Kod HTML Untuk Promosi
|
|
"Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.Jadilah seperti yang kamu inginkan,kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan."
|
|
|
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
|
| Mengenali Musuh: Yahudi, Bani Israel atau Zionisme? |
Mengenali Musuh: Yahudi, Bani Israel atau Zionisme?
www.iLuvislam.com
abidfana *
Editor : kasihsayang
Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionis, kita perlu memahami perbezaan Istilah yang biasanya merujuk kepada mereka. Perkara ini penting bagi memastikan kita berhadapan dengan musuh yang sebenarnya, dan tidak meletakkan permusuhan itu kepada yang bukan musuh.
Ada 4 istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada mereka, seperti berikut:
1. Israel
Israel adalah nama gelaran kepada nabi Allah Ya’qub A.S. Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya’qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah. Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti. Ada juga yang berpendapat bangsa Yahudi sekarang di Palestin tidak layak menggunakan perkataan Israel sebagai nama negara haram mereka, kerana Israel itu adalah nama nabi, pemimpin orang yang beriman.
Ada juga pendapat lain yang menyatakan perkataan Israel itu bermaksud ‘kamu mengalahkan Tuhan’, dengan merujuk kepada kisah mengarut mereka apabila Ya’qub mengalahkan Tuhan bernama Yahwu di dalam satu sengketa.
2. Yahudi
Ada beberapa pendapat mengenai istilah Yahudi ini. Ada yang menyatakan ianya merujuk kepada anak keempat nabi Ya’qub yang bernama Yahuza. Raja Nebuchadnezzar II adalah pemimpin kerajaan Babylon yang mengalahkan kuasa bangsa Yahudi ini yang ketika itu dikenali dengan nama Kerajaan Yahuza.
Ada yang berpendapat Yahudi itu merujuk kepada pengikut nabi Allah Musa. Bagi yang percaya dengan kitab Taurat dan Zabur, serta Kitab Talmud yang dikarang-karut oleh Hakham (pendita) mereka, mereka dipanggil Yahudi. Semua yang lahir daripada ibu atau bapa berbangsa Yahudi, dianggap Yahudi oleh mereka.
Pendapat lain menyatakan yang Yahudi itu merujuk kepada keluarga Hud, yang merupakan pecahan daripada keturunan Ibrahim. Sebahagian keturunan Ibrahim percaya dengan seruan Musa yang akhirnya mereka ini menganggap ianya sebagai agama baru. Ibrahim mempunyai keturunan yang ramai, daripada anaknya Ismail lahirnya keturunan Arab dan nabi Muhammad, sementara daripada anaknya Ishaq lahirnya bangsa Yahudi ini.
Banyak kajian mendapati yang perkataan Yahudi ini banyak merujuk kepada bangsa mereka yang percaya dengan agama mereka yang telah diseleweng. Ini bermakna, Yahudi lebih merujuk kepada pengikut agama, dan bukannya sinonim dengan bangsa.
Sebahagian ulamak menyatakan yang di dalam al-Quran, apabila Allah ingin menceritakan kisah jahat bangsa Yahudi ini, Allah banyak menggelar mereka dengan perkataan Yahudi. Dan apabila Allah ingin menceritakan mengenai kisah bangsa ini yang beriman dengan Tuhan mereka, maka Allah akan gunakan perkataan Bani Israel. Saya dapati yang pandangan ini tidak tepat seluruhnya, kerana ada juga ayat di mana Allah menggunakan perkataan Bani Israel merujuk kepada bangsa berkenaan yang mengingkari ajaran Tuhan, seperti dalam surah al-Ma’idah ayat 78:
لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (٧٨)
Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.
Walaupun ayat di atas menggunakan istilah min bani Israel - sebahagian daripada bani Israel – merujuk kepada bangsa Yahudi yang kufur, akan tetapi Allah tetap menggelar mereka sebagai bani Israel. Saya bersetuju sekiranya dikatakan kebanyakan ayat dalam al-Quran yang melaknat bangsa Yahudi menggunakan kalimah Yahudi, tetapi tidak semua.
3. Hebrew
Di dalam bahasa Arab, ianya dikenali dengan perkataan Ibrani. Asal perkataannya bermaksud menyeberang, kerana orang Yahudi mengikut sejarah dikenali sebagai bangsa yang berpindah-randah dan menyeberangi sungai. Contohnya, nabi Allah Ya’qub menyeberangi Sungai Furat, dan juga nabi Allah Yusuf dan nabi Allah Ibrahim A.S, semuanya terkenal dengan kisah berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain.
Sebahagian golongan sekular bangsa ini lebih menggelar diri mereka dengan istilah Hebrew, kerana bagi mereka Hebrew adalah nama lama sebelum lahirnya agama Yahudi.
4. Zionisme
Propaganda Zionis untuk membina Temple of Solomon di atas runtuhan al-Aqsa
Zionisme adalah berasal daripada perkataan Bukit Zion, merujuk kepada tapak paling suci di dalam agama Yahudi. Mereka percaya di Bukit Zion itulah tapak sebenarnya Temple of Solomon (Haikal/Kuil Sulaiman). Tapak itu sekarang ialah betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah al-Sakhrah) yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa.
Zionisme adalah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh orang berbangsa Yahudi. Ianya merupakan sebuah ideologi politik sempit berasaskan perkauman yang meletakkan sasaran merampas serta menubuhkan sebuah negara bangsa Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin. Ditubuhkan pada tahun 1897 di Basel, Switzerland. Dalam persidangan pertama mereka pada tahun penubuhannya, Theodor Herzl telah dilantik sebagai pemimpin pertama pergerakan tersebut.
Modus operandi utama pergerakan ini ialah membawa masuk bangsa-bangsa Yahudi dari seluruh dunia terutamanya dari Amerika dan Eropah Timur, masuk ke dalam negara Palestin. Mereka akan menggunakan apa sahaja cara, seperti merampas tanah dan juga perjanjian politik dengan kuasa penjajah, bagi membolehkan mereka menguasai seinci demi seinci tanah Palestin. Mereka berusaha untuk menzioniskan atau mengyahudikan identiti kawasan berkenaan, lalu mengubah demografi tanah suci tersebut. Kajian mengenai perubahan demografi di Palestin hasil rancangan licik mereka boleh dicapai di sini.
MENGENALI MUSUH SEBENAR
Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam. Sebahagian orientalis dan musuh Islam cuma mewujudkan imej yang kandungan al-Quran itu menganjur permusuhan mutlak kepada orang Yahudi dan non-Muslim yang lain. Lalu mereka datangkanlah beberapa potong ayat atau tafsiran ayat al-Quran, seperti ayat ketujuh daripada surah al-Fatihah yang menyatakan bahawa orang yang dimurkai itu merujuk kepada Yahudi, dan orang yang sesat itu merujuk kepada penganut Kristian.
Adalah tidak tepat kalau kita masuk ke dalam jerat musuh ini. Sekiranya diperhatikan di dalam al-Quran dan al-Sunnah, maka kita akan dapati bahawa Islam tidak pernah mengajar kita bermusuh secara mutlak kepada non-Muslim termasuklah juga bangsa Yahudi. Nabi sendiri pernah berkahwin dengan Safiyyah binti Huyai, seorang puteri kepada pemimpin Yahudi di Madinah. Islam juga membenarkan kita makan daging sembelihan Yahudi, menggambarkan betapa rapatnya hubungan kita dengan mereka. Selain itu, wanita mereka juga boleh dinikahi. Islam juga menganjurkan kita melakukan urus niaga perdagangan dengan mereka, sehinggakan ada satu bab khusus di dalam Sahih Bukhari bertajuk ‘Bab Berurusniaga Dengan Musyrik dan Yahudi’.
Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memusuhi kemanusiaan. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memandang hina bangsa selain Yahudi yang dipanggil Goyem oleh mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang merampas tanah milik orang Palestin termasuklah tanah waqaf seinci demi seinci demi cita-cita politik mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang menghalalkan pertumpahan darah orang awam, kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa demi haloba perjuangan mereka.
Itulah yang diperjuangkan oleh pergerakan Zionisme. Kini, simbol Zionisme itu disemat erat di dalam bendera negara haram Israel. Bukan semua Yahudi bersama-sama dengan Zionisme. Ramai juga yang menentang Zionisme terutamanya daripada kumpulan orthodox mereka. Dan bukan semua yang Zionisme itu adalah berbangsa Yahudi. Di dalam artikel akan datang, saya akan dedahkah bangsa selain Yahudi yang menjadi pendokong pergerakan Zionisme, termasuklah daripada orang Islam itu sendiri.
Simbol Zionisme
*abidfana merupakan 'nickname' bagi Ustaz Irfan yang merupakan mentor iLuvislam.com dan bekas moderator agama iLuvislam.com. Beliau merupakan pakar dalam kajian Palestin dan kini menetap di Abeerdeen, United Kingdom. Ustaz Irfan aktif menulis di www.abidfana.com. Artikel asal boleh didapati di sini.
16 Comments ·
4071 Reads ·
|
|
on October 14 2009 11:46:43


Aper plak..
kaitan mereka dgn freemason dan iluminati...? |
on October 14 2009 13:15:29
Salam...wah bgus gilerw la artikel ni...huuu~
bgus untuk educate orng so that dorng xtertpu...
gud job...teruskan letak artikel2 yg cenggini lgi yer...
 |
on October 14 2009 14:23:42
So yang paling tepat,
kita kutuk Zionislah kan?
Bukan Israel (nama nabi), atau Yahudi.
Afwan kalau tersilap. |
on October 14 2009 16:12:10
Perhatian kepada pengkomens yang disayangi sekalian.
Moh baca ni. Untuk elakkan komen korang kena delete.
1. Dilarang spam komen dengan hanya meletakkan smiley sahaja, |
on October 15 2009 09:57:35

wah bgus artikel ni........dapt menyedarkan kita terhadap musuh yg patut dimusuhi.... |
on October 15 2009 13:32:15
Tapak itu sekarang ialah betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah al-Sakhrah) yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa.
.....sy rse editor artikel ini perlu membetulkan artikel ini kerana terdapat sedikit percanggahan didalam artikel ini. Zionis igin merobohkan masjidAl-Aqsa yang betil iaitu bersebelahan Dome of The Rock bukannya hendak merobohkan Dome of The Rock. Jika saudara&saudari perasan dimedia eletronik atau media cetak barat mereka hanya tayangkan gambar Dome of The Rock kerana mereka hendak menyeleweng umat Islam bahawa Dome of The Rock itu adalah Masjid Al-Aqsa tetapi sebenarnya tidak.Sy sendiri menyangkakan dulu Dome of The Rock merupakan masjid Al-Aqsa dan sy hnya mengetahui perkara sebenar kira2 beberapa tahun dahulu. Masjid Al-Aqsa yg sebenarnya terletak bersebelahan Masjid Al-Aqsa. Buat pengetahuan semua pada hari ini zionis telah mengorek sebuah terowong besar dibawah tapak masjid Al-Aqsa yg sebenar kerana ingin menggugat stuktur masjid ini dgn harapan suatu hari nnti masjid ini akan runtuh dgn sendirinya...sy harap editor artikel ini dpt membetulkan fakta ini kerana ianya akan menyebabkan kekeliruan dikalangan ahli2 ...wassalam  |
on October 15 2009 18:28:22
izwan90,
Penulis artikel tidak silap, kerana menurut beliau:
Tapak itu sekarang ialah betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah al-Sakhrah) yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa.
Hal ini memang benar, Qubah al-Sakhrah adalah sebahagian kawasan suci kompleks al-Quds yang mengandungi Masjidil Aqsa. Kadang-kadang, al-Quds dan Masjidil Aqsa adalah dua terma yang saling interchangeable dalam kalangan penduduk Palestine dan Islam.
Dari segi dakwaan saudara bahawa ada konspirasi pengeliruan terhadap dua masjid itu, tiada orang yang keliru di peringkat dunia Islam, melainkan hanya penduduk melayu Islam di Malaysia dan Indonesia saja yang suka mengada-ngadakan cerita sensasi atas nama agama (Sebagai contoh, Neil Armstrong memeluk Islam semasa mendarat di Bulan)
Wallahu A'lam |
on October 16 2009 10:12:12
,
bagus2...
trus memperjuangkan islam!!
org2 bergini lah yang amat diperlukan neGARA!! |
on October 16 2009 12:08:19


tq for your information!!!!
 |
on October 16 2009 12:34:42
...kol_yisroel buat pengetahuan saudara dome of rock ini dibina oleh Khalifah Umayyad Abd al-Malik dan ianya dibina bukan sebagai masjid tetapi dibina sebagai tempat peringatan sempena peristiwa hisrak&mikraj...ianya bukan sebahagian daripada Masjid Al-Aqsa...dome of rock juga pernah menjadi dijadikan gereja oleh Knight of Templar semasa tanah suci ini ditawan oleh tentera salib. Tanda salib juga pernah diletakkan diatasnya oleh mereka dan ianya diturunkan oleh tentera islam semasa berjaya menawan kembali tanah suci ini. Jika benar dome of rock ini sebahagian daripada masjid Al-Aqsa,mengapa Israel membenarkan umat islam Palestin bersembahyang di dome of rock tetapi tidak dimasjid Al-Aqsa??? Mengapa polis Israel lebih berjaga dikawasan Masjid Al-Aqsa tetapi tidak di Dome of Rock??? Mengapa media barat tidak pernah menayangkan gambar masjid Al-Aqsa yg sebenar kepada dunia??? Mengapa mereka sering memaparkan gambar dome of rock??? Malah persoalan yg paling besar ialah mengapa mereka mengorek lubang dibawah Masjid Al-Aqsa tetapi tidak dibawah dome of rock??? Dan buat pengetahuan saudara, pihak Israel telah membina sebuah jambatan yg menghala kearah masjid Al-Aqsa.Tujuan jambatan ini ialah untuk membawa barang keagamaan yahudi yg dikononnya dapat diselamat semasa kuil sulaiman yg telah dirobohkan oleh tentera Rom untuk dibawa ke Kuil Sulaiman yg baru kelak apabila Masjid Al-Aqsa dpat dirobohkan suatu hari nanti.Zionis hanya menunggu masa sahaja Masjid Al-Aqsa roboh akibat lubang yg telah mereka korek dibawahnya.. Wallahu A'lam |
on October 16 2009 16:08:36
...kol_yisroel buat pengetahuan saudara dome of rock ini dibina oleh Khalifah Umayyad Abd al-Malik dan ianya dibina bukan sebagai masjid tetapi dibina sebagai tempat peringatan sempena peristiwa hisrak&mikraj..ianya bukan sebahagian daripada Masjid Al-Aqsa...dome of rock juga pernah menjadi dijadikan gereja oleh Knight of Templar semasa tanah suci ini ditawan oleh tentera salib. Tanda salib juga pernah diletakkan diatasnya oleh mereka dan ianya diturunkan oleh tentera islam semasa berjaya menawan kembali tanah suci ini.
Walaupun sejarahnya Qubah as-Sakhrah itu baru dibina pada zaman Umayyah, ia tidak menghilangkan hakikat bahawa ia juga sebahagian tanah al-Quds yang disucikan. Anda sebenarnya keliru dengan terma Masjidil Aqsa menurut Islam dan agama samawi terdahulu.
Masjidil Aqsa bukanlah satu bangunan yang kita lihat hari ini sebagai satu binaan yang kita sebut masjid, akan tetapi ia adalah satu kawasan suci yang dimuliakan Tuhan sejak zaman berzaman. Sama seperti Tanah Haram di Mekah.
Dalam agama Yahudi, ia digelar Beit HaMiqdash (Bait yang Kudus - dari sini munculnya Baitul Maqdis yang menjadi gelaran kepada seluruh Yerusalem oleh Islam). Semasa nabi Muhammad saw mengalami peristiwa Isra' dan Mi'raj, Masjidil Aqsa telah disebut oleh Allah swt, padahal binaan yang anda lihat hari ini tidak wujudpun ketika peristiwa itu berlaku. Ia hanyalah baru dibina semasa zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a. yang menjadikan bangunan itu sebagai tempat ibadat bagi kaum Muslimin dan Yahudi (yang percaya itulah tapak haikal yang dibangunkan kembali).
Apa yang saya mahu katakan, Kompleks Masjidil Aqsa itu adalah suatu nama Kawasan Suci yang bersempadan, macam Tanah Haram di Mekah. Ianya termasuk Masjid Qubah as-Sakhrah dan beberapa tempat suci lain. Nabi saw dimi'rajkan oleh Allah ke Sidratul Muntaha di atas tapak yang kini tersegamnya Masjid Qubah as-Sakhrah, akan tetapi kita semua tahu tentang definisi Isra' dan Mi'raj di mana:
Isra' = Perjalanan Rasulullah saw dari Masjdil Haram ke Masjidil Aqsa
Mi'raj = Pengangkatan Rasulullah saw dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha
Jelas sangat di sini bahawa Masjid Qubah as-Sakhrah adalah sebahagian Masjidil Aqsa. Baik orang-orang Palestine, baik orang-orang Muslim khususnya Arab Muslim yang lain, mereka tidak pernah mempunyai masalah kekeliruan di sini. Saya syorkan anda bertanya kepada mereka sendiri berkenaan hal ini, daripada banyak membaca berita-berita khabar angin berbaur fitnah.
Jika benar dome of rock ini sebahagian daripada masjid Al-Aqsa,mengapa Israel membenarkan umat islam Palestin bersembahyang di dome of rock tetapi tidak dimasjid Al-Aqsa???
Siapa kata Israel tidak pernah membenarkan orang Muslim bersolat di Masjidil Aqsa? Mereka boleh bersolat di sana, melainkan orang-orang Palestine dari sesetengah area yang dalam Black List kerajaan Israel, hanya orang-orang tua sahaja yang boleh masuk beribadat. Bagi orang-orang Muslim dari kawasan-kawasan yang tiada gerakan pengganas, mereka bebas beribadat.
Mengapa polis Israel lebih berjaga dikawasan Masjid Al-Aqsa tetapi tidak di Dome of Rock???
Mereka berjaga bukannya menghalang orang Islam beribadat, tetapi menghalang orang-orang Yahudi ekstremis daripada masuk ke pekarangan suci Masjidil Aqsa yang digelar Har HaBayit (Bukit Haikal) oleh kaum Yahudi. Ini termasuklah Masjid Qubah as-Sakhrah sendiri.
Kerajaan Israel telah membuat akta untuk mengharamkan seluruh Yahudi daripada menjejakkan kaki ke pekarangan Har HaBayit (Seluruh kompleks al-Quds yang juga digelar al-Haram asy-Syarif) kerana Agama Yahudi mengharamkan umatnya daripada menjejakkan kaki ke pekarangan Har HaBayit selagimana Messiah tidak muncul dan Haikal dibina semula buat kali ke-3. Limitasi diberikan kepada mereka hanya kawasan luar sahaja iaitu Kotel HaMa'aravi aka Tembok Barat atau Tembok Ratapan.
Berita berkenaan ada orang Yahudi cuba memasuki pekarangan masjid dan beribadah di dalamnya itu hanyalah terdiri daripada kumpulan-kumpulan ekstremis yang diwartakan sesat oleh Majlis Agama Yahudi Israel. Orang-orang yang dibuktikan salah boleh dikenakan hukuman 7 tahun.
Sebab itulah askar-askar Israel berjaga di pekarangan ini bagi menghalang mana-mana kumpulan ekstremis Yahudi dari memasuki atau beribadat di dalamnya. Kisah-kisah seperti askar-askar Yahudi menghalang orang Islam daripada beribadat di Masjid hanyalah palsu semata-mata. Mereka diarahkan berjaga di situ bukannya untuk menganiaya umat Islam akan tetapi melindungi Masjid umat Islam.
Mengapa media barat tidak pernah menayangkan gambar masjid Al-Aqsa yg sebenar kepada dunia??? Mengapa mereka sering memaparkan gambar dome of rock???
Soalan saudara agak tidak rasional, kerana atas dasar apa tidak pernah ditayangkan kepada dunia? Apakah definisi kepada dunia menurut saudara? Tidak ada sesiapa pun yang menyorok bangunan yang bernama al-Aqsa ni atau cuba mengelirukan antara keduanya. Cuba google sahaja di Internet, pasti kita sendiri tahu.
Topik kekeliruan masjid ini sudah ada dalam forum ILuvIslam. Saudara boleh membaca penjelasan saya di sini:
Kekeliruan Mengenai Masjid al-Aqsa
Malah persoalan yg paling besar ialah mengapa mereka mengorek lubang dibawah Masjid Al-Aqsa tetapi tidak dibawah dome of rock???Dan buat pengetahuan saudara, pihak Israel telah membina sebuah jambatan yg menghala kearah masjid Al-Aqsa.Tujuan jambatan ini ialah untuk membawa barang keagamaan yahudi yg dikononnya dapat diselamat semasa kuil sulaiman yg telah dirobohkan oleh tentera Rom untuk dibawa ke Kuil Sulaiman yg baru kelak apabila Masjid Al-Aqsa dpat dirobohkan suatu hari nanti.Zionis hanya menunggu masa sahaja Masjid Al-Aqsa roboh akibat lubang yg telah mereka korek dibawahnya
Lubang itu bukannya ingin meruntuhkan, tetapi ia adalah sebahagian tapak arkeologi dan juga kawasan pelancongan. Saya rasa tidak perlu bersangka buruk di sini untuk mengatakan mereka cuba meruntuhkan Masjidil Aqsa, kerana kelak mereka sendiri yang rugi. Terowong itu sangat panjang, sehingga merentasi ke seluruh Har HaBayit termasuklah di bawah Dome of the Rock yang kononnya di bawah itu terdapat Qodesh HaQodeshim (Holy of Holies), pusat bagi Haikal. Kalau runtuh Gunung Haikal ni, tempat ibadat mereka juga yang musnah. Setiap hari beribu-ribu orang datang beribadat di Tembok Ratapan, kalau mereka cuba berbuat demikian, mereka sendiri yang teraniaya. |
on October 17 2009 00:43:44

mudah2an kita tidak tertipu dgn propaganda musuh2 Islam yang sentiasa igin memesongkan kita dari landasan yang benar |
on October 17 2009 08:17:08

Hahahaha. Siapa yang benci dekat Yahudi sangat sebelum ni eh?
Meh kuar meh. Baca artikel ni. Sadis gile~
Nak selamat, kenal kawan. Tapi, tak nak pula kenal musuh yang sebenar. Dok hentam kromo je. Manusia-manusia. Memang cepat melatah. |
on October 20 2009 10:25:23
uwish!!!!! msh keliru r... huhuhu |
on October 28 2009 21:37:50
salam..ada x sapa2 kt sni yg boleh jelaskn perkara sbenar ttg kekeliruan / pcanggahn pndpt antr saudara izwan90 & kol_yisroel. sbb sblm nie ana pun faham mcm saudara izwan09 gak drpd cramah2 isu palestin yg ana pnah dgr.
"askar-askar Yahudi menghalang orang Islam daripada beribadat di Masjid hanyalah palsu semata-mata. Mereka diarahkan berjaga di situ bukannya untuk menganiaya umat Islam akan tetapi melindungi Masjid umat Islam." ana xbrapa stuju la dgn statement nie..mf ek..mnta pnjlasan. wallahua'lam.. |
on February 12 2010 05:24:24
Kepada Nurfa_Islah
"Kerajaan Israel telah membuat akta untuk mengharamkan seluruh Yahudi daripada menjejakkan kaki ke pekarangan Har HaBayit (Seluruh kompleks al-Quds yang juga digelar al-Haram asy-Syarif) kerana Agama Yahudi mengharamkan umatnya daripada menjejakkan kaki ke pekarangan Har HaBayit selagimana Messiah tidak muncul dan Haikal dibina semula buat kali ke-3. Limitasi diberikan kepada mereka hanya kawasan luar sahaja iaitu Kotel HaMa'aravi aka Tembok Barat atau Tembok Ratapan"
Dari Situ...Bermakna...Selagi Haikal Sulaiman(Tample Of Solomon) Tidak Dibina Untuk Menyambut Ketibaan MESSIAh(Al-Masih Al Dajjal)...Orang2 Yahudi Tidak Dibenarkan Masuk...
Tujuan Mereka Bukan Untuk Menjaga Dengan Niat Yang Baik..Tetapi Cuma Menunggu Satu Masa Dan Ketika Untuk Meruntuhkan Masjid itu...
(Allah Yang Lebih Mengetahuinya)
Yang Baik Itu Dari ALLAH
Yang Salah Itu Dari Saya... |
|
|
Please Login to Post a Comment.
|
|
|