Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 70
- Members Online: 22
- Total Members: 85,796
- Show Who's Online
- 26,107,395 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Oops...Aurat Lelaki dan Wanita?

Batasan Aurat Lelaki dan Wanita
www.iluvislam.com
Oleh : mrcw87*
Editor : naadherah


Kali ini diriku rasa terpanggil untuk menjelaskan perihal satu masalah yang dipandang biasa oleh kebanyakan remaja. Firasatku mengatakan bahawa semua remaja yang sudah baligh, berakal dan berpendidikan begitu makruf dan memahami situasi ini lebih-lebih lagi jika individu tersebut pernah belajar tentang hukum hakam dalam Islam, pernah mengambil subjek agama Islam dan dan jika beliau memang antara seseorang yang mendalami ilmu Islam.


Yang sedihnya, golongan yang memahami inilah yang telah melakukan perkara tersebut tanpa segan silu dan tak tahu malu dengan membuka aurat di khalayak ramai. Tidak kira remaja lelaki ataupun wanita, semuanya dikira sama jika aurat mereka masih tidak terjaga. Mungkin mereka masih kabur lagi dalam masalah sebegini sehingga permasalahan ini dipandang sebagai perkara biasa. Contohnya, berseluar pendek, berbaju ketat dan sebagainya.


Apa itu aurat?


Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat. Definisi lain ialah sesuatu yang tidak dibenarkan wanita mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi ataupun sebaliknya.


Dalil-dalil berkenaan penjagaan aurat :


Maksud ayat al-Quran,


Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap kali kamu pergi tempat ibadat ( masjid ) dan makan serta minumlah. Dan jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.

 

(al-A`raaf 7:31)

 


Rasulullah saw bersabda:


“Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.”

 

(Hadith Riwayat Aththahawi)

 


“Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?’ Nabi saw menjawab, “Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu.”

 

(Hadith Riwayat Bukhari)

 


“Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.”

 

(Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah)

 


Jadi berdasarkan dali-dalil di atas menjadi kewajipan ke atas kita menjaga aurat,Maka hukum di sini jika kita membukanya adalah haram dan ditegah dalam agama. Kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu contohnya untuk perubatan. Orang-orang yang suka mendedah aurat mereka pasti akan di azabkan dengan azab yang pedih di akhirat kelak


Batasan-batasan aurat :


A.Aurat di khalayak awam


1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.


2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.


B.Aurat dengan ahli keluarga


1. Bagi Lelaki, antara pusat dan lutut

2. Bagi perempuan, antara pusat dan lutut


C.Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah)


1.Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut

2.Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut

*Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.


D.Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)


1.Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup.

2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut


Etika menutup aurat


1.Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum. Haram diperlihat dan haram melihatnya


2.Tidak menyerupai dengan kaum yang engkar kepada Allah. Seperti pakaian ahli gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi symbol kepada ahli kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur dan sebagainya.


3. Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh badan merupakan aurat yang perlu dijaga.


4. Pakaian yang tidak bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya penggamit pandangan.


Hukum melihat aurat


Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis, seperti melihat seorang lelaki kepada aurat seorang lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan. Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis seperti seorang lelaki melihat kepada aurat perempuan dan sebaliknya. Apatah lagi melihat kepada artis perempuan masa kini


Dimaafkan jika terlihat sekilas pandangan sahaja, tanpa memakukan pandangan ke tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua


Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia dimakruhkan, samada seorang lelaki ataupun perempuan. Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandangan manusia seperti di dalam bilik secara bersendirian.


Jika terpaksa, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa ada mahram yang menemani. Seperti ahli perubatan perempuan melihat kepada aurat pesakit perempuan dan sebaliknya.


Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, seperti ahli perubatan lelaki dan pesakit perempuan, diwajibkan ada bersama mahram yang menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan perempuan di sana. Ketika ini, haruslah melihat kepada aurat pesakit tersebut.


Akhir sekali.

Telah menjadi kewajipan kita semua untuk menegah segala kemungkaran mengikut kemampuan kita masing-masing. Dan kewajipan ke atas kita juga untuk bersama-sama membendung gejala negatif tersebut dari tersebar lebih meluas tanpa batasannya.


Semoga penulisan kali ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang beriman dan orang-orang yang tahu malu.


Wallahua`alam.


*sedikit sumber maklumat di perolehi dari jawapan panel kemusykilan agama, JAKIM yang menceritakan perihal aurat berdasarkan pandangan mazhab Syafie.



**artikel asal : http://mohdruzaimy.blogspot.com



52 Comments · 8422 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 45% [13 Votes]
Very Good Very Good 52% [15 Votes]
Good Good 3% [1 Vote]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
syazeone on November 17 2009 07:25:46

artikel yang bagus.. yang membawa imej islam itu sendiri..jangan la kita seperti hanya kerna nila setitik...rosak susu sebelanga...

kepada yang nak berubah 2...teruskanlah...pkkan diri anda dahulu sebelum pkkan org lain..
azri_90 on November 17 2009 09:01:22

assalamualaikum

good article...
menjaga aurat ialah perkara asas dlm Islam...
bgaimana kita hndak mendalami Islam jika perkara asas
pun kita tidak dpt terapkan dlm kehidupan...
sma2 lah kita berubah ke arah yg lebih baik...

wslm...wink wink
fiqa_muslim96 on November 17 2009 10:59:51

assalamualaikum
nice article... thumbs up
i like itclap
nasdi on November 17 2009 11:11:23

assalamualaikum

atikel yang bagus...tahniah kpd penulis atas perkongsian yang berfaedah ini...jom jaga aurat kita...clapclapclapclap

iluvislam

cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9
kinkin on November 17 2009 11:22:20

assalamualaikum
Alhamdulillah...sdikit sebyk dpat la mnyedarkn kter yg da lme lalai ni...
bru join iluvislam da dpt byk info...
iluvislam
naadherah on November 17 2009 11:38:55

Semoga mendapat manfaat drp artikel ni.gembira

p/s: terima kasih kpd yg membetulkan alignment tajuk, dah tak tahu nak buat mcm mane
wardatul shaukah_89 on November 17 2009 12:29:11

assalamualaikum
alhamdulillah..nice article..thumbs up
moge Allah memberi hidayah kepada kita semua..moge kita sentiasa berada di bawah rahmatNya..buat sahabat2ku yang tersayang..peliharalah auratmu dengan sebaiknya...gembira
nur_1108 on November 17 2009 12:50:22

thumbs up

alhamdulillah...banyak mmberi pengajaran..
kebanyakan masyrkt skrg kurang endah
malahan ada yg tdak tahu menahu pasal
soal aurat antara keluarga...

selamat beramal semua...

jazakallah
yuka_gurl90 on November 17 2009 13:42:52

Terima kasih kerana perkongsian iniclap
serge on November 17 2009 17:43:45

nice article
emad_desu on November 17 2009 17:46:46

alhamdulillah article ni memberi ilmu yg bermanfaat.

semoga article ni dpt ingatkan kite semua ttg batas aurat kite.
hafiz mohd hamzah on November 17 2009 17:55:16

"Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis, seperti melihat seorang lelaki kepada aurat seorang lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan"


assalammualaikum..bismillah

ana kurang fahamlah mengenai petikan ayat diatas ini..
betul ke haram melihat aurat sesama jenis?

kalaulah betul masyaAllah ana da banyak kali "terlihat aurat kawan2 ana..
buat pengetahuan, ana duduk di rumah sewa..sahabat2 serumah ana tanpa segan silu memakai seluar pendek jenis "boxer". jadi tidak mustahillah ana terlihat aurat mereka..

apa yang harus ana buat?? kadang2 ana ada juga bagi nasihat kat mereka..tapi diaorang wt xtahu je..sobsobhelp
kauthsar on November 17 2009 18:34:00

nice artikel........

moga remaja2 kt luar sne dpt ksedarn...thumbs up

refresh ur iman.....

KEEP IT UP!!!!!!!insyaAllah
Yeen_SyazreeN on November 17 2009 19:14:14

assalamualaikum

artikel yang menarik...
meyakinkan lagi ana untuk terus istiqomah dalam menutup aurat dan mengemakan uniform ALLAH..
syukran...

clap
iluvislam
kekule on November 17 2009 21:15:07

alhamdulilah
artikel yg mbina
smoga dpt pgajarn dan hidyahmu ya rabba alamin
ameen~
jazakallah
cloud 9
sofea09 on November 17 2009 22:46:43

Yang sedihnya, golongan yang memahami inilah yang telah melakukan perkara tersebut tanpa segan silu dan tak tahu malu dengan membuka aurat di khalayak ramai. Tidak kira remaja lelaki ataupun wanita, semuanya dikira sama jika aurat mereka masih tidak terjaga. Mungkin mereka masih kabur lagi dalam masalah sebegini sehingga permasalahan ini dipandang sebagai perkara biasa. Contohnya, berseluar pendek, berbaju ketat dan sebagainya.


saya lihat kebanyakan orang yang mengajar terutama perempuan(ustazah) tidak menutup aurat dengan betul apatah lagi pelajarnya...

kebanyakan pelajar akan melihat role model untuk di ikuti..
hmm!
fAdHiLah aDriAnA on November 18 2009 00:43:30

nk tnye..pnah tbce psal wanita xble pkai pkaian bcorak dn bwrne trg..
so kne pkai bju plain je la??
Zamri90 on November 18 2009 09:46:47

assalamualaikum
artikal yg bgus..
smoga dapat memberi manafaat kepada kita semua..insyaAllah
Mohd Shahdan Hasan on November 18 2009 11:18:32

Ilmu dan pesanan yang bagus... Semoga dgn menjaga aurat dapat kita meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada allah... Kita sebagai umat islam.. hendaklah berfikir secara waras.. jgn terpengaruh dgn budaya asing.. Yang senantiasa ingin merosakkan akidah umat islam... Jgn kita terpengaruh juga dgn pandangan2 org yang mengaku seislam dgn kta.. yang membawa pendapat yang boleh melemahkan akidah kita. Seperti pemakaian selendang yang menampakkan rambut dan pakai pakaian yang menutup aurat konon nya tetapi sebenarnya mendedahkan aurat.. sedangkan mereka itu mengetahui hal tersebut.. ettapi ttp mengikut hawa nafsu dan syaitan.. Wallahu'alam...
aenjamal on November 18 2009 11:58:15

menarik!! tapi sayang ramai gadis remaja kita sekarang berpakaian mengikut stail barat..
chOcOluVe on November 18 2009 15:37:25

assalamualaikum

Syukran atas perkongsian artikel yang mnarik & bermanfaat ini..

Pada pndapat ana, mntup aurat adalah tanggungjawab semua tak kira lelaki @ perempuan..
Spt yg dinyatakn dlm artikel diatas, perempuan & lelaki ada etika menutup aurat masing2..
Jadi, sama2 lah kita muhasabah diri kita sjauh mana 'pnutupan' aurat kita..sbgai mnjaga hijab kita & juga maruah Islam agama kita yg tercinta ini..insyAllah..
Ttapi dlm msa yg sama juga..sama2 lah kita doakn untuk muslimin & muslimat yg lain slaku saudara seIslam kita & slalulah brsedia untuk amar maa'ruf nahi munkar dalam era akhir zaman ini..

~semoga dapat diambil iktibar untuk semua & juga diri ana sendiri~

InsyaAllah..wassalam...
are-mir90 on November 18 2009 23:27:31

clap artikel yg bgus.. seronok bace grindance
ar17 on November 19 2009 00:17:52

Salam,artikel yang menarik !!

Bagi aurat lelaki mungkin ramai yg sudah jelas, tapi bagi aurat wanita banyak kemusykilan lagi,saya pernah terbaca bahawa aurat wanita muslim dengan wanita non-muslim adalah berbeza,ia tidak sama seperti aurat sesama wanita muslim.

~Aurat wanita islam dgn wanita bukan islam adalah seluruh tubuh, kecuali muka dan dua tapak tangan.~

Jadi bagaimana dengan mereka2 yg mempunyai romate/housemate non-muslim ???
Apa yg perlu dilakukan?? Boleh siapa2 tolong jelaskan??


hmm!help
hafidah91 on November 19 2009 01:46:59

salam..
x phm la yg pasal aurat antara ahli keluarga 2..
ade yg kate antara ahli kluarga tiada aurat..
lg satu, antara sesama jantina..
sy dok kat oztel..
ramai mber2 yg hnyer pkai boxer n singlet jer..
nk pulak ble tdo mlm..
musicmusicmusic
zahrotun_atiqah on November 19 2009 18:07:28

assalamualaikum snok bace artikel ni...moge kite smue sntiasa bwah redha ALLAH...sntiasalah berdoa supaya kita dkuatkan iman...thumbs upclapcat
hokage on November 19 2009 22:44:11

salam,artikel yang ckup bguss...shukran
fastphee on November 20 2009 02:05:55

m'ingtkn sy pd tanggungjwb mentp aurat,,tp klu aurat kite dilihat oleh knk2 camne??
lin afwan on November 20 2009 11:22:49

assalamualaikum..thanx alot 4 da wrtr...ana pown mntp aurt xla smprna...juz skdr y basic..pkai tdung tp xmlbuhknnye spt y tlh disyariatkn dlm ISLAM... evn kte tau soal hkm tp nk lksnaknnye ssa sgt..so arap artkel ni dpt mbka pntu at sy...insyaAllah..jazakallah hukhairn kthiragembira
ezzah12 on November 20 2009 20:19:08

assalamualaikum
ana rsa artkel ni bgs utk mslmn jgk mslmt...thnkzzzz 4 antr ini artkl...grindance

ana udah sdr skrg...!!ana sllu snsg lgn n tdung wlhal ana mmkai tdung lbuh(d skolh coz ak skolh agama)waalaikumsalamgrin
solihin_coin on November 21 2009 00:21:16

alhamdulillah..
time kasih pade yg kirimkan artikel ni..
semoga menjadi panduan pd kte sume tntg aurat2 dan perjagaannye..
akuditasikbiru on November 21 2009 09:58:44

assalamualaikum
thumbs upnice artikel,,,
...tp ada ptnyaan ckit. apa hukumnya jika kita tunjukkan gambar kita masa kecil yg auratnya terdedah pd lelaki bukan mahram .contohnya gmbr masa umo 5 thn yg tidak btudung..???hmm!
tolong jwb plez,,,
aisyahazeeq on November 22 2009 09:43:51

alhamdulillahalhamdulillah
bagus nya artikel nieyh.sedikit sebanyak dapat memberi ilmu pengetahuanclap
kgumbirean on November 22 2009 11:34:45

tak boleh pakai baju bunga-bunga eh.
mrcw87 on November 23 2009 01:08:50

bismillah

Syukur alhamdulillah, semoga artikel ini boleh memberi kesedaran kepada kita semua termasuk diri ini. Mungkin kita boleh meningkatkan lagi kefahaman tentang perihal kepentingan menjaga aurat dengan membilik kitab-kitab muktabar @ rujukan-rujukan lain. Artikel ini hanyalah sebahagian dari juzuk-juzuk yang kecil jika hendak dibandingkan dengan rujukan lain. Tidak ada yang diharapkan oleh pencetus artikel ini, selain redha Allah s.w.t. Semoga kita semua dapat ambil iktibar.

Tentang persoalan-persaolan yang dibangkitkan daripada pembaca. Izinkan saya menjawab serba sedikit sebagaimana ilmu saya yang masih lagi cetek. Mungkin jawapan saya tidak akan memuaskan hati pembaca. Tetapi ia sekadar berkongsi pandangan. InsyaAllah jawapan ini berdasarkan mazhab syafie dan mengikut pemahaman saya sendiri.

Tentang isu apakah melihat aurat sesama sendiri seperti lelaki melihat aurat lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan di haramkan?

Jawapan : Ia memang diharamkan mengikut maksud riwayat hadis. Dalam hadith sahih yang menerangkan bahawa, lelaki tidak boleh melihat aurat sesama lelaki dan begitu juga bagi wanita juga tidak boleh melihat aurat sesama wanita. Hadith riwayat Abu Sa’id Al-Khudri , yang menurut muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi lafaznya berbunyi : “Janganlah hendaknya lelaki melihat aurat lelaki lain dan wanita melihat aurat wanita lain. Dan jangan lelaki tidur satu selimut dengan lelaki lain dan wanita tidur satu selimut dengan wanita lain..”

Soalan tentang apakah tidak boleh memakai pakaian bercorak, baju berbunga-bunga atau baju berkilau?

Jawapan : Saya suka memasukkan isu ini dalam masalah berhias. Andaikata dengan berpakaian sebegini berniatkan untuk berhias dan ingin menarik perhatian sang teruna ataupun mana-mana lelaki maka saya nasihatkan supaya latihkan diri untuk menjauhi perkara sebegini. Kerana telah datang banyak ayat- ayat daripada Allah s.w.t antaranya bermaksud

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau puteraputera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (al-Nur-31)

Allah telah berfirman yang bermaksud:“Janganlah menampakkan perhiasan”(al-Nur: 31). Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan siksaan dariNya. Pengertian perhiasan bukanlah terhad pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istemewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu.

Isu lain. Macam mana hukum menunjukkan gambar kita waktu kanak-kanak dimana gambar tersebut dalam keadaan tidak menutup aurat.

Jawapan : Secara logik akal ia tidak menjadi masalah jika gambar tersebut tidak menaikkan syhwat hawa nafsu. Ini berdasarkan sebab gambar tersebut di ambil ketika masih lagi belum baligh. Maka suruhan untuk menjaga aurat masih lagi tidak ditaklifkan atas mereka yang masih belum baligh. Andaikata ia boleh menaikkan hawa nafsu dan syahwat jika gambar itu dilihat maka hukumnya adalah haram berdasarkan sebab boleh mendatangkan keburukan. Di sini saya mengambil jalan tengah atau dengar kata lain dengan jalan berhati-hati demi menjaga kemaslahatan iaitu dengan menyimpan semua gambar-gambar yang tidak menutup aurat kerana ia boleh memberi keaiban kepada kita sendiri jika ada orang melihatnya.

Isu tentang hukum batasan aurat seorang Islam dengan bukan Islam.

Jawapan : Aurat perempuan Islam dengan perempuan bukan Islam sama dengan aurat perempuan Islam dengan lelaki bukan muhrim yang Islam. Iaitu muka dan telapak tangan. Diceritakan Ubadah bin Nusayy berkata,”Umar telah menulis surat kepada Abu Ubaidah bin Al-Jarah, bahwa perempuan-perempuan Ahludz-Dzimmah (kafir yang ada perlindungan Islam) masuk ke tempat mandi bersama perempuan-perempuan muslimah! Cegahlah mereka agar tidak berbuat seperti itu dan halal selain itu., karena sesungguhnya perempuan kafir tidak boleh melihat aurat perempuan muslimah. Tafsir Ash-Shobunu.

Isu tentang membuka aurat dihadapan kanak-kanak.

Jawapan : Bagi saya, apakah sudi kalian semua membuka aurat di hadapan mereka. Dengan menampakkan aurat-aurat yang tidak terjaga. Sedangkan kita sudah memahami apa itu hukum membuka aurat. Maka di sini kita boleh menjadi contoh kepada-kepada kanak-kanak tersebut dengan sentiasa menjaga aurat walaupun sekecil-kecil perkara. Masa inilah uslub dakwah dengan memberi contoh tauladan yang baik perlu dipraktikkan. Semoga kanak-kanak itu sentiasa menjaga batasan aurat bilamana mereka baligh.

Andaikata ia diperbolehkan maka saya mengambil pendekatan ia adalah perkara yang diperbolehkan kepada orang biasa dan satu keaiban kepada seseorang yang arif kepada hukum hakam dalam Islam terutama yang sudah arif dalam bab munutup aurat.

Semoga usaha ini dapat memberi sedikit istifadhah dan pengajaran kepada semua pembaca.

jazakallah
syahamir on November 23 2009 10:55:34

musicsaya mmg sukekn artikel ini ...
ianya memberi pengajaran dlm idup saya...
izzu86 on November 24 2009 07:10:22

moga2 saye akan menjage aurat saye ni insyaALLAH
hokage on November 25 2009 13:25:23

salam,artikel y bagus...
fawziyyah on November 26 2009 16:26:02

Kawan2.... marilah kita apply sama2 dlm life kita ape yg tertulis dlm article di atas.. Semoga dapat menjauhi diri kita dari kemungkaran.. aamin..
tyrra arina on November 28 2009 02:28:27

very interesting article... sometimes we forget what is right and wrong.. after all, we are just mere humans..we're not perfect..
but of course there are a lot factors which could actually contribute to this problem.. in my opinion, the mass media plays the most vital role in this never ending problem.. because teenagers nowadays are more easily influenced by their favorite celebrities(idols), they tend to follow everything-hair style, fashionable and branded clothes( way too much),way of talking and etc..
there's too much of romance going on in movies nowadays regardless malay ,english or chinese movies..all too extremely excited to show kissing scenes..even in barbie, batman and spiderman, which are supposed to be shows for CHILDREN. does'nt that mean that,indirectly we are teaching the young ones that what they see is the norm of life, as if there's nothing wrong about wearing bikinis and kissing by the beach..so, just like the writer hv said..the older ones ,especially parents are the ones responsible in implementing the true way of life (dress code ) according to the Quran and hadith. if only we could make the people of the mass media to actually follow the rules happily, effortlessly ,without any force, and with full agreement..i'm positively sure that we could somehow create a more positive influence on the young ones so that islam can be the main ,true way of life that we should all embrace.. then again it's always easier said than done...
salmi_humaira91 on December 01 2009 23:46:54

alhamdulillah memberi kesedaran,, slalu salmi bka tv pndg aurat org lain,,,kat mana2,,, InsyaAllah pas ni try jaga pandangan,,,
islam my deen on December 04 2009 11:08:44

assalamualaikum mantooopp!!!!! clapthumbs upthumbs upthumbs upthumbs up
katsushika on December 08 2009 16:33:57

herm..,,artikel yg menarik dn bagus untuk saya
dan untuk umat islam diluar sana...
harap2,selepas membaca artikel ini kita dpt
menjaga aurat kita untuk kebaikan bersama...
amin
insyaAllah
cloud 9cloud 9
izzati noh on December 08 2009 19:20:43

assalamualaikum
terima kasih kepada yang membuat artikel ini,,
kerana ianya menambah pengetahuan saya tentang halal n haram aurat ituthumbs up
fiyuniKN on December 12 2009 14:23:16

AURAT....klu dulu orang memang menjaga tambah-tambah lagi org perempuan. tpi, skrg, lain pula jadinya. lelaki lebih senang pakai seluar panjang dan t-shirt putih. (tutup juga aurat) tapi yg peliknya org perempauan. boleh pula pakai short pants dgn singlet shja dan mungkin tube. (siapa mkn cili dia rasa pedasnya!) tak sedar ke org perempuan bhwa org lelaki tlh menang dlm soal aurat? hmm...sya juga perempuan tp alhamdulillah..aurat sya masih terpelihara. saya ingin menjemput ukhwah saya spaya marilah kita menutup aurat berlandaskan syarak agama islam. bukannya pakai tudung tpi lengan bahu hnya sampai di siku. pakailah srung tngan! dan jgn lupa stokin sentiasa terttup di kaki.renung-renungkan dan selamat beribadah!!yesyesyesyesyesyesyesyesyesyesyesyesyes
katsushika on December 13 2009 15:23:01

assalamualaikum...
artikel yg bernas dn menarik..
moga2 menjd panduan dn ingatan kpd kita semua agar sentiasa
menjaga amanah Allah dgn menutup aurat kita semua t'msk sya...
insyaAllah...
yes
thumbs upthumbs up
clapclapclap
ateeq awatif on December 14 2009 10:14:27

assalamualaikum
kenapa saya tkut nak tegur kawan yang tak menutup aurat???????
aedakah saya kawan yang baik???sadsadsadhmm!hmm!
Nurizzana on December 16 2009 01:17:49

Mudah-mudahan artikel ini memberi banyak manfaat kepada kita semua.insyaAllah
Siti Nor Hafiza on December 16 2009 12:02:32

congrats!
artikel ni memang patut di bc olh org rmai....
minta izin copy...
biar mrk b'taubat!!
xnk taubat pun hmm ntahlah...
apa leh wat...
clapclapclapclap
afiqah_meimei on December 20 2009 19:36:54

assalamualaikum
nk tye apa maksud nabi kata akhir zaman manusia berpakaian tp seperti bertelanjang...kepada sesiapa yg arif... tolong huraikan......
insyaAllahgembiragembira
nur_ila90 on December 27 2009 03:46:15

alhamdulillah


bagus artikel ni..
sekurang2 nya dengan membaca artikel ni kita dapat memperbaiki cara kita berpakaian..

insyaAllah thumbs up
mujahidin_al-hafiz on December 27 2009 15:22:23

assalamualaikum
ske cgt bce artikal nie..,harap mnjdi pngajaran kpda ktew sume..clapclap
eina92 on December 29 2009 11:08:25

assalamualaikum
sya ske sgat bace artikal ni...saya akan jdikan bbgai pnduan...
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."
spacer