Kod HTML Untuk Promosi
|
|
"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."
|
|
|
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
|
Zikir Kepada-NYa
www.iluvislam.com
oleh : iskethaykal
Editor : doraemong13
Adakah kita seringkali terdetik di kalbu, perasaan ingin disenangi oleh Allah?
Sesungguhnya sifat manusia mudah alpa dan leka, hanya menginginkan yang zahir dan duniawi yang terungkap, perasaan ingin dikasihi manusia, sedangkan jika kemahuan untuk mendekat kepada Ilahi itu melangit, memungkinkan lahirnya hablun minannas itu lebih kukuh dan erat, kerana lahirnya keredhaan Allah pada diri kita.
Mengungkap sejarah di zaman Nabi saw, pabila mana seorang sahabat yang bernama Zaid al-Khair bertanyakan kepada Rasulullah saw, akan peri gusar hatinya bila mengenangkan perasaan samada dia disenangi oleh tuhan semesta alam. Perasaan tersebut yang mengganggu hati, diungkapkan kepada Nabi dengan harapan akan reda keresahan yang melanda dengan kata-kata Nabi yang menenteramkan jiwa.
Sebetulnya, tidak pernah Rasulullah saw menggariskan kepada para sahabat akan sebarang tanda, orang-orang yang disenangi dan dikehendaki oleh Allah swt. Lalu Baginda bertanya, “ Bagaimana keadaan kamu pada pagi hari ini wahai Zaid?”
Jawapan Zaid inilah yang patut kita hadapi dan cuba meneladaninya dengan wajar. Pertama kata Zaid akan perasaan senangnya dia pada kebaikan yang berlaku. Kedua, dia berasa senang pada orang-orang yang melakukan kebaikan. Ketiga, dia sendiri berasa senang bilamana dirinya sendiri berbuat kebaikan dan keempat, dia berasa susah hati tatkala kesempatan untuk berbuat kebaikan itu hilang. Rasulullah saw menyambut kata-kata Zaid ini dengan menyatakan bahawa inilah tanda-tanda orang yang dikehendaki dan disenangi oleh Allah swt dengan kehendak yang baik.
Ekoran daripada itu, nama Zaid al-Khair yang membawa maksud al-Khair iaitu kuda telah Rasulullah s.a.w tukar kepada Zaidun al-Khair yang membawa maksud Zaid yang baik.
Perasaan yang hakiki pabila merasa diri ini dekat kepada Allah s.w.t, menjadi hamba-Nya yang kukuh iman dan teguh sifat ihsan. Merasa sepi pabila diri tidak sujud syukur di sepertiga malam, gembira menabur bakti kepada segenap ruang kebaikan dan menginsafi akan dosa-dosa yang acapkali mengikat hati ke arah pintu kebatilan.
Dalam surah ar-Furqan ayat 63 hingga 76, telah digariskan satu check–list oleh Allah s.w.t akan sifat-sifat manusia yang layak menjadi hamba-Nya. Layakkah kita, sedari kecil dilahirkan dalam nikmat Islam dan kini telah meniti usia, mengaku hamba di sisi-Nya? Jika tidak, kita hamba siapa?
Suatu ketika, pabila mana Rasullulah s.a.w melintasi sekumpulan sahabat yang duduk sesama mereka lalu Rasullulah s.a.w bertanya,
“ Mengapa kamu semua duduk di sini?”
Lalu seorang sahabat menjawab,
“ Kami duduk berzikir kerana nikmat Islam yang dikurniakan Allah s.w.t kepada kami.”
“ Adakah kamu hanya duduk-duduk berzikir sahaja, tiada hal yang lain?” tanya Rasulullah kepada mereka lagi.
Jawapan yang diterima mengiyakan soalan tersebut. Lalu Rasullullah saw menerangkan kepada mereka bahawasanya tidaklah Baginda mencurigai perbuatan sekalian sahabat tersebut melainkan Allah s.w.t membangga-banggakan mereka di hadapan para malaikat.
Alangkah berbahagianya mereka kerana ibadat zikrullah itu diterima Allah dan disampaikan pujian melalui lidah Rasullullah s.a.w sendiri ketika masih hidup di dunia. Itulah antara faedah zikir kepada Allah swt.
Tidakkah kita ingin Allah berasa senang kepada kita, malah lebih daripada itu sebenarnya kita inginkan kerana kecintaan Allah kepada hamba-hambaNya adalah yang teragung, manakan terbanding dengan cinta manusia yang bersifat sementara.
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang” (13:28)
Tidak kira di mana dan apa jua yang dilakukan, ingatilah Allah kerana Allah itu Maha Pemberi, setiap kurniaan berbentuk nikmat malahan azab juga adalah pemberian Allah, bertujuan membawa dekat hati manusia yang menjauh.
Dikurniakan ibadah zikir kepada manusia, agar manusia menggunakannya sedaya mungkin, menjadikan Allah sebagai pusat segala kebajikan, ibadah dan perilaku. Ianya inti yang terbit daripada rasa syukur yang melangit, menyejukkan hati dan sentiasa mengingatkan akan kekerdilan manusia yang hina. Ianya pertolongan daripada Allah dan dengan ketaatan tersebut akan Allah balas dengan kecintaan, suatu yang sungguh mahal dan hanya mereka yang istiqamah dalam menempuh jalan rohani (as-salik) sahaja mampu menggapai makrifah Ilahi ini.
Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabatnya r.a,
“Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai sebaik-baik amalanmu yang amat suci di sisi ALLAH yang meninggikan darjatmu keperingkat yang tertinggi sekali, yang lebih mulia daripada menafkah emas dan perak (di jalan ALLAH), yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, maka kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan lehermu?
Para sahabat berkata bahkan: “Apakah itu Ya Rasulullah?”
Sabdanya: ” Zikrullah.”
Kehidupan di dunia yang bersifat sementara ini sewajarnya diisi dengan kelazatan nurani berzikir kepada-Nya. Di setiap desah nafas menyebut nama-Nya, ganjaran pahala laksana gunung pastinya menguntungkan kita di akhirat kelak.
Hadis daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawasanya Rasulullah saw bersabda:
“Bahawa penghuni-penghuni syuga setelah tibanya di syurga tidak akan menyesal dan tidak akan berdukacita mengenai suatu apapun kecuali masa yang telah berlalu dalam dunia tanpa zikrullah.”
Bersegeralah kita berzikir pada ketika dan saat ini juga kerana masa yang diibaratkan air yang mengalir, meninggalkan kita yang tidak berusaha menakungnya dengan besarnya takungan taqwa kita terhadap-Nya. Di dunia, jadikan ia takungan ibadat, menuang iman yang bakal menghamparkan salju daripada percikan api neraka di akhirat kelak.
23 Comments ·
4947 Reads ·
|
|
on December 18 2009 01:50:36

assalamualaikum
kpd penulis...
article ni mmg menginsafkn saye sbgai hamba yg kerdil..
semoga ALLAH memberkati penulis...
jom kita berzikir..
suhanallah..alhamdulillah...allahuakbar
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang” (13:28) *
          |
on December 18 2009 10:27:18
betul3......
remain Allah always......       |
on December 18 2009 10:37:36
laailaahailla anta, subhanaka inni kuntuminazzholimin~ |
on December 18 2009 13:09:11
salam...
good reminder...
hopefully, dpt istiqamah dlm zikrullah |
on December 18 2009 13:19:45
assalamualaikum.....

alhamdulillah....
best sgt artikel ni...
cukup menginsafkan diri ini sebagai hambaNya....
   
    |
on December 18 2009 13:45:09
assalamualaikum...
same2 lah kite memperbaiki diri ini ke arah y7g lebih baik.

terima kasih di ats perkongsian in... |
on December 18 2009 14:48:46

semoga kita semua setiasa mengingati Allah s.w.t untuk medapat keredhaan daripadaNya... |
on December 18 2009 17:17:36
semoga kita mengambil apa yg boleh kite ambil       |
on December 18 2009 18:33:01

artikel yang bagus...mengingatkan kita yg sering lalai.zikir dapat memenuhkan jiwa yg kosong |
on December 18 2009 20:28:17
      
       |
on December 18 2009 21:49:07
salam......
artikel yg bagus...
ingatan untuk diri sendiri yang kadang kala lalai dalam kehidupan seharian.....    |
on December 18 2009 23:34:48
salam alaik.
“Bahawa penghuni-penghuni syuga setelah tibanya di syurga tidak akan menyesal dan tidak akan berdukacita mengenai suatu apapun kecuali masa yang telah berlalu dalam dunia tanpa zikrullah.”
hadis ni mmg mengingatkan kita spya sntiasa b'zikir,spya kita takkan menyesal di kemudian hari (akibat kurangnya amalan di dunia & lalai).

 |
on December 19 2009 22:55:51
ingat Allah slaloo.. Kita ingatpdNya, DIA ak igt pd kte..    |
on December 20 2009 12:57:34

ya Allah,,jadikan aku seorang insan yg sentiasa mengingatiMU sokmo,,ameen |
on December 21 2009 16:28:00

remain Allah always......praypraypraypraypraypraypray |
on December 21 2009 16:28:42

remain Allah always......           |
on December 21 2009 16:32:25

Dengan mengingati Allah ..HATI menjadi tenang....
marilah kita bersama-sama memperbanyakan Zikirullah kepada-Nya.... agar diberikan ketenangan Jiwa.......
Basahi Lidah mu dengan ZIKIRULLAH.........
Moga kita menjadi Hamba yang patuh segala perintah-Nya.....
        |
on December 21 2009 16:33:48

articel very nice.... tq..... Allah bless you...  |
on December 22 2009 00:34:31
kpd penulis
.. hati yg resah mnjadi sdikit tenang lpas bca artikel ni..
dgn meningati Allah, hati akn mnjadi tenang..
bila sedetik kita lupa padaNYA, hati kita gelisah..
mg di tetapkan hati pdNYA..amin
jom sama2 berzikir  |
on December 22 2009 23:56:16

Ya Allah,kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu,
hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu,serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.
Ya Allah,kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk,ilmu yang berguna, keyakinan yang benar2 mantap.Ya Allah, kurniakanlah kami(din)cara hidup yang jitu dan unggul,selamat dari segala mara bahaya dan petaka.kami mohon Ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain.
Berikanlah kami Ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri.kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami,keluarga dan anak2 kamiserta sesiapa sahajayang bersama kami.
Ya Allah,Jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih cepat dari itu.Ya Nikmal mujib..

     |
on December 24 2009 18:56:27

Rasulullah saw bersabda:
Allah SWT berfirman: " Ketika hamba-Ku mengingati-Ku dalam hatinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku, jika dia mengingati-Ku dalam suasana kelompok, maka Aku mengingatnya dalam kelompok yang lebih baik dari kelompoknya..jika dia dekat kepada-Ku sejengkal, maka Aku dekat kepada sedzira (satu lengan)..jika ia dekat kepada-Ku sedzira, maka Aku mendekat kepadanya sedepa.jika dia berjalan kepada-Ku, maka Aku lari kepadanya.. |
on December 27 2009 15:23:39
laillahaillahallah... 
     |
on January 15 2010 12:07:18

semoga kita diberikan kekuatan untuk terus beristiqamah dalam berzikir...
Ya Allah bantulah hamba2-Mu ini.. |
|
|
Please Login to Post a Comment.
|
|
|