Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya"
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
10 'K' Dalam Persahabatan

10 'K' Dalam Persahabatan
www.iluvislam.com
ikrami
Editor : doraemong13



"Ikatan persahabatan itu seperti untaian tasbih yang ada awal tiada PENGHUJUNG. Dicantum demi Cinta-Nya, diratib demi Redha-Nya."

Di sini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai pendapat saya tentang persahabatan. Selama 19 tahun hidup di bumi Illahi ini, telah banyak perkara yang saya pelajari tentang kehidupan. Tentang keluarga, cinta dan persahabatan.

Namun, hari ini, saya hanya ingin berkongsi mengenai semua yang telah saya lalui sepanjang bersahabat dengan bermacam-macam jenis manusia. Setiap orang dianugerahi Allah dengan kelebihan, kebaikan dan keindahan masing-masing. Begitu juga dengan kekurangan, keburukan dan kelemahan masing-masing.

Begitulah sunnatullah. Begitu indah sekali aturan-Nya. Betapa adilnya Dia, menciptakan setiap benda secara seimbang.

Begitu juga halnya dalam persahabatan. Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap Allah sejak azali lagi. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang dan pelbagai lagi. Macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati setelah bersahabat dengan seseorang.

Setelah menimba pengalaman bersahabat dengan ramai orang, saya ingin membuat kesimpulan mengenai 10 'K' yang perlu dalam sesebuah persahabatan.



"Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!"


10 K dalam PERSAHABATAN


* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan. Maaf kalau agak membosankan, namun saya tetap ingin berkongsi pendapat saya mengenai topik ini.

"Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?"

 



60 Comments · 11290 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 79% [30 Votes]
Very Good Very Good 18% [7 Votes]
Good Good 3% [1 Vote]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
egoisafifah on July 17 2009 05:42:25

mantap article nie.. mau copy.. bagi kawan2..
clap
huffazdq on July 17 2009 07:50:35

assalamualaikum

nice article ni... clap thumbs up music pray grindance grin yahoo! tata hehehe comfort 2 thumbs up
fatin_adiey on July 17 2009 10:09:18

assalamualaikum
bgus artikel nie....clap
nihha on July 17 2009 12:02:49

assalamualaikum
btol2...btol artikel nie...
harap kte sume bley mempraktikn ny dlm setiap pershbtn kte...
demi mencapai keredaan-Nya....amin
clapyes
miss sunshine on July 17 2009 13:41:10

pray dgan tips2 kat atas tuh..kita leh jd good n best friend...hheehe
oh chentaku on July 17 2009 14:09:20

betul3.....
xsume kawan yang kasar n nakal jahat
n x semestinya sume kawan yang baik dari luaran adalah yang terbaik tuk kita...
based on my experience...
thanx to all my frenzzzzzz...
miz cengeng on July 17 2009 14:18:54

bismillahassalamualaikum... waaah!.. bagus kalau artikel ni dibaca oleh kawan2 kite yang x bertindak seperti yang sepatutnya (mksd saya, dorang bukan 'kawan'wink supaya mereka memiliki kesedaran... sebab saya dah nasihatkan berkali-kali pun dorang x peduli. mudah2an kalau dorang membaca artikerl ni satu hari nanti, bolehla jugak berubah ke arah kebaikan & menjadi ummah yang berakhlak mulia...aminpray
nadzirah mukhtar on July 17 2009 14:42:18

waaa...bgus2..sgt bgus artikel ni..skrng ni bru tau sape sahabat bg kita..ana ad sorg kwn yg sgt rpt..ana rasa kitorg achieve 10k ni dlm relationship ktorg..yg penting,kitorg brshbt kerana ALLAH..insya allah..insyaAllah
ariesgurlz16 on July 17 2009 14:43:16

clapwink
lily_andromeda on July 17 2009 15:25:24

assalamualaikum
bgus btol artikel ney..beri ksdrn pd kte utk jd shbt yg baik..saye nk ctak artikel ney nk bg mmbe2 sy..
insyaAllah kte akn jd shbt yg baek utk frenz kte sume
clap
haikal IMAN on July 17 2009 17:52:39

assalamualaikum
artikel ini sangat menarikhehehe
AnisZainal on July 17 2009 17:59:14

waa...
(^.^)

sukenye article nie~..
huhu..

thanks for sharing~
yahoo!
clap
fiez_solehah on July 17 2009 18:44:52

wahhh!!!
bez cgt2 artcle nie...
fiez suka...thumbs up
fiez suke ad banyak kwn..
sape nak jad kwan fiez???????grin
hidayah_aisyah on July 17 2009 19:28:37

assalamualaikum

kawan gembira ada ramai,
kawan sedih jarang sekali...
bukan mudah temui yang sejati....
kerana itu milik YAng HAKIKI...

music cloud 9
eifa94 on July 17 2009 21:06:54

sesuai untuk orang2 yang mempunyai teman tapi tidak ada keserasian..clapclapclapclapclapclap*
tup*thumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs up*
2thumbsup*2 thumbs up2 thumbs up2 thumbs up2 thumbs up
ukhwah93 on July 17 2009 21:24:51

bagus artikel nie ana sokong....................
kita d beri kwn yg baik utk memperbaiki kekurangan................
kita d beri kawan yg kurang baik adalah utk embawanya kejalan yg lurus.....................
alhamdulillahamin
NeoLiFe on July 18 2009 00:59:50

nice article....masyaAllah
wiba on July 18 2009 01:13:14

assalamualaikum
pc
Satu ketika dulu, saya pernah mempunyai seorang sahabat.music
KECINTAAN dan KASIH SAYANG saya terhadapnya, hanya Tuhan saja yang tahu. wink wink
Tapi apakah KEIKHLASAN saya terhadapnya dapat mempertahankan KESETIAAN persahabatan kami?hmm!
Hinggalah pada suatu hari...saya mengetahui sesuatu.no
Namun untuk kepastian, saya tiada KEBERANIAN untuk bertanya tentang KEJUJURAN di hatinya.
Masih samar dengan apa yang terjadi, saya sedia 'hulurkan' KEMAAFAN walaupun KESEDIHAN tetap bertamu di hati.
Dengan cara itu, KEGEMBIRAAN tetap ada diantara kami.
Akhirnya saya sedar...tiada KESERASIAN mungkin punca hubungan persahabatan Dia dan saya hanya tinggal memori.
ashikin kien on July 18 2009 02:38:21

clap...
iya
mawar ilusi on July 18 2009 09:08:46

waalaikumsalam
article ni bez ar,,.wink
iluvislam
nuer eman on July 18 2009 09:11:53

clapclapclap

i have a pen
my pen is blue
i have a bestfren
my bestfren is u...

artikel yg bgus dan nasihat yg baik tuk hbgan persahabatan...

thumbs up
frah_0203 on July 18 2009 13:02:23

kadang2 kemaafan tidak boleh melenyapkan kekesalan di hati kitasobsob
MAAFKAN AKU SAHABAT!!
Syilling on July 18 2009 15:30:47

assalamualaikum

bagus juga cara macam ni...

suka;ah..

yesyesyes
putrigunungledang on July 18 2009 18:56:39

salam...

camna ek nak copy n save kat pendrive??
hmm!
Farah Mina on July 18 2009 20:34:51

assalamualaikum
niceee.............gembirayahoo!clappraygrindance2 thumbs up
nur_eman on July 18 2009 20:37:00

salam,

sekadar menjawab pertanyaan putrigunungledang:

copy je artikel ke word pun boleh pastu simpanlah document kat dalam pendrive ye...

selamt mncba!

cat
MuAiZuL on July 18 2009 20:46:09

artikel yg sngt2 baikclap
mntk kbnran penulis tok copy...
semoga sahabat2 yg laen dpt kongsi artikel ni...
ummu syura on July 18 2009 20:58:20

betul2..berkawan tak semestinya kena ada banyak persamaan yang penting keikhlasan dalam persahabatan.
puterianna on July 18 2009 22:07:22

alhamdulillah
Allah dah kurnia kan kawan untuk kita
after baca artikel ni,amalkan 10K
nice artikel
norifah on July 19 2009 01:39:17

assalamualaikum
artikel yg sgt2 baik, halal'k utk sy copy note ni jazakallah
habibi on July 19 2009 22:16:33

assalamualaikum....ana nk tnyer kaifa apabile kter ader kwn yg berlainan jantina lak???ana nk tau tntg pndpt smua...sad
INa_tomeL on July 19 2009 23:03:51

assalamualaikum
jadilah seorang sahabat yang pandai menjaga hati sahabatnya..jgn manis dimulut tapi busuk di dlm lubuk hatinya...
bersahabat bukan kerana simpati dgn nasib hidupnya tapi bersahabat utk mencari keredhaan-Nya dan mengeratkan silaturahim sesama umat.
wink
FaRahLiYa on July 19 2009 23:33:39

very nice article....gembiramengingatkan aku kepada sahabat baikku....bagiku dia adalah teman yang begitu sempurna....mempunyai 10 'K' diatas...aku rindukan mu teman...ukhwah kita begitu indah....sukar untuk kulupakan...walau badai datang melanda, walau bercerai jasad dan nyawa....thumbs up
khalifah90 on July 20 2009 00:02:19

assalamualaikum...bgus sngt artikel ni..tumpang copy ke dlm blog ana ye..syukran jazilan ye editor..sila la melawat ke blog ana..www.khairul-ikhwan.blogspot.com..gembira
lutfinaibad on July 20 2009 17:23:42

alhamdulillah
stlh saya baca artikel ini saya mjd lbh paham makna sahabat itu,,,
itscomplicated on July 20 2009 20:35:04

nice article..mtk izin send to my emyesail..
thanks.
bintang kusowt on July 21 2009 00:25:20

thumbs upthumbs upberkawan bersahabat kerana Allah menyebabkan kite tak pernah terlintas untuk memutuskan hubungan dengan mereka. sedih apabila kawan atau sahabat itu sendiri bertindak untuk melupakan kita. hmm...nice posts. jazakallah
amna_sofea on July 21 2009 12:20:38

assalamualaikum
clapclapclapclapclapclapclap
salam ukhuwah fillah untuk sumer sahabat2.......
tatatatatatatata
senyumslalu on July 22 2009 19:28:45

assalamualaikum

satu article yang sgt baik... tima kasih..dapat saya perbaiki diri tuk jd seorang sahabat yang
lebih baik...insyaAllah..thumbs upthumbs upthumbs up
MisS Eima on July 22 2009 22:33:02

clapclapclapthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upmusicmusiccloud 9cloud 9yahoo!
asyiQien on July 23 2009 17:36:58

assalamualaikum

salam ukhwah...artikel nie mang best sgt..
thumbs upclap
tyera on July 23 2009 22:21:31

wahhhh!!!!!!

baru saya pham apa itu sahabat...
saya akan cuba berusaha mewujudkan 10k dalam persahabatan...amincloud 9
abgfad on July 24 2009 05:11:27

clap
cahaya@nur on July 24 2009 13:46:50

assalamualaikum...waa,mmg best artikel ini,,thumbs up
nk copy gak la...klu free n bowink leh bc...gembiraclapclapclap
Nur_Ieza on July 24 2009 23:02:20

assalamualaikum
Syafie al-Insafi on July 25 2009 14:37:54

Salam...
Artikel yang menarik...
Terima kasih kerana berkongsi dengan kami...
grin
fadhill_humaira on July 25 2009 15:04:55

alhamdulillah
semoga kita semua memperoleh sahabat2 yg sentiasa membimbing kita untuk mencapai keredhaan Allah...kat sini ana dah jumpa kawan2 yang amat ana sayangi iaitu kat sys dan kisas..jazakallah buat sahabat semua..
semoga Allah merahmati ikatan yg terbina.pray
insyaAllah
fiyuniKN on July 29 2009 14:49:18

assalamualaikum
seronok sangat artikel ni! tahniah kepada penulisnya. dengan artikel ni, dapatlah hubungan ukhwah dengan aunisufi dapat dipertingkatkan!!!grindancegrindancegrindancegrindanceyahoo!
mujahid_cinta on July 31 2009 08:20:13

sahabat aku tak pernah jumpa lagi yang betul2 sahabat yang aku jumpa hanya sekadar mengambil kesempatan...
cutie_ziera95 on August 03 2009 20:58:46

assalamualaikum
huh..sye ske sgt dgn artikel nih..
miss my fwenz..pray
adaw_alvin on August 03 2009 21:06:24

bestnye arikel ni,rindu kt 7 owg kwn tu....masing2 ade perangai trsendiri...tp adaw suke kwn2 adaw...adaw happy dgn mereka...
soutuljihad on August 06 2009 17:51:47

assalamualaikum....bgus tul tips2 tue...he4.nak copy n print...hu4.syukran kabir ya ukhti kabir....hehehe
Ana Diana on August 13 2009 15:45:12

salam...

kawan kita sama seperti diri kita....jadi terima lah diri nya seadanya dan bina jalinan ukhuwah yg di redhai...

grindance
nursyafiqahnabilah on August 21 2009 21:51:47

alhamdulillah
Mohammad Salleh on August 22 2009 06:50:14

alhamdulillah
bagus2, sya pun nak praktikkan 10'K' yg awak kongsikan ni...
mudah2an kita akan menemui lebih ramai sahabat yg amalkan 10 'K' ini....
shatirah on August 29 2009 11:16:18

assalamualaikumjazakallah
best ka pandangan korang
ain_rizki87 on September 01 2009 19:01:59

assalamualaikum
mencari TEMAN,
KAWAN,
RAKAN,
SAHABAT,
yang mencari memahami bukan mudah, umpama mencari sebutir mutiara di dasar laut.......masyaAllah......jika telah kau temui hargailah & sayangilah dia sepenuh hati.............comfort
ikrami on October 21 2009 21:21:07

salam...

alhamdulillah... terima kasih semua di atas komen2 anda dan terima kasih jgk kpd mereka yg berkongsi kata2 di sini., smg Allah merahmati kita semua. insya Allah...
aurora_89 on December 02 2009 20:46:04

assalamualaikum
trma kasih..artikel yg baik..
bg dr ini sy sggup mlakukan apa shj utk shbt slgi tdk mlggr hkm syrk krn shbt itu pntg bg sy.. ad ktk sy x brani mluahkn mslah kpd klrga dn shbtlah yg stiasa stia d cc ku..syukran..
jazakallahgrin
mahamud82 on June 15 2010 13:36:07

<a href=http://www.ganda10.com/?id=RRRM10<img src=http://www.ganda10.com/banner/728x90.gif></a>
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer