Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 144
- Members Online: 39
- Total Members: 85,792
- Show Who's Online
- 26,098,936 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Dia Pilihanku..

Dia Pilihanku

www.iLuvislam.com
nukilan : muslimah single93
editor:everjihad

Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..




71 Comments · 10383 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 81% [34 Votes]
Very Good Very Good 12% [5 Votes]
Good Good 5% [2 Votes]
Average Average 2% [1 Vote]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
haziq90 on July 27 2009 12:06:26

assalamualaikum..............Waaa...............Syahdunye............insyaAllah..Kte sama2 berdoa utk dpt yg seperti e2..amin............prayyes
Nurul_unic on July 27 2009 12:14:36

amin...wink wink
Ahyana on July 27 2009 12:30:28

Bila membaca puisi di atas ni, teringat sebuah puisi yang juga indah dan penuh makna:

bismillah
Tolong Beritahu Si Dia

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..


Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

“Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….

Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya….

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya…..

Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya….

Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa…

Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…

Tapi bersahabatlah kerana Allah..

keep writing! =) thumbs up insyaallah mg kita pakat2 mnjadi yg soleh/ah dlm usaha mncari yg soleh/ah jg spt impian hati.. insyaallah

~Litaskunu ilaiha..
ct inspirasi on July 27 2009 16:12:15

disaat ku memahami dirinya..
kami terpaksa berpisah demi mengelak terjerumus ke lembah dosa..
walau tdk pernah bersua..
'ya Allah jika dia benar jodohku..temukan kami dlm cinta dan redhaMU..amin..'
Balqishroai on July 27 2009 16:37:25

Salam muslimah single93, leh tak saye mintak izin nukilan nie untk di letakkan dalam blog saye...sungguh indah kate2 tersebut....thumbs uphehehe
amshafna on July 27 2009 17:19:51

insyaAllah
athoiyibu nali thoiyyibat....untuk mendapatkan yang terbaik kita perlulah menjadi yang terbaik...wink janji Allah adalah benar.....amin
selendangku on July 27 2009 18:01:02

assalamualaikum*
subhanaallah..
sgt syahdu nulkilan ni
sy juga mengimpikan teman hidup seperti ini..
tp semua itu rahsia ALLAH..
qee_ladybird on July 27 2009 18:05:27

amin

nice artikel...
MOHAMAD ZAMEER on July 27 2009 18:19:18

thankz
zonna on July 27 2009 18:47:02

assalamualaikumgembira

kepada ahyana minta keizinan untuk copy puisi 'tolong beritahu si dia'.....pc
thankz....jazakallahukhairankathira..gringringrin
selendangku on July 27 2009 20:06:45

assalamualaikum
ana minta izin copy puisi ni
pray
nur fadwa daud on July 27 2009 20:54:38

bismillah
masyaAllah
Ya Allah..jika benar dia untukku,satukan hati kami di bawah naungan redha dan rahmat Mu..amin
NAMUN...
jika dia bukan milikku kelak,aku pohon Ya Allah...jauhkan dirinya dr ku..
walaupn sukar untukku mghadapinya tp,aku tahu...itu yg TERBAIK yg Kau telah tetapkan untukku...insyaAllah
jihan paper on July 27 2009 21:16:26

indah puisi ni.. mintak izin..nk copy...hehehe
haura humaira on July 27 2009 21:26:42

bismillah
assalamualaikum

Oh.
Semoga bertemu.
Amin.

Tak mahu yang berfikir duniawi saja.
Sebab sekarang kan semua orang sibuk berduniawi.
sad sad

Ah!
Kalau ada jodoh..

Di tangan Allah segalanya
Zinnirah92 on July 27 2009 22:46:14

hopefully,jodoh ana orang yang baik..
*aiyo..apa yang zinnirah ngarut nie~haih~
zrilxy on July 28 2009 01:36:32

assalamualaikum
masyaAllah
hbt2 tggi btul imannya
trm ksh brkngsi krya yg mmbina smngat org lain..
diharap akan datang masih ada karya yg lbh hbt lg..
insyaAllahjazakallah
solehah94 on July 28 2009 11:13:58

assalamualaikum
marilah kita sama berdoa agar mendapat jodoh yang baik n sesuai untuk kita..
amin
sherah on July 28 2009 13:06:36

salam
ana nak copy...
utk ingtkan pd yg alpa...
Yeen_SyazreeN on July 28 2009 13:41:19

assalamualaikum

erm mashaALLAH...
sgguh sedap puisi ni...
semoga saya akan menemui lelaki soleh...
hehehe...

sebelum kita mencari lelaki yang soleh untuk menemani hidup kita...
kita perlulah menjadi yang solehah dulu...
kerana
sesungguhnya leleki yang soleh ingin menemui wanita yang solehah jugak...
begitu juga sebaliknya...

Betul x???
Juz sje2...

grin
uwais_zakirah on July 28 2009 16:04:03

assalamualaikum

nice poem clap dan jadikan ia sbg satu panduan utk kita.. setiap jodoh dan pertemuan telah ditentukn oleh Allah utk kita. jadi berdoa dan berusahalah utk m'dptkn apa yg terbaik utk diri kita. walaupun kita tidak tahu siapakah jodoh kita. berdoalah supaya kita akan dikurniakn suami/isteri yg soleh dan solehah yg boleh m'bimbing diri kita kpd kebaikan dan taat pd segala perintahNya.. insyaAllah*, amin ya Rabb.
ummu_aisyahumaira on July 28 2009 19:28:08

bismillah
assalamualaikum warahmatullah...
subhanallah...
terima kasih di atas perkongsiannyejazakallah
sesungguhnye, jodoh itu rahsia Allah...yes
same2 kte berdoa moga dikurniakan jodoh yg baik...amin
saidah nafisa on July 28 2009 23:27:56

assalamualaikum
andai menyimpan harapan setinggi itu...
jadi kita kenalah berusaha untuk menjadi seperti yang kita harapkan
insyaAllah
raihanehan on July 29 2009 00:18:02

alhamdulillah terima kasih...satu nukilan yg memberi semangat..dan keyakinan atas apa yg sedang sy lakukan...terima kasih sekali lagithumbs up semoga keyakinan pd kebaikan akan terus berkekalan dan membarayes
rahul jadid on July 29 2009 08:41:15

assalamualaikum.

puisi nie mengimpikan seorang suami yg sngat cantik imannya.Jika kita nak kan seorang suami macam ni,diri kita sendiri perlu berusaha ke arah itu..Sebab janji Allah perempuan baik untuk lelaki yang baik...=)wink wink
asoiiz on July 29 2009 11:55:33

*assalamualaikum;) jihad fisabilillah
asoiiz on July 29 2009 12:06:20

assalamualaikum grin

...cinta adalah fitrah yg ALLAh kurniakn kpd stiap insan yg bergelar manusiagembira

tapi ingatla bhwa Allah adalah cinta teragung..dn Muhammad saw itu cinta yg pling suci..



comfort tp hkikatnye rmai mnusia zmn IT ni hya dibuai cinta nafsu je..Allah.Rasulullah saw dn Islam diletakkan bkn pd tmpat yg teragung...

.....sdarlh..taubatlh.. sad utamekan la Allah dlm stiap perkare.. gembira

carilah cinta Ilahi sblum mengejar cinta manusia bru cinta kte diredhai,, INSYAALLAH..amin aminwink wink

insyaAllah
lily_andromeda on July 29 2009 14:25:27

assalamualaikum
sesungguhnya setiap insan mahukn pasangan yg tbaik dlm hidup..allah telah menjadikn stiap manusia berpasanganinsyaAllah untuk mendapat pasangan yg bai kite mestilah jd yang terbaik kerana bagaimana perangai pasangan kite begitu jugalah perangi kite
saya pun kalau boleh nk la pasangan seperti yg digmbrkn dlm nukilan diatas
semoga kite dpt apa yg kte hajatiamin
tata
pingu_91 on July 29 2009 15:15:51

assalamu'alaikum

mohon utk copy...
sgt dalam maknanya...
terima kasih kepada penulisnya...yesyesclapthumbs up
mawar putih on July 29 2009 16:44:17

assalamualaikum
izin untuk di copy yer
thumbs upcloud 9
Amjad Hazimin on July 29 2009 18:48:39

alhamdulillah.... puisi ini byk memberi semangat kepada muslimin... Amin...jazakallahthumbs up
cintaALLAH rasul on July 29 2009 18:58:29

salam'alaik..

subhanallah..
indahnye..bahagianye
inilah cinta yang membawa ke syurga..
cinta seorang insan yang mendekatkan dri kite dengan TUHANNYA..
inspirasi_ain on July 29 2009 21:41:28

*assalamualaikum

Ya Allah...sngguh mnyntuh snubriku...
syabas..
puisi yg sngguh indh..
moga2 trdpt insn yg sebegitu didunia ini..
insyaALLAH...
mujahid_cinta on July 30 2009 07:02:32

semoga dapat jodoh yang diimpikan "aku tidak tahu siapa wife aku cuma yang aku tahu dia sedang menantiku"
uwais_zakirah on July 30 2009 13:36:33

assalamualaikum..

kepada saudari yg menghasilkan nukilan ni, saya mohon izin utk copy karya saudari.. amat bermakna utk diri saya dan semua sahabat2 yg sedang dlm usaha utk mencari pasangan hidup masing2.. Allahu yubarik fik..insyaAllah amin
nur18 on July 30 2009 21:31:45

bismillah*
semoga DIA mnjd milikku..
membawa ak kmbali ke pangkal jalan....amin
ku_insan on July 31 2009 01:23:02

hye ahyana..best ar puisi tuh..biler baca puisi tuh..mmbuat sy sedar..betapa byknya salah sy..thanks..btw,im new in iluvislam..so bile sy bce2 sume2 ni..saya seronok..gembira
sautun nadhah on July 31 2009 04:26:25

alhamdulillah

ramai gak yg mencari cinta ilahi drpd cinta insani.....thumbs up
yg nk copy 2...hrp2 sebarkn r pd teman2...
moga2 tiada yang terleka dibuai cinta monyet
yang penuh nafsu....gembira
muslimah single93 on July 31 2009 20:38:33

assalamualaikum
thnx u all sume..
sape2 yg nk c0py tu..
juz c0py k..
ana izinkan je utk kebaikan sume org..
wink
cahayamelur on July 31 2009 22:47:54

ya ALLAH...
kau jodohkanlah hambamu ini dengan seorang pemuda sejati yang beriman...biarlah dia membimbingku jika aku tersalah langkah...biarlah dia menjadi ketua kepada zuriatku agar dapat menjadi zuriat penghuni syurga...amin ya robbalalaminaminamin
muslimah single93 on July 31 2009 23:13:38

insyaAllah

amin
everjihad on July 31 2009 23:40:44

bismillah
alhamdulillah
alhamdulillah..

Dia pilihanku..

tajuk puisi ni pun ada makna tersirat bagi kehidupan saya sendiri. dalam beratus2 artikel yang ada dalam simpanan, artikel ni yang menarik perhatian saya untuk disiarkan. hakikatnya, gerak hati itu, datang dari Allah jua. Syukur. Mungkin ada hikmahnya. bukan hanya untuk saya. tapi untuk sahabat2 lain juga. alhamdulillah, kebiasaannya gerak hati saya memilih artikel, kadang2 memang situasi yang saya hadapi sendiri.

Dia pilihanku..
Benar. Dia pilihanku.

realitinya, bukan pilihanku. ini pilihan DIA untukku.

Aku hanya menurut akan petunjuk yang dirasa

andai Dia benar tercipta untukku,
pasti kan tiba saat itu.
saat cinta itu bersatu dengan restu.

menantikan sebuah jawapan.

moga yang terbaik menjadi milikku..insyaAllah
al-mujahidah on August 01 2009 15:20:33

assalamualaikum

WaTtAiyYiBiNa LiTtAiYyIbAt...........

SeSuNgGuHnYa lElAkI2 yG aIk aDlH UnTuK pErEmPuAn2 yg BaIk

mK PeRbAiKiLaH DrMu


aGr mNdPt yAnG TeRbAiK

insyaAllah
ila_uitmelaka on August 01 2009 20:21:36

assalamualaikum
waaahh...........kalu dhayati btul2 memang mnyentuh jiwa ana nie..kalu dlihat dari pndngan kasar kte nie,manusia tcari-cari kjernihan luaran saje,cntik dpandg x kisahlah rosak akhlak seseorang yg dcari...ish2, inilah die pncarian jodoh yg dkategorikan sbgai x bpandukan jodoh dan pncarian islamik yg dsarankan...
thniah ya anti..clap
tata
cik_atien on August 01 2009 23:33:37

salam..
nk mtk kbnran nk copy..hehhehe..
bestthumbs up
haidzir_88 on August 02 2009 00:00:37

tima kasih untuk santapan ini...alhamdulillahiluvislam
fathyr zaq on August 02 2009 05:19:33

bismillah
Salam..mohon kebenaran utk copy 'Tolong Beritahu Si Dia' dan 'dia pilihanku'
sangat2 memberikan kesedaran...alhamdulillah
my alif on August 02 2009 11:00:22

kpd ahyana
mtak izin nk copy
'tolong beritahu si dia'
trime kasih
ASSALAMUALAIKUM
lieyz on August 02 2009 11:52:22

ASSALAMUALAIKUM...
indah sungguh puisi saudari..
mintak izin copy ek..
thank you...

INSYAALLAH..
smoga kita mndpt jodoh yg baik2,dan di berkati oleh NYA..
AMIN.. YA ROBBALALAMIN..pray
nudifa on August 02 2009 20:44:32

saya pun ada puisi yg d amik dr majalah..kita kongsikan bersama ya......


DOA UNTUK KEKASIH

Ya Allah ya Tuhanku..
Seandainya dia menjadi milikku
Tercipta untukku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Tetapkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini abadi....

Ya Allah ya Tuhanku....
Seandainya telah Kau takdirkan dia
Bukan milikku
Bawalah dia jauh dr pandanganku
dan peliharalah diriku dari kekecewaan....

Ya Allah ya Tuhanku....
berikanlah diriku kekuatan
melontarkan bayangannya ke dada langit
agar ku rasa bahagia
walaupun tanpa dirinya
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
meskipun tak sama dengan dirinya
seandainya dia datang menemuiku
cinta itu adalah cinta sejati dan satu
seandainya dia tidak datang menemuiku
anggaplah cinta itu tak wujud dari awal lagi.....

Ya Allah ya Tuhanku....
pasrahkanlah apa yang Engkau takdirkan
adalah yang terbaik untukku
kerana Engkau maha Mengetahui
bahagia yang terbaik untuk hambaMu ini....

Ya Allah cukupkanlah Engkau sahaja yang
menjadi pemeliharaku
di dunia dan di akhirat
dengarkanlah rintihan dari hambaMu
yang daif ini
jangan Engkau biarkan aku sendirian
di dunia mahupun akhirat
menjuruskan ke arah kemaksiatan
dan kemungkaran
maka kurniakanlah aku seorang pasangan
yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku
keturunan yang soleh...................
amin




amacam? best x? hehe.......
beerue_eetue_eindarh on August 02 2009 21:51:44

assalamualaikum w.b.t
puisi yg m'nyentuh kalbu...
thkx a lot...
kedue2 puisi t'sbut bnyk m'nyedarkn sy tntg cinta duniawi...
mntk izin nk copy ea...
assalamualaikum*iluvislam



tatatatatata
ziza on August 03 2009 16:56:52

indah sggh puisi...
impian setiap manusia...
dptkah kumiliki insan seperti itu?????
sdngkan diri ini tidak sesempurna mana...
msh bnyk yg kurangnya...

Inginkn cinta yg membawaku ke syurga....
zarra khadija on August 03 2009 18:46:32

indah nyer nukilan muslimah tadiclap,hope kte dpt jodoh yang t'baik....insyaAllah
mohammadhanafi on August 03 2009 21:36:29

waa..
power ayat..
tp eran ar..
sume yg komen byk gurl jewk..
laki2 mane ek??
ntah2 bkk lmn nie pun jarang2..
hishX3..
hmm!hmm!
cinta DIA on August 04 2009 10:03:17

salam....
bermakna sungguh puisi diatas...
hmm...sy nk minta keizinan utk copy puisi diatas hnya utk koleksi puisi2 terindah..alhamdulillah
semoga saudara/saudari semua sentiasa dirahmatiNya..insyaAllah
leza on August 05 2009 10:18:27

wahh....kata2nya..
ahyana...mintak izin juga mau copy..hehe
deqlyn on August 07 2009 16:48:04

wahhh.........bestnya puisi ini saya bagi 5 bintang ek.simpan bintang ini baik2 tau...yahoo!
muslimah single93 on August 07 2009 22:28:36

hehe..
ok deqlyn..
sy simpan baek2 bintang awk.. grin
sape2 yg nk c0py tu..
c0py jer..
sy sntiasa izinkan..
yes
mazni fareeha on August 08 2009 15:21:03

dia pilihanku?
hehehe..no komen....
xsure pilihanku btul x....
serah pd yg b'kuasa...
miss enyeisha on August 10 2009 13:00:38

salam....

subuhanallah......

indahnye puisi ini.....
saat membacanye.....setiap bait-bait perkataan puisi itu menusuk ke kalbu aku....


nice puisi...clapclap

tahniah pd yg cipta puisi ne....
sy hargai puisi awak..thumbs up


assalamualaikum
liyana justani on August 12 2009 12:54:03

salam ahyana..mintak izin ye nk copy letak dlm friendster..huhu
cik dafodil on August 12 2009 17:12:25

salam

entahla..bile tbcer puisi dan artikel mengenai "impian dan harapan" seorang wanita kepada seorang lelaki mesti akan mengalirkan air mata ini...rasa sedih dan pilu yang teramat sangat...entahlaaaa...kenapa dan mengapa...hanya Allah swt je yang mengetahui hati dan perasaan ini.Mungkin harapan wanita kepada setiap lelaki impian dia adalah terlalu tinggi ibarat bintang di langit...tp x mustahil Allah swt akan menganugerahkan mereka dgn intan permata yang di dambarkan...entahlaaa....kita hanya mampu berdoa dan berdoa agar jodoh kita mempunyai ciri-ciri seperti puisi diatas...siapakah dia?hanya Allah swt yang mengetahui...sabar menanti dan terus menunggu..jika ditakdirkan aku mempunyai jodoh...alhamdulilah,namun jika tidak..aku terima,pasrah dan redha....kerana itu takdirkusobsob

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..
kim hyo ae on August 23 2009 12:45:43

syahdunyer..arap2 dpt bertemu jodoh yg diimpikan..gembira
imtiaaz on August 23 2009 13:50:04

assalamualaikumku

puisi ni sungguh menyentuh hati..

ku berdoa agar diriku juga akan mendapat teman hdp seperti itu..

salam wardatul syauqah..
wanita solehah ibarat mawar berduri..
dari jauh kelihatan cantik danlembut..
namun bila didekati lelaki ajnabi..
durinya menjadi perisai untuk memelihara diri..
wahai muslimah..
jangan kau tumpulkan duri2mu hanya kerana ingin didekati insan bernama lelaki..
kerana rojul yang soleh hanya akan memilih mawar2 yang tajam berduri..


wink winkwink winkwink wink
nurika on August 24 2009 16:31:22

bismillah
assalamualaikum
insyaAllah
*sesungguhnya perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik*insyaAllahcloud 9

yesiluvislam
nurmujahidah on September 09 2009 01:29:07

assalamualaikum
ku doakan agar dipertemukan mujahid ku...
amin
sama2lah kita memohon dr-NYAinsyaAllah
RindUmMy on September 10 2009 00:36:43

waah, bestnyer puisi nie...
diri ini pn menunggu si dia y boleh memimpin diri ini.
lagi tenang lau b4 tdow dpt dgr org ngaji Quran...
mcm abah selalu wak kat family kitowg...masyaAllah
alunan music sblum tdur...
lau dpt suami cm abah...
happy nyer hdup ...grindance
atikahmuslimah on September 13 2009 12:00:47

best nyer puisi ni...
kalau lah kita thu siapa dia yg Allah kurniakan kpd kita..pastinya hati ni tenang menunggu kedatangan si dia...tp skarg kt tak tahu..Allah betol2 nak mguji hambanya..oleh itu bersabarlah wahai hati...tundukkan nafsu mu..

Ya Allah kalaulah si dia yg aku harapkan skrg ni adlh mmg di takdirkan untukku,kau tabahkanlah hatiku untk menunggu dirinya,,kalaulah dia paling terbaik yg kau ciptakan untukku,untuk agamaku,untuk akhiratku,untuk duniaku..kau bukakanlah hatinya agar cepat2 hadir dalam hidupku..agar aku terhindar dr maksiat..amin

si dia yg tak pernah aku ketahui,hanya engkau yg maha mengetahui,,
nasdi on September 15 2009 11:25:25

masyaAllah indahnya maknanya....clapclapclapclap terharu membacanya....sad
muslimah single93 on September 15 2009 20:43:39

waalaikumsalam

insyaAllah

iluvislam
qinthara_nik on October 18 2009 20:51:03

assalamualaikum

terima kasih..
Tersentuhnya hati dgn puisi ni..
dah lama mencari insan seperti ni yg didescribe kat atas ni..
yang dapat pimpin tgn isteri ke syurga kelak..
xpe..wanita yang baik utk lelaki yg baik dan begitulah sebaliknya pun..
janji ALLAH tu PASTI..
buat masa ni nak tumpu study betul2 dulu..
kelak akan ada cinta untuk kita
dari insan yg mencintai ALLAH sebagaimana cinta kita padaNYA..

amin
Akmal Syafi on November 28 2009 14:25:12

assalamualaikum iluvislam grin
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya."
spacer