Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan."
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Tak Nak Puasa!

Bercadang Untuk Tidak Berpuasa
www.iluvislam.com
Ustaz Hasrizal*
Editor: lailatulema

“Ustaz, saya bercadang untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan ini sebab saya terpaksa menduduki peperiksaan”, kata seorang mahasiswi melalui emailnya kepada saya. 

“Saya yang lemah iman tidak mungkin boleh berpuasa Ramadhan ini sebab aktiviti minggu orientasi yang berat!”, maklum seorang mahasiswa pula.

“Saya terlalu bernafsu kuat dan sering melakukan masturbasi termasuk di Ramadhan ini. Apakah nasib saya ustaz?”, tulis seorang… maaf bukan seorang, tapi beberapa orang pelajar perempuan melalui email kepada saya. Ya, perempuan. Bukan lelaki.

Muka saya merah, telinga kepanasan.

Jika hanya seorang yang bercadang untuk tidak berpuasa, saya dengan mudah menganggapnya sebagai kes terpencil. Tetapi Ramadhan kali ini saya dihubungi oleh sejumlah mahasiswa dan mahasiswi yang telah awal-awal lagi berazam untuk TIDAK BERPUASA, kerana ada sesuatu yang berlaku di dalam hidup mereka selain makan dan tidur.

Peperiksaan…

Aktiviti minggu orientasi…

Banyak bekerja shif malam…

BUKAN TERPENCIL

Kesemua email yang saya terima di bawah kategori ini saya himpunkan tanpa tergesa-gesa menjawabnya. Sengaja saya kumpulkan sehingga selesai seminggu pertama Ramadhan. Jumlahnya signifikan. Datangnya dari empat penjuru bumi. Mengecewakan!

Di manakah silapnya?

Kelemahan jati diri anak watan kita ini sudah amat kritikal. Tolaklah ke tepi semangat-semangat yang sedang dicari untuk berjihad, membela umat, membebaskan Palestin dan menebus kemunduran bangsa.

Cukup sekadar saya katakan, mungkin ini salah satu sebab mengapa Malaysia gagal mendapat pingat emas di dalam Sukan Olimpik. Negara ini melahirkan bangsa manusia yang lemah determination biar pun tinggi IQ, hebat teknologi, mewah kemudahan prasarana, banyak ilmu dan lebih segala-galanya.

Semuanya terbangun dan bangkit ‘maju’, kecuali manusianya. Terlupa prima kausa!

AMARAN

Perbuatan menyengajakan tidak berpuasa atau berbuka tanpa uzur syar’ie yang kita sedia maklum, adalah dosa besar yang berat ancamannya dari Allah dan Rasul-Nya.

Daripada Abi Umamah al-Bahili beliau berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Semasa aku sedang tidur, datang dua lelaki kepadaku dan mendapatkan aku pada tangannya lalu membawa aku ke hujung gunung. Mereka berkata : Naiklah ke atas. Aku berkata: Aku tidak boleh. Mereka berkata. Sesungguhnya kami akan mempermudahkan bagimu. Maka aku mendaki sehingga sampai ke kemuncak gunung tersebut. Kemudian aku mendengar suara-suara yang kuat. Aku berkata : Suara apakah itu? Mereka berkata: Ini adalah suara pekikan manusia dari neraka. Kemudian aku bergegas sehingga aku melihat manusia digantung di belakang lutut mereka, dengan di tepi mulut-mulut mereka koyak dan darah keluar dari mulut-mulut mereka. Aku berkata: Siapakah mereka ini? Mereka berkata: Ini adalah mereka yang berbuka puasa sebelum waktunya. – [Hadith disahihkan oleh al-Albani di dalam  Mawaarid al-Zam’aan, #1509]

Wahai adik-adikku, teguhkanlah jati diri kalian. Jangan jadikan keselesaan hidup hari ini fitnah ke atas dirimu! Susah hidup semalam dan senang selesa hidup hari ini, semuanya menuju ke KESUSAHAN AKHIRAT yang SAMA. NERAKA YANG SAMA.

Doaku agar kita bertemu di SYURGA.



*Ustaz Hasrizal giat menulis di blog beliau di http://saifulislam.com/

 



39 Comments · 7085 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 86% [24 Votes]
Very Good Very Good 11% [3 Votes]
Good Good 4% [1 Vote]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
wardatul_shauqah on August 20 2009 14:54:17

assalamualaikum
Astaghfirullah haladhzim...
Alasan macam ni pun ade ke???

Kenape ye kebanyakan kita ni xsedar?
Xsedar apa tujuan kita diciptakan..
Kita diciptakan bukan utk dunia semata,
tapi yg paling penting ibadah kepada Allah.

Kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah s.w.t...

Apa guna kita ambk exm dan ikut ape2 program,tp tinggalkan suruhan Allah???
Sape cakap puasa ni menghalang kita buat semua keje tu??Kecuali kerja yg haram dibuat dan membatalkan puasa.

Sbnarnya bila kita puasa,kita makin sihat.

Rasulullah berperang lagi time puasa dlm bulan Ramadhan.

Bila kita susah baru minta pertlgn Allah,
Bila kita senang,kenapa kita lupakan Allah???
Dia yang pertama patut kita ingat tak kira waktu seng or susah.

Meh kita pupuk nafsu kita,pujuk dia,jgn ingatkan kepuasan diri semata,kita ada amanah,amanah sebagai hamba Allah.

Jom berpuasa lillahita'ala.
Jgn kita puasa kerana manusia,rugilah kita.

Selamat Beribadah saudra2 seIslam ana.
Peringatan buat dr jg...^_^
emiza on August 20 2009 16:41:03

assalamualaikum
astagfirullahalazim....
kenapa ade org2 yang cam nie..

minta saudara2 dan saudari2 dan saya juga dihindarkan drpd semua perkara yang kurang menyenangkan nieno
zul92 on August 20 2009 17:29:26

bismillah

Ampunkan dosa kami semua Ya ALLAh..!jauhkanlah kami dri bersikap sedemikian..!!!

amin
nurshafikah on August 20 2009 17:47:23

astagfirullahalazim......
wahai muslimin dan muslimat yang dirahmati allah sekalian........
janganlah sesekali kamu menggunakan alasan tersebut untuk tidak menunaikan ibadah puasa....
ini kerana tuhan yang telah menetapkan apa yang akan kita lakukan termasuklah sebarabg aktiviti seperti di atas...
pasti ade hikmahnya disebalik apa yang tuhan tetapkan itu....
tuhan tidak akan menetapkan kita untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan kite....
renung2kan lah....salam....amin
nurhanim on August 20 2009 18:35:57

astagfirullah.....
ada jgak org cam tu...

selamat berpuasa semua....
just myself on August 20 2009 19:38:33

salam semua...
mcm 2 pulak ek ??? knape tak nak puasa?? bukan ker puasa setahun serkali jer... orang lain semgt nak puasa n p terawih... ade gak yg tak nak puasa... daku kurang mengerti mengapa terjadi begini??? kurang iman kot?? ( nak cakap banyak2 pun, sye nie pun masih lemah iman.)
tapi still bersemgt nak sambut bulan pose... first time pose kat puncak alam..trun 218 anak tangga utk g faclty n naik blik 218 ank tangga.. banyak nyer anak tangga( tangga maut or tangga keramat) ...
takpe2... pembakar semgt pose... mggu pertama pose maybe penat+ letih.. masuk mggu ke2 n strusnyer maybe dah tak letih.. INSYA ALLAH........
selamat menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK...........
aqilah94 on August 20 2009 20:39:56

ya allah ape nak jadi dgn umat akhir zaman ni.......semakin hari semakin teruk...............
semoga kite sentiasa sentiasa dalam keredaanNYA......
amin
islam_87 on August 20 2009 20:40:33

allahamdulillah.......
sekurang2nya dia bertanya.....
semoga berjaya......................
saffiya_nur on August 20 2009 20:49:32

assalamualaikum...terima kasih banyak2 kerana sudi berkongsithumbs up..
hem...ini adalah petanda yang buruk di akhir zaman inireal sad..umat Rasulullah S.A.W tidak seharusnya menjadi lemah sperti inino..mahasiswi2 ni selalunya dapat jer bertahan tak makn semata-mata berdiet nak menguruskan badan..tapi bila bab2 berpuasa..semua aktiviti harian dijadikan alasan seolah-olah sangat memudaratkan bila berpuasa...kalau betul,,islam memberi garis panduan boleh berbuka dan menggantikannya semula tetapi hanya keadaan yang betul2 memudaratkan dan bukan menggunakan alsan-alasan yang remeh seperti ini...takutlah pada balasan seperti yang dinyatakan..digantung pada lutu2 mereka dengan mulut yg terkoyak dan berdarah..sad sungguh menakutkan..semoga Allah menjauhkan azab siksaan neraka daripada kita semuaamin
cik_atien on August 20 2009 21:33:48

puasa la yg paling sonok...
knp ada gak org yg xnk puase..tapi raye nk plak..huhuhu..
sdangkn negare islam yg beperang pon mereka pon puase..
kite patut bsyukur..
selamat menyambut kedatangan ramadhan..gembira
zaidkjg on August 20 2009 22:15:40

salam,

ruginya tidak menghayati bulan cinta,bulan ramadhan anugerah illahi,.

bersyukur dpt berpuasa dan berjumpa lg dgn bulan cinta ni,
kita sebagai saudara mereka kena berdoa untuk mereka agar dpt menghayati bulan cinta yang diberi allah pada kita,diberi hidayah & petunjuk.supaya kami tidak sombong dan bongkak dgn amalan2 ,sedangkan kepada allah juga akhirnya tempat kembali nya kita.

ya allah ajarkan kami CINTA,supaya kami tidak jahil beribadah tanpa ilmu,cinta kepada ibadah kpd mu ,supaya kami tidak sombong dgn amalan2 kami dan berjalan di muka bumi mu dgn perasaan bongkak dan takbur&tidak saling slh menyalahkan sesama saudara,sesungguhnya engkau pemilik cinta abadi,yang amat dekat dgn kami.

kami tak dapat mencintai allah lebih dari allah mencintai kita.lindungi la kami dari tipu daya syaitan dan fitnah doniawi.

dan solat yang didirikan dapat mengelak kami dari melakukan kemaksiatan&kemungkaran di muka bumi allah ini,

kami bangga kami anak merdeka,dan dilahirkan beragama islam,alhamdulillah,
dan punya saudara mara yang ramei,.
mawwar_sakinah on August 21 2009 01:35:54

masyaAllah
napa gol yg trpelajar bleh brkata cmtu???
sadsadsadsad
budakTentera12 on August 21 2009 01:44:56

assalamualaikum
sobsob
Sedey dengr pengakuan diaorg...
apakan daya...moga2 Allah tidak memalinkan mereka daripada
tali agamaMu Ya Allah...sobsob
syaahidah on August 21 2009 02:54:26

masyaAllahassalamualaikum
MOGA2 kita xdijauhkn drpd mencipta plbagai alasan begitu..amin
serena on August 21 2009 12:13:05

assalamualaikum

semoga kita menjalani ibadat puasa pd tahun nie dengan lbh tenang dan mendapat keBerkatan dari Allah s.w.t...aminnn...

insyaAllah
ukht_feeda on August 21 2009 14:39:16

assalamualaikum wink wink

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK..

kepada semua saudara seIslam..

ISLAM UNTUK SEMUA..

iluvislam
zuemie on August 21 2009 15:36:59

assalamualaikum

selamat menyambut bulan puasa al mubarak...
setiap tahun kita menanti akan kedatangan bulan ramadhan.
ingin mengejar semua pahala dan ganjaran yang dijanjikan olehNYA.
ingin meningkatkan tahap produktiviti diri agar diri menjadi seperti yang dikehendakiNYA.
namun diri masih tertanya-tanya layakkah diri ini menjadi seperti yang dikehendakiNYA?
semoga ramadhan tahun ini akan menambahkan lagi pahala dan ganjaran yang dijanjikan olehNYA..
amin

tapi,,, mengapa masih ada orang yang terpelajar yang tinggi ilmu akademiknya bercakap macam budak2 yang baru hendak belajar berpuasa? MENGAPA??masyaAllah

tingginya tahap akademiknya di IPTA tidak melambangkan tingginya tahap prinsip AGAMA nya yang sudah sebati dalam darah dagingnya...
adakah puasa itu mendatangkan masalah padanya????

nonononono
akudiakaw on August 21 2009 18:01:14

Moga2 ana dijauhkan daripada ini....
insyaAllah
iluvislam
ayeen simple on August 21 2009 19:15:07

thumbs up
aurora91 on August 22 2009 02:43:11

salam.. xnak puasa?? cam maner bley jd cm nih??
pelik la.. baru 1st time ana dengar kisah sebegini.. terkezut la sgt2!!
klu ana, masa exam lg ana suka berpuasa..
seronok.. x pyh pening2 pikir nk mkn apa..
hrp mereka dpt hidayah Allah utk berlumba2 beramal di bulan Ramadhan yg mulia ni..(hehe.. ditujukn utk diri ana jgak)..
PeranTau_89 on August 22 2009 07:04:35

assalamualaikum


salam ramadhan....

semoga kalian semua sihat dan sentiasa berada di dalam rahmat-Nya...

sememamngnya memang manusia ada melakukan kesilapan.... terlupa watak dan peranan.... sesuai dengan perkataan " insan " itu sendiri...

jadi apa yang saya harapkan kepada ikhwan dan akhawat ruangan ini, janganlah terlalu cepat menghukum seseorang....

mungkin kita x buat perkara2 berikut, tapi jangan ingat kita ni dah cukup bagus...

hidayah Allah kalau dah melekat dalam hati seseorang yang dulunya bergelumang dosa, x mustahil orang tu lebih baik daripada kita....

perkara ni dah dibuktikan dari dahulu lagi...

harapan saya kepada semua, janganlah kita memandang seseorang dengan pandangan yang hina.....

tepuk dada, tanyalah iman.......

salam Ramadhan...
adv_reds on August 22 2009 07:09:40

Saya tertanya-tanya bagaimana Ustaz Hasrizal menjawab
soalan-soalan tersebut. Menarik untuk difikirkan.
sei_souichiro on August 22 2009 10:25:50

Assalammualaikum...

Saudaraku...

Lupakanlah dunia apabila kau berdiri menghadap akhirat... Lupakanlah.

Nescaya akan kau dapati dugaan itu ringan bagimu... insyaallah.
al_bintun on August 22 2009 13:00:36

assalamualaikum
masyaAllah
kEnapa masih ada orang yang sebegni..
sesungguhnya orang yang sudah akhil baligh diwajibkan berpuasa..kecuali orang yang ada keuzuran..
beringat-ingatlah..
muslim890 on August 22 2009 13:13:02

assalamualaikum


emm...

nape laaa ade gak yg sanggup pikir camtuu sekaali..

masyaAllah

bulan Ramadhan nie jugak la byk mengajar umat ISLAm tentang kebesaran-NYA..

so..
pikir2 kan laaa...
insyaAllahwink wink

selamat berpuase sume..

grin

assalamualaikum
nurain_scogirl@yahoo on August 22 2009 17:00:12

bismillah

alangkah ruginya jikalau hanya alasan spt itu dijadikan benteng untuk kita mengutip byk pahala berganda di bulan Ramadhan...jikalau dikira2 dan diperhatikan ramai lg insan yg kurang kesihatannya msh mampu lg menyahut seruan ALLAH dgn melakukan ibadah yg lebih baik dari seribu bulan ini..beruntung lah orang-orang yg melihat dgn mata hati...
sniper on August 23 2009 11:08:54

*iluvislam
igtlh !!!!!!!bhw kerna hati dan mlutlah bdan binasa
the hamidians on August 23 2009 22:17:56

alhamdulillah... syukur kita boleh berpuase dgn mudah...

tak susah puasa bler kiter fikir ia mudah

tpi jgn lah kita mengambil mudah~*duhcat
Ya Habibi on August 23 2009 22:27:02

Assalamu'alaikum sahabat...

ya Allah, ampunilah kami ini ya Allah.. khususnya golongan remaja yang asyik dengan keseronokan di dunia.

Selamatkanlah kami dan sedarkanlah kami agar kami jadi pemangkin untuk membangunkan umat Islam.

Alasan pemuda-pemudi yang malas,
terus terang, kalau depan mata saya.
Ketukan akan hinggap..!

Taknak puasa sudah!

Rasai sendiri macamana hidayah Allah datang dan pergi.

diri sendiri yang rugi.

duhduhduhduhduhduh
greenzfa on August 24 2009 12:00:03

assalamualaikum

anak sedara sy yg um0 4 taun pun nk p0se..
nie yg tua bgka xnk lak..
ish3..
alasan semata2..

kiamat sudh dekat..
bertaubatlah..
huhu...

hepi fasting all~
shazliana on August 24 2009 22:24:36

semoga Allah memberi Taufiq dan Hidayah pdnya..pray
zemi1991 on August 25 2009 12:40:34

moga-moga ALLAH memelihara kita drpda api neraka...amin...clap
encah93 on August 26 2009 07:53:17

masyaAllah.
ade jgk org mcm nih.
alasan yg tdk kukuh utk berpuasa.
ya ALLAH kau ampun kan lah dosa hamba mu ini.
amin
moga2 kte semua sedar hdp di dunia ini hnyelah sementara.
hope kte semua melakukan apa yg disuruh yg maha esa dan mnglkn apa yg dilarang.
insyaAllah
cute girlz on August 27 2009 15:51:06

no
mmg dunia nak kiamat dah.....
ana harap kita semua t'hindar drp ini semuainsyaAllah
nur petunjuk on August 28 2009 05:39:43

Terlalu lemah iman kita semua hari ini. Tebalnya boleh diibaratkan senipis kulit bawang yang bakal tercarik jika ade sedikit rentapan/dugaan.

Salah siapa? Dalam kita mencari & menuding jari kepada orang lain, belek lah diri, tiliklah diri. Adakah kita yakin kesalahan itu berpunca dari orang lain? Tidak sedarkah kita dalam 1 jari menuding 4 jari tertuding kembali..Nah..!! sekarang kita sedar...segala kepincangan yang berlaku pada hari ini adalh disebabkan kita sendiri.

Kita yang tidak ampuh untuk membetulkan kepincangan ini. Kita yang kadang terleka dalam arus dunia sehingga mengabaikan tanggungjawab kita terhadap diri sendiri dan manusia lain. Bila dah nampak kesannya barulah kita sedar, bahawa kita telah mengabaikan sesuatu yang menjadi tanggungjawab kita...

Persoalannya, adakah kita mampu untuk menarik & membetulkan kepincangan ini kembali?
Bagaimanakah caranya ?
intan abidin on August 28 2009 13:30:52

[img][/img]*assalamualaikum
ya allah ampunkanlah mereka
berikanlah mereka petunjuk
semoga mereka sedar apa yang mereka
ucapkan
*help*
meganimbus on August 28 2009 20:54:32

Ya Rahman
aku mohon kasih sayang Mu diatas ketetapan yang telah kau tetapkan keatas diriku inisad
ar_fiz on December 17 2009 12:47:58

assalamualaikum kite sebagai umat islam mestilah menunaikan kewajipan yg wajib ditunaikan, tanpa sebab.winkgembirayestata*tatatata
syababulmuslimin292 on January 08 2010 09:52:40

masya Allah..masyaAllah

jangan2!!
kan berpuasa di Bulan Ramadhan tu antara rukun Islam!!

Xboleh tinggal tau..
Walau apa jua pun keadaan..
Tetap x boleh tinggal..duhpray

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 183
“Wahai orang-orang Yang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa..”
cloud 9

Insya Allah..
Kita doakan bersama agar dapat melakukan ibadat tersebut dengan sebaliknya..winkgembirayes

Ingatlah..
Allah sentiasa bersama dgn org2 yg sabar..=]
pc
iluvislamcat
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer