Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 109
- Members Online: 29
- Total Members: 85,794
- Show Who's Online
- 26,101,948 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Bila Impian Tidak Menjadi Kenyataan

Bila Impian Tidak Menjadi Kenyataan
www.iluvislam.com
oleh: AsNiza
editor: deynarashid

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga,
Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.


Subhanallah, betapa pentingnya bahasa dalam kehidupan seharian kita. Selain daripada digunakan sebagai medium untuk menyampaikan mesej, bahasa juga boleh diolah, digubah, dikarang, sehingga mampu mengeksploitasi mood, minda, perasaan dan tindakan seseorang.

Bukan sedikit kuasa bahasa. Lihat sahaja karya Shakespear, atau Usman Awang, walaupun telah sekian lama mereka tidak lagi hidup di bumi yang indah ini, namun kuasa bahasa yang telah berjaya mereka cipta, sehingga kini masih terasa kehebatannya. Maha Suci ALLAH..

Dengan izin Allah, saya telah menghadiri kelas terjemahan bahasa lebih kurang 10 kelas. Alhamdulillah. Tenaga pengajar yang 'diimport' dari DBP, UKM, UiTM ternyata hebat-hebat belaka, banyak benda baru yang telah kami pelajari.

Bagi saya, seorang pelajar kejuruteraan yang tiada basis mengenai bahasa, ternyata, pengalaman baru ini benar-benar mengujakan. Saya menikmati kelas terjemahan ini sepenuh hati saya. Saya cintakan bahasa ^_^

Dangkalnya pemikiran saya di zaman sekolah menengah rendah. Walaupun waktu itu, saya benar-benar meminati bidang sastera, saya telah menafikannya lalu memilih aliran sains tulen, kerana waktu itu saya berpendapat, bidang sastera tidak mampu pergi jauh, tidak menjamin masa depan yang cemerlang.

Natijahnya, saya telah menghabiskan masa remaja saya, belajar dalam bidang yang tidak saya minati. Dan kini, saya sudah bergelar seorang jurutera, namun jauh di sudut hati saya, masih tercari hala tuju yang sebenar.

Jiwa saya lebih menyintai bidang bahasa berbanding bidang kejuruteraan, namun saya sudah kehilangan rentak, tidak tahu mahu berhenti dan bermula di mana. Akhirnya, suka atau tidak, saya masih lagi di sini, di bidang ini, kejuruteraan.


Hidup ini mesti diteruskan, tidak semua yang kita inginkan pasti menjadi milik kita.

Ada masanya kita harus belajar menerima kenyataan bahawa ada waktunya, sesuatu benda/perkara itu bukan tercipta untuk kita. Mungkin juga, sesuatu yang kita rasakan baik itu, sebenarnya buruk bagi kita dan sesungguhnya, hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui.

Bersyukur dengan apa yang ada adalah penyelesaian yang terbaik agar jiwa ini menjadi lebih tenang. Tidak gelisah. Hidup ini adalah kembara. Ibarat kita memandu sebuah kereta. Sebelum memulakan perjalanan, kita harus merancang dengan baik, memastikan keadaan kereta kita dalam keadaan yang baik dan selamat.

Namun ada masanya, tidak semua yang kita rancang, akan menjadi kenyataan. Ada masanya, jalan yang kita lalui tidak disangka-sangka terjadi kemalangan lalu mengakibatkan lalulintas menjadi sesak. Kita tersepit ditengah-tengah jalan. Stuck.

Ada masanya kita terlepas susur keluar lalu sesat entah ke mana-mana. Yang dekat menjadi jauh. Duit minyak dan duit tol berlipat kali ganda perlu dibayar.

Ada masanya juga kita tiba di suatu persimpangan yang asing bagi kita dan kita terpaksa membuat pilihan dengan kadar yang segera samada untuk ke kanan atau ke kiri. Ada masanya juga kereta kita dilanggar oleh kereta lain yang tidak bertanggungjawab. Kita cuma mampu berputih mata tidak dapat berbuat apa-apa. Naauzubillah..

Hidup ini tidak pernah lepas dari cubaan dan ujian. Maka sebab itulah juga, rukun iman yang ke enam, mewajibkan kita sebagai umat Islam agar yakin dan percaya dengan sepenuh hati kita kepada qada' dan qadar Allah. Kita hanya merancang namun Allah jualah penentu segalanya. Bismillahitawakkaltualallah..

Harus diingatkan juga, fail to plan is plan to fail. Walaupun kita tahu setiap apa yang berlaku, hanya berlaku dengan izin Allah, itu tidak semestinya menjadi alasan kepada kita agar berhenti berusaha dan cukup sekadar memeluk tubuh.

Sesungguhnya, ini adalah konsep tawakal yang bercanggah dalam Islam. Islam menyuruh umatnya berusaha, kemudian barulah bertawakal kepada Allah, itu barulah masa yang tepat untuk kita serahkansegalanya kepada qada' dan qadar Allah.

Sebagai umat Islam juga, kita harus yakin dan percaya, doa adalah senjata utama kita. Berdoalah dan mohonlah kepada Allah dengan hati yang penuh yakin kepada kekuasaan dan keagungan Allah. Berdoalah agar segala usaha kita membuahkan hasil yang positif dan bertawakkallah.

Serahkan segalanya kepada Allah, tidak kira apa yang terjadi, pasrah dan redhalah dengan apa yang terjadi. Semoga kita menjadi hamba Allah yang tekun melaksanakan suruhan Allah, bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya.

Semoga kita menjadi hamba Allah yang berusaha untuk mencapai redha Allah dan gigih mencapai impian, selari dengan saranan agama kita. Berdoalah dengan hati yang penuh yakin dan gantunglah harapan hanya kepada Allah. Tawakkallah.

Sabar dan redha bukan suatu yang mudah untuk dilakukan, namun hati-hati yang mengtauhidkan Allah dan berpegang teguh kepada rukun iman dan rukun Islam insyaAllah pasti mampu memilikinya. InsyaAllah..


24 Comments · 4900 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 79% [15 Votes]
Very Good Very Good 16% [3 Votes]
Good Good 0% [No Votes]
Average Average 5% [1 Vote]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
ainaddeen on November 25 2009 06:12:03

alhamdulillah
dalam saat2 genting nak dapat result exam hari nie,
masih sempat tgok iluvislam......
syukran, article nie akan buat ana lebih yakin melangkah....
walau apapun result yang kuar nanti, itu adalah apa yang telah ditentukan oleh Allah....
" mgkn kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu, n mgkin kamu membenci sesuuatu padahal ia baik buat mu..... dan sesungguhnya Allah adalah sebaik baik perancang......"
pray
eifah on November 25 2009 09:45:30

thanx a lot..
so meaningful 4 me specially at diz moment...
wink wink
jannatul raudhah on November 25 2009 10:52:04

assalamualaikum
kadang2 kita ego dalam menafikan apa yg kita kehendaki..kita lebih memikirkan apa yg orang lain akan kata berbanding apa faedah yg kita dapat..kedegilan kita kadang2 perlu unuk pertahankan apa yg kita inginkan dalam menentukan arah tuju hidup kita..orang di sekitar kita hanya pengaruh yg kadangkala sukar di jangka..yg paling rapat mungkin penentang yg paling kuat, orang yang kita xrasa kehadirannya mungkin penyokong di belakang kita yng paling hebat..kadang2 juga kita lebih memikirkan perasaan org lain drpd perasaan kita..maka keputusan yg di ambil pun adalah atas sebab emosi bukan realiti..biar apa pun keputusan kita..kepadaNya juga lah kita memohon moga di berikan jalan yg terbaik..sentiasalah juga memohon keredhaan dari mak ayah kita..kerana keredhaan mereka adalah keredhaan Allah Yang Maha Esa..tulisan ini utk peringatan buat diri saya juga buat kalian semua..insyaAllahpray
nasdi on November 25 2009 11:30:28

assalamualaikum
artikel yg sgt baik..msh belum terlambat untuk kita menyedari apa yang terbaik utk diri kita...bnyk info untk perkongsian yang bermanfaat..tq kepada penulis..thumbs upthumbs upyes

cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9
ain nurfarah on November 25 2009 16:38:41

assalamualaikum
trima kasih atas nukilan...menjadikan diri ini lebih tabah utk menghadapi segala dugaan yang datang dari-Nya..dan menjadikan diri ini untuk bangkit melawan kekecewaan itu..thumbs up
sambadi on November 25 2009 17:44:31

samela kita mod asNiza.. minat sastera tp amik sains tulen. bila masuk alam pekerjaan cam x seronok je. ape pun tiap orang ada peranannya. DIA jg yg lebih tau yg terbaik buat hamba-NYA. thanks remind bout that. tau tapi lupa @ lebih tepat. x perasan la.. he..wink wink
Syafie al-Insafi on November 26 2009 01:06:48

assalamualaikum

Terima kasih terhadap artikel ini...
Ianya benar-benar memberi impak terhadap saya...
Minta izin untuk saya copy ya...
thumbs up
yusra91 on November 26 2009 07:03:30

assalamualaikum

segala puji bagi ALLAH S.W.T yg menciptakan manusia di atas bumi utk beribadat kepada-Nya...gembira


ana merancang.. Allah jua merancang.. Dan kalau perancangan ana selari dengan perancangan Allah, maka perkara itu akan terjadi.. Kalau tidak, perancangan Allah yang bakal terjadi.. Kerana DIA merupakan sebaik-baik perancang.. Yang tidak pernah menjadikan segala sesuatu tanpa sebab atau dengan sia-sia.. Kerana DIA Maha Mengetahui.. Apa yang terbuku di hati.. Maka ana serahkan segala benih usaha ana.. Untuk disemai di ladang tawakkal.. Dibajai iman disirami doa.. Moga tumbuh pohon kejayaan.. Yang bakal menjadi landasan.. Buat kejayaan seterusnya.. insyaAllah

Sirru ala BarkatiLLAH
Anis Anisa on November 26 2009 09:55:10

bismillah

assalamualaikum

kisah kita sama tetapi x serupa.

kadang2 orang nampak betapa indahnya hidup kita
namun kita yg merasa deritanya
atau kita yg x mensyukurinya
ingin berpatah x upaya
tapi
andai kita teruskan perjalanan
janganlah dengan separuh hati
sebab kelak diri akan binasa
you can either choose
i wanna stay
coz i can succeed even i do not change the path
or i wont stay
coz i can b excellent there

kpd adik2 try 2 find ur true potential
it is a process
long process
makin lambat makin rugi cloud 9
izzu86 on November 26 2009 20:30:33

kok mano pong,

doalah senjata bg org mukmin.
sakura_abyad303 on November 27 2009 08:38:03

yup! btulwink wink...bersyukurlah dgn apa yg ada...itu penyelesaian terbaik...insyaAllah
rumble on November 28 2009 12:56:59

assalamualaikum

betul tu, xsemestinya apa yg kita rancang/ impikan akan jadi kenyataan. sekarang baru saya sedar.. saya nk sambung keUITM tp xdapat mgkin rezeki saya bukan disana. mgkin ada tempat yg lebih baik yg Allah tetapkan utk sya...
SKY MUSLIMAH on November 28 2009 16:12:12

assalamualaikum
bismillah

Tima ksih..artikel ini betul2 memberi semangat pada ana..ana percaya, klu Dia yang Maha Esa ada dengan kte, buat apa kita nak takut kan...bek@buruk yang DIa bagi, semuanya adalah yeng terbek tok kte..

Well done..Moga Allah sentiasa bersama n melindungi kiteiluvislam

music*
jazakallahinsyaAllah
SfiI on November 28 2009 22:04:25

bismillah


redha kunci ketenangan...

cloud 9

iluvislam
lieyz on November 30 2009 20:06:59

Alhamdulillah.....
stu artikel yg sgt bermakna bg sy...
clapclapclapthumbs upthumbs up

mintak izin copy yer...wink
cytokinesis on December 02 2009 13:51:38

assalamualaikum
ya memg btul pa yg kita rncg x semestinya akn trjadi..
kn e2 suma dr Allah..
thnxx jgk kat article nie bab wat sy trfikir yg
..wlu pa pn yg trjadi pasti ada hkmahny n jgn brenti utk brusha..
mgkn hasilnya bkn yg kita impikn tp yg lebi baek dr e2..
insyaAllahamin
abecool on December 02 2009 23:48:30

artikle yag sangat menarik..
mga mamberi pedoman kepada kita semua..amin..clapclapclap
chOcOluVe on December 03 2009 12:26:51

assalamualaikum

alhamdulillah

Perkongsian yang sangat menarik dan memberi manfaat..clap

Sedikit sbanyak artikel ni dapat memotivasikan diri saya untuk sentiasa berserah dan bergantung kepada Allah serta sentiasa bersangka baik denganNya atas segala dugaan dan cabaran hidup..insYaAllah..yes

~Let's motivate ourselves~~

grin
fariza norehan on December 04 2009 13:54:33

assalamualaikum
bismillah
thks!
artikel pling bez!clap
iluvislam
petra on December 08 2009 23:22:11

sangat suka artikel ini...sy sgt yakin saudari minat bahasa,bukan sekadar menyataknnya dimulut,tapi dibuktikan dengan penggunaan bahasa yang indah dan mantap dlm artikel ini..congratulation
mia man on December 10 2009 23:17:33

assalamualaikum

really awesome...gimme such a great inspiration...clap

btw,thanx to anis anisa 4 ur meaningful words....
ifti siddiqi on December 11 2009 12:48:32

ana bru dpt result exam ana.. alhmdulillah cemerlang.. ni semua rezeki drNya.. tnpa prtlonganNya, mustahil u ana m'gapai kjyaan.. DIA mgettahui sgl y t'baik u hmbaNya.. jgn sskli kita mysli stiap sesuatu y t'jd dlam khdpn kita.. LETS OUR IMAN ALWAYS GOING UP!!!amin
nurul_iman94 on December 16 2009 18:36:50

bismillah
mmg bnar kita sebagai manusia hanya mampu merancang,,
Allah taala y menentukan,..
ape2x pon..
life must g0 on,,..
ana nak kongsi wat semua pngunjung i luv islam,,
kate2x hikmah ny,..
'kdg2x Allah smbunyikan matahari
kemudian Dia datangkan petir dan kilat..
kita tertanya2x kmana perginya Matahari??
rupanya Allah nak berikan kita pelangii..'

renung2xkan,,dan selamat beramal..
thumbs up
MISS BARNEY on January 03 2010 19:15:40

thumbs upclapiluvislamalhamdulillahcomfort
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe"
spacer