"Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya."
Kalendar Hijriah
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Untukmu yang bernama teman,
Ingin aku hadiahkan sebaik-baik kalungan,
Seindah-seindah anyaman,
Dari seharum-harum bunga,
Kerana hati yang terpahat ini,
Saban hari semakin menyayangi,
Nilaian yang sama-sama kita kecapi,
Kenangan yang tak sudah-sudah kita lakari,
Kerana aku perantau,
Yang kerap menapak dan menjajah,
Walau dalam makna yang sementara,
Walau secebis semangat didada.
Contohku adalah kamu,
Kerana tamsilanmu adalah Rasulku,
Manusia agung karya Ilahi,
Pembimbing umat ke jalan abadi
Aku ingin melihat,
Rencana yang sama-sama kita bentangkan,
Bersemadi dalam hati-hati manusia,
Bersemi dalam peradaban ummah,
Tidak akan pernah cukup,
Apa yang kita lemparkan,
Kerna apa yang bakal dituntut,
Itulah yang kita khuatirkan.
Teman
Bangkitkan kembali nostalgia itu,
Bersama ukhwah kita adun kembali,
Demi saat yang bakal kita miliki.
Teman,
Jangan mudah kita menafsir,
Mimpi indah kini,
Yang bukan untuk dirai,
Tetapi lihatlah ia,
Sebagai penterjemah diri,
Dikala kita beruzlah sunyi
Menghadap Ilahi.
great....=) suke sajak ni...betul3!!!! sahabat blh dijadikan contoh,tp kdg blh juga mjadi pembunuh....cma....yg paling penting dlm persahabatan....adlh keikhlasan....krn menuju redha Illahi...krn Dia sukakn yg mnjalin ukhwah....i-Allah...salam ukhwah fillah...
setiap pertemuan pasti ad perpisahan..
begitu jgk dgn sebuah pershbtn...
ad temn menjd temn ke syurga..
ad temn ny menjd penyumbang ke neraka..
tp semua itu diats kehendk diri sendiri...
lagu ni mmg bermakna buat teman2 7th batch mrsm lgg..smoga ukhwah kita tetap terjalin walaupun lepas ni semuanye buat haluan masing2.. UKHUWAH ITU INDAH..
salam,,,,
nice article..love it=)
teman betapa pilu nya hati ini menghadapi perpisahan ini,
pahit manis perjuangan telah rasa bersame..
semoga Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini..
indah nye ukhwah...saye syg kawan2 saye
salam .. wat teman2 sekalian ketahuilah kehadiran seorang teman seringkali tidak disedari.. tetapi apabila kehilangannya amat pahit kesannya... hargailah teman anda...