- Guests Online: 70
- Members Online: 15
- Total Members: 85,796
- Show Who's Online
- 26,105,864 visits since
December 2007
|
|
| Memaknakan Aidiladha Dengan Hati |
Memaknakan Aidiladha Dengan Hati
www.iluvislam.com
Oleh: NuurZaffan
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pengunjung www.iluvislam.com sekalian. Bersyukur ke hadrat Allat swt kerana kita masih diberikan kesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Alhamdulillah kerana diberikan kesempatan untuk terus bertebaran di muka bumi ini. Sentiasalah mengambil iktibar daripada peristiwa-pertistiwa insan yang terlebih dahulu meninggalkan kita. Semoga hati-hati kita sentiasa bersedia untuk menyusul mereka kelak. Rehat yang pasti di alam kubur sana. Soalnya `rehat` dalam bahagia ataupun terseksa?
Erti Hari Raya Aidiladha
Apa agaknya erti Hari Raya Qurban buat setiap daripada kita? Jika soalan ini diajukan kepada anda yang membaca. Apakah jawapan yang bakal diberi?
"Menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim".
"Menghayati erti berkorban".
Pasti banyak jawapan yang akan diberikan secara spontan.
Saya menyoal lagi, apakah jawapan ini datang dari hati? Apakah jawapan ini merupakan pandangan dan pemerhatian kita sendiri (berasaskan Islam pastinya). Mungkinkah jawapan ini hasil daripada copy-paste daripada seseorang?
Bukanlah ingin saya mengatakan salah untuk menjawab menggunakan pendapat ustaz ataupun ustazah yang memberikan pengertian Hari Raya Qurban. Jauh sekali saya ingin menyatakan maklumat di majalah serta buku-buku agama itu salah. Cuma, saya suka untuk membawa semangat carilah jawapan dari dalam hati.
Mencari Erti Dari Dalam Hati
"Jangan banyak bertanya. Boleh sesat".
Satu ayat yang pernah singgah dalam hidup saya. Mencari itu sesat? I listened.
Namun selepas suatu ketika, semakin mengenal Islam, semakin saya memahami erti pencarian. Hidup sebagai seorang Muslim ini perlu penuh pencarian. Pencarian sepanjang kehidupan! Proses pencarian itu melibatkan berfikir dan bertanya. Tidak dapat tidak. Membawa dimensi baru dalam pemikiran bahawa mencari agar tidak sesat. Ertinya, tidak mencari lebih menyesatkan!
Berbalik kepada erti Hari Raya Aidiladha. Sememangnya digalakkan untuk kita membaca artikel berkaitan dengannya. Tidak membaca boleh membawa sesat juga. Taklid buta. Cumanya, saya ingin membawa semangat, nilailah kembali hasil bacaan. Fikirkan dan simpulkan. Kita semua pernah belajar membuat kesimpulan dalam matapelajaran Bahasa Melayu bukan? Mudah sahaja right?
Carilah erti agar kita akhirnya mempunyai satu pandangan dan jawapan yang tersendiri. Erti Hari Raya Qurban yang lahir daripada hati.
Setiap daripada kita berbeza. Punya kisah yang berbeza. Ambillah iktibar daripada peristiwa Qurban untuk disesuaikan dengan kisah kehidupan kita. Apakah pengorbanan yang ingin kita lakukan?
Mungkin ini membantu kita menjawab erti Hari Raya Aidiladha kita pada tahun ini. Ambillah masa sekejap untuk berfikir dan mencari jawapan. Jawapan itu ada di dalam hati. Jujur pada diri. Berdoalah tatkala mencari, Allah mendengarnya.
Justeru, Saya bertanya sekali lagi pada pemilik hati-hati yang membaca.
"Apakah erti Hari Raya Aidiladha buat anda?"
Ambil masa, tanya pada diri, berfikir dengan tenang, selamilah hati. InsyaAllah, jika bukan saat ini, pasti akan bertemu jawapannya. Syaratnya perlu teruskan mencari.
Seruan saya, marilah memaknakan Hari Raya Aidiladha. Mencari erti dengan mata hati. Mencari erti dengan sabar dan solat.
Wallahu`alam.
7 Comments ·
2037 Reads ·
|

|
on November 27 2009 06:42:05
stuju dgn artikel ni,,ermm,,pasni kene b'pikir pjg2 n lame psl aidiladha dn korban dr persepsi diri sendiri,,hurmmm.. |
on November 27 2009 07:37:18
korbankan cinta dunia,dengan 'menyembelih' sifat sayangkan duniawi..
menantikan cinta di alam abadi... dan meyakini 'pertemuan dgn Tuhanmu'... |
on November 27 2009 08:18:03

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua ahli dan krew ILI....maaf zahir & batin...
Raya kali ni sangat bermakna sebab saya mendapat kekuatan untuk korbankan cinta saya..
Semoga pergorbanan ini akan memberi 1001 hikmah kepada saya...
...Saya akan sentiasa yakin dengan janji Allah....dunia ni sementara ja..semoga pergorbanan kita paling raya kali ni atau sebeleum atau selepas ini akan membawa 1001 hikmah yang mungkin cepat dan lambat kita akan temuinya...     |
on November 27 2009 11:38:56

Sebagai orang yang beriman,banyak perkara yang kita perlu korbankan demi agama Allah yang tercinta ini,terlalu banyak nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita..
Korban bukannya hanya pada hari raya aidiladha sahaja.Tetapi sepanjang kehidupan kita ini kita perlu berkorban untuk agama Allah yang tercinta ini.
Antaranya :
korban masa kita pada jalan Allah
= mengimarahkan masjid,surau
dan majlis2 ilmu,berdakwah, bantu umat2 islam yang menghadapi masalah dengan menziarahi mereka.
Korban harta di jalan Allah.
= Perbanyakkan sedekah di tabung2 masjid, wakaf,bantu sekolah2 agama, bantu anak2 yatim,fakir miskin, beli produk2 keluaran orang islam dan sebagainya.
Korban idea dan pemikiran kreatif untuk menyelesaikan masalah ummah
= memberi idea dan pendapat pada ahli2 jawatan kuasa masjid bagi menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam qariah.
Korban tenaga dan kepakaran kita.
= Kerahkan setiap tenaga dan kepakaran kita untuk membantu menaikkan ekonomi umat islam.
Korbankan keinginan dan nafsu kita.
= Kurangkan tidur,kurangkan makan makanan yang shubhat kerana ia boleh merosakkan hati kita.Jangan membeli produk2 orang bukan islam terutamanya yahudi dan amerika,seperti mcdonald,KFC, dan sebagainya.
Jangan bantu ekonomi BUKAN ISLAM walaupun sedikit,walaupun kita teringin sangat2..Jangan beli !! cari alternatif lain. Beli produk2 orang islam, antaranya HPA, Radix fc, dan banyak lagi.
Korban kasih sayang
= hantar anak2 kita ke sekolah2 agama sekiranya kita tidak mampu untuk memberi pendidikan agama yang sempurna. biarlah anak2 berjauhan dan kurang sedikit kasih sayang dengan kita , yang penting dia dididik di bawah bimbingan para alim ulama. apabila dewasa nanti ,dia menjadi seorang insan yang beriman dan bertaqwa .Yang nilah yang akan menjadi SAHAM kita di kubur kelak. anak2 yang soleh akan sentiasa mendoakan kebaikan untuk kita 
betapa bahagianya ibu bapa yang mendapat anak2 sedemikian.
dan banyak lagi perkara2 yang kita perlu korbankan demi agama Allah yang sangat2 kita cintai ini...
wallahua'lam.
 |
on November 27 2009 14:23:34
good... people start to think. the idea is coming out and the discussion started.
good job people..tahniah kepada yang menulis. 
Thanks everyone.
Ibn Abdullah I give you 5 stars for such specific `makna qurban dari hati`. Thanks for sharing whats in your heart, thanks for sharing whats in your mind!  |
on November 28 2009 07:25:11
...dh dpt ilham tentang erti korban..hehe
ermm bg sy korban ni menunjukkn betapa cinta dn kasihnya nabi
Allah nabi ibrahim a.s..terhadapNya...dan betapa die mempercayai
kehidupan akhirat itu adalah pasti dan kekal abadi...sy percaya sesama kt
mengakui tentang kehidupan dsana...tp x membenarkn dgn perbuatan...
syukran kpd penghantar artikel neyhh ..sbb dpt membuka minda2 ramai org
tentang pentingnya hr ini...dn selamat hari raya aidil adha kpd krew2 iluvislam
fi amanillah |
on February 07 2010 11:29:46
komen lg byk dari artikel |
|
|
Please Login to Post a Comment.
|
|
|
" Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam kehormatan."
|
|