Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita."
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Penjajah Terkejut Jawi Dikuburkan

Penjajah Terkejut, Tulisan Jawi Dikuburkan
www.iLuvislam.com
Tulisan: AbidFana* 
Editor: NuurZaffan



Semasa bekerja di Queen Mother Library, saya diminta untuk melayan seorang pengunjung, warga emas Scottish. Walaupun saya menjangkakan yang umur beliau sudah mencecah umur 70-an dan sudah bertongkat, tetapi datuk Scottish ini kelihatan ‘cerah’ fizikal dan akal.

Semasa menguruskan kad keahlian perpustaan beliau, banyak soalan diajukan kepada saya. Antara yang amat menarik perhatian saya ialah:

“Are you jawi people….. errr I mean from Malaya?”

“Yes I am from Malaya. We call our country now as Malaysia.”

“How do you have a good English (Latin character) writing?”

“Because simply I’d been grown up by this.”

“Ohh dear me, I thought Malayan people are still using this Arabic or Quranic font to write their language. I still remember it’s called jawi, and even a lot of people call your people as jawi.”

Rupa-rupanya pakcik itu, seperti ratusan bahkan mungkin ribuan lagi warga British yang lain, pernah berkhidmat menjajah Tanah Melayu suatu masa dahulu. Beliau terkejut kerana tulisan jawi sudah tidak lagi digunakan secara meluas di negara kita, sedangkan semasa beliau bertugas di negara kita sepanjang sekitar tahun 40-50an, tulisan jawi digunakan secara meluas. Bahkan beliau sendiri boleh mengingati beberapa huruf arab/jawi.

Sepanjang pemerhatian saya, kebanyakan warga emas di Malaysia lebih fasih membaca tulisan jawi berbanding tulisan rumi. Mana tidaknya, itulah dia tulisan rasmi sewaktu mereka di bangku persekolahan. Arwah abah saya sendiri, yang pernah menjadi salah seorang pegawai atasan Telekom, banyak mencatat di dalam jawi. Arwah atuk saya, melanggan akhbar Utusan Melayu yang kini telah dipusarakan. Bahkan, pemasyhuran kemerdekaan pada tahun 1957 turut ditulis di dalam tulisan jawi. Itu belum ditelek lagi dokumen perjanjian perdagangan antara Raja-raja Melayu dengan pedagang dan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris lagi.

Ketika pendita Za’ba telah memberikan nafas baru kepada tulisan jawi dengan karya agungnya ‘Rahsia Tulisan Jawi’, agak malang kerana anak-anak didik penjajah berkulit sawa matang telah mentalkinkannya di dalam sistem pendidikan. Permulaan kepada pengakhiran tulisan jawi, ialah selepas perlaksanaan Akta Bahasa 1963 ketika mana tulisan rumi telah dijadikan tulisan rasmi di dalam urusan kerajaan khususnya di dalam sistem pendidikan. Apa yang berlaku di negara kita pada waktu tersebut ialah duplikasi sekularisasi daripada negara Turki, setelah kejatuhan khilafah Uthmaniyyah, antara keutamaan anak didik penjajah ketika itu ialah me’latin’kan tulisan Turki yang asalnya menggunakan huruf Arab.

Daripada wujudnya kelas jawi di sekolah rendah, akhirnya jawi terkubur di dalam buku teks subjek Pengajian Islam sahaja. Kesannya, ialah generasi muda yang merangkak-rangkak membaca jawi dan yang sedihnya, menjejaskan ‘kelancaran’ bacaan al-Quran mereka. Ya saya akui ada perdebatan akademik mengenai adakah tulisan jawi membantu bacaan al-Quran, akan tetapi itu bukan soal pokok yang ingin saya bincangkan di sini.


Akhbar tulisan Urdu di UK

Di United Kingdom, saya rasa kagum dengan bagaimana orang-orang Pakistan dan India yang ramai bermigrasi di sini memelihara tulisan Urdu mereka supaya sama dengan tulisan Arab. Anak-anak muda mereka masih lagi lancar menulis di dalam tulisan Urdu, walaupun bersekolah Inggeris, dan hidup pun gaya British. Mereka masih mampu menerbitkan surat khabar di dalam tulisan Urdu di negara sekular ini, dan ianya dibaca secara meluas. Pergilah sahaja ke masjid, atau ke kedai halal, anda akan dapat melihat tulisan Urdu.

Cuma alhamdulillah ketika pemerintahan Tun Abdullah dengan slogan Islam Hadharinya, beliau telah menggagaskan j-Qaf. Pada peringkat awal, saya pun tidak tahu apakah yang dimaksudnya dengan j-Qaf. Rupa-rupanya, ia adalah merupakan satu cubaan untuk menyuntik nafas baru di dalam subjek Jawi, Quran, Arab dan Fardhu Ain (singkatannya ialah j-Qaf). Ramai rakan-rakan sepengajian saya di Mesir bekerja sebagai guru j-Qaf di sekolah kerajaan. Ketepikan khilaf politik, didoakan agar usaha itu boleh mengembalikan kegemilangan tulisan jawi.

Dan tidak cukup dengan itu sahaja, generasi saya, iaitu generasi mak abah kepada anak-anak moden perlu sedari awal mendidik anak-anak kita dengan tulisan Arab. Pendedahan awal akan memastikan mereka lancar membaca al-Quran apabila dewasa nanti. Tulisan jawi bagi saya amat membantu penguasaan bahasa Arab dan al-Quran.

Justeru, ketika Pendita Za’ba telah berusaha merekaya tulisan jawi dengan karya ‘Rahsia Tulisan Jawi’nya, maka janganlah kita menjadi generasi yang ‘merahsiakan tulisan jawi di dalam pusaranya’.

* Penulis kini menetap di Aberdeen, United Kingdom. Sila lawati blog penulis untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi. www.abidfana.com

 



25 Comments · 3709 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 63% [15 Votes]
Very Good Very Good 17% [4 Votes]
Good Good 21% [5 Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
wiey hasanah on December 12 2009 10:59:21

salam..

saya setuju yang penulisan jawi kian beransur2 hilang. anak2 muda generasi sekarang pun baca jawi merangkak2..walaupun tulisan jawi masih ada dalam subjek pendidikan islam tetapi penggunaannya masih tidak meluas.ini juga memberi kesan kepada kelancaran dan kefasihan membaca al-quran seperti yang dikatakan oleh penulis..

jadi bersama2 lah kita memartabatkan jawi agar tak pupus ditelan zaman.
nurlaily on December 12 2009 12:01:29

like dis article very much...2 thumbs up
suhana_nur on December 12 2009 12:01:31

bangsa yang menghilangkan identiti sendiri~
apakah yang boleh kita lakukan?
ulam_pegaga on December 12 2009 12:31:36

Oh..baru saya tahu J-Qaf tu singkatan untuk Jawi...Quran..Arab..Fardhu Ain...jazakallah
xearoxas_Katyusha on December 12 2009 12:56:48

siapa yg bwat akta tersebt shgga tlsn jawi diketepikn?Alhamdllah sy dr kck diajr dgn jawi..smpailh hri ini sy bleh bce n bleh menulis.yg plg dasyat adlh ade separh drpd kwn2 sy x tau tulis,n mmbaca tulisn jawi..persoaln besr disini adalh..bgaimana mrk nk bce Al-quran?sdgkn Al-fatihah dan 3 kul shj yg mereka tahu,n hafal...na`uzubillh..
fiyuniKN on December 12 2009 13:48:56

penulisan jawi semakin lama semakin beransur hilang...sepatutnya penulisan jawi harus diperketatkan lagi kerana agama islam ialah agama rasmi negara. di kedah, borang kahwin ditulis dalam jawi tapi, org yg megisinya menulis dlm bahasa rumi. apa sudah jadi??sobsobhmm!
mcm mana nak bentuk keluarga klau jawi pun tak lulus. mcm mana nak ajar anak drjah 1 klu dia tanya abjad jawi? dan, bagaimana hendak membaca Al-quran? renung-renungkan dan selamat berfikir!!!
hmm!hmm!hmm!hmm!hmm!hmm!hmm!hmm!hmm!hmm!cloud 9cloud 9
solihin_coin on December 12 2009 16:21:57

tulisan jawi mmg dh x digunekan langsung..
tp alhamdulillah..
masis ade negeri yg masih menggunakan tulisan jawi terutama pada papan2 tanda..
negeri tersebut adalah kelantan..

kemasukan guru2 j-qaf mmg perlu ditingkatkan..
alhamdulillah..
kem. pendidikan telah membuka peluang kpd lepasan2 SPM dan STAM utk mengikuti PISMP j-Qaf..
semoga usaha ini berkekalan..
insyaAllah
Deslim 440Hz on December 12 2009 16:37:06

Negeri Kelate guno jawi lagi, tgk la billboard2 di sana.
al-ansbakhi on December 12 2009 17:25:42

bahasa melayu pun semakin hilang tempat, apatah lagi tulisan jawi...
miss fasihah on December 12 2009 17:33:29

saya suka dgn artikel niwink
saya pun tulis guna tulisan jawi dalam diariwink wink
miss fasihah on December 12 2009 17:34:20

saya suka dgn artikel niwink
saya pun tulis guna tulisan jawi dalam diariwink wink
Deslim 440Hz on December 12 2009 18:52:33

JAWI FOREVER
matz on December 12 2009 21:30:16

hmmm....agak menarik..
tulisan jawi semakin lama semakin pupus...
itulah faktanya....

sedar atau tidak bahasa MELAYU juga semakin hari semakin pupus....
masyrakat melayu sendiri pun tidak bangga dgn bahasa mereka...
kita lebih bangga jika fasih berbahasa inggeris
siapakah y harus bertanggungjawab dlm hal ini??

bahasa melayu ialah bahasa rasmi?
apakah y mencerminkan ia bahasa rasmi?
Bahasa Melayu hanya digunakan secara rasmi di dalam Mahkamah dan Parlimen sahaja..

Atas alasan kemajuan...pemimpin negara kita menggalakkan bahasa inggeris..
apakah bahasa melayu menjadi batu penghalang kemajuan negara kita..
jawapannya mudah.....TIDAK

jika difikirkan......
apakah nasib bahasa melayu 10 tahun akan datang??
anda sendiri fikirlah....sobsob
mikah2001 on December 12 2009 21:54:58

assalamualaikum

sebab itu kita perlu sokong kerjaan utk mengembalikan penggunaan bhs maelayu dalm matematik dan sains......

kita perlu pelihara bhs kita sendiri, kalo tidak saper lg yg nak pelihara....ditmbh lg dulu bhs kita kan dikenal sbg 'lingua franca'....bhs yg terulung zaman melaka...tp knp tidak sekarang???ini krn pengaruh penjajah ingin merosakkan semua identiti bngsa kita sehingga melayu mudah lupa.....

tgk lah bhs arab yg telah dilatin kan di Turkey pada pembelot yg jahat (mUstapa Kamal) slps kejatuhan sistem khalifah...Mustapa Kamal tu tali barut org inggeris.....dia nak semua org lupa bhs arab.....ni nnti rakyat Malaysia akan lupa bhs sndiri dan tulisan jawi yg dulu dipakai scr resmi dalam urusan pentadbiran sejak Melaka akan hilang.....nasib baik test SPM utk subjek Agama islam ada jawi...tgk jer lah result...berapa org yg tau tulis jawi......

lg satu, jepun yg gna bhs sndiri pn boleh lg maju dr US...

BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA...JADI, BAHASA JIWA BANGSA.....
fAdHiLah aDriAnA on December 13 2009 00:45:40

sye ble mmbce 2lsan jawi..
tp ade mslah 2k bce jawi bru..
sbb jawi yg sye blaja d skolah rndah agme dn skolah mnengah kbgsaan agk blaenan..
mgkin sbb kosa kata bhse mlyu yg smkin mluas dtmbah dgn perkataan inggeris yg dmlyukn..
tp sye rse sronok tgk ank saudare yg bru drjah 1 mmbce bku cerita jawi tnpa perlu mngeja..
sye rse j-Qaf mmg bjye mmbntuk gnerasi muda celik jawi..
syed ahmad nazri on December 13 2009 16:09:18

jika kite lok saje bahasa bi memerintah kat malaysia tk thu lah apa akan lagi.sptutnya lentaklah bahasa melayu ..insyaAllahhmm!cloud 9cloud 9
naurah alwani on December 13 2009 20:32:09

aku rindukan tulisan jawi..
su_ci on December 13 2009 20:52:10

alhamdulillah...artikel yg sgt bgus...
segelintir sahabat2 sy di kampus juga xfasih mbace jawi..
utk itu, duhai ibu bapa, ajar lah ank2 anda mbace al quran dan mngenal huruf2 jawi dari kecil agar mereka boleh memartabatkan bahasa jawi satu mse akn dtg bsama generasi akn dtg... insyaAllah
lebah87 on December 16 2009 03:08:37

Jawi. Memang betul orang dulu-dulu sangat mahir tulis jawi. Arwah yai saya (Bapa kepada emak saya), seorang penjahit baju. Di rumahnya akan ada papan hitam dan kapur. Dan arwah yai akan tulis setiap tempahan baju di papan hitam itu dengan menggunakan tulisan jawi! Dan tulisan jawi arwah yai sangat cantik!. Al-fatihah untuk arwah yai.
sakinah_wardah on December 16 2009 13:11:14

assalamualaikum

semoga tulisan jawi boleh diangkat taraf melalui program j-Qaf.
insyaAllah
suchii on December 16 2009 16:13:27

apa kata, pengguna iluvislam sendiri mulakan penggunaan jawi dalam forum ini. hehehe

yang dah pandai, ajar2 lah yang belum pandai insyaAllah



-maaf ana tak tau macam mana nak guna tulisan jawi di sini
Izzatzitzut on December 18 2009 00:14:07

assalamualaikum

Populariti bahasa Jawi mungkin menurun, namun penggunaannya masih diteruskan.
Bukan ke kalau kita baca "iqra" atau muqaddam, sama macam kita praktikkan bahasa jawi ???

grindance
ungufajar on December 19 2009 21:42:28

ibu selalu tulis surat kepada saya dalam tulisan jawi tapi saya pulak balas dalam rumi padahal jawi saya sangat baik.insaf dengan artikel ni,lepas ni saya akan balas surat ibu dengan jawi...gembira
tulisan jawi adalah bukti betapa islam mengalir dalam darah bangsa melayu!
hafiz hafifi on April 17 2010 11:48:19

kita terlalu mementingkan pendidikan duniawi hinggakan lupa akan pendidikan
yang mampu mendekatkan kita kepada akhirat...
Bayu_biru on April 21 2010 11:16:27

bismillah
di Johor masih ada sekolah agama,
dr situlah anak2 Johor belajar membaca tulisan jawi...
klau x, mungkin sy sendiri xtau membaca langsung.
alhamdulillah, at least sy bole lg membaca n mengenal warisan kita yg hampir2 sj pupus ne...no
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer