Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.- Albert Camus"
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Rahmat Ujian Tanda Kasih Allah


Rahmat Ujian
www.iLuvislam.com
oleh : fa isra
editor : almusafirq8


Dalam kita menghadapi ujian, pasti ada jalan keluarnya.
Sebagai langkah pertama cuba fahami dan hayatilah pesanan Nabi Muhammad SAW yang berbunyi, "sebaik-baik ibadah ialah sabar menunggu jalan keluar". Ini bermakna tidak ada satu ujian pun yang akan kekal.

Mana mungkin ada malam yang tidak ada siang, pagi tanpa digantikan dengan petang, mana mungkin banjir berpanjangan dan tidak akan terjadi kemarau berpanjangan. Jika ini kenyataan yang terjadi bermakna Allah tidak pernah tidak adil pada makhluknya. Bagi memperhatikan lagi cinta Allah pada makhluk-Nya dan membuktikan lagi kehebatan Allah Yang Maha Adil maka dibekalkan makhluk-Nya dengan pesanan melalui surah Hud :81 yang berbunyi,
"Bukankah Subuh itu sudah tiba."
Subuh bermakna betapa pun panjangnya malam pekat pasti akan bertemu dengan waktu tamatnya. Oleh iu betapa pun berat dan panjangnya penderitaan yang ditanggung oleh hamba Allah, Dia telah menjelaskan pasti Allah menemukan saat penyembuhan untuk keluar daripada permasalahan itu. Subuh bermakna cahaya fajar bagi orang yang ditimpa kesedihan itu telah menyerlah. Maka pandai-pandailah merasai sapaan dan sentuhan suria pagi, tunggulah panasnya bebola mentari pagi sebagai tanda bahawa kemenangan telah datang dari Yang Maha Berkuasa.



Oleh itu, laluilah kehidupan dengan keyakinan,dan rasailah sentuhan Allah tidak pernah putus kepada kita hamba-Nya. Ini dipastikan dalam janji Allah bahawa Allah tidak pernah mengantuk, tidak pernah penat, berhenti mengurus langit dan bumi serta seluruh isinya. Anggaplah suatu permasalahan itu sebagai seperti seutas tali. Jika tali itu sudah sangat tegang, maka ia akan segera putus. Ertinya jika persoalan itu sudah kritis atau matang, maka tunggu kerana ia pasti akan berhenti dan ditemukan dengan jalan keluar.

Allah akan pastikan setiap kesedihan dan kegembiraan itu menemui penghujungnya. Ini ditegaskan lagi oleh Allah,
"Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya (QS Ath-Thalaq:4).
Ini janji Allah yang sangat pasti, maka bangunkan keyakinan dan panjatkan doa dan kesedihan kepada-Nya, pasti kita akan berasa bahawa kesedihan tidak berpanjangan kerana Allah tidak membenarkan keadaan itu terjadi selagi kita hambanya tidak berputus asa dari rahmat Allah. Sebab itu Allah menjanjikan,
"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (QS Al: Insyirah:5-6)
Dengan syarat kita yakin sepenuhnya bahawa apa yang kita lakukan kerana Allah dan mahu mendapat reda Allah, bukan kerana manusia.





 



29 Comments · 7360 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 55% [11 Votes]
Very Good Very Good 30% [6 Votes]
Good Good 15% [3 Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
yusra91 on November 26 2009 06:13:54

assalamualaikum

ana sgt setuju dgn artikel di atas..clap
ujian adlah tarbiah dari ALLAH S.W.T...gembira


'sesungguhnya tidak teruji rasa berTUHAN, sekiranya tidak didatangkan dengan mehnah dan ujian...'yes

jazakallah
yusra91 on November 26 2009 06:16:35

assalamualaikum

ana minta izin copy artikel ini ya..pc

jazakallah
nisahdaie on November 26 2009 06:54:28

Ana pon setuju dengan artikel diatas..
Sentiasalah berkomunikasi dengan Allah dalam setip masalah dan perkara yang kita lalui..
InsyaAllah..kita akan dapat merasai kelainan....
fatihah_zah on November 26 2009 07:36:59

Salam..saya cukup tersentuh bila baca artikel ini..
izinkan saya utk copy...ya!!
rezz on November 26 2009 09:42:22

assalamualaikum...........
artikel yang bagus...............
syok membacenye...clapclapclap
QasehIndah on November 26 2009 09:50:28

assalamualaikum

Sebak dan hiba saya membaca artikel ini...
amat menyentuh hati....

clapclap clap clap clap clap
nasdi on November 26 2009 14:42:06

assalamualaikum
artikel yg sgt bagus...kita tidak boleh putus asa dengan rahmat Allah s.w.t..Dia Maha Adil dan Maha Mengetahui apa yang terbaik utk hambaNya... yesyesiluvislam

cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9
ain nurfarah on November 26 2009 19:54:31

bismillah
clap...artikel yg perlu d fahami dan d telusuri oleh setiap umat manusia d muka bumi ini...kerana dalam setiap kehidupan ini pasti ada masalah yg melanda sbgai ujian kepd tiap2 hambaNya utk lebih mendekatkan diri kpdNya memohon petunjuk dan hidayah.. thumbs up
nurshahadah on November 26 2009 22:49:49

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar..

diri ini semakin bersemangat untuk mendekati Maha Pencipta yang Maha Agung..

p/s: izinkn sy untuk copy yer.. jazakallah
pak ya on November 26 2009 23:32:18

aku berusaha yg terbaik...
fayas on November 26 2009 23:51:35

QS Al: Insyirah:5-6 ni surah ke berapa..cari dlm quran takde pun..haih
yusra91 on November 27 2009 00:37:16

assalamualaikum

fayas :

surah AL-INSYIRAH...
juga dikenali sebagai surah ALAM NASYRAH... juzuk 30...gembira

jazakallah
fayas on November 27 2009 22:58:21

yusra,
astaghfirullah..thank you..dalam terjemaah tertulis asy-syarh pulak..lol..thank youjazakallah
SfiI on November 28 2009 22:15:12

bismillah

good article...wink

iluvislam
quranLover on November 29 2009 22:18:42

assalamualaikum

ana p0n nk mitak keizinan tuk copy ye....
artikel ni bgs tuk santapan rohani bile sedih..hehejazakallah
yes
shilanasha on November 29 2009 23:57:35

assalamualaikum
ujian adalah tarbiah dari Allah, kite hendaklah sabar menghadapi ujian
la tahzanno
artikel yg sgt bagusthumbs upclapwink wink
izinkan ana copy yepc terime kasehgembira
jazakallah
dagreenfirefly on November 30 2009 02:50:46

Subuh bermakna cahaya fajar bagi orang yang ditimpa kesedihan itu telah menyerlah...
insyaAllah..
2 thumbs uphttp://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/2thumbs_up.gif
ZAKWAN IZAM on November 30 2009 07:58:17

assalamualaikum
bgusnya artikel nithumbs up
insyaAllah akan dimanfaatkan dalam kehidupan syamin
sakinah_wardah on November 30 2009 14:50:38

assalamualaikum

ujian adalah tarbiah daripada Allah,
apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya.

jangan mudah berputus asa!
Man Jadda Wa Jada gembira
dayah_yusoff on November 30 2009 21:41:04

assalamualaikum

saya pon mohon tuk copy artikel ini..

setiap ujian ada hikmahnya..gembira
imaan5 on December 01 2009 21:27:54

Salam...
Terima kasih atas perkongsian ni...
Moga kita sama-sama berada pada jalanNYA dan tidak sesekali tertipu dengan amalan diri...
ALLAHu'alam...
hokage on December 02 2009 09:52:34

assalamualaikum

syukran alal m'lumat..cloud 9
abecool on December 03 2009 00:08:32

SubhanAllah..ana terasa bila membaca artikle ini..
ana selalu mengeluh bila mndapat cobaan dariNYa..
Namun,INsyaAllah ana akn berusaha bersabar dgn dugaan Allah..
setiap penyakit ada penawarnya..
setiap masalah ada jalan keluarnya..
clapclapclap
siti sabariah on December 06 2009 00:30:27

thanks 4 the article...really helps me a lot wink
rabiah zabidi on December 09 2009 23:44:22

clapclap
great article...
kadangkala ALLAH hilangkan mentari...
kemudian DIA datangkan guruh...
puas kita mencari di manakahreal sad
mentari kita...
rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan
kita pelangi yang indah....cloud 9cloud 9
[u]sabarlah ada kemanisan di setiap kepahitan[/u]...yes
ifti siddiqi on December 11 2009 12:43:39

best.. b'mkna.. jazakallah khairan kasir!!clapclap
adam hakim on December 17 2009 10:44:44

thumbs upcool........
nur_sakinah on January 04 2010 20:50:56

artikel yg bagus....memotivasikan diri ini...
minta izin copy yer...TQ
fa isra on July 11 2010 00:32:43

gembira buat renubgan bersama semua.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer