Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 105
- Members Online: 29
- Total Members: 85,794
- Show Who's Online
- 26,101,896 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Mari Kenali Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar

Mari Kenali Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar
www.iluvislam.com
Oleh : Mohd Shahrul Naim*
Editor: naadherah


Sejujurnya saya memang berminat dalam mengkaji topik "kanak-kanak pintar". Izinkan saya berkongsi dengan sahabat-sahabat semua maklumat yang saya dapat:

cool Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas

Pengamatan tinggi
• Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

Keinginan untuk tahu tinggi
• Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

Minat mendalam
• Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut

Menerima infomasi dengan pantas
• Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak

Ingatan yang tinggi
• Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

Mungkin dapat membaca lebih awal

• Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

Kerap membaca serta meluas
• Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

Tatabahasa yang tinggi

• Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik

Tahap penumpuan yang lama
• Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

Kebolehan menyelesaikan masalah

• Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

Suka bertanya dengan lebih teliti

• Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

Keupayaan imaginasi yang tinggi
• Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
• Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar

Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
• Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
• Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain

Bersemangat dan bertenaga
• Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

Pandai berjenaka
• Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami

Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
• Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

Perkembangan asynchronous
• Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya



embarrassed Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas

Permasalah dari segi perkembangan asynchronous

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menagani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain

2. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka.
Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan

3. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang

Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sengguh pun mereka itu bijak

2. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan.

3. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru

Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif

1. Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa

2. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial

3. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah ‘introverted’ dan mungkin menjurus kearah “existential depression”.

*
bukan karya sendiri tetapi diubahsuai

17 Comments · 4492 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 68% [13 Votes]
Very Good Very Good 21% [4 Votes]
Good Good 5% [1 Vote]
Average Average 5% [1 Vote]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
Saif AsSalam on November 24 2009 04:25:28

Nice info.Better get ready and alert for this.hehe..hehehe
iluvislam
abg mujaHID on November 24 2009 08:35:04

assalamualaikum

ana stuju dgn isi2 artikel nie..moga2 Allah akan menerbitkan lagi idea2 bernas kpada pengarang...
amin
clapthumbs up
ummu_anis on November 24 2009 10:48:47

assalamualaikum...
artikel yang sangat baik clap...minta izin ntu dipanjangkan pd sahabat2...tq..jazakallah
husnacintaislam on November 24 2009 11:32:00

yea yea......!!!!alhamdulillah
clap
grindance
umiecuie on November 24 2009 11:34:04

macam mana nak menangani ciri2 yang negatif tu? kalau ada tips, boleh tolong share (selain dari DOA, dari segi pendekatan kpd kanak2)? sbb sy menghadapi masalah tu...
pharmchan on November 24 2009 11:43:09

salam,
this is awesome article though.
sy ada experience dgn seorg anak pintar, my niece actually. dia berumur 3 tahun, tp punyai behaviour yg sama mcm kanak2 6 tahun.
IQ yg tinggi dan dpt menyerap information dgn sgt cepat, sgt petah,pandai mereka cerita,pandai buat jokes dsb.even baru berumur baru 3 tahun dia dah menunjukkan minat menonton cerita-cerita pengajaran sains sekolah rendah yg sering ditayangkan di tv.
Apa yg sya lihat 90% dr ciri2 yg digambarkan dlm artikel di atas sama perawakannya seperti anak saudara saya termasuklah segala permasalahan yg mungkin dihadapi oleh kanak2 seperti.
mereka mmg sensitif dr segi emosi kerana mereka seakan faham dgn keadaan sekeliling mereka. mereka cpt absorb information samada baik atau buruk...tetapi dlm usia seawal 3tahun x mungkin kanak2 seperti itu dapat membezakannya.sedangkan org dewasa pun sering tersalah menilai yg baik dan buruk, inikan pula kanak2.oleh itu responsible org dewasa sekeliling amat diperlukan untuk mendidik kanak2 istimewa ini agar keistimewaannya tidak hilang begitu sahaja. as for my mum, die akan hantar my niece to Islamic kindergarten next year. so far untuk dia belaja lebih byk perkara dan gilap potential skill yg dia ada..
syakiraahmad89 on November 24 2009 14:29:55

mcm muhammad fahim hakimi bin ahmad je..alhamdulillah

nice article!!
nasdi on November 24 2009 14:52:16

assalamualaikum
artikel yg sgt bagus...bnyk info untuk mengenalpasti kanak2 pintar...yesyes

cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9
solihin_coin on November 24 2009 22:27:11

jiddan artikel..
semoga dengan paparan dlm artikel ni..
dpt dijadikan panduan kpd sume org terutama ibubapa dlm mgenal pasti anak2 mereka..
thumbs upthumbs upthumbs up
islamsunnah on November 24 2009 23:18:28

salam....cam ner nak ahu anak kita cerdik ke tak..kadang2 tu hanya informasi...hanya allah yang tetapkan...assalamualaikumbismillahiluvislamalhamdulillahwaalaikumsalam
ayeem on November 27 2009 01:30:46

setelah d teliti... x sgke adik sy de ciri2 tu wlaupun bru 3 thn., hu3
siti nur aznii on November 28 2009 15:15:11

assalamualaikum

cyes sy ckp blog mmg bez + gempak = mang rugi sape x join..hahak..yahoo!

ya...mmg btl....
tp kte kne bantu jgk genius kids spye x t'sasar dr m'ingati Allah..

owkay..?thumbs up
247-0 on November 29 2009 10:17:00

yescat
humaira adawiyah on December 07 2009 14:33:50

real sadthumbs up Good article...
Drama tari burung nuri
Bermandi hujan pagi
Kian megah sang mentari
Bumi mana tak disinari

Tunggang kuda semberani
Mencapai awan tinggi
Berteka teki sang pelangi
Siapa yang kan mengerti

Alam yang gemilang indah
Merah di waktu senja
Kilauannya ada bicara
Berjumpa di esok saja

Terurailah tirai misteri
Dibelai jari jemari
Tangisannya tiada seni
Menggempar indera gerigi

Akan sesia sahaja
Kau cuba mengerti
Ada rahsia yg tak mungkin
Akan engkau fahaminya

Biarkan
Biarkan saja berlalu
Biarkan saja begitu
Biar saja biarkan...
humaira adawiyah on December 07 2009 15:12:52

let seehmm! kita baca sikit identiti yea, klu selalu guna kod/number utk pengenalan diri, wow actually this person= seorang perahsia, cant shared with other, we cant break their shell...untill they... percaya betul2 kt orang tu...

ada nama skit ps 2 ada number:50/50, normal

tulis nama betulgrin friendly nyer... your life full of rainbow colour rightthumbs up

hanya pandangan, Allaj aja yang tahu...
katsushika on December 13 2009 14:17:13

assalamualaikum..
artikel yg menarik perhatian...
iluvislam..
pas nie,bley la tau kanak2 tue jenis yg
pintar...hihi..cloud 9
cloud 9cloud 9
nurfarzana1 on December 15 2009 16:45:10

bnyk bnda bleh tawgrindancegrindance
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan"
spacer