Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 145
- Members Online: 40
- Total Members: 85,792
- Show Who's Online
- 26,098,918 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Aurat Dalam Fizik?

Aurat Daripada Perspektif Fizik
www.iluvislam.com
dihantar oleh : Nur of Happiness
editor : IskethaykaL

@{---~---{@





Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah daripada wanita yang berpakaian “liberal” kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam. Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronisme yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.

Penyelesaian

Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen daripada satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah daripada segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.

Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan daripada segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada Tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.

Muslimat

Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima. Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar daripada badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas daripada unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan.

Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan. Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha

J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.


Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, “eksperimen” dilakukan ke atas 3 jenis wanita:

wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah
wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat
wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.



Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan.

Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas daripada suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya “mengurung” wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.

3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki:

Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik
Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan merendah diri, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan

Daripada eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi: J = mc x tetha.

Oleh itu, hipotesis diterima.

Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam

Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu. Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.

Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan.

Artikel asal boleh dilihat di sini

Play by FoxSaver®


68 Comments · 10953 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 77% [30 Votes]
Very Good Very Good 18% [7 Votes]
Good Good 3% [1 Vote]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 3% [1 Vote]
Comments
iera nadira on November 24 2009 13:40:14

wah! Eksperimen yang bagus !
Zulhafidz on November 24 2009 14:06:29

salam,

boleh buat kajian terperinci lagi ni dan hasilkan thesis ke.
Akmal Shirou on November 24 2009 14:24:14

hrmmm...
bagus2..
tapi an...betul ke fizik bab 2.3?
x jumpa pun....
dalam english dia ape eah?hmm!
aishahjupri_1611 on November 24 2009 14:34:15

artikel yg bagus.
tahniah!
clap
Khairu_Ummah on November 24 2009 14:56:32

bismillah
assalamualaikum
heh.....dah lama x blajar fiz....rindu argh...

m=mass
c=Specific heat capacity
theta=temperature difference

Saja nak refresh balik fizcloud 9
iluvislam
Akmal Shirou on November 24 2009 15:06:31

Ana tanye ni...
Haba pendam tentu dalam english ape?
Almaklumlah sekarang ni fizik f4 dalam english..
Jadi budak yang tak berape pandai fizik ni nak tau..sobsob
AsNiza on November 24 2009 15:23:55

Q=mcdT

pasni leh cuba kaitkan dgn prinsip/law lain pulathumbs up
intan7 on November 24 2009 16:02:01

assalamualaikum

haha.. x sangka lak ade experiment camni..
tahniah2.. yg nie fizik form 4.. chp 4.3..

haba pendam tentu=specific latent heat
Akmal Shirou on November 24 2009 16:13:03

Domo arigatou...intan7
Thanks...
weee~yahoo!
sakura_abyad303 on November 24 2009 16:16:45

assalamualaikum,grindance finally dpt bg comment..huhu..mabruk!clap siap buat eksperimen sume lg..kpd ukhti yg masih lg x dpt buat keputusan nk pakai tudung atau x,mintalah hidayah kpdNya,agar lebih tetap pendirian anda...insyaAllah,pakai x bukak2 dh sbb tau mengapa harus pakai... jazakallah ..fi amanillah..cloud 9
mieqynne amriza on November 24 2009 18:38:20

bismillah assalamualaikum clap a very unique experiment + really creative..yes thumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs up2 thumbs up2 thumbs up2 thumbs up2 thumbs up2 thumbs up2 thumbs up2 thumbs up
waffa on November 24 2009 19:15:52

betul ke 2????????mcm susa je nk cye......syabas ek....thumbs upthumbs upthumbs upthumbs upclapclapclap
Nurul Syuhada 90 on November 24 2009 21:29:12

zaman dahulu orang islam hanya mengikut ajaran agama berdasrkan kepercayaan. Namun zaman sekaranglah masanya pembuktian akan kepercayaan2x tersebut (ajaran islam) mengikut sains dan teknologi. betapa indahnya Islam itu..anyway mabruk buat penulis...
timah bb on November 24 2009 21:50:12

islam is da bes way of life............tp ada y x dpt trima ayat tu.umat islam kta sndiri........dunia nk kiamat dh...........sobsob
mohdkhai@mujahid on November 24 2009 22:01:37

salam. bgus artikel nie. sngat sesuai utk kaum hawa especially student.. wslamthumbs up
solihin_coin on November 24 2009 22:23:11

artikel yg bagus..
semoga dgn pendedahan ni..
dpt membuktikan lg keunggulan syariat Islam dlm sains..
clapclap
saladeen91 on November 24 2009 22:25:13

clapclapclapclapclap
pak ya on November 24 2009 23:40:47

xsangka islam pon ad jalankan hipotesis
fahmifariza on November 25 2009 00:11:27

salam sahabat sumer..

sains dan al-quran bergabung..ibarat langit dan bumi, mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung(ada kaitan ke nih..hehehe) wink wink.. ehh..haah sama2 kene ada kan..

semoga diri ini dapat transferkan diri dari WANITA B ---> WANITA Acloud 9

~tiada akibat tanpa sebab~
nuradisya on November 25 2009 09:02:30

assalamualaikum
btul tu..btul3..
clapthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs up
yes
fahrun_nisa on November 25 2009 15:01:28

wah!!!
bgus btul eksperimen ni...thumbs upclapclap
hamba_malu on November 25 2009 15:21:35

assalamualaikum

menariklah.. tergelak2 aku bace

kpd sape yg x caye.. pls try this at home..huhu

sunguh kreatif thumbs up
ain nurfarah on November 25 2009 17:01:30

masyaAllah
tahniah penulis berkongsi penulisan yg mant0p ni thumbs up
btul laaa.. rindu plak kt fizik.. setelah sekian lama meninggalkannya..
bab tu antara bab yg paling diminati dulu...bila dikaitkan dgn hidup wanita.. lg menarik..
apa2 pun syok baca penulisan ni..grin
misshawa on November 25 2009 17:38:21

wow..amazing. i've never seen something like this before!
akuditasikbiru on November 25 2009 17:46:40

grindance agak2 masuk spm tahun ni x?? kalau masuk, ana nak hafal.grin
shbtcomel on November 25 2009 19:29:33

assalamualaikum
clapclapclapclapclapclap

tahniah...heeeee~subhanallah...indahnya islam itu,,,semoga kte same2 dpt hidayah Allah utk mcbe mjd wanita yg A, lelaaki yg A...i-Allah....

amin~praypraypray
itu_aku on November 25 2009 19:39:28

sorry, but i think this is a big nonsense. it shouldn't be presented as an 'experiment', as there's nothing absolute with human's action and thinking. it will be much much more acceptable if this is some sort of psychological test. not trying to discourage the author tho; i see it as a good effort. but i think this is absolutely an immature 'experiment', with weak so-called 'hypothesis' and 'conclusion', no concrete relation between aurat and physics. it can be so much better than this.
cahaya_takhta kami on November 25 2009 20:05:05

kpd akmal shirou..
skang nip bk teks dh tukar..so chapter dlm bku teks sure laen
bab 4 iaitu heat,anak2 kecik dya 4.3
n kowt bi eh..latent heat..haba terpendam..huhu..
_shafiq on November 26 2009 11:27:08

totally amazing..the beauty of islam!alhamdulillah
siti adawiah on November 26 2009 11:44:12

dalam AQ ada sbut tntg mntup aurat..
n ini plak dtnjukkkan plak dlm kjian sains..
ini mnnjukkn bhw kita x prlu rgu2 lgi tntg kwjipn mnutp aurt..
sme2lah mnjge aurt t'utmanya kaum p'puan..
tata
hikoseijuro on November 26 2009 16:46:19

Wow. Hebatnya! Tahniah kepada penulis. Kreatif thumbs up
efron jr ivy league on November 27 2009 01:07:08

berat sebelah dan tidak adil no
so called experiment ini patutnya dipanggil "lets judge the book by its cover!"
nooray on November 27 2009 13:29:50

assalamualaikum

So interesting article...

susah cket nak p'cye, tp kte rse btul gak..
contohnyerr..
muslimah a-
kakak angkat kte yg skolah agama 2 selalu tenang n m'damaikan hati ble t'pndang die
muslimah B tu btul gak-cam sye yg kadang2 cpat marah
muslimah c- hmm...x dinafikan lg- (x nak ckp tkut tmbah dose jerr) hehehe

yang muslim x tau r...
so,rsenye betul gak experiment nie

ape2 pun tahniah ntuk penulis ini

assalamualaikum
greenz_lemonz on November 27 2009 14:14:01

clap

sain dan islam..ckup mbuktikan islam sebenar-benar ajaran..apatah lg kalu kiter merungkai kjadian saintifik n bencane yg tlh pn tercatat dlm AL-FURQAN yakni AL-QURAN..yes
SOLEHAH93 on November 27 2009 19:25:31

mmg artikel bgs utk muslimah kini.............

aurat tu penting utk dijaga............kajian sains pun dah membuktikan...............thumbs upclapyahoo!tatahehehecomfort
shirwansany on November 27 2009 20:44:41

tahniah kerana cuba mengaitkan sains dengan islam...satu usaha yang bagus. Nampaknya ia memerlukan suatu pemerhatian yang lebih mendalam dengan kaedah yang lebih berkesan dalam eksperimen yang digunakan kerana penjelasan tentang insan yang menutup aurat sepenuhnya (seperti wanita A dan lelaki A) tetapi masih menunjukkan perilaku seperti wanita B atau C dan lelaki A tidak dapat dijelaskan. Mungkin ada suatu pembolehubah bersandar lain yang perlu dimasukkan dalam formula-formula yang digunakan.assalamualaikum
iskethaykal on November 28 2009 05:33:02

saya rasa eksperimen ni adalah ekpresi kepada sebuah aplikasi konsep fizik terhadap aurat,,, mungkin ya mungkin juga tidak sesuai dihamparkan ke dada umum...

namun melihatkan fenomena aurat muslim <lelaki dan perempuan> yang tidak terjaga lantaran terlalu terikut-ikut dengan gaya semasa <baca:barat?barat yang ketara menyimpang kerana ada konsep kebaratan yang bagus seperti sikap menepati masa dan menjaga kebersihan dsb>, maka Islam hanya pada nama, hanya pada ibadah wajib-wajib sahaja...

ambillah intipati sebuah tatapan kerana sememangnya itulah kebenaran,,, bahawa Islam mewajibkan aurat muslim itu dijaga dengan adab-adabnya...

IskethaykaL
editoriluvislam
aerma123 on November 29 2009 18:59:23

awesome.. best gler... huhuhuclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclap
qira_muslim on November 29 2009 20:09:11

assalamualaikum
saya baru tahu....he..he..
dalam fizik pun menunjukkan kepentingan menutup aurat..
jadi, sama2lah kita menjaga aurat kita...

aurat=aib
aurat adalah perkara yg mengaibkan,
jika kita membuka aurat bermakna kita membuka aib kita...
sebagai perkongsian...gringringrin
syafiq_93 on November 30 2009 16:41:35

hebat2....
boleh buat utk PEKA FIZIK ni...
nursaniah on December 01 2009 14:38:12

salam..

wa.. x sangke keluar jugak fakta fizik dalam pemakaian ea.. tahniah!!! gembira
rndu pd fizik.. ap2 pown utk melakukan perubahan ke arah yg lebih baik mmgla sukar.. kter kene bersedia dari segi emosi, mental, dan fizikal serta persekitaran disekeliling..gembira
iluvislam.. :D
ashiera on December 01 2009 17:48:22

erm..good experiment...clapclap
chy mlm on December 01 2009 18:57:21

salam..
Terlebih dahulu nak minta maaf dgn apa yg bakal sy nyatakan disini..

Sy amat2 tidak setuju dgn teori yang dinyatakan..mana mungkin manusia dijadikan formula..
1+1= 2..itu betul tp manusia ni sesuatu yg boleh berubah..jahat diluar x bermakna jahat didalam..cantik diluar x semestinya indah didalam...
Sy ada ramai kawan2 yg tergolong dlm golongan A,B,C..ramai juga golongan A,B ni x layak dibuat kawan..ada juga segelintir golongan C ni sanggup mati demi kawan..
1+(-1)=0...(-1 tu sy andaikan manusia cantik diluar tp kurang indah didalam). Resultnya tetap 0 bukan?

Kesan drpd formula anda, berapa ramai saudara2 kite yg memandang serong kepada golongan C..anda sndiri boleh baca komentar2 diatas.. harap tiada lg prejudis terhadap sesama Islam selepas ni..hanya Allah yang tau kite ni golongan A+,A-,B+,B-,C+ dan sebagainya....

(**dh penat melihat kwn2 dr golongan C di cemuh oleh org bertaraf A,B)
afiq saFuaN on December 02 2009 08:58:38

assalamualaikum


clapbgus2....
menggunakan cara yg tersendiri dalam menyampaikan mesej berguna....


jazakallah
ceju on December 02 2009 11:25:43

assalamualaikum
ish2 artikel yg menarikk.....thumbs up
dulu mase form4 x tau la nape x ske fizik niehh..susah jer nak masuk dalam ingtn..kalau kimia or bio ok jerk..hadesss....hmm!
masyaAllah
munya94 on December 02 2009 14:34:40

bismillah

bagusnye,, tak sangke pulak.
tapi mmg islam tu ade kaitannye dgn sains kan??



nak bagitau ummi.
ummi cikgu kat uia. tp matrix la.he
izzu86 on December 02 2009 19:59:55

fizik pn leh jd cm ni ek,

bravo3

clap
chOcOluVe on December 03 2009 11:57:29

masyaAllah

Experiment yang sangat menarik..

Tahniah!! clap

~Semoga menjadi tatapan dan panduan buat muslimin muslimat sekalian~

Hijab and Aurah is 0ur priority~~
nienadia on December 03 2009 16:33:01

assalamualaikum artikel yang bgus untuk di kongsi thumbs up

Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu.


hmm!hmm!hmm! sangat setuju
dean jalal on December 05 2009 23:58:13

salam kalian sume, x prlu lg mngatakan smua ni x adil..mnafikan kaitan antra islam dgn phy,sb sains pun ilmu,bgtu jgk dgn islam..dan sume ilmu x kre ilmu n pnglamn apepun yg ade,nmpk o nmpk,,sume dtg dr ALLAH S.W.T...DIAlah yg memiliki n bg kt kte dgn mutlak kekuasaan-Nya,tp tentu shj dia bole bg ilmu n didikan directly,cume smtimes ilmu tu kne cari bru dpt sb DIA nk kte gune aset bhrga kte yg dberi,AKAL tuk bfikir ttg kekuasaan-Nya.bile kte brusaha dptkn ilmu dgn niat ikhlas n bk,kte dpt phala n mnfaatnye...fikirkan..nway..good job islam..teruskan yg baik.....thumbs up
wardah_assyauqah on December 08 2009 13:34:04

masyaAllah

sungguh hebat ciptaanMu...
inilah natijah Allah menyuruh kita menutup aurat dengan sempurna..
insyaAllah
semoge kite same2 berkongsi ilmu yg ade ini..yes
hamba_Allah89 on December 11 2009 15:51:03

assalamualaikum
nice....clapclapclapclapclap
senyum selalu on December 12 2009 23:18:57

bismillah

assalamualaikum
best ar experimnt yang dhntar olh nur of happines..grin..hope ana pun dapt wt artikel mcm gni..tp 2 la dh b.z ngan form 6 skang..pe2 pn nk gak try sb DIMANA ADA KEMAHUAN DSITU ADA JALAN...goOd luck untuk nur of happines..amin
mhafizal on December 14 2009 03:28:01

bukan nak condemn ke ape...
tapi x nampak kaitan dari eksperimen tu...
good job to author cube kaitkan aurat ngan eksperimen ni tapi pembolehubah kelihatan tak logik...
dan nampak sangat kelihatan berat sebelah...

kalau nooray kate betul sebab dikaitkan dengan kakak angkat, diri sendiri dan orang lain, saya pula fikir salah sebab dah jumpa ramai yg tudung labuh tapi perangai tak mencerminkan pemakaian. Yang tak pakai tudung tu pulak kadang-kadang lebih baik dari segi akhlaknya.

So, kesimpulan yg patut dari eksperimen di atas ialah: Manusia ni tak sempurna. hmm!
sakinah_wardah on December 16 2009 14:02:59

saya akui la berdasarkan diri sendiri dan perempuan-perempuan di sekeliling saya.

semoga Allah memeberikan hidayah kepada diri sendiri dan orang lain supaya menjadi hambaMu yang lebih baik.

insyaAllah
nurul_iman94 on December 17 2009 10:36:08

bismillah
masyaAllah
nilah artikle terbest ana pnah bacerr
mntak izin copy ya..
tahniah kpd pencipta..
nurul_izzah88 on December 17 2009 20:35:53

assalamualaikum

wahh satu info yg baik sgt..
tahniah n thanx to the writter yerr....clap
moga2 info nie dpt mnjdikan diri
aku lebih sempurna lg..

insyaAllah
ira93 on December 18 2009 17:42:32

assalamualaikum

info yg berguna...
dalam penyelidikan yg telah saya buat..
saya dikategerorikan sbg wanita B..
hehehmm!
LAQIEU on December 20 2009 22:26:43

assalamualaikum btol2 sye stuju cdangan ana.....menutup aurat itu amat pntg bg kaum muslimah......yg beragama.....islam.....
dark_strider92 on December 22 2009 16:56:19

masyaAllah.. bgus2..yahoo!clapthumbs upmusichehehe
Aina Nabilah on December 22 2009 17:01:37

assalamualaikum
wah..sebuah artikel yg menarik..2 thumbs up2 thumbs up
dapat dijadian pedoman kepada muslamah solehah..winkwink
iluvislam

aminjazakallah
adam dan hawa on December 23 2009 13:44:17

alhamdulillah...hebat2...suka2...kreatiflah...grindance
nayanil on December 26 2009 17:08:02

assalamualaikum*
alhamdulillah...
sye sgt terpegun dgn eksperimen yng dibuat oleh 'nur of happiness'..

eksperimen ini mampu m'buat sye t'senyum...
menambahkan smangat utk menutup aurat...insyaAllah
amin
iluvislam
clapclapclapclap
ana_abdullah on December 30 2009 16:27:21

assalamualaikum

Sangat menarik! Tajuknya sahaja sudah berupaya menarik perhatian! clap

I mean, people would want to know how we can relate the concept of aurah with the concepts in physics. (Belajar fizik juga dulu, tapi tak terfikir sejauh ini...malunya)

Terima kasih atas perkongsian ilmu dari anti! We want more!!! yahoo!thumbs upclap

jazakallah
ana_abdullah on December 30 2009 16:34:53

assalamualaikum

Lupa pula, izinkan ana copy artikel ni untuk kegunaan peribadi ana dan juga untuk disebarkan pada orang lain. Boleh ek?

jazakallah
syababulmuslimin292 on January 08 2010 10:27:31

assalamualaikumwah..!!!!!
mmg hbat..!!
sbb boleh dilakukan experiment untuk kes berat ni!!clapclapclapclapclap

iaitu kes aurat yang ramai dah yanh x ambil peduli lagi masa skrg ni..
masya Allah..
hmm..
bgus2..
boleh disebarkan bnda nih!!grindancegrindance

hehehe..
experiment ni msti boleh dbuat untuk paper 3 fzik kan??thumbs upthumbs up
yela..
pemeriksa yang baca 2 mesti bangga..
sbb pelajar 2 dapat buat thesis yg hbat mcm ni!!yahoo!yahoo!
hehe..
markah tinggi 2..cloud 9cloud 9

iluvislam
Naazira on January 09 2010 15:53:25

assalamualaikum

pening sikit bace artikel nie...

tapi... ia artikel yg menarik....

eksperiment yg menakjubkan,haha....

bagus...clapclap

mohon copy yer...grindance
ryoma echiezen on January 24 2010 02:16:21

dalam bhs inggeris Q-mctetha..
selama belajar engineering tak penah terfikir formula nie boleh diaplikasikan sampai macam nie..
gud job!
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya."
spacer