Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 63
- Members Online: 17
- Total Members: 85,796
- Show Who's Online
- 26,108,128 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Mencarut Mencarut Mencarut

Mencarut Mencarut Mencarut
www.iLuvislam.com
Oleh: ibnulatef
Editor: ibnulatef

 

http://zhafrie.files.wordpress.com/2009/09/mulut.jpg

 

Salam,

Entri ini ditulis berdasarkan keadaan semasa. Saya sebagai manusia biasa pun pernah mencarut. Tetapi sekurang-kurangnya, saya tidak jadikannya sebagai bahan rutin yang dikeluarkan dari mulut anugerah ALLAH.

Mulut ini dicipta oleh Allah adalah untuk mengatakan perkataan baik seperti membaca quran berzikir, berkata benar dan sebagainya. Mencarut bukan benda yang main-main, ALLAH sangat membenci orang yang suka mencarut. Malah Rasululullah sendiri pernah bersabda dalam hadith di dalam sahih Muslim :

Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kami orang yang menampar pipinya, mengoyak-ngoyak saku bajunya atau berdoa dengan doa orang-orang jahiliah

Berdoa dengan doa orang-orang jahiliyah yang dimaksudkan di hadith tersebut ialah mencarut. Bayangkanlah kebencian rasulullah terhadap orang-orang yang mencarut sehinggakan baginda tidak mengaku umatnya. Mampukah kita selamat diakhirat kelak tanpa mendapat label sebagai seorang umat rasulullah.

Cukupkah amalan kita untuk masuk ke syurga jika rasulullah tak mengaku kita sebagai umat? Syafaat (privillege) umat rasulullah amat besar di akhirat kelak, maka rugilah kita sebagai umat rasulullah secara automatik, tidak diakui oleh rasulullah sebagai umatnya.

Mencarut boleh jadi dalam berbagai bentuk, boleh jadi dalam bentuk percakapan bahkan untuk zaman yang serba canggih, internet dan komputer ini, penulisan di blog ataupon di laman2 web sosial seperti Facebook dan sebagainya menjadi media untuk mereka meluahkan perasaan mereka. Semakin lama semakin mudah untuk kita mencarut. Sehinggakan seorang yang bisu, buta pon boleh mencarut.

Ingatlah sahabat, perbuatan yang keji dan terkutuk ini tak sepatutnya ada pada kita sebagai umat islam dan umat rasulullah. Hidup kita takkan menjadi berkat jika kita dibenci. Bukan hanya dibenci orang, malah ALLAH dan RasulNya pon membencinya. Mana lagi ruang kita nak cari untuk mencari keberkatan?

Dari keberkatan lah kita akan dapat kebahagiaan dunia dan diakhirat, kebahagiaan rumahtangga. Masakan isteri atau suami kita menyukai kita mencarut? selesa dengan cara hidup kita dengan mencarut? Kebahagiaan melalui perkataan carutan? Ada ke? Fikirkanlah wahai sahabatku.

Memang sedap dan puas hati bila kita mencarut. Saya sendiri pun tak menafikannya. Malah saya pun pernah merasainya. Tapi kebaikannya hanya terbatas setakat itu sahaja. Malah keburukannya berganda-ganda banyaknya.

Tak perlu disebutkan lagi keburukan, anda sendiri dapat fikir. Masing-masing berpelajaran tinggi. Tambahan pula, banyak keburukan telah saya sebutkan samada secara langsung atau tidak di awal artikel ini.

Syaitan tak pernah putus asa dalam menggoda kita untuk melakukan perkara yang dilarang. Ingatlah, syaitan lebih senang dan suka hidup bersama mereka yang mengikuti godaan mereka.

Dibenci Allah, Rasul dan masyarakat tetapi disukai syaitan? Adakah itu pilihan kita? Jika itulah pilihan kita, terpulanglah.

Jadi, sahabat-sahabat yang membaca artikel ini, marilah kita berubah ke arah kehidupan yang lebih baik. Niat artikel ini ditulis ikhlas untuk menarik diri ini dan sahabat-sahabat sekalian supaya kembali ke jalan yang diredhai Allah.

Kita nak hidup cool, macho, chill, urban, sempoi, chic or wutever term boleh, tapi ada batasannya. Saya sendiri pun suke kehidupan sempoi-sempoi. Bak kate Mawi, dunia, dunia jugak akhirat jangan lupe. Mintalah berubah jangan jadikanya sebagai rutin.


Jazakumullah,

ibnulatef

Leeds

26.10.2009


Sumber : thahalatef.wordpress.com



50 Comments · 8235 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 25% [7 Votes]
Very Good Very Good 54% [15 Votes]
Good Good 18% [5 Votes]
Average Average 4% [1 Vote]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
mujahid95 on October 27 2009 07:45:43

assalamualaikum
sy x berapa phm le..
apa tu mencarut..menguap ke?hmm!
sinar mawaddah on October 27 2009 08:27:54

Salamunalaik wbt..

Hmm.. xsangka laks nta leh "skepala" dgn ana dlm bab nih.. cz ana pn ada mgulas tentang "mencarut" kt weblog ana pg last week di -> http://anamuslimat.blogspot.com

Secara kbetulan, apa yg kita cuba smpaikn adalah sama. ana hrp akn ada prubahan pd mreka yg suka mencarut. wallahua'lam n insyaAllah.. pc
izjat on October 27 2009 09:56:54

banyak perkataan mencarut ni dilemparkan, budak2 pun sudah pandai mencarut2 ni
janganlah kite hina/kutuk. puji dan baik sangka terhadap sesama insan
comfort

--------------------------------
www.layan4u.blogspot.com
qalbun on October 27 2009 10:30:57

erm...mntak penjelasan...
mencarut 2 ap sbnarnya???
yg sy fhmlah ianya same ngan mngumpat ker??
hmm!
urs_andrian on October 27 2009 10:44:31

salam alaik

tq untuk perkongsian ini,,

iluvislam
nurul huda izzati on October 27 2009 10:44:40

clapclapclapclap

sweet sharing...cloud 9
seriku su on October 27 2009 10:52:34

salaam..

mencarut tu kata2 tidak enak didengar dan membawa kepada mksud yang tidak baik. walaupun pada hakikatnya kita hanya menyebut nama haiwan seperti ba alif ba ya, tp tujuan kita menyebutnya adalah utk mengungkap rasa tidak puas hati lantas secara tidak sengaja kita dah jatuhkan darjat orang yang kita x puas hati tu ke darjat haiwan itu.

lain2.. ada juga yg dicarut itu alat2 sulit pada diri manusia tetapi dalam bahasa pasar. huhu..

terpaksa menerangkan dengan penuh hati2.. takut diri pula yg mencarut.. hehe~
luqmanrashid on October 27 2009 11:01:22

wah..makan dalam rupanya. ana pun terkadang terlepas mulut dgn perkataan spt s**t!
tp dulu mmg kerap ana mencarut, skg dah tukar gaya dgn beristighfar..tp kadang2 kita terlepas mulut..sad
nur_saujana on October 27 2009 11:13:44

assalamualaikum
ye sy pun bsetuju dgn artikel ni..
kte sbg umat islam sharusnye mnunjukkan contoh yg baik kpd msyarakat..
salah 1 dari caranye ialah dgn mjaga pcakapan..

setahu sy..mcarut tu bleh di ertikan sbg mgeluarkan kata2 yg kasar/mnyumpah seranah (tlg pbetulkan jika sy silap ye..)wink
walau bagaimana sopannye pakaian kita..tp jika dari segi pcakapan tidak di jaga..
keperibadian tetap akan nampak x elok dan ada cacat celanye..

pd pdapat sy..slh 1 sebab org mcarut ni..mgkin mereka tidak sedar yg pbuatan mereka tu adalah salah..oleh kerana org di sekeliling mereka sudah biase bbuat begitu, mereka m'aggap ia adalah normal..

kadang2 rase kesal dan kasihan melihat mereka yg berbangga apabila mcarut..adakah mereka fikir mcarut itu adalah bukti mereka bsifat berani?

bg sy..sharusnye ia di kawal dr umah lg..
ibu bapa tidak seharusnye mgeluarkan kata2 yg kesat di hadapan anak2..
abg dan kakak juga bleh memainkan peranan utk menegur adik2 mreka..
jika kita mbiarkan shj, mereka akan m'anggap yg kita mrestui ape yg mereka pbuat..

tegur secara bhikmah supaya mereka sedar keburukan mencarut tu..
terangkan pada mereka ape keburukan2 nye..supaya mereka paham..
rsenye lebih mudah jika ia telah dididik dr kecil lg..
ajar anak2 cara berkesan untuk mlepaskan prasaan marah dan tidak berpuas hati dgn cara yg btul..sebagai alternatif kepada mencarut..
jika didikan telah sebati dlm diri..
insyaAllah walau mereka bgaul dgn org2 yg mencarut skalipun, mereka tidak akan mudah tpengaruh untuk turut mlakukannye..
chya mtaku89 on October 27 2009 11:56:59

dlu tyme kcik2 pnh gak mncarut2 ni
trpgaruh ngan kwn2duh
pdhal xtaw pown bnde pe,men ikowt je org ckp
klu rs marah sgt o nk mncarut, cpt2la istighfar..
gntikan dgn zkir lg bgos
phle pown dptinsyaAllah
armiza on October 27 2009 13:04:26

risau kadang2 pernah terdengar budak 5thn dh pndai mencarut...real sad
akrimimathwa on October 27 2009 13:58:10

salam

yang paling aneh bagi saya, perempuan yang mencarut.

saya selalu terjumpa dengan jenis wanita sebegini.

pakai cantik2, make up tebal2, control itu ini, kononnya 'bulu ketiak', 'taik hidung' tak boleh disebut sebab benda2 kotor.

tapi apabila mencarut either in english or malay boleh plak.

perkataan seperti celaka, sial, dan sewaktu dengannya seperti zikir harian plak.

jangan jadikan mencarut sebagai amalan harian.

jaga muka, jaga pakaian, jaga mulut, jaga hati.

wallahua'lam.
Mrkira6 on October 27 2009 14:33:26

artikel yg bagos.
tq for sharing~alhamdulillah
NJ maniac on October 27 2009 15:12:23

assalamualaikum

saya bersetuju dengan pendapat pendapat di dalam artikel di atas.
marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri ini. dan ubahlah apa yang patut kita ubah dan perbaiki
nur_fatin on October 27 2009 16:12:19

bismillah
assalamualaikum
artikal yg sgt menarik untuk dikongsi sesama kta..
tahnia kpd penulis, byk manfaat yg kta ble dpat..
ini dpt memprbaiki lg diri kita..
oleh itu renung dan fikir-fikirkanla..
semoga nur Allah sentiasa bersama kita


amin


salam ukhwahwink wink
IQ-WAN on October 27 2009 18:26:53

Assalamualaikum.....menarik jugak topik nie.....kite tengok skang nie benda nie macam dah sebati dalam hidup kite...bkn saje orang dewasa . insyaAllahkadang-kadang budak-budak pun dah pandai mencarut..tu sume sebab terikut-ikutlah tu....jadi mari same-same kite menjaga tutur kata kite daripada menyebut benda yang x elok.....
saffiya_nur on October 27 2009 19:14:43

assalamualaikum yesterima kasih saudara atas amaran dan peringatan ini...semoga pesanan dalam artikel ini dapat mmbntu memperbaiki amalan sayer sendiri serta teman2 tersyg yang lainpray..semoga kita terus mengamalkan prinsip amar ma'aruf dan nahi mungkar..amintata
sweet_aishah on October 27 2009 19:29:51

ehm mencarut...
bdk2 zaman sekrg telh menjadikn mencarut sebagai budaya dan cara percakapn mereka..
rasa2 ny ketika kecil2 dulu ibubapa telh melarg daripd mencarut..
tp entah la..seboleh2 ny jauh kn la dr mencarut..insyaallah..sama2 kite rengkn setiap patah kata yg diucapkan dalam khidupn seharian..wink wink..
amjai on October 27 2009 21:06:35

assalamualaikum
mntk izin share ye tazkirah ni?help
nk d'sebarkan kpd sahabet2 len...wink
jazakallah
amin
ummu syura on October 27 2009 21:09:04

jadi bagi mereka yang tulis cakap tuttttt..macam bunyi telefon enggaged ataupun video yang memaparkan babak mulutseseorang individuduh kena sensored juga dikira seperti mencarut???
srikandi Rasulullah on October 27 2009 22:16:41

assalamualaikum

Alhamdulillah...1 lg perkongsian yg sgt bernilai...

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda: " salah satu daripada lubang neraka itu adalah

mulut"....
hufazz on October 27 2009 22:27:11

ana pon mencarut gak...setakat bodo..je la....yg kuar t pon kalau geram sgt2 with someone...klu x...xmncarut pon...


anyway nice artikelthumbs up
faka91 on October 28 2009 00:16:15

Pengaruh persekitaran mungkin faktor penyumbang yg terbesar dlm hal ni...
anyway secebis perkongsian...
Bila carutan jatuhkan imej Islam sendiri!

http://tanya-ustaz.blogspot.com/2009/09/akhlaq-kita-jalan-raya-internet.html
ibnulatef on October 28 2009 00:18:30

salam,

Terima kasih atas sokongan rakan2 sekalian atas artikel ini. Kepada sesiapa yang ingin copy n paste di blog atau dimana2, silakan. Pastikan beritahu sumbernya dari Iluvislam.com ni. Indirectly kita promote web kesayangan kita ni kan, dan berdakwah juga.
lavender biru on October 28 2009 02:03:39

assalamualaikum
mula2 x phm jgk apa mksd mencarut nie...
itz means....menyumpah ssorg ke?
correct me if im mistake
cloud 9
sis_capri on October 28 2009 13:05:14

assalamualaikummasyaAllahclapclapclap
alin_128 on October 28 2009 14:23:20

mujahid95, perkataan mencarut itu tidak kurang juga seperti mengatakan perkataan2 yg tidak berfaedah..

saya amat bersetuju dengan artikel ini..
sama2 lah kita kembali ke jalan yg benar..jalan yg diredhai Allah s.w.t
insyaAllah
Syilling on October 28 2009 15:18:00

mencarut ne asal perkataan mana yep??
saladeen91 on October 28 2009 16:05:52

alhamdulillah
jauhlah sikap mencarut ni...
bt skit hti orang lain jer,,,
mcm mna nk erat silaturrahim...
iluvislam
Az-Zahratul Hilwa on October 28 2009 16:06:17

bismillah
assalamualaikum
clap
alhamdulillah bgus jg ad pringtn mngenai topik ni..
ya Allah..ana pn bkn mudah mncarut dn slh satu pntg ana adlh dgr kwn2 atau sape2 yg mncarut..
hm..kalau dlu msa jahiliah..tika marah ta trthn..dgn mudah lidah trsasar tujuan..
tp kini,saat sedar malaikat di kiri akn rekod khilaf diri..alhamdulilah..ana bkn lg klgn org yg biasa mncarut..kdg2 ibu bapa pn ad yg lepas ckp smpi ank pn turut ucp..

lgpn,benar kata penulis..
tiada manfaatnya..yg ad hnyalah pndgn negatif insan skeliling,dan Allah yang terutamanya..trhadap empunya mulut,
lgpn sifat suka mencarut ni akn mnjauhkn org rmi dn mnunjukkn betapa rendahnya akhlaq insan itu skalipun tgi kdudukannya d sisi mnusia sejagat..
wallahua'alam..
mga dijauhkn dr insan yg ta trjaga mulutnya ni.. amin
hikoseijuro on October 28 2009 19:38:49

Sama2 kita jaga lidah dari perkataan2 yang tak elok. Kalau dah terbiasa sangat mencarut, bimbang nanti jadi sebahagian dari ucapan seharian.Bila terasa nak mencarut tu, cepat2 tukar kepada 'Ya Allah' atau 'Astaghfirullah' dan seumpamanya. gembira
leeya mawaddah on October 28 2009 22:34:51

assalamualaikum
thumbs up iluvislam
azri_90 on October 29 2009 00:34:17

assalamu'alaikum...
alhamdulillah artikel yg bgus..
sy rse masalah mencarut smakin menjadi-jadi skrang..
terutama remaja2 bahkan budak2 pun dh ada...
alhamdulillah ALLAH s.w.t. telah melindungi sy dari prkara buruk ini...
sbnrnya mereka mudah terikut2 dgn rakan mrka..
pada pengalamn sy,bg mereka dgn mencarut dpt meluahkn
perasaan marah..
ini sudah menjadi budaya remaja2 terutama yg masih bersekolah..
oleh itu, sme2 kte mencegahnya dari akar umbi spya melahirkn insan yg indah bahasanya
dan indah akhlaknya...
amin
hilmanjamlani on October 29 2009 04:15:30

assalamualaikum
umat skrg nie pljrn tggi,aml sikit...dh 2 x istiqomah...
zmn shbt dlu asbb yakin drg tggi,ilmu sikit tp drg aml sgguh2 dgn pnuh istiqomah dan yakin....
klu mencarut 2 mksudnye mengeluarkan kte2 kesat....alhamdulillah
utk org y berpelajaran tggi 2 sy rs y tggi 2 ilmu dunie kot...
x pun dh tau bt jg...
ilmu tnp aml rugikan...?!?!
knp plh mencarut klu ad yg lbh baik utk dilfzkan(zikrullah)...
nie dpt musibah sikit,bukan ckp alhamdulillah tp mulelah kluar 'perkataan2" 2...
lgpun klu biasekan,mmg xbeklah...buruk dipndg org...lg2 klu muslimat,sakiiit....
islam agme yg indah...sy tgk bnyk y mencarut nie dlm klgn umat islam...
lbh menyedihkan ad yg budk umo setahun jagung dh pndi mencarut masyaAllah
sy budak bru bljr,klu slh tlg btolkan....akhr komen,ap istlh klu yg org yg mcm lpe dunie 2 ble disergah(biasenyelah)...besenye berlaku dlm klgn org2 lbh berusie,yg mude2 2 rsnye ngade2 je kot...klu yg e2 blhke....?!?!hrp pndgn dr shbt........praypraypray
ellia_geogzz on October 29 2009 07:10:53

assalamualaikum

saye pon tak suke owang mencarut nih....no

sakit btol telinge nih dengr....kadang tuh...sedeh...tgok ade kawan saye...

muke cantik2...tpi suke kluakan perkataan kotor tuh....

kan banyak lagi perkataan2 baek yg kite boleh cakap....wink wink
fazz azni on October 29 2009 15:17:41

memang mencarut tak bagus.............
hisa on October 29 2009 15:25:39

ya Allah...jauhkn dri dr mncarut...mntk2 blh ubh..amin
putt on October 29 2009 19:51:05

aiseh...
bebetul insaf...
ak selalu mencarowt...
akn cuba berubah lepas ni...
thanks...
waniee on October 31 2009 13:33:02

saya mmber kpda tuan pnye bdn...

insaf larh bce artikal neh..coz mmg bnyk cgt mncRUT..ESPECIALLY bler dgn mmber2 smua larh kn..kdg2 ite x sedar aper yg ite dh trlepas ckp..lg2 plak bler d tmbh kn dgn kwn2 yg suke mncarut jgn kn...tpi dlm hal nieh kwn pown xleh nk d slh kn..hati n dri msing2 yg tntukn aper yg dri sndri leh buat..tol x..??so,phm2 sndri larh whai bdn2 manusia yg ite xthu bler tbe nyer ajal kite neih..mse nieh larh nk taubat spnuh nyer pda Allah...alhamdullillah..amininsyaAllahyahoo!
amin91 on November 02 2009 10:45:30

assalamualaikum

Sesungguhnya telah menjadi kebiasaan bagi sestengah orang untuk mencarut kerana ia telah menjadi tabiat bahkan dalam pergaulan. Contoh nya panggilan hei bodoh dan perkataan2 lain yang kesat. Jadi semestinya cuba untuk meinggalkannya secara perlahan-lahan. Kalau tinggal terus, lagi bagus.

insyaAllahamin
ain chan on November 03 2009 21:19:33

saLam....gembira
em,,,artikel ni byk mengajar saye dan rakan2...
kami kdg2 pun byk tersasul gak...
kalo setakat bodo..tu bese laa...real sad
em..now,insyAllah...mungkin tdak lg pas ni kan?wink
doakan saye..amin
mrcookies on November 05 2009 20:21:57

assalamualaikum

perkare nie dh jd 1 trend teruatama kat kbanyakan budak2...
even skunk nie budak2 tadika pon dh pndai ckp bnde2 x elok nie..

hope kte semua dpt bersama2 bnteras tabiat ini ea..
insyaAllah
sophillea_nur88 on November 24 2009 00:14:22

assalamualaikum
mcarut mmg smkin mnjadi2 terutama d klgn remaje2 skrg ni..
yg psti antare punca utama ialah pengaruh rakan sebaya..
mrk terikut2 kwn2 yg konon2 nye nti akn nmpk lg macho..cool je ckp bnd2 mcm tu..
truefighter on November 29 2009 13:15:18

syukran atas kebnrn utk copy paste..jzkk..ana copy k blog ana "perantausementara.blogspot.com"..iluvislam
kiwi_chan on December 01 2009 13:52:35

assalamualaikum
zaman sekarang nie..bdk2 remja ske mencarut!!!
ssh nk cri bg mereka yg xske mencarut..
sy pon xfhm knp mencarut nie sering ducapkan oleh mereka..
xkira la laki atau pompuan sme je..ske mencarut!!

sy pling benci org mencrut..not benci la tp xske!!!
ingt bgus sgt ker mencrut tue???
bgtau ckit pe yg bgus nyer??
takat rse puas...
eleh..bnyk lg yg leh buat klu nk rse puas!!
bkn cra ckp mencrut...
putera_biru on December 04 2009 16:50:25

assalamualaikum
erlow sume...wagra iluvislam
mmm...nie nak tnya skit..klu org tu melatah pastu mencarut (kata2 yg x sdap d'dengar) nak kira cam na ek?
compius nie~huhu..
hmm!
pc
NuZuL aRIFFUDIN on December 10 2009 18:40:16

buat saudara aifi..

boleh cpat2 istghfar je la..kan?
ape susah..terhapus balik dose.
dan cube jgn amalkan ok!insyaAllahjazakallah
afiifah arif on December 15 2009 08:48:25

hemmmmhmm!...

sy pn pnh mcarut cz nk marah sesssangt..tp bla marah da reda,

trdetik dlm hati
isy! ap ak ckp ni.

pas 2,terus istighfar byk2..wink wink
raudhatuL hAsaNah on December 16 2009 21:47:28

bismillah
hmm...betul2..
Astaghfirullah...wink wink
sembunyi on December 23 2009 02:34:24

uish~susah gak neyh~neway insyallah saye try ubah~
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain"
spacer