Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar."
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Si Cacat Dan Si Kaya

Tamsilan: Hamba Dan Penciptanya
www.iluvislam.com
ameenmuslim
Editor:lailatulema

Manusia dewasa ini semakin 'kabur' matanya dalam mengenal Penciptanya. Manusia kian alpa dalam sogokan kemewahan serta hiburan di dunia ini. Oleh itu, terpanggil rasanya diri yang hina ini untuk bertindak sebagai 'kaca mata' kepada pencipta Islam sekalian agar kita dapat melihat dengan lebih jelas tentang keindahan Deen'ul Jannah kembali.Kanta bagi kaca mata ini adalah berbentuk sebuah tamsilan.

Tamsilan dimulakan dengan kisah seorang lelaki yang cacat sejak dari lahirnya. Dia tiada tangan dan kaki. Ibu bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil. Lantaran kemiskinan hidup, dia menjadi pengemis di lorong kaki lima. Dengan hasil sedekahnya itu, dia makan dan minum sekadar cuma. Sehinggalah pada suatu petang yang mendamaikan. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menyegarkan tubuh Si Cacat yang kelesuan. Gelas sedekahnya setia di depannya.


Tiba-tiba sebuah kereta BMW mewah berhenti di hadapan Si Cacat. Turun seorang lelaki yang segak dari tempat duduk belakang kemudian mara menghampirinya. "Mari ikut aku," ujar Si Kaya. "Pergi ke mana?" tanya Si Cacat. "Menemui kebahagianmu," jawab Si Kaya lantas membawa Si Cacat ke sebuah banglo yang sangat mewah persis sebuah istana. Si Kaya memanggil semua doktor-doktor pakar untuk membantu Si Cacat agar dapat hidup seperti manusia normal.

Dengan teknologi yang semakin canggih, Si Cacat mendapat sepasang tangan dan sepasang kaki elektronik yang dapat berfungsi seperti anggota yang asli. Tidak cukup dengan itu, Si Kaya memberi kepercayaan kepada Si Cacat untuk memegang salah sebuah syarikatnya. Semenjak itu Si Cacat telah bertukar menjadi Si Bertuah. Dia mengurus syarikat yang diberikan kepadanya dengan bersungguh-sungguh. Hasil ketekunan dalam pekerjaannya, Si Kaya telah setuju untuk mengahwinkan Si Bertuah dengan puterinya yang sangat cantik rupa parasnya dan sangat baik budi pekertinya.

Si Bertuah berasa sangat berterima kasih kepada pemberian Si Kaya. Sebagai membalas jasa Si Kaya, Si Bertuah selalu menceritakan kebaikan Si Kaya kepada kawan-kawannya agar ramai yang ingin mendekati Si Kaya. Si Kaya mendapat tahu bahawa dirinya selalu menjadi pujian orang ramai atas cerita yang disampaikan oleh Si Bertuah. Lantas dia memberikan lebih banyak hadiah kepada Si Bertuah. Selain itu, Si Bertuah tidak pernah lupa menghubungi Si Kaya. Kepada Si Kayalah dia meminta bantuan dan kepada Si Kayalah dia mengadu masalah. Sehinggakan jika ditelefon, Si Bertuah cepat-cepat saja menjawab panggilan Si Kaya kerana sayangnya yang teramat kepada Si Kaya.

MAKSUD TAMSILAN KISAH SI CACAT

Si Cacat dalam cerita di atas merujuk kepada kita sebagai umat manusia. Asalnya kita semua tidak memiliki keupayaan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Tetapi, pemurahnya ALLAH SWT telah memberikan kita nikmat agar kita mudah mengerjakan perbuatan. Tangan dan kaki elektronik inilah yang merujuk kepada nikmat pemberian ALLAH SWT. Lantas ALLAH SWT menyuruh kita melaksanakan perintah-NYA dan memberi kita amanah untuk beramal ibadat kepada kita, itulah tamsilan bagi pekerjaan Si Bertuah.

Syarikat di atas pula merujuk kepada pahala kita. Semakin tekun kita beribadat maka semakin banyaklah keuntungan pahala kita. Oleh kerana ketekunan kita, ALLAH SWT menambahkan kebahagian kepada kita agar kita gembira. Sudah semestinya kita akan menceritakan kebaikan dari Maha Pemberi nikmat terhadap orang ramai; yakni kita berdakwah agar lebih ramai yang menyanyangi dan mengikuti agama ALLAH SWT. Tatkala mengetahui kita selalu memuji-muji diri-NYA, makin banyaklah nikmat-nikmat kebaikan yang kita perolehi.

Lantas, kita pun pasti akan cepat-cepat menjawab panggilan ALLAH SWT yakni kita yang senantiasa dibantu ALLAH sudah tentu akan tidak berlambat-lambat mengerjakan ibadat solat selepas seruan azan dilaungkan. Apa yang dapat kita simpulkan di sini, kita sebagai hamba ALLAH yang hina-dina ini sepatutnya sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan ALLAH SWT. Jangan pernah berlaku sombong kepada-NYA dan sentiasalah berdakwah yakni menyeru umat manusia mentaati ALLAH dan menjauhi larangan-NYA.

Sahutlah panggilan ALLAH yang menyuruh kita mengerjakan solat dan dirikanlah ia di awal waktu agar limpah kurnia serta taufiq dan hidayahnya terus-menerus dilimpahkan kepada kita. Firman ALLAH SWT dalam surah Al-Ma'idah dari ayat 9-11 yang mafhumnya:

'Dan ALLAH telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, untuk mereka itu keampunan dan pahala yang besar.Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat KAMI, mereka itu penghuni neraka.Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat ALLAH kepadamu, ketika satu kaum bercita-cita hendak menyerangmu (membunuhmu), lalu ALLAH menahan tangan mereka daripadamu dan takutlah kepada ALLAH. Dan kepada ALLAH hendaklah bertawakal orang-orang yang beriman.'

 



37 Comments · 6582 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 85% [34 Votes]
Very Good Very Good 10% [4 Votes]
Good Good 5% [2 Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
s u e z n a on October 22 2009 07:53:24

assalamualaikum
masyaAllah...Ya Rabb ampunkan hamba-Mu yg hina ini........sobsob
amin
selendangputih on October 22 2009 09:39:20

suke bce ni
fierafendi on October 22 2009 09:54:51

islam for lifeyahoo!
anah adnan_91 on October 22 2009 10:13:23

assalamualaikum
gud3...
article y pnuh gye bhsa...sarat dgn maksud tersurat n tersirat...
insyaAllah jd pnduan buat sume
nur_sakinah on October 22 2009 10:51:42

artikel yg menarik..grin
punya pengajaran tersendiri!thumbs up
ingat ALLAH selalu ^-^
simieramiza on October 22 2009 11:20:37

best artikel ni..
sy ske..ILI sy nk paste boleh x?
nk bg pd kawan2..
mule2 baca xphm cerita nk smp pengunjung bru tahu mknanye...
nurkhairany on October 22 2009 11:59:37

grindance
suke2...
kreatif btul cerpen ni ye...
input pn bagus...
jazakallah
mujahid88 on October 22 2009 12:34:36

terbaek!
dapat bg pengajrangrin
muhd_evori on October 22 2009 13:41:33

assalamualaikum

clapclapclap
2 thumbs up2 thumbs up

pergh....
xtau nk ckp pe...
tgk sume komen yg ceria2 je..
gud...
srikandi islami on October 22 2009 14:05:37

insyaAllah
menjadi iktibar buat kte sume...
selamat beramal....
thumbs up
nurkasturi on October 22 2009 14:43:12

assalamualaikum

clapclapclap
artikal yang cukup menarik dan kreatif..
moga msg yang hendak disampaikan mampu menjadi iktibar buat kita semua..

gembiragembiragembiragembiragembira
ashyfida on October 22 2009 15:03:33

assalamualaikumgrin
ske2 sgt.. buwat renungan dn peringatan utk diri yg hina-dina..

aku hanya menumpang di bumi yg serba mewah ini yaAllah....
Khairu_Ummah on October 22 2009 15:29:09

bismillah
assalamualaikum

Analogi yg menarikhmm!
ulam_pegaga on October 22 2009 16:43:29

Mula2 baca eh...betul ker cerita ni...tapi bila sampai hujung..ooo...baru ku tahu n sedar bahawa watak dalam cerita tu adalah diriku sendiri....real sad..
Ya Allah sesungguhnya hamba Mu ini selalu kealpaan..lalai dgn nikmat yang Kau berikan...astaghfirullahala'zim.....sungguh menginsafkan...

Analogi yang berkesan....thumbs up2 thumbs up
apple hijau on October 22 2009 17:35:11

tiada siapa dapat mempertikaikan kekuasaan allah s.w.t
ya ALLAH.
ampunkanlah dosa hambamu yang hina ini...
esah98 on October 22 2009 20:04:16

saat diri tgh mencari motivasi,terasa hilang haluan..real sad
salu lupa akn nikmat melimpah ke atas diri..astaghfirullah..
tq so much..sgt dkt ngan kite semua..
naurah alwani on October 22 2009 21:58:11

besh!

nak copy letak dalam belog boley?

Boley ea?

Yey! Thankx! Ahahaha~

apa pon artikel ni memang best!
amirahrosly on October 22 2009 22:49:54

Subhanallah...
sungguh besar nikmat yg Allah kurniakan kpd umat manusia..tak terhitung nilainya..sesungguhnya allah itu maha kaya dan maha mengetahui...
alhamdulillah
thumbs upthumbs upclapclapclap
nurfamiza89 on October 23 2009 01:50:15

ASSALAMUALAIKUM,,

terima kasih kepada yg telah menghasilakn karya yg sgt baik...
Kisah ini seharusnya diperdengarkan kepada semua lapisan masyarakat Islam,,

S.O.S
insan mencari on October 23 2009 07:46:49

satu tamsilan yang menarik.

bt0l2.

sifat syukur perlu kita amalkan selalu.

segala inci setiap ciptaan didunia ini sebenarnya adlah kemudahan yg Allah sediakan kpd kita...

terasa kerdil je diri ni.
sad
thanx a lot for this artikel

iluvislam
c_tiey on October 23 2009 13:48:15

salam!!!
ochhh....
best sgt cerpen ni...
tiba2 jdi insaf..
memg benr,m'sia selalu alpa dgn nikmat pemberian Allah s.w.t
moga,dgn cerpen ini,kita buka mata,minda,n hati...
selalu ingat Allah....clapclapclap
amjai on October 23 2009 14:32:51

bismillah
tq....satu tamsilan yg bagus utk m'igtkn kte...
awesome!!!!clap
jazakallah
MUHAMMAD HADI DANIAL on October 23 2009 14:49:50

http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/assalamualaikum.

Ampunkan lah dosa hamba hamba MU ini...'
Berikan lah petunjuk agar hamba hamba MU ini tidak lalai dalam tanggungjawab
yang telah di wajibkan keatas kami....


http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/aamiin.gif
mutaqimm on October 23 2009 15:24:41

assalamualaikum
salam zulkaedah...

alhamdulilah masih diberikan nikmat untuk muhasabah diri.........alhamdulillah
x terpikir langsung related cite td gan life kite........
overall.....clapthumbs upclapthumbs upclapthumbs up

doakan ana pn dapat cetuskan idea cam ni....amin
lurvrainbow on October 23 2009 21:21:12

assalamualaikum

kaitan yg bermakna..

yesyesyes
muinbizz on October 23 2009 21:41:23

syabas yg buat artikel ini...
rase syukurya aku kpd pencipta sekalian alam..clapthumbs up
JURLINAH on October 23 2009 22:35:39

Salam semua..

Syukur Alhamdulillah, kita masih sihat sehingga kini.. masih cukup makan..nikmatNya tidak terhitung. Kekadang diri ini alfa dengan dunia,sibuk dengan kerja. Terlupa akan kepada Nya seketika..

sama2 kita semua menghargai apa yang ada sekarang, tingkatkan kesyukuran dan ketakwaan kepada Nya.Inysa Allah...

Tahniah buat penulis artikel ini.

*tup*
iankil on October 25 2009 09:02:32

assalamualaikum

tahniah utk penulis...mumtaz....comfort
Ana Sumayyah on October 25 2009 16:11:41

assalamualaikum

mula-mula baca cerita ni memang rasa seronok dan muncul keinsafan dalam dirin ni.
tapi, rupa-rupanya ianya memang ditujukan kepada umat manusia. subhanallah...
rasa smakin cinta kepada Allah S.W.T pula.. hmm!
terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada penulis..clap
onez91 on October 26 2009 15:42:37

assalamualaikumalhamdulillah....syukran atas artikel..izinkan copy..thumbs up
lavender biru on October 28 2009 01:21:43

assalamualaikum
besh2
pang5 on October 28 2009 08:05:26

mekaseh bebanyak for the article.......
menginsafkan....
clapclapclapclapclap
yana_ibtisam on October 28 2009 16:44:02

assalamualaikum

artikel y sgt b'guna utk kiter sume...

sesungguhnya kiter adlh hamba y sgt lemah..
maka dgn i2,mari lh sama2 kiter sllu mendekatkn diri kiter kpdNYA utk d beri kekuatan..
kekuatan utk mghindarkn perkara2 y boleh melupakn DIA y tlh mengurniakn kiter berbagai ni'mat d dunia ini...
gunaknlh ni'mat y ada d dunia ini sebaik y mungkin utk mendapat ni'mat y kekal d sana kelak..

wallahu a'lam...

wink winkwink wink
ameenmuslim on October 30 2009 22:26:25

Firstly, thanks to Miss Editor that published my writing. Artikel asal boleh baca dalam thread ni -->> Sejenak di Taman Tamsilan.
phantom thief on October 30 2009 22:34:58

assalamualaikum
nak copy ye
tak sempat baca


clap
tahniah atas artikel yg menarik


pc
nur qirdan_asmirah on October 31 2009 23:30:21

yesyesyesyesyesyesyesyesyesyes
bintu hmy on November 08 2009 22:31:04

alhamdulillah
smoge anda trus berkarya yg dpt bg keinsafan..amin..thumbs up
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer