- Guests Online: 68
- Members Online: 19
- Total Members: 85,796
- Show Who's Online
- 26,108,212 visits since
December 2007
|
|
Indahnya C.I.N.T.A
www.iluvislam.com
dihantar oleh: Rasailul Aswaq
editor : everjihad
"Indah sungguh suasana di tepi sungai ini. Airnya mengalir tenang dan angin bertiup lembut. Biarlah saya duduk di sini berzikir kepada Allah," kata Abu Salleh Jangi Dost sendirian lalu melabuhkan punggungnya ke tebing sungai. Sungai itu terletak di sebuah pekan kecil bernama Jilan Jilan adalah sebuah pekan kecil yang di negeri Parsi. Di situlah tempat tinggal Abu Salleh. Beliau berasal daripada keturunan Imam Hassan, salah seorang cucu Nabi Muhammad.
Semasa Abu Salleh sedang berzikir, dia terpandang sebiji epal yang hanyut di bawa arus sungai. Perutnya yang memang belum diisi sejak semalam berbunyi beberapa kali. "Mungkin ini rezeki saya," bisik Abu Salleh kepada dirinya sendiri lalu mengambilnya. Tanpa bertangguh lagi, beliau mengharungi sungai cetek itu dan mencapai buah epal yang dibawa arus. "Inilah rezeki saya hari ini."
Abu Salleh memakan epal itu sehingga habis. Tiba-tiba, beliau berdiri dengan wajah pucat lesi. "Saya memakan epal ini tanpa izin tuannya. Milik siapakah epal ini?" Anak muda itu merenung seketika ke arah hulu sungai. "Tentu pemilik epal ini berada di hulu sungai." Sebaik sahaja menarik nafas, kakinya melangkah menyusur tebing sungai menghala ke hulu sambil memerhati ke sekeliling kanan dan kiri sungai sekiranya ada pokok epal di situ. Jauh beliau berjalan meninggalkan pekan Jilan yang sudah tidak kelihatan lagi. "Langsung tidak kelihatan walau sepohon pokok epal." Kakinya semakin lemah. Namun, beliau terus melangkah sehingga akhirnya sampai ke sebuah ladang epal yang sangat luas. "Syukurlah! Akhirnya saya menemui sebuah ladang epal. Saya yakin epal yang saya makan tadi datang dari ladang ini. Lebih baik saya segera menemui tuannya." Abu Salleh melangkah lemah terus memasuki ladang epal dan menemui pemiliknya. Pemilik itu bernama Sheikh Abdullah Sawmai berasal dari keturunan Imam Hussin, salah seorang cucu Nabi Muhammad juga.
"Saya memohon maaf dan mohon dihalalkan sebiji epal yang saya makan," pinta Abu Salleh kepada Sheikh Abdullah. Beliau menceritakan segala hal keterlanjurannya memakan sebiji epal tanpa usul periksa siapa pemiliknya. Sheikh Abdullah mendengar dengan teliti setiap apa yang diceritakan kepadanya. Matanya memerhati dari hujung rambut hingga hujung kaki sepanjang Abu Salleh bercerita. Sebaik sahaja Abu Salleh habis bercerita, Sheikh Abdullah tersenyum. Syeikh Abdullah menarik nafas panjang dan berkata, "Saya dapat memaafkan saudara dengan satu syarat." "Katakanlah apa syarat itu? Saya cuba memenuhinya," jawab Abu Salleh. "Saya mahu saudara bekerja di ladang epal ini selama dua belas tahun." Tanpa banyak soal, Abu Salleh menganngguk dan menyatakan persetujuannya. Keesokan harinya, bekerjalah Abu Salleh di ladang epal milik Sheikh Abdullah itu sehingga dua belas tahun lamanya.
Akhirnya, tamatlah tempoh dua belas tahun lalu Abu Salleh menemui Sheikh Abdullah. "Saya sudah menunaikan syarat tuan. Halalkan epal yang saya makan itu." "Saya mengenakan satu lagi syarat kepada saudara." Balas Abu Salleh, "Katakanlah syarat itu, saya tunaikan." "Syaratnya adalah saudara mesti mengahwini puteri saya." Terkebil-kebil mata Abu Salleh mendegar syarat kedua yang dituturkan pemilik ladang epal itu. "Tetapi biarlah saya berterus terang berkaitan dengan keadaan puteri saya itu." "Katakanlah. Saya cuba patuhinya." "Puteri saya bernama Ummu Khair Fatimah. Dia seorang yang lumpuh, pekak, buta dan bisu. Mahukah saudara mengahwini puteri saya itu sebagai syarat kedua?" Abu Salleh memandang ke arah Sheikh Abdullah dan memberikan sebuah senyuman. "Saya mengahwini puteri tuan sekiranya tuan menghalalkan sebiji epal yang saya makan tanpa izin dua belas tahun yang lalu."
Pada hari yang ditetapkan, majlis perkahwinan antara Abu Salleh dan Ummu Khair dilangsungkan. Pada malam perkahwinan, Abu Salleh masuk ke bilik pengantin dan memberi salam kepada isterinya yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Sebaik sahaja isterinya menoleh menyambut salamnya dan melihat ke arahnya, Abu Salleh terkejut. "Bukankah bapa mertuaku mengatakan isteriku seorang yang lumpuh, buta, pekak dan bisu?" Abu Salleh tersentak. Beliau segera beredar meninggalkan bilik pengantin yang dihias indah merayakan pernikahan mereka lalu berlari ke ruang tamu mencari bapa mertuanya. "Adakah perempuan lain di dalam bilik pengantin?" Sheikh Abdullah tersenyum, "Perempuan yang berada di dalam bilik pengantin itulah puteri saya, Ummu Khair Fatimah." "Bukankah isteri saya lumpuh, buta, pekak dan bisu?"
Sheikh Abdullah mengangguk dan tersenyum. "Saya mengatakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat maksiat. Saya mengatakan dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar perkara terlarang. Saya katakan dia busu kerana tidak pernah melihat perkara yang haram dan saya mengatakan dia bisu kerana dia tidak pernah menuturkan perkara yang sia-sia."
Wajah Abu Sallehyang kebingungan kemudian berseri-seri. Bibirnya mengukir seribu senyuman mendengarkan kata-kata Sheikh Abdulah. Abu Salleh menadah tangan, "Ya Allah, hamba mengucapkan syukur yang tidak terhingga." Hasil perkahwinan Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah ini lahirlah seorang ahli agama yang terkenal diberi nama Sheikh Abdul Kadir Jailani. Beliau digelar Mahyuddin yang bermaksud menghidupkan agama.
24 Comments ·
5901 Reads ·
|

|
on November 22 2009 10:10:05

jiwa mmg kena refresh sentiasa.. walaupun dah pernah dengar cite ni sejak kecik lg, tp skali skala refresh balik mmg best n tak jemu.. terima kasih pd yang memperingati.. |
on November 22 2009 14:05:29
salam..sama2..ana pn pnah bce citer ni dlu..moga2 ku dipertemukn dgn wanita y bisu,pkak dn lmph spt dlm citer 2..amin
InsyaAllah.. |
on November 22 2009 16:00:37
hurm....
teringin j0d0h yg sedemikian juga...
tetapi hanya mampu berharap je...
nk yg baik kenalah jd yg baik....
0tw... |
on November 22 2009 16:10:26

cite ni memg ptut djadikan teladn pd manusia..
best..best
     |
on November 22 2009 19:54:43
 
selama ni pernah ke kita muhasabah balik diri kita..??
penah ke kita kaji apa yang kita makan selama ni..??
tak hairanlah kenapa hati ini sukar untuk menerima kebaikan...
rupa2nyer.. kerana terlalu banyaknyer perkara2 syubhah di dalam hati..
MaFhUm HaDis NaBi S.A.W...
Tidak masuk syurga bagi sesiapa yang dagingnyer tumbuh dari sumber yang haram..
siaper yang riwayatnyer ana luper...
SemOgA AllAh AmpUnKan dOsa2 DiRi inI...
 
   |
on November 23 2009 18:42:55

ini baru dinamakancinta kerana Allah..
segalanya kerana Allah
dan inilah juga bukti janji janji allah
ALLAHUAKBAR! |
on November 23 2009 20:54:08
ustaz slalu citew sal nipp..sonok dgr..
time ksh coz mmpringati blik..
dh nk lpa dh citew nipp.. |
on November 23 2009 23:10:40

bagus sangat cerita ini diceritakan semula supaya kita sentiasa mendapat keberkatan daripada segala perbuatan kita di dunia yang sementara ini    |
on November 24 2009 07:52:04
memang best lah citer ni |
on November 24 2009 11:28:08
..walaupun dah pernah baca, tapi article ni tetap best...ayuh improve diri kita ke arah kebaikan..   |
on November 24 2009 13:22:19
bes sgt2 cite nie!!!! tahniah,,,so drpd artikel ni kita dpt improve dri....jo kta same2 improve diri!!! caiyok22!!!    |
on November 24 2009 17:58:28
alhamdulillah..citer nie jd peringatan untuk kiter hamba-Nya yg slalu lalai dan leka.. 
halalnya makanan itu amatlah penting..
moge2 kter bertemu ngan jodoh yg terbaik..setiap sesuatu itu ade hikmah..beruntunglah..orang2 yg sabar.. |
on November 25 2009 11:13:39
ssugguhnye wanita itu adlh wanita mulia yg pasti mdpt kredhaan ALLAH...insya ALLAH.. |
on November 25 2009 21:23:44
citer yg bagus


 |
on November 28 2009 15:31:27
  |
on November 28 2009 15:32:26

cerita yg baik..
sesuai 2k sume 2k djadikn pengajaran.. |
on November 29 2009 16:04:26
kisah pengajaran yg mendidik jiwa insan.....      |
on December 02 2009 09:03:08

good article.... same2lah kite muhasabah diri sndri...
awesome!!!!!!!!!!




 |
on December 06 2009 17:16:37

dgn ini dptlah kita semua tambahkan ilmu yg mana
merupakan juga kepada jambatan kpd dunia akhirat..

 |
on December 15 2009 14:17:09
   hehe |
on December 18 2009 15:44:05
, cita ni mmang best.sya ska sangat.best3   |
on December 26 2009 20:07:28


 |
on December 31 2009 21:27:52
bagus btul cite ni.harap saudara seislam kte juga begitu.  |
on February 08 2010 19:17:59
What is up everyone? My name is Jessica. I am from Slovakia. I am new to the forum and just wanted to say hi.. I hope I posted this in the right section on your forum... keyword, |
|
|
Please Login to Post a Comment.
|
|
|
"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."
|
|