Kod HTML Untuk Promosi
|
|
" Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi."
|
|
|
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
|
| Hijrah, Ke Mana Kamu Berhijrah Wahai Ummah? |
Hijrah, ke mana kamu berhijrah wahai ummah?
www.iluvislam.com
Hilal Asyraf
Editor: RosNiza Abdullah
1431H. Macam-macam orang ucap, itu dan ini. Semuanya seputar azam baru di tahun yang baru. Berniat hendak mejadi lebih baik, berniat untuk mempertingkatkan diri.
Tetapi, semua ini hanya akan menjadi seperti debu sahaja, andai ia dilakukan semata-mata kerana melepasi sebuah tahun.
1 Muharram, 1001 azam baru muncul dan wujud.
1 Januari, sekali lagi 1001 azam baru muncul.
Namun, apakah azam-azam ini diiringi dengan perancangan? Atau sebut-sebutan dari omongan?
Ke arah mana kita berhijrah hakikatnya?
Menjadi hamba Ilahi Yang Berkuasa, atau hakikatnya berhijrah dalam lingkungan perhambaan di dalam dunia juga?
Ke arah mana?
Iman terjemahannya amal, cita-cita terjemahannya perancangan.
Amat pelik untuk saya, orang-orang berazam tetapi tidak pula merancang cara untuk menggapai azamnya. Begitulah juga manusia-manusia yang sibuk bercakap berkenaan Palestin, tetapi tiada perancangan rapi untuk membebaskannya.
Kita sudah penat dengan omongan kosong.
Dunia tidak akan tertawan hanya dengan bicara. Sebuah negara hanya bisa ditakluk dengan usaha. Bukan usaha semberono, tetapi usaha yang penuh dengan perancangan yang bersungguh-sungguh.
Merancang adalah bukti kita punya matlamat yang jelas. Kita nampak ke mana kita hendak berakhir, apa yang kita mahu, dan apa yang kita hendak gapai, maka kita merancang, langkah demi langkah agar kita mampu mencapai apa yang kita harapkan.
Di sinilah baru berlakunya peningkatan. Kita tahu di mana kita hendak berehat, kita sedar di mana kita kejatuhan, dan kita akan nampak apa yang perlu kita muhasabahkan. Dengan perancangan, apabila kita tiba ke titik-titik tertentu, kita akan mampu menaik secara berkadar terus dengan kehidupan, bukannya turun dan naik dengan mengikut keadaan.
Apakah kita merancang wahai diri yang kini menyatakan 1001 azam?
Dunia bukan untuk bermain-main
Dunia ladang akhirat.
Kita semua tahu. Setiap amal baik dan buruk akan dihitung walau sebesar zarah. Kita semua tahu.
Maka dengan pengetahuan kita ini, apakah kita menyangka dunia ini boleh kita lalui dengan bermain-main sahaja?
Kita tahu hari ini ummat Islam tertindas, kita sedar hari ini musuh-musuh Allah amat hebat, kita nampak betapa kita hari ini lemah, kita faham betapa jauhnya kita hari ini dengan Allah SWT, maka apakah yang telah kita usahakan?
Adakah cukup dengan kata-kata dan penulisan?
“Salam ma’al hijrah, semoga lebih baik”
“Semoga meningkat”
“Harap tahun ini lebih baik”
Kita sebut dengan kefahaman dan terjemahan amal, atau sekadar mengisi ruang kegembiraan satu sambutan? Kita hakikatnya mahu, setiap perbuatan kita, gerak geri kita memberikan kesan kepada pembangunan ummah. Kita tidak mahu kehidupan yang sia-sia.
Kita tidak hadir ke dunia ini untuk hanya bermain-main sahaja.
Lihatlah ke arah mana mereka berhijrah.
Menelusuri kisah hijrah para sahabat, pasti kita melihat betapa kita merentas tahun hijrah ini hanya dengan bermain-main sahaja.
Hijrah di dalam Islam punya makna yang besar. Bukan merentas tahun, tetapi merentas sahara untuk menyelamatkan iman. Bagaimana pula mereka berhijrah? Adakah dengan segala kemewahan? Tidak.
Suhaib Ar-Rumi RA, seoran hartawan yang terkenal dengan kekayaannya. Awalnya dia berhijrah dengan seluruh hartanya. Di tengah perjalanan, dia berjaya ditahan pihak Musyrikin Makkah. Mereka hendak membawanya pulang, menghalangnya daripada meneruskan hijrah.
Lantas Suhaib Ar-Rumi berkata:
“Apakah kalau aku tinggalkan semua hartaku di sini, maka kamu akan membenarkan aku pergi?”
Dan dia meninggalkan seluruh hartanya. Saya ulang, dia meninggalkan seluruh hartanya.
Untuk apa?
Untuk hijrahnya kepada Allah SWT, untuk menyelamatkan keimanannya. Dia sanggup mengorbankan seluruh hartanya. Kerna dia jelas, dia berhijrah ke arah Allah SWT Yang Maha Kaya, Yang Berkuasa Atas Segala-galanya.
Abdurrahman bin Auf, seorang lagi hartawan terkenal. Dia awal-awal lagi bergerak keluar dari Makkah dengan sehelai sepinggang. Langsung tidak membawa hartanya. Sehingga di Madinah terpaksa memulakan perniagaannya daripada aras bawah semula.
Begitu juga hartawan lain seperti Abu Bakar, Uthman dan lain-lain yang mengikuti Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sendiri bersabung nyawa di dalam peristiwa hijrah ini. Begitu juga Saidina Ali bin Abu Talib RA yang sanggup menggantikan Rasulullah SAW di kamar baginda.
Pernahkah anda tertanya-tanya, atas dasar apakah mereka sanggup berkorban sedemikian rupa?
Kerana mereka benar-benar jelas akan penghijrahan mereka.
Mereka berhijrah kepada Allah SWT.
Keimanan mereka, keyakinan mereka membuatkan mereka sanggup mengorbankan segalanya, asalkan penghijrahan mereka kepada Allah SWT itu berjalan lancar.
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” Riwayat Bukhari dan Muslim.
Maka, apakah yang telah kita korbankan, andai benar penghijrahan kita kepada Allah SWT?
Atau sebenarnya, hijrah kita bukannya kepada Allah SWT, sebab itu kita tidak mengorbankan apa-apa? Sebab itulah kita tidak merancang apa-apa?
Jika benar, maka kita ini tidak berhijrah sebenarnya.
Penutup: Tiada Lagi Hijrah Selepas Itu, Selain Perjuangan Ke Arah Kebaikan.
Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan kota Makkah:
“Tiada lagi Hijrah selepas pembukaan ini kecuali kerana jihad dan niat yang baik, dan sekiranya diperintahkan supaya keluar untuk berjihad dan melaksanakan kebaikan, maka keluarlah” Riwayat Bukhari.
Maka bergeraklah kepada kebaikan, jangan lengah. Bergerak dengan sistematik tanpa boncah. Keraskanlah diri menghadapi segala ujian agar tidak tergoncang. Korbankan apa yang patut dikorbankan, kaut apa yang patut dikaut.
Kenapa kita mesti redha dengan diri kita penuh dosa hari ini? Kenapa kita mesti rasa tidak mengapa dengan kelemahan kita hari ini? Kenapa kita mesti tunduk pada kezaliman dan kehinaan dunia kepada kita hari ini?
Maka bangkitlah, ubah segalanya, bermula dengan diri sendiri.
Jangan sekali mengungkap berubah itu, berubah ini, meningkat itu, meningkat ini, dengan kalam-kalam kosong tanpa perancangan. Kita tidak mahu bermain-main, kita bukan hamba tradisi. Kita hamba Ilahi.
Bergeraklah. Bergerak dengan serius.
Berhijrahlah, berhijrah dengan perancangan dan usaha yang tulus.
Dipetik daripada: Langit Ilahi
18 Comments ·
3765 Reads ·
|
|
on December 21 2009 06:41:53
Salam Editor Rosniza,
Alhamdulillah, I am the first one to give comment. Yeah! Lucky number one.
I would like to take the opportunity to congratulate Editor Rosniza for enlightening us with an interesting topic which is related to Hijrah.
I love HIJRAH. That is my hope for you too.HIJRAH could be anything Islamically.
Before I giving you sermon about HIJRAH, I better stop now.
Happy reading from me. InsyaAllah. It is a good article anyway, not just the topic. Reading is thinking theraphy |
on December 21 2009 09:45:32

artikel yg bagus..
dapat memuhasabah diri yang semakin hanyut..
semoga sama2 kita dapat berhijrah ke arah kebaikan.. |
on December 21 2009 11:49:48

artikel yang menyedar dan membuka mata kita semua...
    
sama2lah kita berhijrah dengan perancangan....hehe
jangan sekadar omongan kosong...
perbaiki diri,,salam maal hijrah... moga iman bertambah mantap n ukhuwah makin erat...
kita merancang, Allah yang tentukan..... |
on December 21 2009 11:58:35
artikel nie menyedarkan kita semua... verily, kita perlu muhasabah diri..
nice..    |
on December 21 2009 12:08:34
salam kembali anaylist NuurZaffan,
happy meet u last weekend n so happy jg bc yr 1st comment.
jalan2 ziarah blog/website org, terkesan dgn penulisan dr Hilal asyraf dlm website Langit ILahi so im sharing this article today.
I love HIJRAH to...Whatever you do, begins with your intention, let your heart, paves the way for the migration.
for me and u all, don't despair and never loose hope dlm HIJRAH kita bcoz Allah is always by yourside. Say and believe, He’s the One, The only One for you , He’s always there for you.
lastly, HIJRAH kita bukan sekadar omongan kosong sahaja so memetik kata2 dr Hilal Asyraf;
Maka bangkitlah, ubah segalanya, bermula dengan diri sendiri.
Bergeraklah. Bergerak dengan serius.
Berhijrahlah, berhijrah dengan perancangan dan usaha yang tulus.
|
on December 21 2009 15:41:14

artikel yg sangat menusuk diHati... sama-samalha kita muasabah diri dengan mengHijrahkan diri keara yg lebih baik....... menuju ke jalan yang di Redhai oleh Illahi......aminnn....
Islam itu Indah...... subahanallah..  |
on December 21 2009 16:09:43
Keep up the good work, Editor(s). Keep up the good reading skills, readers. Reading is input. All comments are output. If you do not READ, IQRA` it is very very hard in fact nearly impossible to have the output here. Yeah, with a little bit of thinking in the middle.
For people with output, i like you:
memuhasabah diri yang semakin hanyut (mashaindah, sediakan pelampung sebelum hanyut)
jangan sekadar omongan kosong . (Good one Nazira, menipu itu munafik, astaghfirullah)
nice.... (lovely Hidayah93jiejah!)
i am sharing this article today (Sharing is caring! A caring miss Editor)

 |
on December 21 2009 17:04:41

i new here...
erm...btul lah article nie...tiap2 thun ad jer azam br...tp asyik postpone jer untk menunaikannyer...
last2...tenggelam cm tue jer....
kdang2 ssah jgk nk istiqomah nie...hope thun nie
azam bru ku tol2 tercapai...
salam maal hijrah sume...n salam ukhuwwah  |
on December 21 2009 17:49:52
sharing is caring 
inanawir & mashaindah: jom sama2 kita bermuhasabah+memperbaiki... muhasabah saja tidak memadai jika tidak ada kesedaran untuk melangkah ke depan dalam rangka memperbaiki diri. must choose good pelampung 
ahlan wassahlan fathiah hasni , moga terus ceria disini, disamping menceduk ilmu yg ada.
It's time to change, laku sikit2 asalkan berlanjutan, jika sesuatu yg dilakukan itu terus mendadak bimbang tersangkut kat tepi jalan saja. Allah suka kita lakukan sesuatu itu walaupun sikit tapi berterusan (istiqamah), jgn terlalu kejar yg besar tapi akhirnya kita tidak mampu lakukan. Apa yg penting bergerak dgn serius, istiqomah dgn serius 
believe yr self, u can do it to HIJRAH kepada tarbiyah islamiah syamilah (didikan Islam secara menyeluruh) dlm rangka memperbaiki diri menjadi hamba yg diredhai. |
on December 21 2009 19:37:38
syukran...article y membri semgat kpd diri ini y sdang mencri2 sinar kebhgian y sbenarnya..
mencri keredhaan Allah..
soul of this life..
salam maal hijrah... |
on December 21 2009 23:12:15
itu la hakikatnye..tiada gne azam jika tiada usaha ..dan biar la usaha kita itu hanya kerana Allah taala..tiada yg lain..  |
on December 22 2009 12:40:59
Sgt bestla artikel ni....
 |
on December 22 2009 22:46:39

Penjajahan umat islam melalui 4 S:
1)shopping=cintakan harta benda,membazir,leka
2)sing =mengagungkan artis,lalai
3)sport =aurat tidak terjaga,melekakan
4)sexs=hubungan bebas lelaki dan perempuan-couple berleluasa-.
moga kita berjaga-jaga dengan penjajahan ini.utk muslim sejati!
(msg for dakwah)
astaghfirullah...  |
on December 26 2009 16:24:27
salam,btul gak..kemana sbenernyer kte b'hjrah,ntahlah..
masuk taun baru..mcm2 azam kte denga...tpi ntah buat ntah tidak..
sme2lah kte kotakan azam kte pda taun dpan yer...dan
klau ader azam kte yg x t'tunai lgi taun lpas2..insyaallah kte boleh tunaikan...
kte kan ansarullah...!!! :p |
on December 27 2009 00:25:50
"Kebenaran yang tidak terancang dapat dikalahkan oleh kebatilan yang terancang"
Saidina Ali |
on December 27 2009 21:48:33

skadar brkongsi sdikit dngan tman2 dsini..
kbnyakkn dri kita punya azam bru dn smngt yg bkobar2 tika mmulakan fasa thun bru..
namun..
tdk rmai yg mmpu mneruskn prjuangn dlm mneruskn azam thun bru ini.. sbahagian dri kita hnya brsmangat pda prmulaannya nmun gagal prtahankan momentum smngat itu shinga ke penamatnya..
sbgai lngkah mngatasinya...
kita blh mnulis&menampalkan azam kita di tmpat yg mmblehkn kita melihatnya selalu..yg akn mmbntu mngingtkn kita tika kita trlalai dlm playaran mrntasi arus globalisasi ini..
list kn juga lngkh2&cara2 yg kita ingin aplikasikn untk mncapai&mnjadikan azam itu satu realiti.. ..supaya ia mnjadi lbh spesifik&lbh mudh untk kita mlksanakannya..
smoga playaran thun2010 sntiasa diringi rahmat&kredhaan ALLAH S.W.T!!
wallahhualam |
on December 29 2009 08:55:27

cita-cita tanpa usaha adalh suatu yg merugikn dan usaha tanpa kefahaman adalah suatu yang sia-sia...fikir2kanlh...   |
on January 04 2010 08:23:25

Artikel yang menarik dan menyedarkan...moga kita sama-sama meperbaiki dan mempertingkatkan amalan yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah...
MABRUK!!!
harapan semoga kita laksanakan azam yg kita perbaharui setiap kali masuknya tahun baru...
agar segala amal kebajikan yg kita lakukan dinilai di sisi Allah serta mendapat keredhaanNya amin...
Wallahua'lam. |
|
|
Please Login to Post a Comment.
|
|
|