- Guests Online: 107
- Members Online: 30
- Total Members: 85,794
- Show Who's Online
- 26,101,916 visits since
December 2007
|
|
TIPS MEMBERI PANDANGAN
www.iluvislam.com
YAHYA A. SHUKOR
editor: azzahra_solehah
Hakikat kejadian manusia mempunyai akal. Akallah yang membezakan antara manusia dan haiwan. Terdapat juga definisi lain pada manusia iaitu, haiwan anna-thik, haiwan yang mampu berkata-kata. Kita begitu unik dan istimewa dengan kelebihan akal kita, namun akal bukanlah satu-satunya unik yang benda yang kita perlu hargai dalam menentukan arah tuju hidup kita.
Dalam proses membuat pilihan, biasanya kita akan dibantu oleh tiga jenis penasihat. Akal, nafsu dan hati. Kepada penasihat manakah kita perlu cenderung mendengarnya?
Contoh paling mudah, budaya menghisap rokok. Akal kesihatan memberitahu bahawa rokok itu membahayakan tubuh badan kita. Akal agama mengatakan bahawa ia pernah mendengar merokok itu haram. Akal ekonomi menasihatkan rokok sekarang makin mahal. Nafsu bergaya berkata, merokoklah, kerana merokok itu ada kelas yang tersendiri. Nafsu ekonomi pula berbisik, merokoklah, untuk memaksimumkan kepuasan diri.
Jika hanya bergantung kepada dua penasihat ini, maka ranaplah kita. Akhirnya, setelah ditimbangi oleh hati, hatilah yang membuat keputusan. Keputusan hati itu pula bergantung dengan sebanyak mana titik-titik hitam yang ternoda di tubuhnya. Jika elok hatinya, eloklah keputusannya, jika rosak hatinya rosaklah jua keputusan yang diterima.
Begitulah, walaupun akal itu hebat, tapi akal hanya membuat kita TAHU. Jika kita mengekang nafsu, maka lahirlah MAMPU. Kita hanya mampu mengekang nafsu sekiranya hati kita berupaya melahirkan MAHU. Maka, jika diperhatikan dengan teliti, rupa-rupanya akal ini tidak mampu membuat semua perkara.
Persamaan antara Bush dan ahmadineejad ialah mereka berdua mempunyai akal yang tinggi. Perbezaannya, hati yang baik atau sebaliknya.
Kadang-kadang, dalam dunia blog ini, kita dapati ramai manusia yang mencetuskan pelbagai luahan idea. Ada yang bersifat menulis diari, ada yang meletakkkatan kata-kata puitis, ada yang menulis tazkirah dan ada pula yang menulis sebagai wadah luahan emosi. Kepelbagaian itulah yang membuatkan kita terus hidup. Dan semua yang menulis pula, mempunyai akal yang hebat-hebat belaka.
Namun, seperti penerangan di atas, akal bukanlah segala-galanya. Sebagai umat Islam, kita perlu merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Kadang-kadang kita menggunakan lesen pendapat untuk menyuarakan apa yang kita rasa benar. Kalau dalam hal keduniaan bolehlah, tapi jangan pula sehingga yang melibatkan isu-isu agama. Ingin jadi golongan muktazilahkah kita?
Jangan terlampau ikutkan nafsu marah ketika menulis dan jangan dilayan sangat emosi ketika menulis, bukankah hilang separuh dari akal ketika marah?
Kita kurang berpuas hati dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Lalu, kita menulis di dalam blog atau kita bincangkan di forum. Isu itu pula berkaitan dengan keagamaan. Namun, pada kebiasaanya kita lebih mengutamakan emosi dan pandangan berbanding hujah-hujah dan dalil naqli. Kenapa kita selalu mendahulukan hujah-hujah akliah (logik) berbanding hujah-hujah naqliah (dari quran dan hadis).
Kadang-kadang, walaupun kita kita kurang arif dalam sesuatu perkara, lalu kita ingin menegur. Akal mengatakan, perkara itu kurang betul. Hati kita yang tercalit titik-titik hitam pula meragui niat hati orang lain. Lantas apa yang berlaku, perbincangan kosong yang berdasarkan pandangan semata-mata. Bukannya salah untuk menulis dengan penuh logik dan beremosi, tapi tetap jadikan quran dan hadis sebagai prioriti.
Kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita tulis. Menggunakan logik akal semata-mata dan mengaitkan ayat al-quran yang tidak berkaitan dengan isu bukanlah etika seorang penulis muslim/muslimah yang sebenar. Jangan jadikan ayat ‘saya hanya berpandangan’ sebagai lesen untuk menulis. Memberi pandangan tidak salah, tapi biarlah berlandaskan quran dan sunnah. Memberi pandangan juga tidak salah, tapi jangan marah jika pandangan kita itu salah. Kita selalu marahkan puak liberalisme jika mereka berfikir sesuatu menurut akal mereka, tapi kalau beginilah keadaannya, maka apa kurangnya kita?
Contoh mudah dalam memberi pandangan:
- Saya rasa kita perlu kuatkan industri rokok ini, kerana cukai yang kita kutip darinya amat tinggi.
- Saya berpendapat, wajar untuk kita terlibat dalam aktiviti (tidak perlu dinyatakan) tersebut.
- Aku rasa kita bolehlah tangkap gambar laki dan perempuan, ala, sekali sekala.
Walaupun aku rasa apa yang aku lakukan itu salah, namun hati aku mengatakan ia tindakan yang wajar.
- Tak perlulah solat zohor jamaah kat surau, nanti siapa nak kejut room mate aku? Baik aku solat kat bilik.
- Jumpa abang angkat pun salah ke? Alahai, abang angkat je. Nak rapatkan ukhuwwah.
Cuba bayangkan, suatu hari, seorang hakim berkata, saya berpendapat, pencuri ini walaupun ternyata bersalah, tapi ia tidak boleh dihukum. Kerana dia terpaksa menanggung orang tuanya yang dhaif dan anak-anaknya yang ramai. Tergamamkah kita? Bukankah pendapatnya amat logik?
Disebabkan terlampau menggunakan akal, hukum yang telah Allah nyatakan dalam Al-Quran sudah tidak menjadi relevan, pada pandangan mereka. Naúzubillah min zalik.
Bukankah Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda,
Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat jika kami berpegang teguh kepadanya, kitab allah dan sunnah rasulnya.
Allah taala juga telah berfirman,
Jika kamu tidak mencapai kata sepakat dalam sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan rasulnya, jika kamu benar-benar beriman terhadap allah dan hari akhirat.
Acapkali, kita terasa diri kita hebat setelah membari pandangan. Lalu bila ada pandangan lain yang bercanggah, kita membantah, meskipun pandangan itu berpandukan Quran dan Sunnah. Lalu, tanpa mengakui kesalahan diri, kita menggunakan ayat,
Saya hanya berpandangan.
Itu pandangan aku.
Tidak salah untuk memberi pendapat, tapi biarlah pendapat itu berasaskan quran dan sunnah, bukan berdasarkan akal semata-mata. Janganlah pula kita menimbulkan sikap kurang rasa bersalah, menyedapkan hati sendiri dengan menggunakan akal.
Dahulukan apa yang perlu dahulukan, kemudiankan apa yang perlu dikemudiankan. Kita punya akal, lalu kita memberi pandangan. Kita punya hati, lalu kita menulis mengikut hati. Kita punya agama, tapi kenapa kita tak mahu mengikut agama?
Moga bermanfaat.
16 Comments ·
3531 Reads ·
|

|
on October 24 2009 11:56:13
 Hati yang menentukan pandangan mahupun tindak tanduk kita samada baik @ buruk....Bukanlah semata-mata akal yang bernas...Oleh itu "Jagalah hati...jangan kau kotori"... ingat lg x nasyid tu?..... |
on October 24 2009 14:44:25
thanks for sharing.....  |
on October 24 2009 20:11:12
veryy good!!  |
on October 24 2009 23:11:51
hati kita ibarat raja, badan pula ibarat kerajaan....
andai hati kita gelap, umpamanya kita mempunyai raja yang zalim dan kejam, maka kerajaan pastinya akan huru-hara serta porak peranda... begitulah juga sebaliknya... |
on October 25 2009 03:00:28

saya memang bersetuju sangat dgn artikel ni.
Kalau kita tgk sekarang, ramai org bg pandangan dgn guna akal / nafsu diorang je.
Tapi kalau dgn agama, kenapa xnk ikut plak? Maybe sbb xsesuai dgn nafsu diorang kot.
Xpun sbb nak jaga ego diorang (menegakkan benang yang dah basah).
MOga kita sentiasa berada di atas jalan yang lurus.
Amin.  |
on October 25 2009 08:00:57
matlamat tak menghalalkan cara |
on October 25 2009 11:35:33

betul tu,kita tak boleh bersandarkan akal semata-mata.Kita kan ada panduan iaitu al-quran dan hadis  |
on October 25 2009 15:33:32
   
nice article  |
on October 25 2009 23:41:57
syukran kepada penulis.....
bagus sangat penerangan yg disampaikan..... 
memang dlm kehidupan seharian kt majoritinya ne mengunakan logik akal sahaja n terlupa dgn al-quran n hadis utk dijadikan panduan(prioriti).......
moga dpt dijadikan teguran dalam hati ini...... |
on October 26 2009 11:16:50
yeah... |
on October 26 2009 14:43:00

Mata Hati
Artist: Hijjaz
Song Category: Nasyid
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih
Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia |
on October 28 2009 23:22:53
i like the way u write
kene kat muka tapi still berhemah..
gambate! |
on October 30 2009 19:47:29


Trima kasih.....
Bnyak pedoman bleh dpt....  
Teruskan.... 
For Islam |
on November 07 2009 02:41:40

satu artikel yang mebina....
beri pandangan tak salah, tapi kenalah betul caranya
begitu juga dengan memberi teguran, memang patut, amar makruf nahi mungkar
tapi, kenalah dengan cara yang berhemah...
semoga kita dijauhi daripada memberi pandangan2 yang b'landaskan nafsu... |
on December 02 2009 19:15:53
memg betl kta x blh beri pdgn ikut akal dn nafsu semata2.. lg pn islam telah mletakkan panduan dlm mggunakan akal utk mberi pdgn @ membuat kptsn.. wlu apapn hendklah berlndaskan al quran dan hadis..Wallahualam  |
on December 18 2009 01:55:40


Selepas membaca artikel ni, tiba2 je saya teringatkan suatu pepatah melayu yang berbunyi *"Kalau mengikut rasa, binasalah kesannya. Jika menurut hati, maka matilah akibatnya".
*Lebih kurang camnilah pepatah melayu tersebut.
Analisis sama2
+Kalau kita menilai berdasarkan akal, kepentingan logik yang akan diutamakan terlebih dahulu berbanding nilai2 murni.
+Kalau mengikut rasa sama seperti mengikut nafsu. Tak payah cakap, sungguh berbahaya!!!
+Tapi kalau menurut hati .... (Saya huraikan "teori" saya jap)
Mana2 kaum Adam yang ponteng solat Jummat, Allah SWT akan menutup pintu "hatinya". Jadi, saya andaikan "hati" ni cam akhlak/ emosi/ rohani/ keperibadian yang akan menentukan baik atau buruk tindakan seseorang manusia.
Kita juga ada pepatah melayu yang berbunyi "iri hati dan busuk hati" membawa maksud unsur negatif. Semua pepatah ni cam berkaitan. Bagi saya, menilai berdasarkan hati bukannya suatu cara yang "tepat".
Kita perlu berpandukan Al-Quran dan Sunnah untuk menilai sesuatu, bukannya hati/ akal/ nafsu/ rupa dan etc. Yang ni pasti memang saya pasti, tapi tentang menilai berdasarkan "hati" (blur sket) ...
Ada sesiapa yang boleh terangkan dengan lebih "detail" ?
Betul ke apa yang saya ceritakan ni ? |
|
|
Please Login to Post a Comment.
|
|
|
"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.- Cecil B. DeMille"
|
|