Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 105
- Members Online: 29
- Total Members: 85,794
- Show Who's Online
- 26,101,891 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Berdepan Dengan Bakal Isteri Dan Ibu


Berdepan Dengan Bakal Isteri Dan Ibu
www.iLuvislam.com
Oleh: Pahrol Mohd Juoi
Editor: NuurZaffan

Artikel dipetik daripada buku ini. Artikel merupakan Nota 22

 

 

Masih teringat kata-katanya sewaktu saya meminta nasihat tentang panduan mendidik anak perempuan. Maklumlah, majoriti anak-anak saya lelaki. Adakalanya bagai ketandusan idea dan cara untuk berdepan dengan kerenah anak perempuan

"Perlu banyak meraikan".

Begitu kata Tok Wan apabila ditanya tentang tip mendidik anak perempuan.

"Meraikan bagaimana?"

"Raikan mereka dengan kata-kata, belaian dan pemberian. Itu caranya."

"Maksudnya?"

"Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada ketika yang sesuai, berilah hadiah."

 

"Kenapa Tok Wan?"

"Umumnya perempuan makhluk perasaan berbanding lelaki makhluk akal. Pendekatan meraikan lebih berkesan bila berdepan dengan perasaan. Pendekatan ini lebih menyentuh dan berkesan."

"Itu pendekatannya, bagaimana pula prinsip asasnya?"

"Wah, kau bertanya, macamlah Tok Wan ni seorang profesor!"

Tok Wan bergurau. Sejenak kemudian, sambil tersenyum dia berkata, "Itu kena bayangkan...bakal isteri. Kemudian, bakal ibu!"

Wah, Tok Wan dah mula bersilat kata! Saya perlu lebih kritis menyoalnya.

"Bayangkan isteri? Isteri saya?" usik saya. 

"Anak perempuan kita bakal seorang isteri. Jadi bayangkan bagaimana sifat seorang isteri sejati. Itulah "end in mind" yang perlu sewaktu mendidik anak perempuan," jelas Tok Wan yang mempunyai latar belakang pendidikan agama dan Barat itu.

Belum sempat saya mencelah, soalan Tok Wan mula menerjah, "Apa kau inginkan daripada seorang isteri?"

"Ketaatan", balas saya cepat.

"Lalu didiklah anak perempuan tentang ketaatan. Latih agar dia patuh pada perintah yang baik. Apa lagi?"

"Malu."

"Didik supaya dia mengekalkan rasa malu pada tempat dan ketikanya. Latih dia sentiasa menjaga aurat, tidak meninggikan suara dan tidak lasak pada gerak fizikalnya. Ajar erti maruah dan harga diri. Lagi?"

"Cantik...."

"Wah, tak lupa ya....Latih supaya dia menjaga kecantikan, tingkah laku, wajah, pakaian, tempat tinggal, bilik dan lain-lain. Biar dia pandai menjaga kekemasan, kecantikan dan keindahan. Biar dia peka dengan nilai-nilai estetika. Lagi?"

 

Saya diam. Dalam ruang fikiran tergambar isteri saya - ibu anak perempuan saya.

"Kau lupa agaknya..." usik Tok Wan.

"Tok Wan laju sangat...."

"Anak perempuan mesti dibiasakan suka berada di rumah.Bukan bermakna dia tidak boleh keluar, tapi biasakan dia suka di rumah. Rumah adalah gelanggang wanita. Ruang itu kecil tapi besar peranannya. Ketika suami keluar, isterilah pemimpin anak-anak dan pelindung hartanya."

"Ini payah Tok Wan, sekarang ini perempuan dah luas gelanggangnya!"

"Ah, kekadang yang luas hanya gelanggangnya, tapi kecil peranannya. Sedangkan di rumah walaupun kecil gelanggangnya, tapi amat besar peranannya. Pernah dengar madah, tangan yang mengayun buaian boleh menggoncang dunia?"

 

"Tadi Tok Wan kata, kena bayangkan juga bakal ibu."

"Apa yang paling kau hargai daripada seorang ibu?"

"Kasih sayangnya."

"Didiklah agar anak perempuan agar bersifat pengasih. Pengasih dengan adiknya, abang, kakak, binatang peliharaan dan sebagainya. Sebab itu anak perempuan digalakkan bermain dengan anak patung. Itu menyuburkan rasa kasih sayang kepada bayi. Lagi?"

"Sabar."

"Seorang ibu perlu sabar; sabar menanggung perit kehamilan, sakit melahirkan, menjaga sakit-demam, ragam dan kerenah anak. Tanamkan sifat sabar anak perempuan dalam menanggung kesakitan, keletihan, kekecewaan dan sebagainya."

 

"Mana lebih bayah didik anak perempuan atau anak lelaki?" tanya  saya. Dia senyum sinis. Terasa bodoh pula menyoal begitu.

"Soalan itu tidak betul! Sepatutnya soalannya begini, ada beza tak antara mendidik anak lelaki dengan anak perempuan? Senang dan susah itu terlalu relatif dan subjektif sifatnya."

"Beza tak?" pintas saya penuh akur.

"Tentulah, sebab lelaki dan wanita memang berbeza. Tuhan jadikan darjat kedua-duanya sama, tapi peranannya berbeza. Bukan sahaja ciri-ciri fizikal berbeza tetapi ciri-ciri rohaniahnya jua."

"Kata orang bela lembu 10 ekor lebih mudah daripada seorang anak perempuan."

"Perbandingan yang tak relevan. Manusia berbeza dengan lembu. Kita ada hati, akal dan perasaan."

"Tapi tak ada yang kata membela 10 ekor lembu lebih mudah daripada seorang anak lelaki..."

"Terpulang pada "gembala"nya. Kena gaya dan caranya, 10 orang anak perempuan pun boleh dijaga."

 

"Apa tip Tok Wan untuk Sang Gembala?"

"Bila berdepan dengan anak perempuan, bayangkan kita berdepan dengan bakal isteri. Adakah menantu lelaki kita nanti akan mendapat isteri yang solehah? Bayangkan kita berdepan dengan bakal ibu, adakah cucu kita kelak bakal mendapat ibu yang mithali?"

"Lagi Tok Wan?"

"Untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada anak perempuannya, Sang Gembala mestilah menjadi seorang anak yang baik kepada ibunya dan suami yang baik kepada isterinya!"

"Lagi Tok Wan?"

"Last but not least, Sang Gembala wajib baik kepada Tuhannya!"

Saya terdiam. Diam yang panjang. Perlukah saya menyoal lagi?

 

Editor: Andai diri seorang ibu dan bakal ibu, boleh juga tukar soalan kepada bagaimana mendidik anak lelaki. 


*Berikut adalah prakata buku di atas. KLIK. Buku yang cukup ringkas tapi setiap Nota penuh makna serta padat dengan isi berguna insyaAllah. Boleh dapatkan di kedai buku berdekatan anda.

 



30 Comments · 6127 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 86% [25 Votes]
Very Good Very Good 10% [3 Votes]
Good Good 3% [1 Vote]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
naruto_yondaime on November 07 2009 11:01:36

assalamualaikum

saya amat bersetuju dengan article ni.orang perempuan mestilah diajar membuat kerja umah dari kecik klau tidak besar tak reti buat pon betoi tk.hmm!.tapi zaman la ni pompuan yang tak reti buat keja umah bleh ambik pembantu umah betoi tak.jadi lau tau buat keja umah bleh hidup tk tau buat keja umah pon boleh hidup.hmm!duh
skyjamil on November 07 2009 13:39:30

hehe....keadaan melatih dgn sendiri..cthnya..umah juh dari bandar..nak kuar pun susah..so lama2x ia jadi kebiasaan..dok umah dan tak suka tuk kuar...

memperlihatkan cth yg baik dri ibu..supaya ibu itu jd cth pada anak perempuan tu..

sy suka men anak patung masa kecik dlu n ada kucing tapi sy tak suka baby macam mber yg len teruja tgk baby..
yg pastinya sy keduanya berbeza..ish payahnya jadi mama n papa ni..juh lgi la kelayakan tuk da fmly sendri..
ops study2x first..hehegrin
star_sts on November 07 2009 13:42:36

ana pun setuju dengan artikel ni.. bez2.... thumbs up
nur_1108 on November 07 2009 15:13:09

assalamualaikum

ana pun stuju dengan artikel ni...

llaki yg baik ntok prempuan yg baik..,

insyaAllah
hijabviolet on November 07 2009 17:35:21

memangla tau atau tak tau wat leh hidup tapi ada bezanyahmm!
sakinah_wardah on November 07 2009 20:20:42

assalamualaikum

semestinya, membentuk peribadi seorang anak perempuan memang tugas yang sukar.

justeru, kaum perempuan wajarlah mencari suami yang boleh mendidik anak2 tak kira lelaki atau perempuan, beriman harus jadi ciri utama.

jazakallah
niceone on November 07 2009 21:28:37

clap

article yg mnrk..
bnyk msk yg t'sirat..
jutaan trima kasih bg insan yg ltk article nie..cloud 9

tata
muslimahkah_aku on November 07 2009 21:34:01

xdapat dinafikan mendidik naka perempuan mmg susah...... kepada pprempuan semua, jagalah diri , maruah dan harga diri serta didiklah diri menjadi manusia yg berakhlak mulia.

pESANAN UNTUK SEMUA WANITA AND DIRIKU JUGA..........

amin............yes
Bryan on November 07 2009 22:29:22

best3x..clapclapclapthumbs upthumbs upthumbs up\
suka mmbacanya.....hehehe
AhmadZakiHusin on November 07 2009 22:48:18

best bace artikel ni...... bayangkn... gembira.... so... ble ade anak... bayangkn keadaan dia pada masa 20 - 30 taun nnt.... so bley dpt cra nk bentuk.... so.. majukn pandangan kita.. jgn pandangan ke belakang.. tapi pandang melangkaui peredaran masa... pada 20 -30 tahun ke depan..... by the way..... ble seorang wanita tu jadi isteri... better masak la sndiri dari cari pembantu umah... sbb.. hasil air tangan seorg isteri yg akan menambat hati suami dan anak2... salam............
nik nurfizah on November 08 2009 03:25:16

assalamualaikum

buku apa ni....nk beli.... banyak pengajaran dan manfaatnya.....

clapclapclapclapclapclapclapclap
sahabat87 on November 08 2009 16:30:25

bes nyer artikekl nih...thumbs upthumbs upthumbs up
nak bli la bku bih t...hmm!
x sbar nak bca...yahoo!
alongfiza on November 08 2009 16:33:12

assalamualaikum
teringin nak beli buku ni,insyaAllah......weekend ni nk g mid, cari kat mph la..hrp2 ade la
prof inn90 on November 09 2009 06:40:19

assalamualaikum

artikel nie mmg best.
saya dah hadiahkan buku nie utk abg sya, mmg menarik!
u should get 1!
thumbs up
Thuaibah on November 09 2009 09:47:39

assalamualaikum

suka juga,

terasa baca buku ttg nilai-nilai kemelayuan yg sgt asli (nilai Islam juga). Mungkin sbb skg bila bc penulisan jarang yaang tekankan nila-nilai asli seorang wanita kerana ramai nk kejar supaya boleh jd superwomen yang banyak kne acquire skill lelaki.

p/s: nanti kena beli nie buku nie=)
Wan Siti Aisyah on November 09 2009 14:43:58

salam..
bku nie mcm best je..
nk beli mse cuti sem nnti r..
shopping year end sale..ngeh3..
btw,rmaja pmpuann leh bace ke buku nie?
hmm!
wsnhwi_jaja86 on November 09 2009 17:54:05

clap...dh agak dh buku ni best..rugi xbeli ritu..
dh pegang dh buku nih ritu..tp terty2 gak..pempuan sesuai ke baca...hmm!nk tgk isi dlm xleh sbb dibungkus..tapi rsnya mmg xrugi untuk dimiliki..thumbs up
NuurZaffan on November 09 2009 21:51:53

Alhamdulillah, ramai yang menyukai artikel ini. Semoga bermanfaat.

Amat saya galakkan untuk para pembaca di Iluvislam memiliki buku di atas. Walaupun nota seorang lelaki, lelaki itu adalah pasangan bagi wanita. Pasti banyak kaitannya. Kita dapat memahami lelaki yang bergelar ayah, abang, adik mahupun suami dan anak lelaki kita kelak.

Cerita ini juga amat bermanfaat buat wanita...menyedarkan kita tentang peranan dalam memberi. Memberi sebagai seorang anak perempuan buat ayahnya, sebagai seorang isteri buat suaminya serta sebagai seorang ibu buat anak-anak lelakinya kelak.

Boleh dapatkan di MPH jika tidak silap. Atau pergi sahaja ke Jalan TAR. Pustaka Mukmin mahupun kedai buku berhampiran. Cumanya buku ini cukup laris, kadangkala stok habis. Apa pun, jangan putus asa. Mungkin boleh bertanyakan diskaun juga.

Selamat membaca!
inanawir on November 11 2009 16:10:31

assalamualaikum

suke articel nie... tahnia pada penulis...wink
abecool on November 12 2009 13:50:54

http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/assalamualaikum.gif

suke gak cite ni..
nak didik anak laki ni perlu bnyak kesbaran..
biasenye merka nakal wktu kecil tp bila dah besar akn manjadi penawar hati ubu bapa..
so, be cool n setiap yg Allah bg mesti ade hikmahnye...
anak itu anugerah dari Allah..
maka jagalahnya dengan baik2..
nasdi on November 12 2009 14:31:34

assalamualaikum....
best sgt artikel niyesyes......walaupun singkat tapi penuh dengan mesej yang baik....kalau boleh saya pun nak tnya soalan ngan Tok Wan hehehe....banyak sifat yang positif untuk mendidik anak supaya jadi anak yang berguna dunia dan akhirat...
cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9cloud 9
nur petunjuk on November 13 2009 00:33:55

terkedu saya baca artikel ni..hehehe...bukan senang nak mendidik saya rupanya (dan mungkin 1 hari nanti saya akan mendidik anak2 saya hehehe )

ibu bapa adalah acuan kepada anak2... tapi adakah saya memang mengikut acuan?

dan..adakah saya bakal menjadi acuan yang baik?

persoalan yang sukar untuk dijawab oleh saya...hmm!...

walaubagaimanapun...saya percaya...ibu bapa saya adalah acuan yang terbaik..kalau ada kecacatan pada saya, bukan sbb mereka...tapi sebab diri saya sendiri yang tak mampu menahan diri dari terikiut dengan rencah kehidupan...

Al-fatihah untuk mereka...

2 thumbs up
lavender_coklat on November 13 2009 13:10:54

salam..wah..best gilalah artikel.. terasa kat hati tuh,,,,,
WaRDaH aR-RaYYaN91 on November 14 2009 10:17:56

bismillah
assalamualaikum
artikel yg bagus!!!
mabruk 'alaika...thumbs up
haidzir_88 on November 14 2009 15:06:46

artikel yang bagus...clap
ble wat renungan bersama...insyaAllah
azri_90 on November 17 2009 01:47:43

assalamualaikum

artikel yg sgt baik utk pembacaan bersama..
boleh dpraktikkan pda msa hdpn..
insyaAllah
wslm..wink wink
addurrah on November 17 2009 03:03:02

assalamualaikum
bes artikel nie...clap
luaskan pandangan tajamkan minda...
hehewink wink

jom ramai2 bentukkan diri ke arah mencapai LIMARDHATILLAH...amin
mudah-mudahan...
acuan generasi penyahut jihad Rasulullah tersedia kelak!insyaAllah
renung-renungkan...wink

assalamualaikum
Zamri90 on November 18 2009 09:56:57

assalamualaikum..
setuju sgt..
x kira lelaki atau perempuan..
bersama kita menjaga kewajipan masing2..
lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik dan begitu juga
sebaliknya..insyaAllah
mary grace on December 26 2009 16:21:15

salam .... saya suka article ini.....berusaha untuk terus mengenali islam..berusaha menjadi anak solehah...berusaha mengenali Allah..*clap*
zephero on February 03 2010 20:21:35

assalamualaikumclapwaaaaa......bahagianyer hidup andai konsep nie diaplikasikan.....
masyaAllahthumbs upterima kasih kerana b'kongsi ilmu........ingin juga sy praktik kan nnt apabila sudah b'rumah tngga kelak......aminpray
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini"
spacer