Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 106
- Members Online: 30
- Total Members: 85,794
- Show Who's Online
- 26,101,900 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Jangan Malu...


Jangan Malu Menuntut Ilmu
www.iluvislam.com
Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam
editor : almusafirq8



عَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ فِي الْمَسْجِدِ وَالنَّاسُ مَعَهُ إِذْ أَقْبَلَ ثَلَاثَةُ نَفَرٍ فَأَقْبَلَ اثْنَانِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَهَبَ وَاحِدٌ قَالَ فَوَقَفَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَرَأَى فُرْجَةً فِي الْحَلْقَةِ فَجَلَسَ فِيهَا وَأَمَّا الْآخَرُ فَجَلَسَ خَلْفَهُمْ وَأَمَّا الثَّالِثُ فَأَدْبَرَ ذَاهِبًا فَلَمَّا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ عَنْ النَّفَرِ الثَّلَاثَةِ؟ أَمَّا أَحَدُهُمْ فَأَوَى إِلَى اللَّهِ فَآوَاهُ اللَّهُ وَأَمَّا الْآخَرُ فَاسْتَحْيَا فَاسْتَحْيَا اللَّهُ مِنْهُ وَأَمَّا الْآخَرُ فَأَعْرَضَ فَأَعْرَضَ اللَّهُ عَنْهُ.


Maksud Hadith :

Daripada Abi Waaqid Allaithy R.A, sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam ketika mana Baginda sedang duduk di dalam masjid  bersama-sama dengan kumpulan manusia (para sahabatnya dalam majlis ilmu)
, tiba-tiba datang tiga orang, lalu dua orang terus menyertai majlis Rasulullah salallahu alaihi wa sallam dan seorang lagi pergi begitu sahaja(tanpa menyertai).Lalu kedua-dua orang itu berdiri (dekat halaqah), maka salah seorang daripada kedua itu melihat ada ruang kosong di dalam halaqah ilmu tersebut lalu dia duduk di situ, manakala yang keduanya hanya duduk jauh di belakang mereka dan manakala yang ketiga pula terus memalingkan punggung dan beredar pergi. Maka apabila Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam selesai ( memberi pengajian),
lalu Baginda bersabda :
Mahukah kalian aku khabarkan tentang hal orang bertiga itu? Maka yang pertama itu dia bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu, maka Allah melapangkan tempat untuknya, manakala yang kedua itu dia berasa malu ( tidak bersungguh-sungguh), maka Allah juga malu daripadanya(tidak memberinya ilmu yang banyak) dan yang ketiga itu dia berpaling dari Allah, maka Allah juga berpaling daripadanya (tidak mengendahkannya).

Hadith riwayat Al-Bukhari no: 64 , dengan lafaz daripadanya.



Keterangan ringkas:-

Orang yang hendak mendapatkan ilmu itu mesti bersungguh-sungguh memberikan perhatian kepada ilmu. Hendaklah dia berusaha semampu mungkin dengan daya yang dimilikinya untuk mendapatkan ilmu. Jangan malu untuk belajar dan jangan malas. Seseorang itu hendaklah mempunyai hati yang cekal dan tabah. Sentiasa menggunakan kesempatan yang ada untuk menambahkan ilmu. Tidak perlu disuruh untuk belajar tetapi dia memang sentiasa siap sedia untuk belajar menimba sebanyak mungkin ilmu apabila ada kesempatan. Maka dengan kerajinan dan perhatian yang tinggi itu dia akan dapat mengumpulkan ilmu sebanyak mungkin.


Adapun mereka yang malas, mudah patah semangat, tidak berghairah dan sentiasa menunggu dorongan daripada orang lain, maka orang yang seperti ini jarang sekali dapat berjaya dalam usahanya mencari ilmu.

Jadi, sama-samalah kita betulkan niat, semaikan azam, dan bina semangat yang tinggi untuk berusaha mencari ilmu. Insya Allah.


Sumber
: Artikel ini disunting dan diolah daripada buku Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu dan Ulama karya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam.- editor



31 Comments · 7758 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 86% [19 Votes]
Very Good Very Good 9% [2 Votes]
Good Good 5% [1 Vote]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
nik nurfizah on October 29 2009 05:42:10

wink winkwink winkwink winkwink winkwink winkwink winkclapclapclap
urs_andrian on October 29 2009 06:14:29

salam alaik

ilmulah harta yang paling bernilai walau tiada harta kekayaan wang ringgit. dengan ilmu jua lah, martabat sesuatu bangsa dapat dipertingkatkan..

jzkk =]
iluvislam
firra on October 29 2009 07:32:47

assalamualaikum
"Adapun mereka yang malas, mudah patah semangat, tidak berghairah dan sentiasa menunggu dorongan daripada orang lain, maka orang yang seperti ini jarang sekali dapat berjaya dalam usahanya mencari ilmu."
yes
2 thumbs up
wardatul_islami on October 29 2009 11:07:49

assalamualaikum
clap a good article...
thank buat pnulis.. hurmm, cri ilmu, tmbah ilmu sbnyak mgkin,..
lbih2 lg d usia muda nie.. tp, sy takuut.. tolooong..!!sad
"aku cri ilmu bkan smata2 nk exam..tp knape pas exam,
sume bnda yg blaja hilang,bukan smua hlang laa..ke x berkat.."no
aku syg ilmu2 2.....
real sad help meee..
marmin on October 29 2009 11:37:44

ilmu sngt penting dlam kehidupn kite..
marilah kita mengejar seberapa bnyk ilmu didunia ini..
moge dpt dimanfaatkn dengn berguna.. grindance
chya mtaku89 on October 29 2009 12:14:49

2 thumbs up
dia bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu, maka Allah melapangkan tempat untuknya,
pray
kiranamyarin on October 29 2009 13:25:39

sungguh kena pada waktunya...kami mau exam tp mcm malas mau belajar,bila baca artikel ni sedar yang jika mau kejayaan kene berusaha...
fadsana on October 29 2009 14:11:45

satu teks yang bagus....
untuk pendapat kebahagiaan dunia dan akhirat mesti kena ada ilmu.
orang yang berilmu mempunyai darjat disisi allah s.w.t.
secret whisperer_90 on October 29 2009 15:54:31

grindancesukenyer bace artikel ni..smakin berkobar2 nak belaja..menuntut ilmu itu jihad...thanks sebab menyiarkan artikel niclapthumbs up
wardatul shaukah_89 on October 29 2009 20:07:21

assalamualaikum......

ramai student sekarang ni yang belajar semata2 kerana exam,n juga kerana nk dapat pointer yang tinggi..huhu..real sad
tuntutlah ilmu semata2 krn Allah..ikhlaskan niatmu wahai sahabat2ku..
cuba 'check in' semula hati kita...
moga2 ilmu yang kita pelajari diberkati Allah n kekal selama2nya...amin

"berjuang memang pahit,kerana syurga itu manis"....gembira
mawwar_sakinah on October 29 2009 20:45:20

assalamualaikum
time2 dkt exm bila bc artikel ni rasa semangat nk
stdy..hehehehe...slalunya xstdy cgt pn...
stdy+tidoq= stido..hehehehewink wink
chaiyokkkk2...!!!!stdy, stdy, stdy...
Ya Allah, bntulah daku mngejar cita2 ku
dan x lalai dlm muntut ilmu...
amin..
cikgu siti on October 30 2009 01:12:06

satu artikel yg bagus terutamanya skg ni dah start demam final exam. mcm pensyarah sy pernah cakp klu usaha kit setakat 50% so kita juga akan dapat markah 50% gak dalam exam. bgtulah sebaliknya. usahalah selagi termampu bak kata2 yg sering kita dgr 'berjuanglah jwb exam sampai ke titisan dakwat pen yg terakhir".grindancegrindancegrindance
nymoz on October 30 2009 02:39:20

assalamualaikum
thumbs up
ikhlas.ssh dicari. cat
fatin adilla on October 30 2009 08:44:02

assalamualaikum
thumbs up
good article...
ilmu i2 pelita hidup kita...
tuntutlah ilmu wahai sahabat2 ku
muslihah SAMB on October 30 2009 10:03:04

assalamualaikum

pd yg nak exam/pekse/imtihan ker...apa2 yang sm makna dengannya...sy nak kongsikan kata2 ms sy syudy dulu..sorg penceramah kata,:
kita kene..:
1)jaga hubungan kita dengan ALLAH (sangat penting)antaranya solat jangan tinggal..
2)jaga hubungan dengan Guru2 (jangan bersangaka buruk n minta dihalalkan ilmu@ sbgnya)
3)jaga dengan mak ayah (minta maaf nrestu..minta doakan moga dipermudahkan..)
4)jaga juga hubungan dengan kawan2..(kadang2 kita tak tau ada kawan2 yang terasa hati dengan kita..samada sengaja atau tidak..so apa kt minta jer maaf..tak rugikan..

tp bukan waktu nak pekse jer...cb amalkan dalam kehidupan insyaallah berkat..hidup kita pun bahagia n grindance happy..
ahm@df@iz on October 30 2009 19:37:01

assalamualaikum*
iluvislam
"dgn ilmulah kta dpt mencapai kebahagian di dunia n akhirat..."thumbs up
sweet_aishah on October 30 2009 20:03:14

best..suke bce hadith ni..lbh2 lg bile saya rase fedup nk study,..huhu
grindance
nsbh on October 30 2009 21:47:18

betul la lepas ni ana takan malu bertanya lagi! suke la hadis nie!grindancegrindanceyes
cahaya91 on October 31 2009 00:11:40

masyaAllah
sangat tertarik dengan hadis nie..

mungkin lepas nie saye akan lebih mencintai ilmu daripade sebelumnye..thumbs up
Excel_93 on October 31 2009 11:43:32

bismillah..assalamualaikum...NI tuntut ilmu akhirat p ngaji,tadah kitab2 agama ke or termasuk ngan ilmu dunia..contoh cam medic ke,chemist ke?termasuk skali x?hmm pelik je soalan sy nie..anyway nice article..
almusafirq8 on October 31 2009 20:50:00

salam...

Ilmu itu luas...maknanya pun luas..

Ilmu fardu ain wajib dituntut bagi semua orang islam..
Ilmu utk mengerjakan perkara yang FARDH KIFAYAH pun wajib dituntut bagi mereka yang diberi kebolehan dan kepandaian oleh Allah...
Jadi semua itu termasuk dalam hadith tersebut...selagi mana ilmu itu membawa kebaikan dan manfaat bagi diri dan juga Umat Islam....yang penting ikhlaskan niat...iluvislam

insya Allah....
mustaqim7 on October 31 2009 23:08:48

assalamualaikumbismillah jadilah orang yg suka kepada ilmuaminiluvislam
una on November 01 2009 17:52:07

hurmmm....artikel ni telah mengetuk sudut hati ana...
ana ade prob...
skang ni ana tgh blajar kat unvrsiti....
masalahnye, ana x leh nak jadi serajin shbt2 ana...
ana cepat rasa jemu n buntu.. tp ana x kacau sape2 la
akibatnya shbt2 ana dah x ajak ana untuk study same2...
adakah ana dikira sebagai seorang yang x sungguh2 dlm menuntut ilmu..?sadhelp
firdaush on November 02 2009 12:39:55

assalamualaikum
orang yang berjaya didunia kerana ilmunya,
oarang yang berjaya di akhiraT kerana ilmunya'
orang yang berjaya kedua-duanya kerana ilmunya.cloud 9
saidina on November 02 2009 22:36:03

assalamualaikum
marilah kita mncari ilmu dgn brsungguh2....supaya Allah memudhkn sgala urusan kita dlm mncari ilmu...
ilmu pnyuluh kegelapan..
ain chan on November 03 2009 21:21:40

ilmu penyuluh hidup....grin
naruto_yondaime on November 04 2009 17:23:52

assalamualaikum


ilmu tu pelita hidup.tapi la ni orang pakai pelita lagi ka??????????????????hmm!hmm!hmm!sobsob
Mujahid Sejati on November 05 2009 14:27:32

jazakallah
sakinah_wardah on November 06 2009 01:41:23

assalamualaikum

pasal malu ni, kadang2 saya pun malu nak bertanya...
so, apa yang penting, niat kita ikhlas untuk belajar kerana Allah...

amin
nurana_tg on November 17 2009 20:21:03

assalamualaikum
klu malu menuntut ilmu...sampai ke tua mungkin kita tak berilmu...klu hidup seribu tahun pun tak gune...wink wink
AINUN NAHJAN AHMAD on December 30 2009 11:55:35

ana sebenar nya seorang yang pemalu, bayak tugasan yang diberi oleh pensyarah sukar di lakukan kerana faktor malu untuk bertanya dan berjumpa dengan lectures.tetapi lepas membaca hadis Nabi ana akan berusaha untuk memperbaiki diri ana.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
" Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah."
spacer