Kod HTML Untuk Promosi
|
|
"Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu."
|
|
|
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
|
| Siri 2: "Sorry, Saya Tak Salam Lelaki" |
Siri 2: "Maaf saya tidak salam lelaki"
www.iluvislam.com
oleh : NuurZaffan
"I noticed you did not shake hands with guys", sapa Sian Hodgson berketurunan Welsh, kawan sekuliah, seni bina.
"True. It is Islam. We are not allowed to physically touch the opposite gender except our spouses and family members", secara ringkas diterangkan kepadanya.
"Just like the Jews! Jewish women do not shake hands with men", ujarnya.
Jika Sian teruja dengan ilmu baru berkaitan Islam, saya pula teruja dengan apa yang dia kongsikan.
Saya tahu, Yahudi dan Islam percaya tuhan adalah Esa. Saya tahu, Yahudi dan Islam mengaku Nabi Musa as adalah utusan Yang Maha Pencipta. Namun, tidak pernah pula saya tahu bahawa Yahudi tidak bersalaman dengan yang berlainan jantina, kecuali yang halal sahaja! Menarik.
Lebih menarik lagi apabila Sian, bukan beragama Yahudi mahu pun Islam, tidak mempersoalkan hatta memperlekeh apa yang saya terangkan.
Perbualan di atas sekadar mengisi masa ketika berehat sebentar daripada kerja-kerja seni bina yang tidak akan pernah sempurna. Perbualan berlaku di studio, tempat kami berkerja,
Semestinya jawapan yang diberikan kepada Sian tidak melayakkan A1 untuk subjek pendidikan agama. Saya kira, jawapan ringkas sudah memadai untuk kali yang pertama. Andai saya memasukkan istilah lelaki ajnabi dan yang sewaktu dengannya, sulit!
Saya menjawab bukan untuk mengajar agama. Tiadalah bertauliah pula. Sekadar menyampaikan mesej bahawa Islam punya prinsip.
Namun, disebalik mesej, saya terpukul sendiri. Islam serta Muslim adalah dua entiti yang berbeza. Muslim punya prinsip?
Belajar Dari Barat?
Sebelum berangkat di luar negara, kami ditekankan tentang menghargai masa. Hal ini termasuklah bab ketepatan masa serta memanfaatkan semaksimum mungkin masa yang ada. Maka, ketika persediaan di kolej sebelum ke luar negara lagi sudah dilatih. Ditambah pula tenaga pengajarnya mat saleh. Sekalipun dewan belum dipenuhi pelajar, andai cukup masa, pengerusi majlis harus memulakan acara. Jika tidak, isu besar!
Hal yang sama turut jelas diamalkan ketika saya di luar negara selama tiga tahun. Sama ada di peringkat individu, masyarakat, hatta sistem sosial yang dirancang oleh pemimpin, turut mengaplikasikannya. Menghargai masa. Paling terkesan ialah sistem pengangkutan awam. Selaku pengguna setia, saya cukup berpuas hati dengan sistem serta perkhidmatan yang disediakan.
Samada perkhidmatan bas dalam bandar sehinggalah perkhidmatan keretapi antara bandar, semuanya mempunyai jadual waktu yang tersendiri. Jam dan minit telah ditetapkan. Selalunya tepat, jarang-jarang tiba awal atau terlewat. Jarang sekali.
Train meneman ke sana-sini.
Cumanya, pernah sebanyak dua kali saya tertinggal kereta api. Malu dengan diri sendiri. Terlewat beberapa minit, kadangkala saat! Kata orang sudah takdir. Kata saya, jangan salahkan takdir, muhasabah kecuaian sendiri. Astaghfirullah. Astaghfirullah...
Itulah Barat yang mengajar saya bahawa prinsip menepati masa berbicara melalui perbuatan. Bukan sekadar ditulis didinding menjadi hiasan. Bukan sekadar ucapan, dibuktikan dengan tindakan.
Jauh sekali ingin mengagungkan Barat dengan prinsip menghormati masa kerana Islam jauh lebih hebat dalam hal yang serupa.
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".
Islam menyatakan prinsip menghargai masa sejak lebih daripada 1400 tahun dahulu. Ditulis dengan jelas bahkan kekal ke hari ini di dalam kitab suci. Soalnya.....
Muslim.
Menanam Prinsip
Memegang kukuh sesuatu prinsip perlukan latihan secara berterusan. Seperti kata manusia, the best way to learn it is to do it!
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Islam dari awal lagi menyediakan latihan khusus bagi mengamalkan prinsip menghargai masa. Latihan melalui pergerakan. Latihan sepanjang kehidupan bahkan jatuh hukum wajib apabila sudah akil baligh. Latihan yang diulang-ulang lima kali sehari, hatta dalam keadaan sakit melainkan tidak sedarkan diri. Latihan tanpa perlu ada sesiapa memantau, hanya berdasarkan hubungan antara manusia dan pencipta. Itulah solat.
Setiap kali azan berkumandang, umat Islam dianjurkan untuk meninggalkan pekerjaan dan menyahut seruan Hayya `ala solah. Berpusu-pusulah manusia bergerak ke masjid untuk solat jemaah bersama-sama. Bergerak daripada satu perbuatan kepada perbuatan yang lain. Usai bersolat, digalakkan pula agar terus beralih kepada urusan yang seterusnya. Hanya mereka yang tersilap faham kekal duduk di masjid berzikir panjang berjela, beribadah katanya. Sedangkan ibadah itu luas.
Ringkasnya, ibadah solat melatih Muslim menghargai masa dalam tiga perkara, sekurang-kurangnya pada pengamatan saya.
Pertama, ketepatan masa. Sebelum waktu solat lagi dianjurkan untuk bersiap sedia dan tiba sedikit awal untuk mengerjakan solat sunat. Apa jua pekerjaan sewajarnya ditinggalkan apabila tiba waktu solat. On time!
Kedua, tidak menangguh-nangguhkan masa. Sikap tidak bertangguh dalam solat dinyatakan dengan jelas di dalam ayat sembilan Surah Al-Mukminun. Antara ciri orang beriman ialah mereka yang memelihara solatnya dan beruntunglah mereka. Bayangkan dalam menyiapkan coursework kuliah misalnya, andai ditangguh, bukankah parah?
Ketiga, memanfaatkan masa sebaik mungkin. Solat ialah masa bertemu dengan Allah swt. Manusia dituntut memanfaatkan masa tersebut dengan hanya mengingatiNya dan meninggalkan urusan dunia. Khusyuk. Selesai solat, tidak berlengah-lengah. Segera berpindah pada pekerjaan lain pula. Setiap masa perlu diisi dengan perkara baik dan diusahakan sehabis baik.
Hebat bukan? Islam bukan sekadar menyatakan prinsip, bahkan menyediakan latihannya sekali. Percuma!
Saya sendiri masih bermujahadah mengamalkan latihan ini. Samada ketika menyahut seruan menghadapNya, juga dalam berurusan sesama manusia.
Apa pun, bukan kita bercerita tentang masa. Mesej utama ialah prinsip. Menghargai masa adalah salah satu prinsip Islam. Sama-sama kita bermujahadah menjadi Muslim yang berpegang teguh pada prinsip Islam. InsyaAllah.
* Artikel asal adalah di blog penulis. ZaffanKhalid
38 Comments ·
12549 Reads ·
|
|
on December 19 2009 01:25:31


ukhti zaffab atas article yg menginsafkn..
tahniah skali lg kt ukhti zaffan...
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".
Hargailah masa kerana ALLAH boleh menarik nyawa kita bila2 masa sahaja..
Masa yg ada kite perlu gunakan dengan sebaik-baik yang mungkin...
 |
on December 19 2009 04:06:18


Imam Ghazali pernah berkata:
"Sesuatu yang paling jauh dari kita adalah masa yang telah berlalu"
Masa yang lepas adalah sejarah yang tidak boleh diubah. Masa hadapan pula adalah misteri yang tidak dapat dipastikan. Tapi hari ini adalah kenyataan dan realiti yang sebenar. Maka tawanlah setiap saat pada masa ini dengan memanfaatkan masa tersebut, hanya untuk mengingatiNya dan meninggalkan urusan dunia.
Hmm, bagus artikel ni. Masa memang "sesuatu yang penting".
* Saya tak pernah lihat orang yang begitu mementingkan masa sampai sanggup menulis artikel tentangnya. Kemudian, saya terlihat "The Architect - pengenalan tentang diri" di blog Zaffan Khalid. Baru saya faham.  |
on December 19 2009 04:37:40
Assalamualaikum wbt
Terima kasih buat anna_muslim dan izzatzitzut, Allah menurunkan keinsafan buat hamba-hamba pilihanNya.
Menghargai masa melalui pengetahuan dan perbuatan itu berbeza. saya masih belajar nak betul-betul hargai masa melalui PERBUATAN.hehe
Suka saya kongsikan bahawa selain masa, mesej utama adalah PRINSIP. Berkait dengan SIRI 1 seperti yang sayan linkkan.
InsyaAllah beberapa siri lagi berkaitan PRINSIP akan saya tulis. Doakan ya. =) |
on December 19 2009 10:00:36
dmi masa.. sumpah Ya Rabb mgnai mse t'dpt 19x d dlm Alquran..
Renugilah btape Dia sntiasa mengingatkn kte, hambanya y sering
alpa ini dgn kpntingan MASA dlm khdupn kte..
b'bktilah pdNya slgi kte ad wk2..
Dekatilah DIA supaya DIA mndkati kte.. 
  |
on December 19 2009 10:57:56


Em,yela.Kekadang ana pun agak lalai jugak.Solat ni la yang mendisiplinkan kita.
By the way,nice article!tahniah..
 |
on December 19 2009 11:13:25

nice artikel.... 
" masa itu umpama pedang, jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu"
demi masa, sesungguhnya manusia kerugian... melainkan yang beriman dan yang beramal soleh...teringat pulak lirik lagu raihan,hehe
sama2lah kita menepati masa...
    |
on December 19 2009 12:20:39
demi masa sesungguhnya anusia dalam kerugian.kecuali orang2 beriman dan beramal soleh dan mrka pula berpesan2 dgn kebenaran srta berpesann2 dgn sabar.ISLA itu mmg empurna. . |
on December 19 2009 12:31:21
kesimpulannya...
itulah antara sebab mengapa barat lebih maju dari negara2 islam
masyarakat barat sgt berdisiplin....
atau dengan kata lain INTEGRITI.
masyarakat sgt berintegriti..
jika kita membuat perbezaan di antara KL dengan bandaraya y lain seperti Washington.
keputusannya....."jauh panggang dari api"
bukan bandaraya y menjadi ukuran tetapi masyarakatnya..
di barat jarang skali sampah dibuang merata2
begitu juga semasa di jalan raya....
namun di malaysia....sampah di atas jalan ialah pemandangan biasa..
sikap masyarakat kita di atas jalan juga 'boleh tahan'..
hasilnya,jumlah kemalangan maut di malaysia sama spt jumlah tentera AS y mati di Iraq
dengan purata.....17 orang maut sehari...klu setahun?
secara mudahnya...
umat islam akan maju jika mengamalkan Islam dgn sepenuhnya
dan barat pula akan maju jika mereka meninggalkan agama mereka.
ini dapat dilihat semasa mereka mencapai zaman renaissance |
on December 19 2009 13:18:20
Salam..mmg mnusia sntiasa lalai..ana pn mcm 2 jgk..anyway nice n d0akan ana n kte sumer agar m'jd hamba Allah yg s0leh.. |
on December 19 2009 17:23:12
suke! suke! |
on December 19 2009 17:38:07
so I guess it's okay if we just bow whenever ajnabi wants to shake hands right?
what about if we just do the "sawadeeka" style? I mean, when ajnabi wants to shake hand, we put our hand together like the thai greet and bow, so the ajnabi won't feel embarassed we deny the handshake.
can anyone give opinion on this? because I find it's kinda hard to refuse the handshake, I don't want to embarrassed the person neither want to go against Islam teaching. |
on December 19 2009 18:26:11
 good post    |
on December 19 2009 18:30:34

terima kasih kpada penulisss...*tahniah*  |
on December 19 2009 21:28:59
assalamualaikum ukhti.....

"masa itu ibarat pedang,
jika kita tidak memotongnya,
   
pasti ia akan memotong kamu....."
tahniah skali lagi ukhti.....
    |
on December 20 2009 22:33:36
masa itu bukan sahaja emas..
tetapi, masa itu NYAWA.. |
on December 20 2009 23:51:52
salam...
 
alhamdulillah 'alaa kulli hal...
Islam itu tegak dgn perinsip-prinsipnya... maka tugas penganutnya adalah membawa prinsip-prinsip itu bersama dalam menjalani apa jua trek kehidupan... Islam adalah sebuah kehidupan ... dari zholam kegelapan kepada nur cahaya keimanan...
wallahu a'lam.. |
on December 21 2009 03:19:18
Salam wbt
Terima kasih atas semua yang memberikan komen masyaAllah
Kepada Matz, terima kasih atas kesimpulan yang cantik. Saya suka anda menggunakan perkataan integriti dan disiplin.
Kepada Starryxnight, saya cadangkan andai tiada sesiapa yang menjawab dan menyebabkan masa anda ditangguhkan untuk mendapatkan jawapannya, google adalah salah satu tempat yang boleh dimanfaatkan untuk mencari maklumat. Kemudian rujuklah pada yang dipercayai |
on December 21 2009 14:00:37
best nye artikel nie.. masa itu lebih b'harga drpd emas...
nice..      |
on December 21 2009 15:04:17

... Sama-samalah kita menghargai masa..... Menjaga Hubungan dengan Allah...
Berintegriti dalam sesuatu perkara.......  |
on December 21 2009 16:10:19
salam wbt..
pkongsian yg menarik kak zaffan!

teruskan berkongsi pengalaman ye..
 |
on December 21 2009 17:32:56

thniah ats artikel yg ditrbitkn..
Dpt jdkn pngajaran kpd diri sy..
Intihanya..
Islam is da way of life..
Kalau kite imbas zmn khulafak ar-rasyidin.. Wak2 tu, hmpir smua amalkn islam dlm diri.. And then, wak2 tu, waktu kegemilangan tmdun islam..tmbhan pula,dlm AL QURAN tlh mnjelaskn sgala2 nye..
Itu tlh mnunjukn kalau kite btul ikut cara islam, kite juga akn lg brjaya brbnding org2 barat..
Dn mnjd lumrah alam, there's n0b0dy perfect.. That's Him just the only perfect..tp kite skurangnye try 2 f0ll0w His rules..
It's just my 0pini0n.. If there anything,wrong..,please c0rrect me.. |
on December 21 2009 20:48:40
erm.....ana mhu tnyer klau sepupu tidak boleh ker kiter bersalaman dengan nya....(owang lelaki) |
on December 21 2009 21:42:13
Planet bumi berpusing menghasilkan masa 24 jam. Sambil berpusing ia beredar mengelilingi matahari menghasilkan 12 bulan atau satu tahun. Sedar atau tidak apabila kita sebut kita berumur 40 tahun umpamanya kita sudah mengelilingi matahari sebanyak 40 puluh kali. Menakjubkan. |
on December 22 2009 12:06:34
kdg kala sukar utk mengatakan tidak pd llaki yg bkn muhrim apabila mereka m'hulur tgn utk b'salam..seakan m'jatuhkan air muka org t'sbut tp ape2 pn seboleh mgkn sy sntiase cube m'elak. nature keje sy yg slalu b'jmpe org, m'hadiri mesyuarat luar m'buatkan sy ade ketikanye kalah t'hadap p'kara yg satu ini. wlu bagaimanapn, tips dr sy: sntiase m'bina jarak jika b'bual2 dgn kaum adam ini atau semasa m'beri khidmat nasihat kepada client. secara x lgsung llaki2 ini faham yg kite x sewenang2nya boleh disentuh. klu llaki2 yg faham dan mahu mengerti x mengape tp ade juge yg b'ckp di belakang. kononnye sy b'lagak alim, x b'fikiran t'buke, kolot dll. well, kpd ALLAH sy b'serah... |
on December 22 2009 15:07:01
Salamunalaik wbt..
Alhamdulillah.. therapy minda yg bek utk berfikir mgenai ms dgn-Nya. alhamdulillah. bsyukur kpd Allah swt krn mpertemukn ana dg artikel yg sgt bkesan pd jiwa ni.  |
on December 22 2009 23:21:21
salam.. pergh.. sgt menarik.. moge sejuta kerahmatan utk yg mengpostkan this article..amin2 t! |
on December 23 2009 13:52:14

syukran... sya suka artikel ni.. 
syukran memperkongsikan ilmu..
semoga sya dan kenkawan yg len awayz ingat pesanan ni ah..  |
on December 23 2009 16:13:02
good.... |
on December 24 2009 01:21:35
Sejurus kita bangun sehingga kita tidur semula...Islam telah mengajar kita setiap perbuatan....dengan terperinci....cuma terpulang kepada individu itu sendiri untuk menerima atau pun menolaknyaa.....tapi orang barat juga mengakui kesempurnaan Islam cuma mereka lebih suka memendamkannya
ISLAM IS THE WAY OF LIFE  |
on December 24 2009 13:08:16
proud sng2 jadi muslim
  |
on December 24 2009 17:18:40
saya amat tertarik dgn artiket tersebut,tanpa kita semua sedar atau tidak para muslimin n mslmat ari ini tdk segan silu ntok slang berpengangan pd dewasa ini...
mudah-mudahan artikel ini dapt menyedarkan kita sume.....
!!!!! |
on December 25 2009 15:45:43
saya baru kat sini.jadi,alhamdulillah dapat ilmu  |
on December 26 2009 08:47:45
salam wbt...
alhmdulillah bnyak yg dapt dri artikel kak zaffan malah pd komen rakan2...
nice topic!...syukran yaa... |
on December 26 2009 16:41:08

pertama skali,tahniah atas artikel ini,menginsafkan..
'SESUNGGUHNYAMASA AKAN TERUS BERLALU DAN TIDAK AKAN MENUNGGU TIAP INSAN YANG LEKA DAN LALAI'
marilah kte sme2 patuhi mse yang tlah ditetapkan..moga beroleh rahmat allah..    |
on January 01 2010 11:43:48

bgs skali artkl yg dhntr dpt meigtkn yg lpe dan mmbrithu yg tdk thu..
kne kt btg hdung sndri.. |
on January 09 2010 23:17:28
.................
nice article...................
teruskan usaha,,,,,,,,,,,,,,..................
............... |
on January 24 2010 00:51:23
"Just like the Jews! Jewish women do not shake hands with men",
..Jgn terpengaruh dengan dakyah politik cam tu..
Bila Dr Mahathir melawat Jepun untuk misi "Pandang ke Timur dulu", PM Jepun pernah berkata "Malaysia -Jepun seperti adik beradik " |
on June 13 2010 21:28:10
artikel yg sangat menarik..
mudah2an menjadi satu peringatan yang berguna untuk kta semua.. |
|
|
Please Login to Post a Comment.
|
|
|