- Guests Online: 60
- Members Online: 16
- Total Members: 85,796
- Show Who's Online
- 26,107,970 visits since
December 2007
|
|
| Allah Selamatkan Ketika Derita.. |
Allah Selamatkan Saya Ketika Derita
www.iluvislam.com
Oleh: Azamin Amin
Editor: deynarashid
Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak.
Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.
"Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini...?" kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.
Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.
Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.
"Jika ada duit, adik nak makan apa?" tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.
"Roti canai..." jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu.
Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.
Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.
Tidur untuk menahan lapar, saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.
Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.
Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.
"Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih," kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.
Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu...hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.
Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.
Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit.
Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti 'Ah Long', menjadi pengawal keselamatan dan 'house-keeping' di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.
Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera.
Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan 'kerja', namun saya tolak kerana menjadi 'pusher' dan jual paket-paket ganja, jadi 'bouncer' di kelab malam dan upah 'menarik' kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.
Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.
Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.
'Tak boleh sembahyang Jumaat!'
Saya bekerja di bahagian 'script processing' dan 'data entry'. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.
Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena.
"Kenapa baru balik? Pergi mana?" jerkahnya.
"Sembahyang. Hari inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun.
"Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!" katanya tidak puas hati.
Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan 'solat' di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim 'bersidai'.
"Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!" kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.
Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang "Remiser" mengambil saya berkerja sebagai "Asistant" di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza - bukan di bawah telunjukknya lagi.
Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya. Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.
Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada.
Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.
Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya.
"Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat," ingat mereka kepada saya.
Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!
Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya...
"Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka."
Ya, begitulah juga dengan saya.. hanya pada Allah saya berharap.
Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.
Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ.
Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka...
Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.
Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia.. itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.
Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.
Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu."
Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena
Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah 'menyelamatkan' saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang.
Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.
Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.
Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.
Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya. Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.
Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya...
Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan.
Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.
Saya bersabar menunggu detik itu...
Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :
"Mmm...sedap.."
Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk 'mencarik-carikkan' nurani saya.
Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena..
Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.
Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama 'universiti terbaik' hidup kita selama ini.
Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang.
Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya.
Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya.
Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannyaa33;" (Al-Baqarah: 286)
Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.
Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.
Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa.
Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang.
Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.
Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.
Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga 'frust' dan tewas. Kecewa umpama 'mati' sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.
Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, 'menghidupkan' saya semula.
Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan.
Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.
Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya.
Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.
Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang...
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).
74 Comments ·
7242 Reads ·
|

|
on September 23 2009 06:47:53
Salam...
Alhamdulillah, pertama kali saya membaca artikel nie, saya hampir2 mengeluarkan air mata tatkala membaca kisah nie...
Terima kasih kepada penulis kerana perkongsian artikel yang sebegini rupa...
Sesungguhnya, hanya Allah saja Yang Maha Mengetahui tahap kemampuan para hamba-Nya tatkala diberi-Nya ujian...
Semoga kita mampu menghadapinya dengan tabah...
Amin... |
on September 23 2009 08:43:07

tersedar saya seketika....betapa besarnye nikmat ALLAH yg kite tidak ketahui & sedari...  
kepada Saudara Azamin...terima kasih kerana berkongsi cerita yg bermanfaat ini...thanks..it 's means a lot 4 me.....
Salam |
on September 23 2009 08:44:46
Salam,
artikal yang menginsafkan saya
terima kasih krn berkongsi pengalaman
selalu jugak diuji dan sentiasa mencari-cari hikmahnya
tapi saya sedar nikmat hidayah dari Allah itulah yg saya cari
semoga diri ini sentiasa ingat Allah tika senang mahupn susah
InsyaAllah... ^_^ |
on September 23 2009 09:39:10
Assalamualaikum..
terima kasih kerana sudi berkongsi artikel nih..nice...
Ya Allah..sesunggunhya, semua benda kat dunia nih hanyalah pinjaman sementara...Terima kasih ya Allah kerana masih memberiku secebis kehidupan yang baik..Alhamdulillah...Sesungguhnya kasih sayangmu x bertepi...terima kasih ya Allah... |
on September 23 2009 09:50:56


syukur kpd Allah..sesungguhnya segala ujian dan mehnah yg Dia berikan adalh salah satu tnda kasih sygNya pd kite. Bersyukurlah krn semua itu tandanya bhw kita berada dlm pemerhatianNYA.. |
on September 23 2009 10:02:54

thniah,,dpt kongsi kisah..
yg ckup mendalam mksudnya~~
jd b'sangka baiklah dgn Allah,,,,
walau bgaimana keadaan kite sekalipun~~
insyaAllah~~aminn,,,
   |
on September 23 2009 11:06:01
*,alhamdulillah..artikel yg sgt menyedarkan sy betapa bsrnya kehebatan Allah swt..syukran jazilan. |
on September 23 2009 11:13:10
Benar...Allah pernah melupakan kita... bersama kita muhasabah diri ini.. |
on September 23 2009 11:14:19
Allah x pernah lupakan kita.. |
on September 23 2009 12:03:05
Bergantung dengan Allah jgn bergantung pd makhluk..
Allah Maha Kuasa Makhluk tiada kuasa.. |
on September 23 2009 13:24:43
Allah sentiasa bersama hambanya,,,sedeyh la plak bila baca artikel nih... |
on September 23 2009 13:35:19
subhanAllah...AllahuakbaR!!!artikel yang sgt baik skali.  ..trima kasih kpd penulisnya..semoga diberi kekuatan utk truskan kehidupan.. |
on September 23 2009 15:06:58


artikel yang sungguh mengasyikkan
terlalu byk salah kita pada pencipta
tapi tidak pernah DIA jemu membantu kita
byk pengajaran yg boleh diperoleh daripada artikel ini
sentiasa lah kita menginsafi kesalahan kita
ada hikmah di sebalik setiap kejadian yg berlaku
Allah Tuhan yg Maha Pengampun Lagi Maha Berkuasa |
on September 23 2009 15:56:05

Subhanallah... semoga saudara sekeluarga sentiasa diberkahi Allah SWT... Allah huakbar... bergetar jiwa ana ketika membaca kisah ni...
  |
on September 23 2009 16:59:20
Ya Allah, dah segelen air mata Ana keluar NIH.. Malunye aku kpd Allah...  |
on September 24 2009 00:17:47
Ya Rahman,aku mohon kasih sayang-Mu diatas ketetapan yang telah Kau tetapkan keatas diriku ini.Amin. |
on September 24 2009 01:21:53
x nk komen byk sgt..cukup lah sy katakan..artikel ni mbuka minda sy..mbuka hati sy..
em...Tuhan Maha pemurah... bsyukur jd pmbaca! |
on September 24 2009 02:27:10
Subhanallah..
Rupanya ada hikmah d sebalik apa yg terjadi..
Kta kna sepenuh hati bergantung hrp pda ALLAH..
i2 baru nikmat d dunia, blom lg d kira d akhirat sna..skiranya kita redha dgn apa yg terjdi..
Terima Kasih kpd pnulis krn membuka mata sy seluas2nya tntg kebesaran ALLAH..
Sesungguhnya ALLAH Maha Pengasih lg Maha Penyayang.
      |
on September 24 2009 08:29:30

ana pernah melalui detik2 spt ini...jd ana sgt tersentuh...
nangis2 baca...thx akhi... |
on September 24 2009 09:41:49
ya benar.. sedikit yg Allah uji, selaut rahmatNya kdg2 kta x sedari.. Selalu hati merintih kenapa aku diuji, Allah lah yg lebih mengetahui. Keep on going life |
on September 24 2009 11:21:20


ana pn pnh mngalami situasi cmtu..
ana pn prcaya bahawa Allah sntsa da utk mnolong kita
jika kta xpnh leka mngingatinya.
 |
on September 24 2009 11:26:40

Artikel yg menarik bg sy..
Semoga kita semua dirahmati Allah...
 |
on September 24 2009 13:27:52
salam
to deyna, pertama kali akak baca artikel ni, mmg sangat tersentuh hati, sangat membuka minda.
ketika akak hilang wang hari tu, ada juga yanag mengingatkan, ingt tak kisah azamin yang ada seringgit aja.
dan akak terbuka hati untuk berkongsi di sini sebabnya akak tau artikel sebegini mampu memberi 'cahaya' kepada org lain.
terima kasih to deyna, dan marilaha kita mendoakan kesejahteraan penulis artikel ini iaitu saudara azamin..
insya Allah.. |
on September 24 2009 13:33:28
artikel yg baik... sehingga saya mahu mengalirkan air mata.... |
on September 24 2009 13:59:27
huhu
terharunye bile bace artikel ni
semoga khdpn saudara azamin akn jd lebih baek
di masa hdpan..amin
tersentuh bnr bile bace.huhu |
on September 24 2009 16:38:58

hebat skali
kita ni manusia biasa, sering kali saja lupa akan nikmat2nya
bersyukurlah
 |
on September 24 2009 16:51:16

byk pngjaran drpd ksah ini..
trima kasih kerna m'yedar kan sya..
yg slalu alpa ini..
   |
on September 24 2009 22:18:24


mmg btol ALLAH akn mnlg hmba2nya..
cume kte ni bkn kdg2 ttp slalu m`lupkn nikmt yg d`brkn..
t`mskla sy ...
smg kte sm2 mncr kbrktn hdp ALLAH TA`ALA..
 |
on September 24 2009 23:31:51
terbaikk!!!! |
on September 25 2009 00:06:58
Subhanallah,maha suci Allah..sangat besar kasih Allah kpd hmba2 yang mengingatiNya..trima kasih kpd Azamin yg sudi brkgsi crita yang dpat memberikan motivasi yg tinggi kpd pembaca..  |
on September 25 2009 07:22:58
satu kisah yang boleh dijadikan teladan. Semoga kami semua menjadi setabah anda |
on September 25 2009 17:05:49

Sy sgt tertarik dgn balasan yg tlh diterima akibat kesabaran yg tinggi..
Sy sgt percaya kpd keajaiban yg akn Allah berikan jika kita btol2 berharap kpdNya..
Sy jg selalu mnjadi tmpt rakan2 meluahkan perasaan
apa yg sy dpt lakukan adlh suruh mereka spy tenang dan sabar..mungkin ada hikmah di sebaliknya...tp kebanyakan mereka seperti tdk percaya yg suatu hari prkara yg baik akn berlaku disebalik ujian yg diberi..
x tahu bagaimana hndak yakinkan mereka..seolah-olah mereka tdk percaya bhw Allah akn membantu..mereka trus bersedih dan bersedih..
Kdg2 sy melihat mereka sprti sgt 'daif' mengenai hal2 agama..dn bknlah bermaksud sy ni bijak sgt..
terasa sedih bila lihat rakan2 ada mslh n sy x dpt bantu..
mungkin sy jg masih lemah...
sy perlu mncari jln spy dpt mmbntu diri sndiri n rakan2 utk menghadapi ujian dgn lebih bersyukur n sabar... |
on September 25 2009 22:43:11
 subhanallah!!lepas baca kisah awak,tersentuh jugak hati sy....di smpg itu sy dpt gak memotivasikan diri sy ni....smoga awkakanbhgia di smpg keluarga...amin.
WASSALAM. |
on September 25 2009 22:55:12

bila bca artikel ni sy rasa malu sgt dgn diri sy yg sentiasa kalah dgn ujian2 allah..walaupun sy taw allah x akan membebani hambanya mengikut kesanggupannya...bile dtimpa ujian barulah sy teringat ALLAH dan menangis teresak2 mengenang dosa...tp,bila jalan 2 dah dimudahkan saya lupa dan xistiqamah dlm membt amalan ktika susah dahulu..namun,ALLAH 2 maha penyayang...dy tetap menolong hambanya walaupun hambanya itu berpaling darinya..hmm..xkuat lg keimanannya 2..terima kasih byk2 kpd penulis..harap boleh pengajaran ntuk sy dan org lain..salam lebaran..hope better than be4.. |
on September 26 2009 01:21:23

syukran ats perkongsian..bila ana renung diri ana..melihat dan membaca pengalaman yg dititipkzn penulis membuatkan ana malu sendiri..hanya sekelumit cuma diugaan yang Allah timpa pada ana..tp mengapa ana mudah give up..moga Allah kuatkan semangat dlm menempuh setiap ujianNya..
ana doakan semoga penulis tabah dlm menghadapi dugaan n dlm lindungan Allah hendaknya.. |
on September 26 2009 07:27:07

ya ALLAH cerita ni betul-betul tersentuh.....
mengingatkan tentang kebesaran ALLAH
mengajar saya supaya menjadi orang yg lebih bersabar dan bersangka baik........

 |
on September 26 2009 23:27:25
salam... maha hebat Allah..tiada yang lebih hebat melainkan Dia. ketika susah kita wajib dekat dengan-Nya, ketika senang kita wajib dekat dengan-Nya, di mana-mana jua kita berada dengan iringan zikir memuji kebesaran-Nya pasti kita akan selamat. Selamat di dunia selamat di akhirat. namun membaca paparan ini..mengingatkan derita saya dalam arus hidup yang berbeda...tetapi ada rasa kita dilindungi oleh Allah.Subahanallah..(ILUVIslam..satu wadah yang menjurus kearah iman dan taqwa..teruskan) |
on September 27 2009 09:22:33
terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman hidup..semoga saudara dan keluarga
dirahmati Allah. saya minta izin saudara untuk copy artikel ni untuk dikongsikan bersama
rakan2 yg lain. semoga artikel ini dpt memupuk kesabaran dan ketabahn utk menghadapi
stp ujian dr yg Maha Esa. syukran |
on September 27 2009 11:12:13
alhamdulillah..dgn bc artikel ni..memberi saya keyakinan terdpt ALLAH..atas apa yg sedang sy hadapi sekarang..ini sememangnya suatu dugaan yg teramat berat bagi saya..tapi yang pasti ALLAH tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kemampuannya..kini saya mengharapkan pertolongan dari Yang Maha ESA  |
on September 27 2009 16:31:25

terima kasih byk2 c0z post kn artikel..
mmg kdg2 kita alpa.. tp igtlah bahawa Allah x prnh lpe kn kita..
byk2 kn lah muhasabah diri...
agar menjadi lebih bersabar n terima keredhaan-Nya..
even skit je yang diuji, tp kita memandang besar...
tetapi kita buta melihat nikmat Allah yang melimpah ruah... |
on September 27 2009 18:45:41
Thanks atas perkongsian artikel yg sgt2 bermakna...
Mmg sgt menyentuh hati dan menginsafkan diri ni...
Harap diri yang sgt lemah ni sentiasa dapat muhasabah diri...
Betapa Allah sentiasa bersama dgn hamba-hambaNya... Yg penting, sentiasa meletakkan sepenuh penggantungan pd yg maha Esa...
Teringat firman Allah surah At-talaq ayat 2-3
"BArangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya." |
on September 27 2009 20:05:34
Mmg Allah itu berkuasa di atas segala sesuatu..
Sy juga penah mengalami situasi seperti saudara azamain baru2 ini..
Semasa bulan ramadahan yg baru saja berlalu..
ketika hampir waktu berbuka puasa.. sy pegi ke bazar ramadhan kerana keja terlalu bnyak di ofis dan terpksa berbuka di ofis.. Selepas membeli makann berbuka, sy lihat ade seorang pakcik yg duduk di kerusi roda sambil menjual kerepek..
mmg itulah pekerjaan yg dlakukan pcik ini setiap hari..
apa yg membanggakan sy, die tidak meminta dahulu sebelum berusaha..
dia berusaha untuk mendapatkan wang dgn hasil jualan kerepek nya..
keadaan waktu tu adalah hujan sedang renyai2..
sy memberi nya RM1.00.. Sekembali di ofis, perasaan sy tiba2 terdetik memikirkan kasihan pada pakcik tu.. bagaimana dia hndak berbuka nanti..
bazar ramadhan jauh dari tempat die menjual kerepek.. kasihan pula rasanya lihat die menjual kerepek waktu hujan yg renyai..
jam waktu tu pukul 7.00 malam.. tanpa berpikir panjang sy terus pegi ke bazar tersebut.. hati sy terpikir.. duit sy hanya tinggal sedikit sahaja.. hanya cukup2 untuk wang berbuka sekiranya minggu ni terpaksa balik lambat lagi.. tp sy pikir.. xmengapala, kasihan pakcik tu.. sy terus membelinya nasi lemak dan cendol.. sy memberi pada pkcik itu & die berkata kenapa ank bg pakcik.. anak makanla.. baiknya anak ini.. sy kata sy ikhlas pakcik.. berbuka la nanti bila masuk waktu..
pakcik itu tidak putus mengucapkan terima kasih..
keesokan hari dgn tidak disangka saya terpaksa balik lewat lagi jadi terpksa membeli makanan untuk berbuka lagi.. terpikir sy.. lapar sgt.. nk makan nasi.. tp bulan puasa ni, banyak peniaga jual lauk mahal2.. nanti duit makan xcukuplah.. tiba2 waktu sy nak turun ada seorang abg di ofis pangil sy.. jgn beli makanan tau.. hari ini bos belanja.. sy hanya mampu ucp alhamdulillah.. sy xtrpikir lagi apa2 waktu tu.. tp keesokan harinya sy pikir sy terpaksa balik lewat lagi kerana kerja sgt bnyk.. tiba2 bos dtg & ckp.. hari ini xpayah balik lmbt la.. pg hotel JW Mariot.. ada pihak yg sponsor kita tuk berbuka & bos turut cakap sepanjang minggu ni, awak kena pegi hotel, tiap2 hari ada majlis berbuka puasa.. terus sy terpikir.. Ya Allah ini lah pertolongan MU dikala aku kesusahan.. kalau hndak diikukan sy hanya memberi nasi lemak biasa sahaja kpd pakcik itu, tetapi Ya Allah setiaphari Kau tlh murahkan rezekiku tanpa perlu aku mengeluarkan wang & akhirnya duit ku cukup untuk ku tambah pada persiapan baju raya adik2 ku.. Terima kasih Ya Allah.. betul kata azamin.. sy juga seperti dia kdg2 putus asa dgn dugaan yg melanda.. Tp sy kuatkan hati untuk terus kuatkan semangat & pikir stp dugaan pasti ada hikmahnya.. |
on September 27 2009 22:02:58
sedihnnya baca artikel ini....
rase insaf dan sayu sgat..... |
on September 27 2009 22:49:44
sesungguhnya ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG kepada hamba2nya.. |
on September 28 2009 00:26:46

khair......anta mumtaz
ana jayyid jiddan..
thanks editor...cerita yg smart...
 
nak minta izin kongsi dgn rakan lain??  |
on September 28 2009 21:14:43
salam..
subhanallah..
sesesungguhnya Allah itu maha pemurah....
...
ana juga penah mngalami peristiwa seperti itu...
..
jika dihitung nikmat yang Allah berikan pada kita...
smpai bila2 pun kita xkan selesai menghitungnya..
sesesungguhnya....
org yang berbuat kebajikan dan menolong jalan Allah ni...
Allah akan bersama kita malah dipermudahkan lagi hidup kita....
...
syukurlah..
kita hanya merancang....Allah juga merancang...
tap perancangan Allah itu lebih sempurna..
mungkin kiter diduga sesekali...
utk Allah tngkatkan darjat keimanan kita...
tambahan pula...
menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita.........
 |
on September 29 2009 09:38:42
salam...
tersentuh hati saya membaca kisah saudara azamin..
juga perkongsian sahabat2 yang lain..
maha suci Allah..
"hanya pada-MU aku sembah dan berserah diri"
"dan cukuplah Allah sebagai penolongku"
wallahua'alam |
on September 29 2009 10:39:44

telah diberi kesempatan oleh Allah S.W.T. untuk membaca artikel ni dan merasa sesuatu darinya..terasa kasih sayang-Nya yang melimpah ruah dan tidak berbelah bahagi..subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar..artikel ini datang tepat pada masanya..
semoga anta berbahagia selalu dan sentiasa berada di bawah rahmat-Nya,  |
on September 29 2009 12:23:27

ya allah,
allah maha pemurah, lagi maha pengasihani..
 |
on September 29 2009 13:21:20
..    ..manusia itu kadangkala lupa akan nikmat pemberian Allah apabila dalam keadaan senang..tetapi apabila ditimpa kesusahan..barulah mereka mula menggelabah...kadangkala sampai kufur...nauzubillah...selalulah kita husnu zann bi lllah... ...setiap masalah yang kita hadapi,kembalilah pada Allah.. ..masalah kita akan selesai..janganlah sesekali kita bergantung kepada makhluk...    |
on September 30 2009 16:47:20


huhuhuhu........saya dan anda dah tau pe kite perlu seharusnya tau..
marilah kite semua berdoa agar kite sume diberikan kepayahan jika itu yang dapat menjanjikan kite mengkecapi SURGA... |
on October 01 2009 09:41:15
. itu jek yg mampu... |
on October 01 2009 19:09:46
Ya Allah..sy sungguh terharu dgn artikel ni....mmg btul la doa itu senjata bg kite umat islam utk trus meminta dr Yang Maha Esa....
kepayahan itu sememangnyer mngajar kite erti sebuah kehidupan yg sbnar......semoga secebis ketabahan dan kesabaran itu mmbuahkn keimanan dan ketaqwaan yg tinggi kepadaNya... |
on October 01 2009 21:03:59

syukur kepada Mu ya Allah..rezeki bukan di tangan makhlukMu tetapi semuanya dari Allah..
artikel ni menyedarkan saya betapa pentingnya sabar dan tawakal kepada Allah di saat senang dan susah..t'kasih di atas perkongsian yang sangat berguna ini. |
on October 02 2009 17:43:30
salam..
betapa hebatnya DIA..
Sesungguhnya Allah Maha Hebat..
semga sy jg akn d bri kekuatan yg sm apbl d bri ujian..
sesungguhnya..sy sgt lemah... |
on October 03 2009 09:41:32
dis mean a lot 2 me~ thanx 4 sharing
 |
on October 04 2009 09:38:22


Artikel yang menyentuh hati...
Sungguh, ujian yang Allah beri itu sesuai dengan kesanggupan hamba-Nya. Dan pastinya setiap ujian itu biasan kasih sayang –Nya pada hamba yang tidak pernah melupai-Nya di mana Dia sentiasa menyertakan sesuatu HIKMAH atas setiap ujian yang diberikan pada hamba-Nya.
Lihatlah, KASIH SAYANG Allah, walaupun kesusahan yang diberikan pada hamba-Nya, namun kesusahan itu bukan sahaja sesuai dengan kemampuan dan kesanggupan hamba-Nya , malah MENDEKATKAN LAGI diri hamba itu pada-Nya,dengan disertai HIKMAH yang mungkin terhijab pada mulanya. Dan sekiranya hamba itu BERSABAR dan YAKIN atas ujian itu, Dia membalasnya dengan RASA KETENANGAN..
Ketahuilah sahabat, hanya Allah yang mampu membuat hati-hati tersenyum, jiwa-jiwa dipenuhi ketenangan...
 |
on October 04 2009 21:52:36

artikel yang benar2 menginsafkan.... 
  
mohon kebenaran copy artcle nie tuk d kongsi bersama rakan2 yg lain...

 |
on October 05 2009 03:43:11
kisah saudara adalah cermin bagi saudara.....jika cermin itu 1 maka 1 pantulannya...
jika cermin itu retak 3 maka pantulannya berjuta2....ingatan milik ALLAH...mohon kepadaNya agar kisah ini dapat menjadi tauladan bg saudara bila terlupa (suatu masa).... |
on October 05 2009 16:03:40
Ya Allah..derita itu membahagiakan dan mematangkan seseorg sbnrnya..Airmata sy hampir mengalir apabila membaca kisah ini. Memberi peringatan kpd sy utk sentiasa berdoa kpdnya walau dlm apa juga keadaan...Sesungguhnya pertolongan drp Allah dtg dlm pelbagai bentuk dan cara... |
on October 05 2009 23:50:39
salam..
saya turut ada cerita hendak dikongsikan bersama..
pada mulanya saya mmbaca article ini air mata mula mbasahi pipi..
waktu nih saya igt sume..
saya lahir dari anak yg senang..
keluarga senang..
nk apa sume dapat..
n duet rm1 langsung xpandang..
bertaburan atas lantai..
tapi lpas baca article nih ia mnjadi pngajaran wt saya..
sautu petang kami sekeluarag ada di rumah..
kawasan rumah saya adalah rumah elit
ada seorang gadis kudung kaki datang minta derma
mama buka pintu..
dia terangkn n buka kaki palsu dia..
sy terkesima..
mama pon..
mama terus ambi dompet bg RM50 sebagai derma ikhlas..
tetiba gadis tu peluk mama n ucapkan terima kasih..
sewaktu itu saya masih di tingkatan 5..
gadis tu bersalaman dengan sume sdik bradik sya..
n dia doakan moga rezeki kami murah n saya dapat masuk u..
rupunya doa gadis tu jadi kenyataan..
saya bjaya masuk u n rezeki kami sentiasa ada..
mama terharu sesangat..
mama panah cakap kalo kita membri dengan ikhlas kerana Allah insyaAllah Allah akan permudahkan rezeki kita gak.. |
on October 15 2009 20:43:34

Ya Allah..pertama kali sy bca artikle sebegini rupa..
artikle ini bnar2 menginsafkan sy..
syukran kepada penulis artikle ini..
semoga sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah..
 |
on October 16 2009 12:31:13
Salam...
Saya cukup terharu membaca artikel ini....
Ketika saya membaca artikel ini membuatkan saya Terharu untuk mendekati kepada maha esa..
Yang sebenarnya miskin mahupun kaya sama sahaja kerana kita akan kembali kepada maha esa ....
terima kasih wahai sahabatku kerana artikel ini sungguh mendalam....
         |
on October 17 2009 08:28:09
setiap cubaan ada hikmahnya yg tersendiri.semoga kita sabar menempuhi dugaan itu.     |
on October 17 2009 11:39:15
''bersangka baiklah kpda ALLAh..'' |
on October 23 2009 20:01:42
saye pun nak crite juge!
hari tu dari u nak balek rumah..
balek ngan akak sme2 naek bas.
ttbe ade pkcik tu tahan, die crite sket die dari mne
pstu mnta rm2 utk tmbang die..
saye bukak la purse, bagi rm5..
dah lpas tu kakak saye sound sket, die kate jgn cpat pcaye kat org..
mse tu nak ckap, mmg saye xpikir pjg, pkcik tu tipu ke ape ke..saye mmg niat nak mmbntu
la
then, lame pastu, rm5 yg saya bagi kat pakcik tu, ALLAH gnti dgn rm150
yg saye ttbe je jumpe dalam buku sirah rasul kpunyaan saya.
krenye nak ckap, jgn rsau kte akan jadi miskin klau kte ikhlas mnyalurkan sdikit hrta kte ke jalan Allah..
ssungguhnya, ALLAH MAHA PEMURAH |
on October 25 2009 15:48:09
bgus nye artikel nie!  |
on October 26 2009 15:44:39
   , ALLAHUAKBAR, |
on October 26 2009 20:47:49

subhanallah . menangis saya ketika membaca artikel ini . sesungguhnya ALLAH maha pemurah . minta lah kepaa ALLAH sesungguhnya ALLAH tida akan mengecewakan hamba hambaNYA yg beriman  |
on October 27 2009 20:53:26
http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/assalamualaikum.gif
salam perkenalan...maaf tetibe masuk
alhamdulillah....sy akui Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pemurah...
tp macam mane pula kalau kita betul2 malu nk mntk pd Dia?bkn sbb sombong...sbb kadang2 terasa diri ni tak ikhlas dan tak betul2 mengharap...terasa diri seolah-olah susah nk betul2 merayu kpd Dia memohon bantuan...macam berpura-pura sbb kadang2 diri terlupa dan terleka bhw Dia dh membantu kita tapi kita tetap lupa pd Dia.buktinya sy susah nk merayu shngga menangis memohon bantuan Dia.kadang2 tu marah pd diri sendiri sbb tak malu mntk pada Dia tp jarang mengingat Dia...mohon beri pandangan... |
on November 04 2009 09:32:48
Ya Allah..teguhkanlah hatiku terhadapmu sebagaimana yang kau telah berikan terhadap orang2 yang kau inginkan.... |
on November 07 2009 12:06:23
syukur alhamdullillah.... sy terharu sgt.... n tersentuh ngn crite saudara...   |
on November 08 2009 21:42:06
*bismillah
*assalamualaikum
sya budak baru . .
sya xreti main ini blog . .
tp,sya minat ini blog . .
blyh x sspa ajar sya>???
*insyaAllah |
on November 26 2009 13:37:20
SUBHANALLAH
terasa amat malu dengan diri ini. walaupun begitu banyak nikmat yg diberi namun amat jarang mensyukurinya.
YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA HAMBA-MU YANG LEMAH INI.
 |
|
|
Please Login to Post a Comment.
|
|
|
"Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya."
|
|