Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 68
- Members Online: 17
- Total Members: 85,796
- Show Who's Online
- 26,105,819 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Meriah Ramadhan @ iLuvislam.com. Jom Sertai!


Meriah Ramadhan @ iLuvislam.com

(Anjuran Event Team Malaysia@iLuvislam.com)


Kategori A : Bawah 12 tahun

Kategori B : 13 - 18 tahun

Kategori C : 18 tahun ke atas


 

Jenis-jenis Pertandingan

1. Mencipta Komik Islamik (Kategori B dan C sahaja)

2. Mengarang Esei (Semua Kategori)

3. Melukis dan Mewarna (Kategori A sahaja)

4. Persembahan Multimedia (Semua Kategori)



Hadiah-hadiah untuk Pemenang

1. Setiap Pemenang Utama bakal mendapat hadiah Langganan Majalah daripada Karangkraf.

2. Setiap pemenang akan dijemput untuk menyertai BackToBasics@Raya (B2b@Raya) bersama Krew-krew iLuvislam.Com pada bulan Oktober.


Syarat- syarat Umum


i. Terbuka kepada semua ahli iLuvislam.com yang berdaftar sahaja. Klik sini jika belum mendaftar.

ii. Krew iLuvislam.com tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.

iii. Setiap bahan yang dihantar akan menjadi hak milik iLuvislam.com. Namun kredit akan diberikan kepada penghantar.


Syarat-syarat Khas


1. Komik Islamik (Kategori B dan C sahaja)


- Peserta hanya boleh menghantar sekurang-kurangnya 2 penyertaan. (Tetapi HANYA SATU TERBAIK akan dipilih jika layak menang)

- Komik mestilah bertemakan Ramadhan Bulan Barakah & Syawal Penuh Rahmat, memaparkan ciri-ciri islamik, kreatif, menarik dan mempunyai mesej yang ingin disampaikan.

- Komik perlulah ASLI dan tidak diplagiat daripada mana-mana  karya yang telah diterbitkan

- Komik yang dihasilkan adalah komik pendek iaitu satu muka surat sahaja

- Boleh diwarnakan atau hitam putih sahaja

- Penyertaan akan dinilai melalui kreativiti, mesej yang disampaikan, kekemasan dan menarik minat.

- Masa yang diperuntukkan adalah selama 2 MINGGU sahaja.

- Emelkan komik anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.

- Pemenang akan ditentukan oleh panel iLuvislam.com

- Jumlah Pemenang : 5 x 2 kategori = 10 pemenang (2 pemenang utama).



2. Mengarang Esei Ramadhan

- Peserta hanya boleh menghantar SATU penyertaan sahaja

- Esei bertemakan :

Kategori A   : Kenikmatan dan Kelebihan berpuasa Ramadhan

Kategori B   : Impak berpuasa Ramadhan kepada individu dan keluarga

Kategori C   : Amalan berpuasa dalam membentuk masyarakat Sakinah dalam Negara berbilang bangsa

- Panjang esei :

Kategori A   : 250 hingga 500 patah perkataan

Kategori B   : 1000 hingga 2000 patah perkataan

Kategori C   : 3000 hingga 5000 patah perkataan

- Setiap petikan idea dan rujukan perlu disediakan nota kaki

- Jarak setiap baris adalah 1.5, menggunakan font Arial, saiz 12,

- Penyertaan akan dinilai berdasarkan penguasaan tema, banyak penggunaan bahan rujukan, pengolahan bahasa

- Masa diperuntukkan adalah selama DUA MINGGU sahaja

- Setiap halaman perlu ditulis muka surat.

- Setiap penyertaan perlu bertaip computer.

-  Emelkan esei (sebagai attachment) anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.

- Pemenang akan ditentukan oleh panel iluvislam.com.

- Jumlah Pemenang : 4 x 3 kategori = 12 pemenang (1 pemenang utama bagi setiap kategori)



3. Melukis dan Mewarna (Kategori A sahaja)


- Setiap peserta hanya dibolehkan menghantar SEBERAPA BANYAK penyertaan. (Tetapi hanya satu terbaik akan dipilih untuk mendapat hadiah.)

- Lukisan perlu bertemakan "Keluasan RahmatNya melalui Ramadhan" ATAU "Ria Syawal dengan Bersederhana"

- Setiap penyertaan adalah asli dan tidak diplagiat daripada mana-mana sumber.

- Setiap lukisan mestilah diwarnakan.

- Lukisan akan dinilai melalui penggunaan warna, kreativiti dan memenuhi kehendak tema.

- Lukisan hendaklah di'scan' dalam bentuk JPEG atau GIF dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.

- Emelkan lukisan anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'.

- Pemenang akan ditentukan oleh panel iluvislam.com

- Jumlah Pemenang : 8 pemenang (2 pemenang utama)


4. Multimedia presentation (Semua Kategori)


- Sediakan video atau rakaman pendek mengenai Ramadhan.

- Persembahan hendaklah tidak melebihi tiga minit

- Persembahan perlulah mempunyai mesej yang ingin disampaikan, menarik dan kreatif

- Upload video anda melalui Mediafire. (Tidak dibenarkan upload ke YouTube atau Metacafe.)

- Emelkan link download video anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.

- Pemenang ditentukan melalui 50% undian ahli iLuvislam.com dan 50% dari juri dari kalangan Krew.

- Jumlah Pemenang : 3 x 3 kategori = 9 pemenang (1 pemenang utama bagi setiap kategori).

 
Cara Menghantar Penyertaan [PENTING]


1. Emelkan link download video anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.

2. Hantarkan semua penyertaan sebagai attachment. (Bagi pertandingan Persembahan Multimedia, sila berikan link untuk download).

3. Sila sertakan maklumat berikut :

1. Nama Penuh :

2. Nickname di iLuvislam.Com :

3. Umur :

4. Alamat Semasa :

5. No. Tel :

6. Jenis Pertandingan :

7. Kategori Pertandingan :

8. Jumlah Penyertaan yang Dihantar :

4. Pada ruangan Subject dalam email anda, sila isikan Meriah Ramadhan@iLuvislam : [jenis/kategori pertandingan yang anda sertai].


Sebarang pertanyaan, boleh diajukan di ruangan komen.


27 Comments · 2942 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 82% [9 Votes]
Very Good Very Good 9% [1 Vote]
Good Good 0% [No Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 9% [1 Vote]
Comments
HafizAdam on August 29 2009 17:38:05

1st to komen! yeay~

mana-mana blogger, wakil IPT, wakil sekolah, jom promote!

p/s: eh xde banner ke? baru nmpak lawa, nya~
adv_reds on August 29 2009 17:43:24

saya taruk di belog saya utk iklan seperti saranan pakpis.
banner ke, gambar ke, taruk la. xdelah nampak tulisan sangat.
muhammad naim on August 29 2009 18:08:42

salam......

copy n paste di myspace,freindster antum semua

iluvislam
ikhwanul_rahim on August 29 2009 18:39:09

alhamdulillah

Heboh-hebohkanlah kepada kawan2 akhwan sekalian.grindance
za_nadia on August 29 2009 19:09:35

Ala, bestnyer.. sayangnya krew tak dibenarkan masuk bertanding..sad

B@B@raya pun tak dpt nk join..sobsob


apapun, meriah betul lah iLi pasni... sapa yang ada kesempatan nak join, mmg rugilah kalau tak join~grin
HafizAdam on August 29 2009 20:03:55

walaupun krew takleh join, tapi kite measih boleh mempergunakan nama kawan2 kite yg tanak join tuh.
hahaha kejamnye~
wann on August 30 2009 01:55:15

krew boleh join..cuma xboleh menang je..hehe
za_nadia on August 30 2009 09:01:22

ii. Krew iLuvislam.com tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.


hehe, minta admin tukar la kat situ. ii. Krew iLuvislam.com tidak dibenarkan untuk memenangi pertandingan ini.

krew yg hantar penyertaan sekadar nak bg meriah je la kot..sedey je bunyinya.. hehehe
adv_reds on August 30 2009 13:47:32

saya cadangkan letakkan banner meriahramadhan@iluvislam
yang direka pakpis kat belog beliau kat sini

(kalau takde banner khas. haha)
MiRZA@92 on August 30 2009 16:19:44

asalammualaikum w.b.t.bismillahgrindance
MujahidEEn_89 on August 30 2009 20:27:12

deyyy... pertandingan utk krew tadak ka? ayoyo.. banyak sideh! mau nangis ini macam...
VetrowenuL KareemaH on August 30 2009 21:54:18

alaaa, orang nak yg melukis! bakat saya tak terserlah dalam komik mengomik ni. cane arh? nyamar jadik budak ah. haha.
Nurul Asma bt Amza on August 30 2009 22:03:41

assalamualaikum
mesti upload guna media fire ke?
kalau upload kat blog boleh x?
HafizAdam on August 30 2009 22:18:16

file mediafire payah nak detect maka mengelakkan kemungkinan dicuri orang.
kalau tak dapat mediafire, guna je rapidshare atau [url=http;//usaupload.com]usaupload[/url] atau megaupload
Nurul Asma bt Amza on August 30 2009 22:45:07

Huhu...lama btul yer nak upload multimedia...pc
AsNiza on August 30 2009 23:12:13

krew kalu nak masuk pertandingan gak sila2 lah letakkan jawatan anda sekarang jugak. ahaha~ mantap nyer idea nih =D
Nurul Asma bt Amza on August 30 2009 23:38:07

hmm..nak save kat format ape yerk?pc
iera nadira on August 31 2009 00:48:22

Kategori A : Kenikmatan dan Kelebihan berpuasa Ramadhan

Kategori B : Impak berpuasa Ramadhan kepada individu dan keluarga

Kategori C : Amalan berpuasa dalam membentuk masyarakat Sakinah dalam Negara berbilang bangsa


uhuhuhu~ kenapa tajuknya begitu sukar.. alaaaaa... impak berpuasa tu macam mana?? Kesan berpuasa ea??
wann on August 31 2009 06:02:51

mesti upload guna media fire ke?
kalau upload kat blog boleh x?


tak boleh. video atau ultimedia show anda tidak boleh dipamerkan dimana-mana sebelum keputusan diumumkan. dan rapidshare atau megaupload juga boleh digunakan. tq.


hmm..nak save kat format ape yerk?


kalau boleh format yg boleh dimainkan di kebanyakan player, MPEG contohnya.
anda boleh menggunakan apa2 software untuk pertandingan ini, waima power point sekalipun.


uhuhuhu~ kenapa tajuknya begitu sukar.. alaaaaa... impak berpuasa tu macam mana?? Kesan berpuasa ea??


aha. poin kat situ adalah individu dan keluarga. goreng la camna pon.hehe
HafizAdam on August 31 2009 12:38:57

video 3 minit sepatutnye tidak melebihi 100MB.
sekiranya video anda melebihi saiz ini, sila PM saya utk setting.

uhuhuhu~ kenapa tajuknya begitu sukar.. alaaaaa... impak berpuasa tu macam mana?? Kesan berpuasa ea??

kalau senang, x panggil pertandingan kan?
haha
muhdfaiq on August 31 2009 17:35:35

assalamualaikum saya tak tahu nak buat....................................hadiah.hadiah ape
adv_reds on August 31 2009 20:07:56

krew kalu nak masuk pertandingan gak sila2 lah letakkan jawatan anda sekarang jugak. ahaha~ mantap nyer idea nih =D


MakNgah, kalau gitu saya nak masuk kategori A lah.
Boleh kan~?
Boleh la, boleh la, boleh laaa~
sad
hermosa on September 02 2009 12:34:53

bleh klu krew nk msuk, tp buang dulu jwtn krew 2....
pelangi indah on September 02 2009 23:02:51

kalau nk hantar x phmlah mcm mana...hantar melalui email ramadhan[at]iluvislam.com eh?
wann on September 03 2009 00:44:55

kalau nk hantar x phmlah mcm mana...hantar melalui email ramadhan[at]iluvislam.com eh?


emelkan ke ramadhan@iluvislam.com
cipotcomel on September 07 2009 15:55:54

assalamualaikum

mari sume join i luv islam..
DilaFAS on October 06 2009 22:14:15

assalamualaikum

saja nak tumpang tanya...karya2 yang menang tu x disiarkan kat iluvislam ni ke??
teringin gak nak baca hasil ilham kreatif rakan2 lain...yes
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang,jangan harap ia akan datang kembali"
spacer