Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 91
- Members Online: 17
- Total Members: 85,795
- Show Who's Online
- 26,104,139 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
"Aku bergurau je la..."

Gurau Senda
www.iLuvislam.com
Oleh: nasuha02*
Editor: b_b



Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan-kawan. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Maknanya, bila kita bergurau senda, secara tak langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita.


Biasanya, orang bergurau untuk menceriakan suasana. Takkan nak buat muka serius sepanjang masa. Macam kebanyakan orang mengatakan, “Hidup mesti ceria”.


Tapi, mari kita teliti, apa yang selalu ada dalam sesebuah gurauan? Lawak yang direka-reka, cerita yang dibuat-buat, perli memerli dan kata mengata antara satu sama lain. Itu antara yang biasa saya temui. Jarang sekali orang bergurau tapi dalam masa yang sama dia tak menipu. Tak sah kalau bergurau, dia tak mengata-ngata (secara bergurau) kat orang lain.


Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa. Ada juga yang menyangka menipu dibolehkan ketika bergurau sebab tak membahayakan orang di sekeliling kita. Saya juga pernah menganggap begitu kerana merasakan apa yang kita guraukan hanya mainan semata-mata, bukan betul-betul, dan bukan niat untuk betul-betul berbohong.


Betulkah persepsi macam ni?





Banyak Ketawa Mematikan Hati

Pernahkah anda lihat orang yang ketawa terbahak-bahak, sampai katanya nak pecah perut dan sampai tak cukup udara nak bernafas? Apa yang kita fikir? Pastinya orang tu baru saja lihat atau dengar satu jenaka atau gurauan yang sangat menggelikan hati. Betul tak?


Kita akan ketawa apabila ada sesuatu yang menggeletek hati. Ya, itu memang sesuatu yang normal. Tapi, hakikatnya, di situlah akan timbulnya masalah. Gurauan yang melampau-lampau akan menyebabkan kita banyak ketawa.


Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau,

“Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya.” [1]

Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya: “Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!”




Kita dibolehkan bergurau senda tetapi jangan berlebih-lebihan. Kenapa? Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Dan banyak ketawa akan mematikan hati. Dan mungkin akan menjatuhkan maruah diri. Kata Imam Ghazali,

“Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela,” sebagaimana diriwayatkan dari Nabi S.A.W. bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [2]




Kita biasa dengar,

“Isy dia ni. Ketawa sampai tak ingat dunia!”


Hakikatnya begitulah keadaan orang yang ketawa berlebih-lebihan. Larut dalam dunia ketawanya. Sampai lupa dan tak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Dan lebih parah lagi, ketawanya itu juga menunjukkan kelalaian dari mengingati akhirat.


Nabi S.A.W. bersabda:
Maksudnya: “Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” [3]



Nilai Gurauan vs Nilai Persaudaraan

Ketawa memang seronok. Tapi menjadi bahan ketawa sangat menyakitkan hati. Hakikatnya, itulah yang selalu ada dalam sesebuah gurauan - mentertawakan orang lain.


Kita mungkin sekadar main-main, kata orang menyakat. Tapi, siapa tahu apa yang dirasai ‘watak utama’ kisah gurauan tersebut?


Mungkin tak kisah, mungkin marah, mungkin kecil hati dan mungkin terus tak bertegur sapa.


Gurauan yang dianggap sekadar main-main boleh menjadi bibit kepada pergaduhan, pertengkaran, tak bertegur sapa dan permusuhan yang berpanjangan antara sesama Muslim. Begitu murahkah nilai persaudaraan dalam Islam sehingga kita sanggup menggadaikannya dengan kata-kata gurauan dan mainan yang langsung tiada nilai di sisi Allah?


Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda:
“Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman-teman duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya.”



Jujur dalam Berjenaka dan Gurau Senda

Sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan-rakan, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan maksud saya betul-betul bercakap bohong. Tapi, hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.


Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali, kita mesti akan cakap,

“Aku main-main je la…”

“Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.”


Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :

“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta. [4]

“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.” [5]


Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta.


Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [6]




Macam mana cara yang betul untuk bergurau? Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda.

Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.

Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”

Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.” [7]



Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri.


Apa yang saya perhatikan dalam kisah di atas dan beberapa kisah lain, Rasulullah menggunakan kaedah “double meaning” dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza. Jadi, cara sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau.


Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:
“Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih).

Mereka itu menjawab: “Tidak!”

Maka Umar r.a. menjawab:
“Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.”


Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka. Na'uzubillahi min dzalik.

~Wallahu a'lam~


Nota kaki:
[1] Ihya' Ulumiddin, Imam Ghazali, Jilid 4, Bab Bahaya Lidah.
[2] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[3] Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas dan 'Aisyah r.a.
[4] Riwayat Bukhari dan Muslim.
[5] Riwayat at-Tirmizi.
[6] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[7] Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi dari Anas, Hadis shahih.


* Blog Penulis: dari HATI ke HATI



88 Comments · 12658 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 71% [60 Votes]
Very Good Very Good 18% [15 Votes]
Good Good 7% [6 Votes]
Average Average 4% [3 Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
izzu86 on November 28 2009 08:36:50

article yg menarik.

clap
itsme on November 28 2009 09:58:23

yeye..saya org ptama post rating tue..
huhu~yahoo!
hamba berdosa on November 28 2009 09:58:55

artikel yg mmg membukakn mata...
b_b on November 28 2009 10:05:03

assalamualaikum

itsme on November 28 2009 09:58:23

yeye..saya org ptama post rating tue..
huhu~


hehe seronok ye?
thumbs up

izzu86 & hamba berdosa:
alhamdulillah, peringatan untuk saya jugak..
waffa on November 28 2009 11:34:57

mnarik juga artikel ini....
qistina salsabila on November 28 2009 11:57:58

tak sangka benda simple pun boleh undang dosa..astagfirullah..sobsob
rumble on November 28 2009 12:37:04

assalamualaikum

artikel ni sgt bagus. jadi panduan, lepas ni kena control ketawa....
dilah on November 28 2009 13:30:39

assalamualaikum

artikel yg menarik... ^_^clap
siti nur aznii on November 28 2009 15:04:42

assalamualaikum

a very good article....

i lurve it...

jgn byk ketawa..
tp kene BANYAK SENYUM...
kn3..??yes
hehe
insan mencari on November 28 2009 15:22:18

nice article.

hope i can train myself to do it.

smmgnya i like to joke.

"Ya Allah lindungilah ak drpd berdusta ketika bergurau dan menyakitkaan ati org len"help
teman_alquran on November 28 2009 15:57:12

artikel yg menarik...

lepas nie nk gurau
kne hati2
pray
carribean on November 28 2009 18:30:18

thumbs up
nice. Kini rmai lgi yg akn sedar =)
fastphee on November 28 2009 19:28:51

mmg satu peringatan yg b'gune utk saye..
dr_ohara on November 28 2009 21:29:47

assalamualaikum
bagus article niee..
menyedarkan kita drp trus terleka..memag ramai sbnrnya yg mengangap gurauan itu biasa..
thanks alozz..clapclap
SfiI on November 28 2009 21:30:39

assalamualaikum

satu peringtan yg bgus...
zaid_91 on November 28 2009 21:55:22

kita yg baca ni insya'allah sedar...
tp bagaimana rakan2 kita yg lain?
macamana kita nk bgtau diorang?
apekh pndekatan yang terbaik?
mohon pandangan drpd sahabat2 sekalian...
captz on November 28 2009 21:59:58

assalamualaikum satu artikel yg menarik dan berkualiti,moga info ini boleh memberikan manfaat kpd kita semua,insya-Allah....tahniah kpd nasuha02 penulis artikel ini....
nur_82 on November 28 2009 23:43:47

assalamualaikum
good article.....clap
article ni cam kne kat hamba je......
huhu...
thanz a lot duhduh
b_b on November 29 2009 00:48:14

zaid_91 on November 28 2009 21:55:22

kita yg baca ni insya'allah sedar...
tp bagaimana rakan2 kita yg lain?
macamana kita nk bgtau diorang?
apekh pndekatan yang terbaik?
mohon pandangan drpd sahabat2 sekalian...


boleh rekemen rakan2 masuk iluvislam hehe
boleh send email artikel2 yg bermanfaat n x terlalu panjang
(supaya xberi 1st impression BOSAN)
juga boleh beri peringatan dengan teguran berhemah + membina...
mana2 yang rasa mampu bagi diri...

insyaAllah

ada cadangan lain x??
SKY MUSLIMAH on November 29 2009 10:10:43

assalamualaikum

article yang menarik...syabas..

Sebab tue la, kite kena sling mengingatkan sesama kita.bila gembira ada kalanya kita terlupa plak..
Moga kita sama2 akan take note dari artikel nie..insyaAllah

iluvislamcomfort
jazakallah
haUra_93 on November 29 2009 11:33:39

hurm...
bnde yg kita anggap remeh selama ni pon sbnrnya bole mnybbkan kita berdosa...
astaghfirullah..
muslimah_intelictual on November 29 2009 12:11:52

senyum lahhhhhh.....senyum itu satu sedekah.....

jika banyak ketawa....

ilmu pun banyak kurang.....

kalau senyum takper.....grindance
matsuyama on November 29 2009 13:06:36

alhamdulillah

dapat satu ilmu yg bermanfaat.....
peringatan 2222....thumbs up
rase bertuah dpt bace, thanx....grin
norsyafiqah azman on November 29 2009 13:13:25

penghayatan yg baik utk drenungi...
perkara yg kite slalu n suka lakukan...tp kite xsedar..kdg2 ia sdikit sbyk mmberi kesan dlm diri dan hdup...
qasehsyifa on November 29 2009 13:40:15

mcm mana ek. aku pun kuat jgk b'gurau ngan org laen..
kasar plak tu..dah t'biasa plak..tp bila..
dah baca artikel ni baru fhm b'garau tu ada batasannya...
fatin_green on November 29 2009 14:08:43

masyaAllah
astagfirullahalazim...
timbul sedikit kesedaran bace article nie..takut dose..
sebab tetibe teringat pernah gak bergurau ngan kengkawan sampei x ingat dunia...
insyaallah pasnie jage and control gelak..insyaAllahthumbs uppray
SOLEHAH93 on November 29 2009 21:20:26

assalamualaikum

bestnya artikel camni.............
terasa,,insaflah camni.............pc
aunie irah on November 29 2009 21:44:45

alhamdulillah..dapt dijdikan ikhtibar dan mmperbaiki diri sndiri..clap
hawafatimah on November 29 2009 23:01:57

interesting and its realize me...everybody must read this and follow for the right..n for muslimah,lagi manis andai hanya senyum yang menampakkan gigi daripada ketawa terbahak-bahak bila bergurau senda..bkn per,,muslimah seharusnya bersopan-santun...btl kn..yes
ryuka_muslimah93 on November 29 2009 23:56:30

ak la 2..bnyk kali sua ktawa x ingt dunia..
misshawa on November 30 2009 00:22:57

Salam!

Where did you get this article?
Yup, nice , adorable and fantastic article.

Wow! I'd never thought that laugh could "mematikan hati", but yeah, it is true.
All I watch is "Just For Laugh". In my opinion, when someone "bursting with laughter(BWL)", it seems ugly...

Besides, I'd like this quote ( very much) "senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.”
Danial Durrani on November 30 2009 04:48:25

skrg ni sy slalu bgurau utk gmbirakn org di skeliling n diri sndiri..kdg2 tgk diorg gelak cm smpai xde maruah pon ade..bru la sy pham skrg..bgurau cre Rasulullah adallah yg terbaik!..n_nalhamdulillah
balqis solehah on November 30 2009 11:28:11

saya suka artikel ini...sungguh menarik sekali masyaAllah
mistiquejihad on November 30 2009 14:11:35

huhu..sy slalu jer by cm tu..menusuk d kalbu..huhu..umph..tq menyedarkan..sobsob
sakinah_wardah on November 30 2009 15:31:52

assalamualaikum

jangan bermasam muka dah la...
music
Syilling on November 30 2009 16:24:50

erk... erm..

yekew...sad
nik ikhwan on November 30 2009 16:28:33

assalamualaikum
nice article
clap
lain kali kte bnyak kn snyum
dr ketawa
senyum adalah sedekah
kan3?
grin
salmi_humaira91 on November 30 2009 18:17:38

thumbs up
nora_fieza on November 30 2009 20:35:39

masyaAllah
banyaknye dosa ngan kawan2 yang dok gurau selama ni..
slalu ketawakan org tp xpernah bayangkan klu diri yg jd bahan ketawa..
tgok org senyum je tp dlm hati xtau mcm mana..
klu org sakit hati xpasal2 menambah dosa...
nurunnajmi on November 30 2009 20:46:12

rase insaf lak sbb sayer slalu bergurausobsobsad
x nak amalkanlah pas nieno
nasdi on December 01 2009 10:58:38

assalamualaikum
artikel yg sgt baik...perkongsian yg baik....kta selalu terlpepas pandang hal ni...cam ringan je rupanya serius.....nonononohelphelphelp

cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9
hasan on December 01 2009 15:01:17

Alhamdulillah, karya yg menarik untuk santapan umum. Ramai yg x sedar sebenarnyer akan hal ni.. pastinya kebanyakan mereka yg bergurau, pasti ade unsur menipu, berdusta untuk buat kwn2 yg lain ketawa. Perkara yg kecik, tapi besar natijahnya... Perkara ni keck bagi mereka yg x faham maksud guaraun dalam ISLAM itu sendiri. Bagi mereka yg menyedarinya, pasti mereka akan berwaspada. Tahniah sekali lagi...
nsw on December 01 2009 15:52:36

bismillahalhamdulillahalhamdulillahthis article make me feel insaf because i always laugh..hehehe
wiey hasanah on December 01 2009 23:05:56

Artikel yang sangat menarik,sesuai dijadikan panduan
UAE_ululalbabemirate on December 02 2009 13:00:09

wah..
bgus2!!thumbs up
artikel yg tidak terjangkau di benak fikiran manusia zaman skrg..
apa2 pun,kita mmg kna jg adab bergurau...
contohilah Rasulullah ye!!
teruskan brjuang,wahai muslimin dan muslimat!!
clap
deq-wawa on December 02 2009 13:04:06

alhamdulillah, terima kasih untuk articles ni.. benar-benar menyedarkan dan membuka kan mata saya.. sama-sama lah kita berdoa atas kesilapan yang kadang-kala kita tidak sedari.. Masya-Allah..*realsad**realsad*
nisahdaie on December 02 2009 13:09:11

ana minta izin copy ye...
nurislam_madanie on December 02 2009 17:58:37

alhamdulillah.. alhamdulillah
diri ini pun selalu bergurau..
bak kata org t'ganu:
dok gugha dok mesghe,
tapi kena ingt!
dok gugha dok serghe!

*gugha=bergurau
*mesghe=mesra
*serghe=terasacomfort
aliencess on December 02 2009 23:46:09

assalamualaikum
bismillah
Gurau Dan Senda Rasulullah S.A.W.

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.
Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata, "Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya. "Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW. "Ia tidak mampu", kata perempuan itu. "Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta". "Ia tidak mampu".
Para sahabat yang berada di situ berkata, "bukankah unta itu juga anak unta?"
Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu". "Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW. Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?"."Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih",

Kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya. Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke alam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua". Perempuan itu lalu menangis. Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,
Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".
Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.
me_rule95 on December 03 2009 01:47:06

clap
satu artikel yang hebat dan pasti akan dapat membuka mata orang yang membacanya...
banyakkan senyuman dan kurangkan ketawayesinsyaAllah
mira_lisa on December 03 2009 17:06:15

nice artikel...
terima kasih kerana memperingatkan saya...
alhamdulillah
fariza norehan on December 04 2009 14:33:22

assalamualaikum
bismillah
banyakkn snyuman dan krangkn ktawa!wink wink
hrap copy ye!pc
iluvislam
fariza norehan on December 04 2009 14:33:53

sYaMi on December 05 2009 13:50:36

zaman sekarang ramai suke gurau tepuk2 belakang tak kire jantina~rimas
annisa_bestari on December 05 2009 16:34:44

SUBHANALLAH...
Sgt bgus article ni ,disertakan skali jln brgurau dgn btol...x lah mmbiarkan pmbaca trtanya2 cara brgurau yg btol camnerr...

SYUKRAN...
hidayah_uum on December 05 2009 19:00:36

senyumlah walau suka dan dukagembira
msomeonelse on December 05 2009 22:25:43

artikel bgus tok para muslimin d luar sne . (: jdikan pengajarn bersama ..
putera_biru on December 06 2009 14:56:03

assalamualaikum
yes
putera_biru on December 06 2009 14:57:29

assalamualaikum
yespaham2...
x leh nak mesra alam sgt ler cenggini kan~
shoba on December 06 2009 21:41:27

best lha artikel...duh
Afanz on December 07 2009 09:16:00

assalamualaikum

menariknye artikel nie...clap
bagus untuk panduan sluruh umat islamyes

smoga kite menjadi hamba yg soleh...amin

tata
Jamilah Halide on December 07 2009 10:41:40

sangat bagus sebagai rujukan semua umat isalm di seluruh dunia i love islamthumbs upthumbs up
siti adawiah on December 07 2009 11:15:04

artikel y mnrik! clap
insf rseye bce arkel ni
sbb kadg2 kte aggp ni pkr rign..
jd cm xamik ksah sgt psal bgrau ni..
artkl ni sbg tzkrah untk sye xpndg remh pkr ni..
munqte_ii on December 07 2009 12:52:40

btul........... tp ssah nk amalkn...
krn lumrah manusia ska kegembiraan...
tmbh2 prkara yg lucu...
confim glak x ingt dunia...
mawar_yusra on December 07 2009 14:27:23

alhamdulillah trbkak jga hti ni utk mnerima cara2 yg sptutnya..marilah sama2 kta berusaha mnjd insan yg yg muliaa..yes
temansetia on December 07 2009 20:10:45

terima kasih ssgt....
saya sedar sesuatu....*clap*
ana_atiqah on December 08 2009 13:39:31

assalamualaikum

artikel ini insyaAllah dapat menyedarkan ramai rakan2 kita yang telah lalai......s
artikel yang bagus clap
mies network on December 08 2009 15:58:24

salam...

brgurau mmg ada batasan nye.. tapi kadang2 sahabat tidak memahami..
bila kita senyap dan diam, mereka kata kita serius dan tidak pandai bergurau.
susah la begini.. bagaimana ye agaknye boleh memahamkan mereka.
diam itu lebih baik dari berkata-kata.
kadang diri ini sedar yang diri lebih banyak berbual perkara lagha je sebenarnye.
em... masih berkira2 untuk mengubah diri ini..
princess winter on December 09 2009 16:57:27

emm..
bgus..tazkirah yg bez..thumbs up
sare on December 09 2009 21:14:09

assalamualaikum

artikel yg menarik...clap

terima kasih kerana saling mengingati...wink wink

insyaAllah marilah kita sama-sama ambil pengajaran daripada artikel ini..wink wink
blossomheart on December 10 2009 16:59:28

applauseclap
tou aii on December 10 2009 23:00:37

Artikel yg mnarik...pencetus keinsafan diri...
tak sgka perkara yg dianggp remeh ini mengandungi seribu pengertian disebaliknya...
Grauan yg dianggap pengerat hubungan kadang-kala boleh menyebabkan terputusnya ikatan perhubungan....
nurzahirah on December 11 2009 13:57:46

assalamualaikum
al-hamdulilah sedikit sebanyak dapat ana jadikan tauladan..
betul kata saudara selalunya kita bergurau pasti terselit kebohongan...
ana akan terus berhati2 apabila bergurau..
suffieyya on December 11 2009 15:39:19

assalamualaikum

sy slalu brgurau... slau sgt mnipu dlm brgurau.. mmg niat sy maen2 je.. tp sy xtau pon mmg xboleh... alhamdulillah.. naseb baek sy bce... rupenyer mmg xboleh mnipu maen2.. haha.. kene wt double-meaning lah nnty... tp bese nyer double meaning tuh byk kearh perli2.. herm...mcm mne tuh....

pepepon.. artikel ny mmg mnyedarkn...

thx..!yes

cloud 9
fiyuniKN on December 12 2009 13:38:52

air mata yang dikeluarkan melalui tangisan kesedihan ialah air mata yang bertoksik dan air mata yg mengalir melalui ketawa ialah air mata yg mengandungi kekotoran dan penyakit dalam badan. jadi, ketawalah anda! dan sambil itu meangislah. dan! bagi NISA, TOLONG CONTROL ye bila ketawa.
gringringringringringringringringringringringringringrin
humaira faizah on December 14 2009 16:23:54

assalamualaikumvery good the best articlegrin rasanya memangpun dgn banyak bergurau kita semua boleh menipu insyaAllahdgn article ini boleh menyedarkan kita semua
IRWANSHAH on December 14 2009 20:38:21

assalamualaikum,kalau ketawa sampai mau pecah perut,

kita akan lupe ape yang kita belajar

Betul ke camtu???hmm!
hanie_suceiz on December 15 2009 00:16:04

slm..artikel ni menyedarkan sye..
thx a lot..wink pasni kne berjage2 dlm bergurau senda..
yesyesyesyes
ira93 on December 15 2009 00:25:11

assalamualaikum

emm...
skarang nie mmg byk org yg bergurau senda smpai x ingt dunie..
huhu...
lebih2 lg kalo gurauan tu menyakitkn ati seseorangmasyaAllah
sy un slaloo brgurau gak..
takot gak kalo scara x sengaje menyakitkn hati teman2 ku..
huhu...
so...kdg2 lebih bek berdiam drpd ckp yg bkn2....cloud 9
tin_ka on December 15 2009 01:19:59

assalamualaikum
if u have n0thing 2 say...
say n0thing........
wink wink
afiifah arif on December 15 2009 08:29:13

artikel y menarik..clapclapclap

sedikit sebyk mberi teladan buat syalhamdulillah

sy pn ad kwn yg suka brgurau tp membuatkn sy byk kali terasa hatisobsobsobsob

smpai thap sy mengalirkn air matareal sadreal sad

tp sy xla smpai brdendam dgnnya wlwpn dye byk menyakitkn hati sy..sy ni pemaaf orgnyahehehe

tp sy akn ingt ap y dye buat kt sy smpai bla2 but bkn berdndam yecomfort
arif_kaitokid on December 17 2009 12:07:12

bismillah

assalamualaikum

artikel yang sangat menarikkthumbs up
cornnetto on December 18 2009 00:08:36

bes sgt artikel nie...
sya nak suruh rakan2 saya baca jgk la...sgt emosi.....
n memberi kesan yg mendalam amat...
suka2....
ukhwah_fillah on December 18 2009 16:28:28

salam...da lme sy cri artikel ttg ni...dgn tujuan, nk tau batas gurau n batas ktawa..,, alhmdulillah finally jmpe jgkk...syukran 2 nasuha..may Allah bless u..,,pray
ifti siddiqi on December 28 2009 23:02:16

syumlah2..
ahai cekmek molek..
huhuhu..gringrin
filzah_fahmi on December 31 2009 22:35:25

assalamualaikum

crite y bgs..!
menarik tok sume owg bc..
sy suka.. clapgrindance
SZZ on January 01 2010 15:17:40

Cara Rasulullah SAW bergurau, menarik sgt. Dan sangat bijak.alhamdulillahgrin
baitil_izzah on January 03 2010 20:38:08

artikel tang amat bagus untuk diri2 yang selalu buat lawak ntah apa2 dan byk ketawa macam saya,,terima kasih byk2..alhamdulillahthumbs up
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama."
spacer