ape pn y akn anda tempuhi,hadapilh ia dgn snyumn krn insn y t'pilih je y dpt rse ape y anda rasai..wink wink
hmm..psl solat kt blek (sodorm ).kt tmpt sye ustz x bg..tp sye wat gak..coz kdg2 x sempt,tp fktor t'besar x slese kt ctu..coz surau kitowg bkn cm surau bese..kwsn t'buka..xde dinding..tp tmpt pompu1 adela..cume bg sye msih lg dlm kategori kwsn t'buka..ssh nk amek air smayng..
kaoru_ishihara on January 01 2010 16:47:26

assalamualaikum
sy pun bkas platih PLKN di Kem Temasya Rimba Templer, Rawang
mle2 tu mmg x nak g...pastu kne sindir ngan kwn2 yg x dpt..
tp ble da smpai sne..prasaan sy brubah..
mmg seronok dpt join PLKN ni..
byk aktiviti...
alhamdulillah..iman sy masih kuat dan x trpngaruh ngan budaya2 yg x baek..
malah kt sana..sy kwn ngan kwn yg baek akhlaknya..siap pkai tdung lbuh lg..
kpd yg bkal ke kem PLKN...smoga brjaya..kuatkn iman..
PLKN ni ade baik bruknya..
trpulang pd dri msing2 n pndai2 la cri kwn2 yg bleh mmbimbing kta..wink wink
insyaAllah
nurfirdausi on January 01 2010 23:03:59

assalamualaikum

sy akan msk plkn 3hb nie....
rasa takut sgt...eyelah lbh byk dgr cerita negatif b'banding positif...

alhamdulillah
lps bace semua nie rasa lega ckit...
kekawan sy pun yg x dpt pergi pesan,klau agak2 rasa dh lain mcm contact diaorg takutla benda yg ke arah negatif b'laku dan diaorg akan bantu
lbh2 sy dr sek agama and adelah juga pegang jwtn t'tinggi dlm organisasi dakwah kat sek
hrp2 semua baek2 belakainsyaAllah

ade sesiapa yg dpt kem sentosa,chenderiang..???hmm!
siti adawiah on January 03 2010 16:46:20

bg sye lak, mse sye tau y sye dpt plkn mmg rse cm xcye..
sye sllu ckp dlm ati ni la rseye ujian palg besr seumr hdup ni..
dlm kpla fikr mcm2 cmne xnk g plkn..
n lps g sdkt prsaan -ve 2 b'kurg sbb ad gk kwn y sntiasa dtrbiah..
xla rse asing sgt sbb sye slah sorg AJK srau kt plkn 2..
mse dlm srau rse teng sgt,tp lps kuar utk aktvt je rse pns je..
ye la mcm2 rgam mnsia ad..
cme sye nk cite tntg kwn bilk sye..
dye mse seklh dlu sosial sgt n prnh jd tomboy..
ting 4 dye da stat pkai tudg tp stil sosial..
dye ad pkwe.dpendkkn cite,
kteorg AJK srau sllu bg tzkrh psal couple..
n lastly sye respect kt dye sbb dye sgup clash ngn pkwe dye lps dgr sume tntg couple ni..
nmun ad gk y kras kpla menntg psal ni..
cme nk brubh 2 masg2 la,kteorg hye smpaikn..
bg sye plkn ni ad kbaikn n ad kbrukn..
cadgn sye klau nk lbih baik n trbaik mstilah wat progrm m'ikut acuan Islam...
cat
shi_xunia on January 06 2010 12:39:43

assalamualaikum

pengalaman mengikuti plkn memang x dapat dilupakan. memang best. memanglah kadang tu orang cakap plkn x bgus, tapi kalau kite pandai bawa diri, insyaAllah kita takkan terpengaruh dengan perkara2 yang negatif yang mungkin dibawa oleh rakan yang lain.

tapi satu perkara yang agak pelik lagi menjengkelkan yang brlaku semasa saya berada di kem plkn,,"couple kontrak", ini memang berlaku. sangat mengecewakan. seolah-olah mereka ini kurang kasih sayang. megapa? hati terasa kosong? isilah dengan ayat al-Quran dan zikir, ingtlah, Allah sentiasa mendengar dan mengetahui apa yang kita bisikkan.
puja_ on January 08 2010 20:16:22

huhu
smga shbt sya dijauhkn dri prkra yg xsptutnye..
insyaAllah
thumbs upthumbs up
aida89 on January 18 2010 14:29:36

assalamualaikum..ana pon penah join plkn kt kem guar chenderai,perlis.best sgt2!byk pngalaman dan kenangan pahit manis b'sama..dan ana setuju ngn artikel nie.bile berada kt kem pndai2 laa msing2 jge diri.jauh dr mak ayah buat kte lbih b'dikari..diri sndiri yg menentukan jln mne yg ptut kte ikut.jurulatih hanya sekadar mmbuat yg terbaek.selebihnya terletak pd diri sendiri.pape pon kalu pelatih ikut peraturan yg ditetapkan kt kem..insyaAllah akan dpt hasil yg baek..insyaAllah
tawar on January 23 2010 23:58:08

Bab bab cam ni ramai melayu suka

Masa Di sekolah

..Persatuan Kadet di sekolah -Majoriti Pelajar Melayu
..Persatuan Bomb di sekolah -Majoriti Pelajar Melayu

..Seminar kecermerlangan SPM -Majoriti Pelajar melayu
..Kem motivasi-Majoriti Pelajar Melayu

..Gotong Royong & Kutip sampah di padang, kantin, persekitaran sekolah-Majoriti Pelajar melayu

Masa bekerja

"Spring Cleaning" di Ofis-majoriti Staf Melayu
Rela-majoriti Melayu


.Jangan bangga sangat dengan PLKN
nursabrina on January 27 2010 18:34:55

bg sy, plkn tu ok..sy mmg ex plkn trainee...kem puta putri,elor gajah, melaka...kat sne, sy blaja cara tuk bawak dri sendiri...menghargai pe yg kita ada...
n da gak yg disadvantages nyer...sosial tu mmg la..nama pn yg penting kerjasama...
tp...time tu sy rasa sumer da ckp matang tuk menilai pe yg dri sendiri ptt buat....
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer