Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah"
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Erti Pernikahan

Erti Pernikahan
www.iluvislam.com
akhie_naim
Editor : arisHa27

Pernikahan itu adalah salah satu anugerah dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya, khususnya kepada kita iaitu umat Rasulullah SAW. Pernikahan merupakan jalan yang sah lagi diredhai oleh Allah SWT bagi menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan.

Adalah merupakan fitrah manusia yang sihat bahawa seorang lelaki akan tertarik kepada perempuan, dan begitulah sebaliknya. Maka, apabila telah wujud rasa suka dan cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan, syariat Islam telah menyediakan pernikahan sebagai jalan memanifestasikan kecenderungan dan kecintaan yang wujud di antara dua insan tersebut.

Firman Allah SWT yang lebih kurang maksudnya:

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.”
(Surah Ar-Ruum, ayat ke-21)


Sememangnya fitrah seseorang lelaki akan menyukai perempuan, dan seseorang perempuan akan menyukai lelaki. Rasa suka, cinta, dan cenderung itu adalah fitrah yang tidak boleh dinafikan malah tidak perlu dinafikan. Apa yang penting ialah perasaan itu haruslah disalurkan dan dimanifestasikan dengan cara yang halal dan baik.

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa cinta itu adalah kecenderungan jiwa kepadanya (kepada sesuatu yang dicintai itu) kerana keadaannya yang merupakan suatu kenikmatan kepadanya. Semakin bertambah kenikmatan, semakin bertambahlah kecintaan.

Allah SWT melengkapkan manusia dengan pancaindera yang dengannya manusia dapat merasai kenikmatan dan kelazatan dalam perkara yang disukai dan dicintai. Dalam salah sebuah hadith yang dipetik oleh Imam Al-Ghazali di dalam Ihya’ ‘Ulumuddin;

Rasulullah SAW bersabda yang lebih kurang maksudnya:

“Tiga hal dari duniamu yang dijadikan aku menyukainya, yakni: wangi-wangian, wanita, dan kesejukan hatiku dalam solat.”

Maka, kesukaan yang diwujudkan antara seorang lelaki dan perempuan itu, haruslah disatukan melalui jalan pernikahan. Sudah tentu, pernikahan itu ada syarat-syaratnya dan adab-adabnya. Adab-adab dalam pernikahan perlu diberikan perhatian yang teliti kerana pernikahan membawa erti yang cukup besar. Antara tujuan pernikahan adalah bagi menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan perempuan. Segala batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, dari segi pandangan, sentuhan, mahupun pendengaran, diangkat melalui pernikahan. Namun, erti pernikahan yang sebenar tidaklah sekecil itu.

Pada hari ini, apabila pernikahan itu difahami hanya dalam konteks menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan, maka kita dalam melihat banyaknya masalah dalam rumahtangga dan kehidupan berkeluarga. Antara erti yang paling besar melalui pernikahan adalah pernikahan ini merupakan suatu ibadah, yang dapat membantu kehidupan beragama seseorang itu. Dalam salah sebuah hadith, Rasulullah SAW menerangkan betapa besarnya erti pernikahan dalam konteks melengkapkan agama seseorang itu.

Sabda Rasulullah SAW yang lebih kurang maksudnya:

“Barangsiapa yang telah dikurniakan oleh Allah dengan isteri yang solehah, maka ia telah dilengkapkan sebahagian daripada agamanya. Maka, bertaqwalah kepada Allah untuk sebahagian yang lain itu.”
(Hadith Riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim dan dinyatakan sahih sanadnya)

Dalam matan yang lain, disebut bahawa pernikahan itu melengkapkan separuh daripada agama, dan hendaklah bertaqwa kepada Allah untuk separuh lagi. Justeru, hal ini seharusnya menggambarkan kepada kita betapa melalui jalan pernikahan itu dapat melengkapkan sebahagian besar daripada agama. Hal tersebut, sudah tentu berkait rapat dengan maksud dan hikmah pernikahan yang lain.

Antaranya, melalui pernikahan kelangsungan hidup manusia sebagai manifestasi tanggungjawab khalifah dapat dipastikan berlaku. Melalui pernikahan juga akan dapat meneruskan kehidupan manusia, melalui anak-anak yang dilahirkan. Anak-anak yang dilahirkan itu akan lahir sebagai umat Rasulullah SAW. Maka, apabila terdidik pula anak-anak itu dengan baik menjadi anak yang soleh dan solehah, berbanggalah Rasulullah SAW dengan bilangan umat baginda yang banyak. Ibubapa akan mendapat kebaikan, dan masyarakat akan mendapat manfaat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Kahwinilah olehmu wanita yang pencinta (sangat mencintai suami dan anak-anak) dan peranak (subur). Maka sesungguhnya aku bermegah-megah dengan banyaknya kamu (umat Rasulullah) itu terhadap nabi-nabi yang lain di hari kiamat.”
(Hadith Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

Pernikahan juga adalah merupakan perkara yang akan dapat menenangkan jiwa, serta membantu proses untuk meningkatkan kualiti kerohanian seseorang. Hal ini demikian kerana melalui jalan pernikahan akan lebih memelihara kehormatan serta kesucian jiwa seseorang itu. Hati akan lebih tenang kerana sesebuah pernikahan yang baik itu akan dikurniakan oleh Allah SWT dengan ‘Mawaddah wa Rahmah’, yakni rasa kasih dan sayang.

Selain daripada itu, pastinya adalah lebih mudah bagi seseorang yang telah berkahwin untuk memelihara diri daripada melakukan dosa dan maksiat, termasuklah maksiat hati. Apabila seseorang itu lebih mampu memelihara dirinya daripada maksiat, maka lebih mudahlah untuk seseorang itu memberikan penumpuan kepada ibadah dan usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang lebih kurang bermaksud:

“Barangsiapa yang telah merasa sanggup (mampu) untuk berumahtangga, maka hendaklah ia bernikah. Sesungguhnya nikah itu lebih melindungi penglihatan dan lebih memelihara kehormatan. Dan sesiapa yang belum sanggup (mampu), hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat mengurangkan nafsu syahwat.”
(Hadith Riwayat Bukhari)


Maka, apa yang penting untuk difahami adalah bahawa pernikahan itu merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kualiti ibadah, serta seharusnya menjadikan seseorang itu lebih dekat kepada Allah SWT. Hal ini demikian kerana pada hakikatnya, pernikahan itu sendiri adalah merupakan satu kurniaan yang besar daripada Allah SWT kepada hamba-Nya.

Bukankah jodoh itu ketentuan Allah? Oleh sebab itulah kita dapat melihat pada hari ini, begitu ramai orang yang bercinta selama bertahun-tahun lamanya, tetapi akhirnya tidak sampai kepada pernikahan. Ada juga yang bercinta begitu lama, akhirnya menikah jua. Ada juga yang berkenalan hanya seketika, kemudian terus mendirikan rumahtangga.

Keadaan-keadaan tersebut seharusnya memberikan kepada kita suatu pengertian bahawa soal jodoh bukanlah terletak kepada usaha manusia, tetapi adalah merupakan ketetapan dan ketentuan Allah SWT. Usaha manusia itu hanyalah sebagai sebab. Maka, bagi sesiapa yang setelah menikah dengan seseorang itu, semakin jauh hatinya daripada mengingati Allah serta beribadah kepada-Nya, bukankah itu namanya kufur nikmat?

Kerana erti syukur itu, adalah apabila kita menghargai pemberian dan kurniaan daripada Allah SWT untuk lebih mendekatkan kita kepada-Nya. Justeru, adalah penting juga untuk difahami bahawa di sebalik kenikmatan dan faedah pernikahan, terdapat risiko dan cabaran yang seandainya seseorang itu lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya, khususnya tanggungjawab kepada Allah dan kepada Rasulullah, maka pastinya seseorang itu akan mudah terjerumus dan terperangkap dalam hal-hal yang tidak baik yang hadir bersama sesebuah pernikahan.

Imam Al-Ghazali mengingatkan tentang hal ini di dalam Ihya’ ‘Ulumuddin. Antara kesusahan dan cabaran yang akan hadir bersama pernikahan adalah untuk mencari nafkah buat keluarga daripada sumber yang halal. Hal tersebut adalah merupakan kewajipan bagi seorang suami. Selain daripada itu, antara kemudaratan paling besar apabila seseorang itu lalai dalam kehidupan berkeluarganya adalah kelalaian daripada zikir kepada Allah SWT dan persiapan menuju akhirat.

Kesibukan duniawi, kesibukan menguruskan hal keluarga, boleh sampai melalaikan seseorang itu daripada mengingati Allah SWT. Kesusahan dalam mencari nafkah, boleh sehingga mewujudkan sifat bakhil. Tuntutan kehendak dan keperluan isteri dan keluarga, boleh membawa kepada kefakiran, yang akhirnya boleh membawa seseorang itu kepada kebinasaan.

Imam Al-Ghazali memetik sebuah hadith Rasulullah SAW sebagai peringatan, yang kira-kira maksudnya:

“Akan datang pada manusia suatu zaman di mana lelaki binasa di tangan isterinya, kedua orang tuanya, dan anaknya. Mereka mencelanya dengan kefakiran dan membebaninya dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya. Maka ia memasuki tempat-tempat yang akan menghilangkan agamanya. Lalu ia binasa.”

Justeru, adalah sangat penting bagi seseorang itu untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, serta memahami dan menyikapi pernikahan itu dalam erti dan konteks ibadat yang luas. Kecintaan seorang suami kepada isteri, mahupun kecintaan seorang isteri kepada suami, haruslah jangan sampai melalaikan kecintaan yang lebih berhak. Kecintaan kepada Allah dan Rasulullah itu sudah tentu adalah yang paling utama.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidaklah seseorang di antara kamu beriman sehingga ia menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada keluarganya, hartanya, dan manusia seluruhnya.”

Apabila seseorang itu mencintai keluarganya, hartanya dan dunianya lebih daripada kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka sudah tentu Allah akan menyerahkan seseorang itu untuk diurus dan diaturkan kehidupannya oleh dunianya. Namun, apabila seseorang itu menjadi kekasih Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka kehidupannya diatur dan diurus oleh Allah SWT.

Bukankah Allah itu sebaik-baik pengurus? Bukankah Allah itu sebaik-baik pembantu dan penolong? Sungguh, sebaik-baik tempat bergantung hanyalah Allah!



 



32 Comments · 14196 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 68% [23 Votes]
Very Good Very Good 21% [7 Votes]
Good Good 6% [2 Votes]
Average Average 3% [1 Vote]
Poor Poor 3% [1 Vote]
Comments
mawwar_sakinah on November 01 2009 02:30:20

bismillah
assalamualaikum
“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.”
(Surah Ar-Ruum, ayat ke-21)


surah ni bnr2 menarik minat ana..ntah la...mgkin ati ni dh terbuka
nk laksanakan sunnah yg satu tu kot...kahwin..????emmmm...
insyaallah..hehehehhe

wlupun ana x lalui lg alam rumah tangga, tapi ana sedar btapa besarnya
tnggungjawab bila dah bergelar suami or isteri..ana harap suatu hari nnt
ana mmpu mnjadi isteri yg solehah..ana nk jdik isteri solehah..yahoo!

artikel yg pnuh ngn ilmu..best cgt2 bc cz x boring...tiga kali ana
ulang bc..hehehehhe..mohon copy ek..nk sebarkn kt sahabat2 ana..
jazakallah
urs_andrian on November 01 2009 06:45:28

salam alaik,,

satu perkongsian yang menarik..


“Barangsiapa yang telah merasa sanggup (mampu) untuk berumahtangga, maka hendaklah ia bernikah. Sesungguhnya nikah itu lebih melindungi penglihatan dan lebih memelihara kehormatan. Dan sesiapa yang belum sanggup (mampu), hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat mengurangkan nafsu syahwat.”
(Hadith Riwayat Bukhari)


sesungguhnya ikatan perkahwinan merupakan salah satu cara untuk kita menjaga diri kita dari melakukan perkara2 mungkar,,

jzkk =]iluvislam
nur_fatin on November 01 2009 15:15:48

bismillah

salam

satu lg perkongsian yg amat bermaknaclapclapclap

jika kamu telah bersedia untuk berumah tangga maka laksanakan kerana perkara baik haruslah dipercepatkan...semoga terhindar drpd sebarang fitnah...

dan jgn lupa tingkatkan lg soleh dan solehah kta aminaminamin

mohon izin nak copygembira

assalamualaikum
Qisas on November 01 2009 15:45:23

assalamualaikum


nice article thumbs upclap2 thumbs up


"Apabila mati anak Adam itu, maka terputuslah amalannya, kecuali 3 perkara; sedekah jariah, ilmu yg dimanfaatkan orang, dan ANAK2 YG SOLEH/SOLEHAH YG MENDOAKANNYA." (HR Muslim) real sad


jadikanlah ianya sebagai MATLAMAT UTAMA kita di dlm menuju alam pernikahan, kerana doa drpd anak2 soleh yg bakal dilahirkan nnt, akan menjadi peneman kita semasa kita keseorangan di dlm kubur kelak. thumbs up
musleeya89 on November 01 2009 16:36:50

bismillah
assalamualaikum
alhamdulillah
Artikel ini bagus skali.........utk muslimin n muslimah ....
ana juga ingin berusaha mendidik diri mjadi wanita solehahgrindance....insyaAllah
ana sudah mempunyai calon seorg pendidik (ustaz)
doakn ana sama pasangan ana bahgia dunia juga akhrat insyaAllah

artikel ini bagus skali utk ana juga semua...clapthumbs up


waalaikumsalam
zaidkjg on November 01 2009 16:56:30

alhamdulillah,semoga allah menguatkan semngt saudara2 ku,doa2 saudara2 ku terkabul & mengukuhkan institusi islam dipersada donia gembira terus maju joyo dgn kelengkapan sebelum berperang (nikah) .nikah umpama turun ke medan perang,udah masuk ke medan jadi kena la lakukan dgn sepenuh hati,walaupun iman selalu turun naik,jgn mengalah dan terus doa,.,terus senyum2 sokmo,senyuman saudara2 penguat hati kami,semoga allah mempermudahkan jalan2 KITA,

peace no war,ISLAM BOLEH,



SEMNGT SENYUMAN SAUDARA gembira

ILUVISLAM SOKMO

KAMI BANGGA ADA SAUDARA2 SEKUAT KALIAN gembira Tkkan islam hilang didONIA.
hijabviolet on November 01 2009 18:33:19

assalamualaikum

Kerana erti syukur itu, adalah apabila kita menghargai pemberian dan kurniaan daripada Allah SWT untuk lebih mendekatkan kita kepada-Nya

very nice words
artikel yang sangat bagus
teruskan berkaryagembira
nsbh on November 01 2009 19:23:02

assalamualaikum
ingat! suami yang soleh untuk isteri yang solehah
thumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs up
fidz on November 01 2009 20:19:43

apa yang penting? ketenangan hati sesudah diijab kabulwink...
hilmanjamlani on November 01 2009 22:38:29

assalamualaikum
syukran...perkongsian yg bermakna....
azm...tunang,kahwin,bercinte.....music
nik nurfizah on November 02 2009 04:58:37

wink winkwink winkwink winkwink wink

clapclapclapclapclap
nazila on November 02 2009 10:53:59

assalamualaikum

nice artikel.

semoga kita menjadi insan yang soleh & solehah..,.

semoga Allah tetapkan iman dan taqwa kita semua...amin

semga mendapat suami & isteri yang solehah.............insyaAllah

amin
zatulmira on November 02 2009 14:17:25

mohon izin copy ya~~grindancegrindance
belalanghijau on November 02 2009 17:53:59

assalamualaikum

thumbs upthumbs upthumbs up.smg kite ambil pengajaran artikel ni...

sy ade knlan..sll citer mslah fmili dia..ksian dia..mak dia dl kn pakse kawen dgn ayh die..tp skrg dh ada anak 6 pn msh lg mak dia ungkt ksh lame...syik nk ddk tmpt laen..cmne nk tlg ek..mak die plak dgn org laen baik sgt2..ckp lembut2..sll bg nsht kat org..tp klu dgn ayah die..mmg mcm queen control..kesian ayh die..sobsobsobsob

tp ayah die ni baek hati..sy pn tak prnh jumpe org baek mcm ayah die..sll ayah die psn..klu cari istri jgn cari sbb cantek..tp biarlah yg sayang kite dan ade pengetahuan agama..wlau krg pgetahuan agama..ayah die still istiqamah dgn bnde2 baek..tp mak die sll ckp ayah die tak baek..mak die sll mrh2 pd ayh die..mak die tak dpt trm ayh die sbg suami die..mase muda2 dl asyk minta cerai jer...tp ayh die penyabar sbb ape nk tau...

sbb ayah die kate..mak dielah satu2 nyer pmpuan yg dia sayang dan cintai ktk dulu..jd ayah dia kena jg amanh ni stlah akad nikah..org2 kg pn tau ksh diorg ni..ade je wanita2 laen yg ksian dgn ayh die ni..tp ayah die tak berubah hati..tu lah kan..sbb sayang..ku sggp rintagi ujian yg mendtg...

mak die plak..mmg berpegetahuan agama tinggi jgk..klu dulu blh jadi ustzh fardhu ain..tp bab suami mak die mmg failed..ksian mak dia..smg allah sedarkan mak die kan..xtau nk tlg die mcm mane..klu ade shbt yg ade pndpt...blhlh bgtau...mcm mane kite nk sdrkn mak die ni...

ingat shbt2 skalian..tak akan cium bau syurga klu buat tak baek pd suami tambhan plk suami yg baek mcm tu..comfort

klu sy ddk kt tmpt ayh die..mmg tak lame hbgan suami istri nihduh...wallahualam...

sobsobreal sadhmm!sobsob
abe yie on November 02 2009 18:54:41

assalamualaikum
bismillah
alhamdulillah
byk ilmu y bleh di ambil dri artkl ni..
pray smga kita smua d bri ptnjuk o Allah..trutma dlm bab prkhwnn ni..
amin
mieqynne amriza on November 03 2009 12:31:52

bismillah assalamualaikum mmg best syukran....clap
dr_daie on November 03 2009 14:37:20

assalamualaikum

T.T pesan yang sangat bermanfaat...
anah adnan_91 on November 03 2009 17:55:37

Sememangnya fitrah seseorang lelaki akan menyukai perempuan, dan seseorang perempuan akan menyukai lelaki. Rasa suka, cinta, dan cenderung itu adalah fitrah yang tidak boleh dinafikan malah tidak perlu dinafikan. Apa yang penting ialah perasaan itu haruslah disalurkan dan dimanifestasikan dengan cara yang halal dan baik.

jdnya ade la branggapan c0uple tp 'islamic' 2 boleyh...
isk3...pabila keinginan menguasai diri....duh
m0ga diri xtrmasuk dlm golongan y zalim..amin
'menghalalkan y sedia haram'...nonono
pearl88 on November 03 2009 22:13:02

assalamualaikum

nice article...
semoga adib bhagia bersama akhie naim...
sory x g walimah korng bdua..
semoga kekal ke hujung nyawa..
yes
pearl88 on November 03 2009 22:16:43

assalamualaikum

nice article..

tahniah kepada adieb n akhie naim...
semoga berbahagia sampai akhir hayat..
sory x g walimah korang...
dah kawin dah yer adik akak ni...
semoga menjadi isteri yg solehah n jgn nakal2...

gembira
mujahid_islam on November 03 2009 23:35:27

assalamualaikum

article yg bagus..

mohon mtk copy..wink wink
enurmuslim on November 04 2009 14:56:39

assalamualaikum
tahniah bt pnulis...dgn peringatan2 yg terkandung dlm poste ni..smg smua mndapat manfaat..insyaAllah
to..blalang hijau..urm..berat masalah shabat anda ni..tapi flow crite lbih kurg dgn sy..
mak sy pun sllu mengungkit tg 'kahwin paksa' nya..shgga skarang ni pun kalau ade hal2 yg dia tak puas hati pasti akn mngungkit hal yg da berlalu lbih dr suku abad tu..
actually dulu mak jge da ade calon sndri..ayah pulak da 2 atau 3 kali ptus tunang..tapi thats why sllu org ckp..malah ade tertlis gak, manusia merancang..namun sglanya ditntukan olehNya..plihan mak tak drestui atok dan opah..and rombongan pminangn dr ayah ditrima..dan stlah 27 thn mak msh jge mngungkit crite lama..
pernah dpan kami ank2, mak mnta cerai dr ayah..Allah jugalah yg memelihara sgalaNya..
ape yg boleh sy ckpkan kat sini..bersbarlah dgn ujiannya..
stp yg diturunkan pasti berserta hikmah yg kita sndri tak tahu..wallahualam..dan sbg anak2..smetime kita perlu mnegur mne yg kita rs tak btul,even dorg adalh parents kita..saling membetulkan ksilapan msg2..insyaAllah mudah2an kita tergolong dalam kalangn insan2 yg sntiasa b'syukur..insyaAllah..
rieya on November 05 2009 16:44:38

assalamualaikum
good effort..!very like dis article..hop Allah permudahknku jln utk bertemu dgn jodohku..seorg lelaki yg dpt mengubah diriku menjadi seorg ank,wanita,&isteri yg solehah..yaTuhan..hambamu ini lemah,serigkali jatuh&bgun..then jatuh..bgun lagi..kuatkn la ht ini..tetapkn imanku..ampuni la dosa2 hambamu yg dlu..trima la taubatku..sesunnguhnye Kau Maha Mengetahui & Maha Pgmpun terhadap hamba2 Mu..real sad
asanah binti asjal on November 07 2009 00:15:42

assalamualaikum
wah mmg bestla....
apa2 pun doa & pertolongan Allah adlh sgala2'nya bg kta hamba'y...wink wink
saina on November 08 2009 10:07:35

assalamualaikum

Semoga KEREDHAAN ALLAH bersama kita dalam mencari jodoh......

Semoga kita semua memperoleh JODOH yg di redhaiNya..

Sy sendiri berdoa agar menjadi seorag isteri dan ibu yang menjadi penyejuk hati kepada suami dan anak2 saya.....insyaAllahcloud 9
sakinah_wardah on November 08 2009 15:49:33

assalamualaikum

betul tu, kalau rasa nak menjaga agama, kahwin la cepat2...
ni bercinta bagai nak rak, kahwinnya tak2 jugak...
alih2, dua2 kahwin ngan orang lain, macam mana tu...

jazakallah
Mohd Shahrul on November 08 2009 21:09:54

Artikel yang bagus dan baik...thumbs up
hokage on November 09 2009 11:28:57

salam,

DARI ABDULLAH R.A :DI ZAMAN RASULULLAH,KAMI ADALAH PEMUDA2 YANG TIDAK MEMILIKI

APA2.RASULULLAH S.A.W BERSABDA PD KAMI: "HAI PARA PEMUDA!SIAPA YANG MAMPU

BERUMAHTANGGA ,KAHWINLAH! PERKAHWINAN ITU MELINDUNGI PANDANGAN MATA DAN

MEMELIHARA KEHORMATAN.TETAPI SIAPA YANG TIDAK SANGGUP BERKAHWIN,BERPUASALAH,

KERANA PUASA ITU MRPAKAN TAMENG BAGINYA..

(HR BUKHARI)
mujahidah 1418 on November 13 2009 09:38:05

bismillah

nice article! satu lagi perkongsian yang menarik!
clapthumbs upgrindancegrin
adam hakim on December 17 2009 10:48:15

clapnice...
zulhakim89 on January 03 2010 00:10:57

assalamualaikum...

ana memang sependapat dengan tinta yang disajikan di atas,
cuma mungkin bezanya kurangnya ilmu dan pengalaman...
atas pendapat yang ini ana pernah mengusahakan untuk berkahwin,
sadnamun tidak dipersetujui oleh keluarga yang jelas sekali tidak bersama ana dalam hidup seharian ana

sebab ana
~belajar jauh dari keluarga...
~tidak bergantung dengan wang saku dari keluarga...
~hidup sendiri

my life almost is on my own...
ana juga merasakan diri ini terdedah kepada maksiat jika berterusan membujang...
namun setelah usaha dicantas oleh hampir semua pihak yang berkaitan,
ana sudah tidak berani untuk membuat apa2 usaha...
ana hanya menunggu gerak hati yang kuat dari istikharah agar yakin untuk memulakan apa2 tindakan...

persoalannya,
apa itu istikharah..?
bagaimana mahu mendapat petunjuk yang jelas dan yakin..?

sama2lah kita fikirkan...
jika ada pendapat sila komen yaa...help
wallahu'alam iluvislam
reynildafadhilah on February 21 2010 14:51:22

assalamualaikum,
mohon izin saya copy bhn dr cni..thumbs up
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer