Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 107
- Members Online: 30
- Total Members: 85,794
- Show Who's Online
- 26,101,906 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Oh Pasar Malam

Oh Pasar Malam
www.iluvislam.com
oleh : raf_03
Editor : doraemong13


Setiap orang di bumi Malaysia ni pastinya amat mengenali pasar malam. Satu perniagaan yang dilakukan secara kecil-kecilan,beramai-ramai serta agak tersusun. Pasar malam memang ada tarikan tersendiri bagi kebanyakan dari kita. Mana taknya macam-macam ada kat situ. Sampaikan pasar malam ini seolah-olah menjadi satu ikon kepada negara ini.

Pelancong dari luar juga tertarik dengan ‘keunikan’ pasar malam kita yang mungkin asing bagi tempat mereka . Namun, disini saya bukan mahu mempromosikan pasar malam sebenarnya. Saya ingin mencetuskan satu pemikiran tentang pasar malam ini. Yang mana kadang-kadang kita terlepas pandang dan tahu tapi buat-buat endah tak endah.


Suasana pasar malam

Dimana apa yang saya lihat ialah pasar malam ni agak tidak selamat terutama pada gadis dan wanita. Kenapa? Mari saya terangkan.

Seperti yang kita sedia maklum, pasar malam ini keadaanya memang ramai pengunjung. Kadang-kadang sampai berasak-asak. Pasar malam ini juga dikunjungi oleh semua golongan dan jantina. Pendek kata percampuran antara lelaki dan perempuan wujud didalamnya.

Berbalik pada dakwaan saya tadi. Oleh sebab itulah saya mengatakan pasar malam ini agak tidak selamat pada si gadis terutamanya. Ia disebabkan apabila keadaan sudah berasak-asak, kebarangkalian untuk sesuatu yang tidak diingini berlaku adalah tinggi. Dalam keadaan inilah insan-insan yang berniat tidak baik mengambil kesempatan untuk meraba-raba dan sebagainya. Mangsa pula sukar hendak membalas dan memarahi kerana keadaan masa itu yang ramai orang. Sukar untuk dipastikan siapa orangnya.

Kadang-kadang juga mangsa tidak perasan yang dirinya telah diraba. Disamping itu, jika seseorang itu memang tidak berniat untuk ‘mengambil kesempatan’, kebarangkalian untuk berlakunya pergeselan antara badan sukar untuk dielakkan. Disebabkan keadaan pasar malam itu tadi. Jadi, disebabkan ini tidak manis rasanya lelaki dan perempuan ter’gesel’ badan. Walaupun semangnya ia tidak disengajakan.

Selain pasar malam menjadi tempat orang untuk mengambil kesempatan meraba-raba,ada beberapa lagi kes-kes yang tidak mustahil terjadi. Ianya seperti penyeluk saku, culik anak kecil, dan sebagainya. Dalam keadaan ramai orang ni juga memudahkan pemangsa menjalankan kegiatan mereka.

Dalam hal ni kita seharusnya sentiasa ‘alert’ semasa berada di pasar malam. Dalam kes yang lain pula, keadaan di pasar malam juga memudahkan penculikan kanak-kanak berlaku. Biasalah dah ramai orang, penculik selamber je dukung seorang anak kecil tu lepas tu bawak lari. Orang sekeliling sukar dan mesti tak perasan. Walau dalam keadaan ramai orang pun, orang takkan perasan. Lagi-lagi kalau budak kecil tu menangis-nangis bila didukung penculik, orang akan menyangka itu adalah anaknya.



Bila seorang ibu tu perasan anaknya telah hilang, sukar baginya untuk mencari pada masa tu. Disebabkan ramainya orang dan tiada tempat untuk mengadu kehilangan anak sepeti yang ada di shopping-shopping kompleks. Nak buat announcement mana boleh… Jadi macam mana?

Satu lagi yang saya nampak yang tidak eloknya tentang pasar malam ini ialah ramainya peminta sedekah. Mereka bagaikan telah ‘bekerja tetap’ disitu. Apakah perasaan anda bila lihat keadaan seperti ini. Adakah kasihan? Rimas? Atau apa pandangan anda?

Pada saya saya agak kasihan pada mereka ini. Namun terfikir. " Eh, dari mana diaorang semua ni datang? siapa yang bawa mereka semua ni?" Itu sahaja antara beberapa yang saya nampak tentang keburukan dan bahayanya pasar malam. Namun bukan mahu memburukkan pasar malam. Pasar malam tu tempat orang nak cari makan bukan tempat maksiat terang-terangan.

Sama-samalah kita cuba fikir-fikirkannya. Mungkin ada tulisan-tulisan saya ini yang kadang-kadang kita terlepas pandang. Kita sebenarnya sedar namun buat-buat tak seberapa endah. Akhirnya, sesuatu yang perlu dibimbangkan tidak ada inisiaitf untuk mencari jalan penyelesaiannya.




30 Comments · 3723 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 20% [5 Votes]
Very Good Very Good 32% [8 Votes]
Good Good 24% [6 Votes]
Average Average 8% [2 Votes]
Poor Poor 16% [4 Votes]
Comments
urs_andrian on October 30 2009 06:26:07

salam alaik,,

setuju dengan artikel coz pasar malam is satu tempat yang kurang sesuai dikunjungi oleh kaum hawa dek kerna faktor2 yang dinyatakan diatas..

syukran..
jzkk =]
iluvislam
ar17 on October 30 2009 07:53:44

Salam...

nh just suggestion utk lelaki..
kalu nk pergi pasar malam,elok pakai baju lgn pnjg utk mengelakkan bersentuhan dgn bkn muhrim...
wlaupun x disengajakan, tapi perlu berusaha supaya xbersentuhan, ini perlu lebih dijaga berbanding "tergesel" bak kata penulis...

Salam ukhuwah,ni 1st post sy tata
IQ-WAN on October 30 2009 07:58:55

bismillah
assalamualaikum

bgus jgak topik nie....
nk suggestion ckit....
lbib baik x g psar malam sbb ia sbhgian drpd tempat maksiat.....
cbe saudara2 prhtikan mcm2 orng yang ade...

'tempat yang paling d bnci oleh ALLAH ialah pasar2 dan yang paling disukai oleh ialah msjid2"
iluvislam
wardatul_islami on October 30 2009 09:31:19

hmm! sy stuju dgn saudra iq-wan 2...
baik elak ke tmpat yg mmudaratkn kta.. kn selaamaat... huhu....
thank kpd pnulis krna tlah bkak mat sy psal nie...thumbs up
fayda_mahdiyah on October 30 2009 09:51:16

salam..
setuju dgn pendapat penulis..
tapi mungkin ada penyelesaiannya..
contohnya pasar malam bukanlah start bkk waktu malam..
diorang kdg2 da prepare sblm maghrib lg..
jd pd waktu tu mmg kurang orang nak dibandingkan waktu malam..
lg 1 kalau para wanita,gadis2 nk pegi pasar malam seeloknya pergi dengan pakaian yang sopan..
jgn fikir, "ala pasar malam jer..xyah pikir sgt la.."
ni pemikiran yang salah...
kt situ la lg kena jaga..
dan juga pegi biar berteman...yg muhrim yer..huhuhu...
oowwhh..pegi hnya beli apa yg perlu pastu terus balik,jgn nk merayau-rayau kt pasar malam..
huhuhuhu..hnya cdgn..klau ada apa2 tambahan atau percanggahan..kita nilai bersama..
penyair addin on October 30 2009 09:53:18

bagus artikel ko raf dah macam ceramah pencegahan jenayah..bagusclap
banyak berlaku benda ni tapi org ramai masih anggap biasa saja terutama peminta sedekah...ada sindiket yang menghantar mereka
Zamri90 on October 30 2009 10:27:34

assalamualaikum..
emm..topik yang menarik..
setuju dgn kate2 penulis..
kita kena "alert" di tempat2 sebegini..
bkan sahaje dipasar mlm pun...
tp dimana jua kita berada...mesti alert..
sbb kita x bole nak jangka ape yang akan berlaku..
BERINGATLAH SEBELUM TERLAMBATinsyaAllah
Luv_4_ever on October 30 2009 10:45:07

mmg....
kt cni ramai kaum hawa kne rogol...
kalo nk kuar pon kuar la dgn parents ke...
abg ke...
asben ke...
diba zuladi on October 30 2009 11:06:18

setuju sgt ngn artikel ni..
g pun perempuan pkai seksi2 kt psr malam 2..
mna x kna raba..huhu

"keadaan di pasar malam juga memudahkan penculikan kanak-kanak berlaku. Biasalah dah ramai orang, penculik selamber je dukung seorang anak kecil tu lepas tu bawak lari. Orang sekeliling sukar dan mesti tak perasan. Walau dalam keadaan ramai orang pun, orang takkan perasan. Lagi-lagi kalau budak kecil tu menangis-nangis bila didukung penculik, orang akan menyangka itu adalah anaknya. "

betul betul betul...yes
so sape yg bawak ank kecik 2 jga la elok2..comfort
fiza89 on October 30 2009 14:00:21

salam..

stuju la ngn artcle ni..yes
act,bkan kat pasar malam je..
if nek train,putra ker komuter ke..
if rmai org,mang berhimpit antra laki ngn perempuan yg bukn muhrim..
pastu nak kua plak mesti tersenth ngn yg bkn muhrim pdhal da cbe kecikn dr supy xberlnggr ngn dorg...
rse nak wat pengasingan jer..
gerabak ni tuk laki n gerabak yg len tuk perempuan..
huhu~~~sobsob
SYAFIQ SYAFIQA on October 30 2009 14:57:47

Satu lagi yang saya nampak yang tidak eloknya tentang pasar malam ini ialah ramainya peminta sedekah. Mereka bagaikan telah ‘bekerja tetap’ disitu. Apakah perasaan anda bila lihat keadaan seperti ini. Adakah kasihan? Rimas? Atau apa pandangan anda?




assalamualaikum, saya sekadar nak kongsi pndpt.. ttg peminta sedekah, sy stuju kdg2 mrka agk merimaskan, ttpi dari sudut lain, mereka memberi kita peluang utk bersedekah. mungkin sblm ni kta ssh utk bersedekah, ttp dgn adanya mrka, peluang bersedekah tu ada di dpn mata dan niatkn sja kpd allah s.w.t.. insyaallah di terima.. lg pun, sedekah kn slh satu amalan yg dpt menenangkan hati kita..

sekadar memberi pendapat, harap dibetulkan jika tersilap..praypray
allah is the best on October 30 2009 16:15:05

assalamualaikum

yes
ana sgat stuju ngan pndpat saudari/saudara syafiq syafiqa..
mmg rmai pminta sedekah dkat psar mlam nie
tapi diorang ada yg setengahnya ckup kaki tgan tapi knapa diorang x keja
hem,knapa ek?!
klau stakat nak minta sedekah,brapa sen sgat yg dpat..


hmm!hmm!
SYAFIQ SYAFIQA on October 30 2009 17:13:03

ermm.. btl apa yg awk ckp tu.. saudari/saudara "allah is the best"

"tapi diorang ada yg setengahnya ckup kaki tgan tapi knapa diorang x keja
hem,knapa ek?!
klau stakat nak minta sedekah,brapa sen sgat yg dpat.."

bg syala, mungkin allah nak tunjukkan dgn hamba2nya ttg betapa kita tidak menghargai nikmat pemberiannya, tubh bdn yg sempurna, akal yg waras.. dari situ mungkin allah nak kita belajar sesuatu..
org yg kurang upaya pun mampu bekerja sendiri bahkan ada yg lebih baik dr yg sempurna ni kan pula yg cukup sifatnya.. masih mahu meminta2..duh
waullaualam.. allah s.w.t yg maha megetahui..


sekadar memberi pendapat..pray
sweet_aishah on October 30 2009 19:59:04

ehm..PASAR MALAM....
dh lma dh saya perasan akn kenyataan ni.cuma xramai yg ambil endah.saya memang xsuke prgi pasar mlm memndgkn keadaanya yg bersesak2.tp psr mlm la yg plg mudh utk mencri keprluan pada satu2 mse.mcm mana pn kene la pndai2 jge diri..
desah on October 30 2009 21:56:55

bila baca artikel ni teringat pulak waktu tinggal dekat hostel duli.
warden tak pernah benarkan kitaorang pergi pasar malam.
padahal pasar malam bukanya jauh pun.
mungkin antara sebab2nya seperti di atas.
mula2 tu memang kitaorang bangkang habis2an. maklum sajalah, makanan kat hostel kan tak berapa nak selera.
tapi bila di pikir2 balik memang ada kebaikannya pun.
yuka_gurl90 on October 31 2009 11:20:14

salam...

sy dari dlu x suka pergi pasar malam...
Kalau family ajak macam2 alasan sy bagi...no
Sy x suka dengan suasana di sana...
Berserabut...Macam2 org ade kat sane..
AhmadZakiHusin on October 31 2009 13:30:20

ermm... ade ase kurang setuju sket... bab yg bergesel2 tu....
sy biasa temankan ibu pergi pasar malam.. memang la ade situasi bersesak2... tp pndai2 la cari ruang.... xkn la nk main langgar jer.. stakat ni saya pegi pasar malam.. xde pulak smpai tergesel2.... walaupun sesak.. still dpt elak... kita ada akal n fikiran.. so kita boleh pk ape yang terbaik utk kita... kita boleh cari penyelesaiannya... maaflah jika ape yang sy cite ni ade yg x stuju or bangkang gak.. tp kita manusia... kita dikurniakan akal fikiran.. so cari lah jalan terbaik utk diri sendiri.... "nak seribu daya, xnak seribu dalih"... SALAM....
muhd_evori on October 31 2009 15:27:53

salam..ana xbpe mnt kt psr mlm ni..bsk a dgn perfume y 'rkyt' psr mlm gne..ble blek umah msti kna slsema..hacuih..
syafiq88 on October 31 2009 19:56:35

Salam...

Pendapat ana, Mungkin betul klu pasar malam itu too crowded sampai blh berlaku kes meraba tu.
Tapi setakat ana penah pergi ke banyak pasar malam, tdk pernah secrowded mcm tu sekali. Sumuanya setakat mcm gambar kat atas sahaja.
Setakat gmbr di ats tu adalah tdk normal klu brlaku kes raba,bergesel or seluk saku.
Klu ada pasar malam smpai crowded mcm dlm LRT yg penuh, tu adalah kes terpencil sahaja.

Kes peminta sedekah itu adalah tiada kaitan dengan pasar malam. Ia adalah kes peminta sedekah itu sndiri. Tak blh dsebabkn peminta sedekah itu, pasar malam itu dikatakan tdk elok pegi. Sebab bukan pasar malam itu penyebab peminta sedekah itu. Ia blh berada dimana2 sahaja.
Pasar malam ni adalah bermaslahat. Malah dianjurkan agama kerana islam amat menggalakkan perniagaan. Jadi kena tgk pada kepentingannya. Tdk blh disebabkn hal terpencil semua pasar malam dikatakan tak elok pegi. Sebab semua tempat ada kemungkinan brlaku yg tak elok.

Wallahuaklam.
shira_mohd zainol on November 01 2009 00:57:34

salam..hmm..bukan kat pasar mlm jer..kdg2 dlm LRT bila time sesak..dahla sakit mata ngan aksi2..."pasangan yg berkapalan"..fuh sabar jer la...astargfirullah hal azimhelptata
firdaush on November 02 2009 12:51:56

salam,
setuju sgt dgn pendapat penulis kalau di lihat pasar malam, ada yang datang datang bukan untuk membeli sahaja tp di jadi kan medan tmpt menghias diri (terutama kaum hawa)
dengan pemakaian ala "amerika", ini boleh menyeronokkan peraba yang dahaga nafsunya beringatlah kaum hawa.no
siti140490 on November 03 2009 21:49:42

saya x setuju dgn penulis...... kenapa pasar malam nak dijadikan isu.... pasar malam tmpt org berniaga.... terutamanya kaum bumiputera.... kalau kita anti pasar malam pun janganlah menyalahkan sesuatu tmpt.... benda buruk kalau nak jadi kat mana2 pun boleh.... kat shopping kompleks ke, tandas ke, kat masjid pun boleh..... cuba fikir... kalau kita x beli dkt pasar malam siapa yg nak tolong kaum melayu khususnya islam??? so, pada pendapat saya, kita ada akal..... sama-samalah kita berfikir mana yang baik dan buruk... maafkan saya kalau terkasar bahasa......pray
dhanaz on November 04 2009 10:38:55

salam..

saya x berapa setuju..bergantung pada niatla..tempat bukan masalh, pasar malam diadakan untuk mencari rezeki.terpulang pada individu yang pergi pasar malam tuh..kat tempat saya pasar malam start pukul 6 petang..so x de masalah pasal kuar malam ker,maghrib ker..da beli balik lah umah..janganlah salahkan tempat nak cari rezeki tu sebagai tempat maksiat..sedangkan depan masjid pon orang boleh buat maksiat..sesuatu perkara x baik itu berlaku kerana individu itu sendiri...kalau pergi dgn niat yang baik maka baiklah jdnya tapi kalau niat tu menyimpang dari yang sepatutnya maka x baiklah jdnyer..sam2lah kt muhasabah diri..tapi x salah pendapat itu sebagai ingatan kt..thumbs up
Nur_Munawwarah on November 07 2009 10:02:01

Assalamualaikum wbt....

bagus artikel niii...betul tu coz ni adalah atas dasar pengalaman saya sendiri.
kalau kat kg dulu, saya jenis xsuka pg pasar malam kecuali kalau adik yg suruh temankn coz saya xthu nk beli apa...lagi bagus makan msakan mak kat umahgembira
tapi sejak stdy dirantau org ni (negeri org) suka lah jgk coz nk cari makanan, cari mknan negeri sendiri kangembira....tapi lain yg jadinye n tak terfikir dek akal coz perkara ni tak pernah berlaku di tempat sendiri....masa first2 pergi pasar malam (tmpt stdy) dah kena benda yg xsenonoh oleh seorg mamak yg kurang siuman lah kot (maaf) coz geram dgnnya. waktu tu bukanny malam tp siang...area jam 5ptg coz pasar mlm kat sini kul 3 dah start sampai kul 9 je...tgh duk pesan mknan tu tiba2 rasa lain mcm je kat blkang mcm org menghimpit2 bdn. terfikir jgk rasany xramai org..so teruslah pndang belakang.tiba2 ade sorg mamak ni xthu dia buat ape, tp bila pndang die, die trus lari n buat ded je...
tiba2 masa berjalan lg disekitar situ terpndang mamak yang tadi. dia buat sesuatu yg xsenonoh kat belakang sorg akak yg beli mknan kat satu gerai. mcm bergeser lah..saya nk tegur takut coz almaklumlah bukan tempat saya..takut dia bertindak diluar kawalan coz tgk die mcm siuman..so sy pandang dia lama2..n setelah dia perasan die terus lari dari situ n sambil pndang saya..mcm takut2..
selepas drp tu, saya sentiasa berhati2 bila berada ditmpat org ramai spt itu... so bila sy nk pg pun sy akan p awl2 ptg lagi coz sy nk cari mknan kegemaran sy yg ada kat situ je...
Mohd Shahrul on November 07 2009 12:48:32

Pasar malam?Tempat yang paling saya tak suka kunjungi...jika kita semua memang bersungguh-sungguh nak jaga mata,baiklah tak payah pergi pasar malam@tempat saya dipanggil pasar minggu...yes
naabeelaa on November 15 2009 18:29:00

Memang hakikat pasar malam tumpuan orang ramai.Bila dah ramai sangat orang berkumpul selain untuk beribadah kpd Allah maka banyaklah kejadian tak diingini akan berlaku.
syazeone on November 23 2009 17:45:24

salam..

haha raf_03 topic yang bagus...mye ramai yg amek mudah prihal nieh..hurm...
raf_03 on November 24 2009 19:51:55

erm baru hari ni perasan artikel ni dh dikeluarkan.
pada yang kata tak setuju dengan artikel ni biar saya jelaska sikit.
actually saya tak kata pun pasar malam ni la tempat yang xelok.
saya tak mention pn yg tempat tu yg xelok.

cumanya apa yg saya tulis di artikel tu adalah lebih kepada sekarar utk membuka mata semua tentang bahaya2 yg ada di situ. supaya kita berhati2 dan berwaspada.
supaya kita nampak apa permasalahan yg ada kt pasar malam tu. saya cuma mahu timbulkan kesedaran bersama.

so, apa yg dilihat 'risiko bahaya' tu marilah kita sama2 cegah dan atasinya. cth mcm bergesel tu lepas ni kita kenalah lebih berjaga2 terutama yg kaum hawa tu..
putera_biru on December 04 2009 16:59:33

assalamualaikum
aha !! btul tue..yes
nie da kmusykilan skit...
nape klu pasaQ malam time2 maghrib lagi ramai org ha?
mmm..org islam plak tue..musykil nie...hmm!
huhu..
siti nur rasyidah on December 11 2009 10:59:04

mungkin maklas sembahyang maghrib so,jln2 la.. tapi aq x tuduhla. hahahahahaahhagrindance
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Menghairankan sekali,orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari,tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun."
spacer