Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 70
- Members Online: 16
- Total Members: 85,796
- Show Who's Online
- 26,105,847 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Abu 'Ubaidah al-Jarrah

Abu Ubaidah Al-Jarrah
www.iluvislam.com
Oleh : Zimbad*
Editor : naadherah**


Nabi Muhammad telah bersabda:

"Tiap-tiap umat,ada orang yang memegang amanah.pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah Al-Jarrah."


Di perkarangan pintu utama masjid Abu Ubaidah yang terletak di Jordan Valley 

Abu Ubaidah merupakan seorang yang amanah dan antara orang yang pertama memeluk Islam setelah Abu Bakar,Beliau juga merupakan salah seorang daripada 10 sahabat dijamin syurga.Beliau juga merupakan pahlawan dan panglima Islam yang gagah dan jujur.

Nama sebenar beliau ialah Amir bin Abdullah bin Al-jarrah berasal daripada keturunan bani Quraisy yang terhormat.Beliau seorang yang kurus,tinggi,berwajah ceria,selalu merendah diri dan pemalu.Beliau juga disenangi oleh masyarakat kerana sifatnya.Beliau terkenal dengan panggilan Abu Ubaidah.

Beliau telah menyertai pelbagai jenis peperangan bersama nabi antaranya termasuklah perang badar,uhud,yarmuk,perang kota fihl dan berjaya menakluk kawasan yang luas daripada wilayah parsi dan menakluk semula kawasan yang ditakluk Rom. Beliau juga telah menghadapi ujian yang getir,antaranya beliau terpaksa bertarung dengan ayahnya didalam perang badar.Didalam perang ini beliau telah berjaya membunuh ayahnya,hal ini telah menyebkan beliau sedih dan berdukacita.

Maka Allah berfirman di dalam Al-quran,surah mujadalah,ayat 22



"engkau tidak akan dapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat tergamak berkasih sayang dengan org yang menengtang Allah dan rasul-Nya,sekalipun orang itu bapa,anak,saudara ataupun keluarga mereka.Allah telah menetapkan keimanan dalam hati meraka dan menguatkan mereka dgn semangat.Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai,mereka kekal di didalamnya.Allah reda akan mereka dan mereka bersyukur dengan nikmat pemberian-Nya.merekalah penyokong agama Allah,ketahuilah penyokong agama Allah adalah orang yang berjaya."

Maka legalah hati Abu Ubaidah dengan turunnya ayat ini. Beliau juga seorang yang gagah dan jujur.Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa didalam perang uhud dimana salah satu anak panah yang dilepaskan musuh telah tersangkut pada rahang Rasullah.Abu Ubaidah telah mencabut anak panah itu dengan giginya sendiri sehingga giginya tercabut.Maka Rasulullah telah memberinya gelaran gagah dan jujur.

Sifat jujurnya juga dapat dilihat ketika rombongan dari Najran datang menemui Rasullah.Mereka meminta baginda menghantar seorang sahabat yang paling boleh dipercayai bagi menyelesaikan pertengkaran antara mereka dan mengajar mereka mengenai agama Islam.Baginda telah berjanji untuk menghantar orang yang paling dipercayai,gagah dan jujur.

Saidina Umar al-Khatab berharap dialah orang itu tetapi org yang dimaksudkan ialah Abu Ubaidah. Abu Ubaidah juga seorang yang zuhud dan cintakan Akhirat.hal ini dpt dibuktikan ketika khalifah Umar al-Khatab mengunjungi rumahnya di Baitulmaqdis.Apa yang ada didalam rumahnya hanyalah sebilah pedang,perisai dan pelana kuda.Beliau juga panglima yang menakluk Baitulmaqdis daripada tentera Rom.

Beliau meninggal ketika berumur 58 tahun di syam dan dikebumikan dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Rom.Punca kematiannya ialah wabak penyakit taun yang menyerang Syam.

 

Maqam "dharih" Abu Ubaidah Amir Al-Jarrah . Maqam "dharih" bererti bersemadinya jasad tokoh manakala maqam sahaja mungkin bererti "tempat berdiri" (daripada perkataan qa ma = berdiri) ataupun kesan peninggalan seperti tapak kaki dan sebagainya

Sebelum meninggal dunia beliau telah berpesan kepada tenteranya,"dirikan sembahyang,tunaikan zakat,puasa di bulan ramadhan,beri derma,tunaikan ibadah haij dan umrah,dan saling nasihat menasihati.Beri nasihat kepada pemimpin kamu,jgn menipu dan jangan terpesona dengan harta dunia.Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian bagi setiap manusia,sebab itu manusia pasti mati.orang yang paling beruntung adalah org yang paling taat kpd Allah dan paling banyak bekalnya untuk Akhirat."


*
dipetik daripada novel Abu Ubaidah penakluk parsi


**penambahan daripada editor

1. Abu Ubaidah diislamkan oleh Abu Bakar sendiri. Antara sahabat yang telah diislamkan oleh Abu Bakar adalah ; Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Zubair Al-Awwam, Saad bin Abi Waqqas, Uthman bin Affan dan Abu Ubaidah Al-Jarrah.

2. Sewaktu pemerintahan Umar Al-Khattab, beliau pernah menggantikan Khalid Al-Walid dalam sebuah ekspedisi peperangan atas arahan Umar.

3. Negeri Syam dalam takrifan peta moden adalah negara Palestin, Jordan, Syria dan Lebanon.

4.Wabak penyakit taun yang dimaksudkan adalan "To'un 'Umwas" yang berasal dari sebuah perkampungan di Palestin. Penyaktin to'un tersebut telah menyebabkan +/- 20 000 muslimin syahid. Mengapa syahid? Berdasarkan hadith  :

(Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: " Mati kerana penyakit taun merupakan syahid bagi setiap orang muslim "  Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3540 Rujukan :



Dinding peringatan yang terletak bersebelahan dengan maqam.
Sebagai tanda  bangunan masjid yang lama.






21 Comments · 2654 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 95% [18 Votes]
Very Good Very Good 5% [1 Vote]
Good Good 0% [No Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
syabaabulislam on December 01 2009 12:18:26

bismillah
assalamualaikum
satu lagi tokoh Islam terkemuka ... umat Islam zaman kini xkan berjaya selagi x mencontohi cara mereka berjuang ..merekalah qudwah hasanah !~

Allahuma'ana~
mayat hidup on December 01 2009 13:12:01

bismillahassalamualaikum, orang yg paling jujur, al_FATIHAH. sedih bila mengenangkan nabi SAW terkena anak panah melekat dirahangnya...sobsobsobsobsobsob
SulaimArRazi on December 01 2009 13:39:07

Salam...nice articlegembiraMoga kita sma2 dpt semai dlm diri kita dgn sifat yg ada pada beliau iaitu zuhud dan cintakan akhirat...sebagai insan yg xdpt lari dari pujukan duniawi yg selalu menyebabkan kita selalu mengejarnya,sifat zuhud perlu kita semai utk m'hlg diri kita dari terus jauh dilambung oleh arus dunia yg xakan berhenti(hinggalah tiba saat yaumus saa'h)...dan Amanah paling besar yg sedang dipikul oleh setiap insan adalah "Menjaga Waktu"...betul ke?fikir dan renungknlah bersama-sama...dan hrp2 satu hari nanti sy dpt ziarah maqam beliau..."Allahhumma jaa'lnaa minalmuttaqiin"pray
syukran iluvislam
NurKasih_87 on December 01 2009 17:05:48

bismillahassalamualaikum2 thumbs upsemangat jihad yg harus d contohi oleh muslimin dan muslimat d zaman yg serba moden ini..thumbs up
solihin_coin on December 01 2009 22:19:17

alhmadulillah..
kte mempunyai tokoh yg begitu tggi dlm sejarah Islam..
moge artikel ni mnjadi panduan kpd umat Islam dlm membina jati diri, agama, bangsa, masyarakat, dan negara..
sakinah_wardah on December 01 2009 22:50:10

assalamualaikum

marilah kita mencontohi keberanian dan kezuhudan beliau.
insyaAllah
halim_al_mujahidin on December 02 2009 07:44:07

semoga kita diberi keberanian sepetinya
cecoms_gurlz on December 02 2009 13:37:28

assalamualaikum

belila buku trbitn pts pasal Abu Ubaidah ni...
lg byk ceta psl beliau....
besthumbs upthumbs up
x nyesal beli nnt 2 thumbs up
yg len punya tokoh pun bes juga...
beli2 jgn x beli...
kluarn pts....grindancegrindance
Nafi_zazi on December 02 2009 15:14:05

alhamdulillah....tokoh islam yang menpunyai ciri2 ahli syurga..
semoga dpt menjadi kte lebih kuat beribadah kepada allah...
islaMcoMbatanT on December 02 2009 23:45:23

kasihan rasulullah terkena panah..no
phantom thief on December 03 2009 00:35:17

assalamualaikum
nak kopi pasta la sbb x sempat bce
minx izintata
yoshitsune on December 04 2009 03:57:22

jauhnya beza antara sahabat nabi dengan kita yek
masyaAllah
suffianamir on December 04 2009 15:34:32

assalamualaikum

sye ni ad laa sikit2 sifat abu ubaidah ni..
hehe.
sye kurus,tinggi dlm 172 cm(tinggi ker???),slalu laa juge ceria dan pemalu..
hermm...nme sye juge amir..dan nme sebenar abu abaidah adlah amir bin abdullah bin aljarrah..hehehe..
tp,sye ni xde la segagah tokoh nii,,
biase2 je laa....
summer on December 05 2009 07:25:21

assalamualaikum

kalau mati krn taun syahid,kat terengganu dan kelantan yang meninggal krn taun tu syahid la eh??
hikoseijuro on December 05 2009 23:32:47

Subhanallah. Hebatnya!
cahaya_petunjuk445 on December 06 2009 12:25:43

SubhanALLAH...

memang terharu bile baca novel ni..
paling terpana tatkala Rasulullah terkena panah dan beliau mencaput anak panah tersebut sehingga patah gigi beliau..

begitu hebat cinta beliau pada kekasih Allah..

mampukah aku dan kalian semua mencintai Rasulullah sedemikian rupa..?

Aku mencintaimu Ya Allah, juga kekasihMU Ya Rasulullah...

sadiluvislam
nornajwa_nazri on December 06 2009 13:36:39

alhamdulillah...
kita m'punyai tokoh dlm ISLAM..
smga antunna/antum dpt m'contohi keperibadian beliau :-)
naadherah on December 06 2009 21:55:46

amin moga2 kita dpt mencontohi beliau..

saya saangat teruja untuk menziarahi maqam Abu Ubaidah (alhamdulillah mission accomplished.) sewaktu pertama kali berjumpa sendiri dengan cucu cicit keturunan Abu Ubaidah. Alaa Al-Jarrah yang mengambil Computer Engineering (wow, subhanallah..!)

waktu tu barulah saya sedar betapa dekatnya kita dengan Rasulullah dan para sahabat. Sekiranya mereka berjuang dengan mata pedang untuk tiket ke syurga..kita pula berjihad dgn buku dan lecture (at the time being) untuk ticket yang sama..

Ada satu info tambahan yang sangat comel.. Rasulullah menggelar Abu Ubaidah sebagai "Orang Rongak Yang Paling Baik Hati", .. bayangkan tercabut gigi sebab nak cabut rantai masyaAllah
lempong_cak91 on December 08 2009 00:25:22

assalamualaikum
subahanallah...
saya begitu terharu bila nama saya rupanya adalah salah seorang tokoh islam yang amat disegani semasa zaman Rasullulah ketika dahulu..
sebelum ni saya hanya tahu yang ABU UBAIDAH ini seorang tokoh islam tanpa mendalami riwayat hidupnya...
terima kasih kepada pengarang artikel Dan berasa cukup gembira kerana memberi saya satu motivasi dan semangat yang baru untuk jadi seperti dia..insya ALLAH..amin..
ABU UBAIDAH AMIR BIN ABDUL AZIZ..thumbs up
fallujah_94 on December 09 2009 11:54:02

ana setuju dgn syabaabulislam, kita kena mencontohi para sahabat dahulu jika umat islam ingin berjaya..
PAK MAT TEMPE on December 11 2009 11:17:52

ASSALAMU'ALAIKUM..



bgus3..ske bc sirah ..nak2 sirah Rasulullah SAW dan para shbt..dan tokoh2 islam terkemuka mcm Sultan Muhammad Al-FAteh,Salahudin Al-Ayyubi .

rase bsmgt nk bjuang utk Allah Ta'ala...p....msih lmah mnyediakan diri utk btl2 taat kpd Allah Ta'ala....

ALLAH..ALLAH ALLAH...
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu- Aflatun"
spacer