Kod HTML Untuk Promosi
|
|
"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
|
|
|
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
|
Malu ibn Abdus
www.iluvislam.com
Dihantar oleh: mohiis88
Editor: RosNiza Abdullah
Hari ini daku menyaksikan,
Petunjuk tuhan,
Satu kejadian,
Berlatarkan sekolah di sebuah pekan,
Ketika sesi muzika berjalan,
Di kala si guru mengajar tarian,
Sebagai sesi pemanas badan,
Buat murid yang masih tak keruan,
Di hari pertama sesi persekolahan,
Di satu sudut jelas kelihatan,
Ibn Abdus putera kenalan,
Putera teman sepengajian.
Ibn abdus...si kecil itu,
Menangis tersendu-sendu,
Dirinya dihampiri guru,
Tubuh kecilnya diranduk, dipujuk, dirayu,
Mengapa kau menangis wahai anakku,
Mengalir air mata syahdu,
Di waktu teman lain bersuka ria menari rambu?
Takut, begitulah ucapnya,
Bila guru memintanya,
Memegang tangan pasang tarinya,
Yang jelas bukanlah mahramnya,
Umi kata, lagak itu haram hukumnya,
Abi kata, Allah jua menjadi murka,
Tika yang sama jua,
Titis permata mengalir dari kelopak sepetnya,
Takutnya dia!
Takut pada larangan yang Maha Esa,
Pada dosa,
Pada sengsara,
Balasan di akhirat sana.
Ibn Abdus itu,
Usianya baru darjah satu,
Muslim juga sepertiku,
Punya Allah...tuhannya dan tuhanku,
Tapi sungguhpun begitu,
Dia dan daku,
Ibarat bumi menghijau dan langit membiru,
Berbeda darjat di sisi Tuhan yang Satu.
Daku bukan muslim yang soleh,
Daku lebih liberal, lebih terbuka, lebih ‘orang putih’,
Bukan mahramku, dikala terang mahupun sorekh,
Berpegang tangan, berlaga pipi menjadi pilih,
Kononnya lebih rapat dan lebih berkasih,
Bukan deen ini yang aku tak faqih,
Tapi ‘trend’ sekarang tak boleh didalih,
Kalau tak, kelak jadi tersisih,
Takutkan tuhan menjadi pipih,
Bila ditegur orang yang muslih,
Bibirku menjuih,
“Relakslah, rambutku belum putih!”
Masih ada masa untuk dosa dibersih.
Istighfarlah wahai diri,
Malu daku dengan si kecil tadi,
Lebih besar maluku pada Ilahi,
Selama hidup, syariatNya ada yang kutaati,
Ada yang kuingkari,
Istighfarlah diri!
Deen ini bukan acuan sendiri,
Tapi panduan Tuhan untuk manusiawi,
Memimpin kita ke jalan abadi,
Menyelamat kita dari binasa hakiki.
Sungguh!
Aku malu,
Pada tuhanku,
Juga pada si kecil itu.
Ku sedar khilaf ini perlu kubetulkan,
Wajar kembali ke pangkal jalan,
Kerna hidup ini sekadar hiburan,
Seharusnya kugigih mengumpul bekalan,
Untuk dikendong ke hari kemudian,
Menjadi jaminan ke syurga impian.
Buat umi dan abi si kecil itu,
Didikanmu membina jitu,
Peribadi si kecil itu,
Ku ucapkan doa setulus kalbu,
Keberkatan dan keselamatan untuk kamu,
Semoga Allah menjaga dirimu,
Diri puteramu,
Dan diri setiap muslim yang menegak syariatMu.
17 Comments ·
2437 Reads ·
|
|
on December 15 2009 12:35:53
subhanallah.. artikel y best..
 |
on December 15 2009 14:13:14
best,..t'sedar plak... |
on December 15 2009 16:41:45
terasa hina diri ini d pndgnMu Ya Allah..    |
on December 15 2009 20:37:33
" Mengapa kau menangis wahai anakku,
Mengalir air mata syahdu,
Di waktu teman lain bersuka ria menari rambu?
Takut, begitulah ucapnya,
Bila guru memintanya,
Memegang tangan pasang tarinya,
Yang jelas bukanlah mahramnya,
Umi kata, lagak itu haram hukumnya,
Abi kata, Allah jua menjadi murka,
Tika yang sama jua,
Titis permata mengalir dari kelopak sepetnya,
Takutnya dia!
Takut pada larangan yang Maha Esa,
Pada dosa,
Pada sengsara,
Balasan di akhirat sana. "
*sungguh menarik part ini. |
on December 15 2009 23:00:18
sangat bermakne ! |
on December 16 2009 22:12:22
alhamdulillah....
mampu mbuat diri tfikir tentg khdupan di dunia yg fana ini  |
on December 18 2009 21:47:19
wow.... membuka mata... |
on December 18 2009 22:56:53

Wat a great poetry  |
on December 18 2009 23:19:39

Daku bukan muslim yang soleh,
Daku lebih liberal, lebih terbuka, lebih ‘orang putih’,
Bukan mahramku, dikala terang mahupun sorekh,
Berpegang tangan, berlaga pipi menjadi pilih,
Kononnya lebih rapat dan lebih berkasih,
Bukan deen ini yang aku tak faqih,
Tapi ‘trend’ sekarang tak boleh didalih,
Kalau tak, kelak jadi tersisih,
Takutkan tuhan menjadi pipih,
Bila ditegur orang yang muslih,
Bibirku menjuih, “Relakslah, rambutku belum putih!”
Masih ada masa untuk dosa dibersih

*An open mind is like a fortress with its gate unbarred and unguarded |
on December 19 2009 20:26:25
nice article...
    
terase malunye pd Allah...
izinkan sy copy artikel nie.. |
on December 20 2009 10:21:24

Minta izin copy...teruskan berkarya! |
on December 20 2009 12:01:04


manusia kini lebih menekankn 'fikiran terbuka'...
"Hidup Remaja hanya sekali"
kerana dunia maju..
itulah akibat apabila pemimpin xmgmalkan pimpinan dlm agama..
pemimpin fikir maju..
rakyat makin terlanjur..
remaja sekarang kebanyakannya fikir>>Islam membebankan..
aduh..
golongan yg ingin m'gmalkan islam adalah golongan asing..
makin lama makin kurang... sehinggala sejarah kebangkitan Islam kembali lg tpi entah xtahu bile..
golongan asing ditindas..... mahupun oleh seagama sendiri..
bertahanlah org yg seperti Ibn Abdus...
Teguhkan iman demi Cinta Allah...
Insya-Allah.. |
on December 21 2009 16:11:44
malu2...
best artikel nie..
malunyer padaNya..
 |
on December 21 2009 18:17:30
sungguh kagum dgn abi dan umi yang dapat mengajar anak dgn begitu baik skali.... |
on December 25 2009 16:57:20
insaf... |
on December 30 2009 23:21:35


artikel yg sangat bek...MABRUK~!   |
on January 01 2010 14:49:41

VERY IMPRESSIVE...
puisi yg menusuk kalbu |
|
|
Please Login to Post a Comment.
|
|
|