Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
ESQ 165 Tidak Bercanggah Dengan Islam

ESQ 165 Tidak Bercanggah Dengan Islam
www.iLuvislam.com
Mohd Fazli Zainul Abidin
Editor : Im Koyube



Putrajaya - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, kursus ESQ 165 tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh diteruskan dalam usaha membentuk modal insan demi pembangunan negara.


Beliau yang turut menghadiri kursus selama 3 hari di Pusat Konvensyen Antabangsa Putrajaya (PICC) berkata, beliau mendapati tidak terdapat sebarang elemen yang diajarkan sepanjang kursus tersebut bercanggah dengan ajaran Islam.

"Saya berada di sini dan mengikuti setiap sesi. Saya mendapati apa yang diajarkan kepada peserta adalah sesuatu yang amat berfaedah untuk melahirkan insan yang dapat memberikan manfaat ke arah pembangunan negara. Saya akan berusaha menghadiri kursus ESQ di masa hadapan bagi mengikuti perkembangan dan isi yang disampaikan dari semasa ke semasa. Sekiranya ada mana-mana modul yang bercanggah dengan ajaran atau nilai budaya kita, saya tidak akan ragu-ragu untuk menegur ESQ," katanya kepada lebih 1000 peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk persenderian.

The ESQ Way 165 yang mensinergikan kekuatan IQ (Intelectual Quotient), EQ (Emotional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient) bagi melahirkan manusia cemerlang yang memiliki kekuatan karakter dan membawa perubahan drastik yang positif diilhamkan oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian dari Indonesia.

Angka 165 dipilih bagi memberi makna iaitu, satu hati yang ihsan, 6 (prinsip moral) berdasarkan 6 Rukun Iman dan 5 (langkah) berdasarkan 5 Rukun Islam.

Sementara itu, Director Jeneral Department Agama Republik Indonesia, Professor Dr. Nasaruddin yang turut hadir berkata, ESQ yang dijalankan di seluruh dunia adalah unsur bina insan yang meletakkan niali murni keagamaan dan usaha pembentukan ummah di seluruh dunia.

"Apa yang saya ikuti sekian lama ESQ adalah diajar dengan menerapkan dan mengambil nilai-nilai murni Islam. Oleh itu ia wajar disokong. Bagi saya adalah satu dosa sekiranya kita menghalang sesuatu yang baik untuk kepentingan ummah," katanya.

Beliau yakin dengan tersebarnya idea-idea ESQ di Malaysia dan kini memiliki lebih 30,000 alumni akan mewujudkan tenaga kerja yang cemerlang bukan sahaja untuk pembangunan negara tetapi kesejahteraan keseluruhannya.

Sumber
: Sinar Harian 8 Jun 2009





Putrajaya - Panglima Angkatan Tentera, pegawai tertinggi di Kementerian Pertahanan(KP), Komandan, dan Pegawai Kanan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) akan diwajibkan menyertai kursus ESQ 165 bermula akhir bulan ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kumpulan atasan di kementerian dan PLKN itu perlu menyertai kursus tersebut yang disifatkan berbeza dengan kursus-kursus motivasi yang dianjurkan di negara ini.


Katanya, kebanyakan modul motivasi yang digunakan tidak diimbangkan antara aspek dunia dan akhirat menyebabkan peserta masih merasai kekurangan pada pengisian kursus.

"Ini adalah satu-satunya kursus yang seimbang dari segi duniawi dan juga ukhrawi. Kursus ini mengingatkan diri kita supaya melakukan perubahan ke arah kebaikan. Oleh itu, saya turut mencadangkan agar Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan semua Menteri Kabinet turut sama menyertai kursus ini agar mereka merasai pengalaman berharga ini," katanya ketika sesi perkongsian pandangan mengenai ESQ 165 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abd. Latif Ahmad, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, Ketua Pengarah PLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd., Datuk Hussamuddin Yaacub dan Pengasas Modul ESQ 165, Dr. Ary Ginanjar Agustian.

Kursus yang diadakan di PICC melibatkan lebih 1000 peserta adalah yang terbesar pernah diadakan di negara ini.

Sementara itu, Abdul Hadi ketika ditemui Sinar Harian berkata, pihaknya telah menerima arahan daripada Menteri Pertahanan yang mewajibkan semua Komandan dan juga Timbalan Komandan Kem PLKN di seluruh negara menyertai ESQ 165.

"Melalui kursus yang dihadiri, kesemua pihak pengurusan termasuk pihak atasan yang mengikuti latihan ini dapat menerapkan nilai-nilai spiritual kepada pelatih-pelatih yang diperolehi dalam kursus ESQ ke dalam pengurusan kem PLKN," katanya.

Mengulas mengenai kursus tersebut, beliau berkata belum ada keputusan memasukkan modul kursus ESQ ke dalam modul PLKN kerana memerlukan kelulusan daripada kerajaan.

Katanya, program PLKN yang dijalankan selama ini telah menerapkan nilai-nilai patriotisme tetepi dari segi spiritual juga perlu diberi penekanan yang lebih supaya pelatih dapat menjadi insan dunia dan akhirat.

Beliau yang juga Alumni ESQ Angkatan 32 berkata, seharusnya manusia perlu menambahkan ilmu pengetahuan di samping meningkatkan spiritual atau amalan kerana itu adalah bekalan untuk di hari kemudian.

"ESQ 165 mempunyai modul dan aspek yang boleh meningkatkan pengetahuan yang membawa kebaikan kepada kita dan ini adalah kursus yang terbaik yang pernah saya ikuti.

"Bahkan saya cadangkan kepada sesiapa yang mempunyai masa untuk mengikuti kursus ESQ 165 ini bagi meningkatkan pengetahuan dan juga mendekatkan diri kepada Allah," katanya.


Sumber
: Sinar Harian 6 Jun 2009



 



22 Comments · 4580 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 17% [1 Vote]
Very Good Very Good 67% [4 Votes]
Good Good 17% [1 Vote]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
ikhwana on June 08 2009 14:01:01

insyallah ade rezeki boleh la kita pi ESQ 165 nie.... moga di beri kesempatan
azzahra_solehah on June 08 2009 19:19:06

Alhamdulillah...dh terbukti, ESQ 165 x bercanggah dgn islam...
Jihad fi sabilillah on June 08 2009 22:13:51

salam, blh tanye, sape tau esq ni pe, n utk sape, cam menarik je bunyi. msg me pleez
tqprayhelp
fatin_93 on June 08 2009 23:18:31

assalamualaikum
ha!ayah ana ada p program nie...katanya program nie best sgt.....
lobak_pink on June 09 2009 00:46:08

ana teringin sgt nak join probgram esq ni

tpi spe tau kosnya brape?

anyone??
iqbal86 on June 09 2009 01:22:27

program ini sesuai bagi mereka yang hidup dalam suasana mewah..
hyahidAyAh on June 09 2009 07:06:25

assalammualaikum..

moga dimurahkan rezeki kite semua untuk hadiri kursus nih..amiinn...kepada yang bertanye tentang kos, x silap saye, kos agk tggi..mencecah ratusan la jugak...wink wink kalau sy silap, tlg betulkan ek..

k, wslm
my_dila on June 09 2009 10:16:37

alhamdulilah,dah terbukti ESQ 165 ni x lari dr akidah..

mai da g tarining ESQ 165 ni..mmg bagus & luar biasa pengisiannya drpd leadership tarianing yg lain..
harga utk training ni mmg agak lumayan,tp x semestinya hanya utk org yg hidup mewah..org hidup biasa2 & sederhana pun boleh datang,cm mai..mai pergi bukan dr tajaan company or sesapa,di atas kehendak sendiri..bayaran rm1380 utk EXEC (dewasa) tu,amat2 lah berbaloi dgn ilmu yg mai dpt disini..

ESQ jugak ade utk TEENS,MAHASISWA & EXEC...Harga berbeza2..bayaran hanya sekali,tp bleh dtg tanpa sebarang bayaran utk akan datang..untuk keterangan lanjut layari http://esq.com.my iluvislam
miramin75 on June 09 2009 11:42:46

assalamualaikum saya dah pernah pergi ESQ ni. pergi dgn rombongan sekolah. mmg best yahoo!. banyak informasi yg diberikanthumbs up. rasa mcm nak pergi lagi. saya mmg sokong sapa2 yg nak pergi program ni. mmg best!!! yes
zaimyusoff on June 10 2009 00:40:42

Salam assalamualaikum

Di sini huraian yang lebih lanjut :-

http://www.zaharuddin.net/content/view/828/72/

Moga bermanfaat! cloud 9

yahoo!
hizer on June 10 2009 01:30:45

Salam,

SubhanAllah. ESQ adalah satu kursus yang begitu indah dan tak boleh nak di gambar kan dengan kata2. ESQ bukan lah untuk golongan mewah semata2. kalau nak seribu daya. bayaran yg di buat terlalu kecil nilai nya kalau di bandingkan dengan apa yg kita boleh dpt dlam training ESQ. Alhamdulillah sy dpt juin training ni dan dpt hantar isteri dan anak lelaki sy yg berusia 16 tahun. Suatu transformasi dlm kehidupan kami telah berlaku.
Sy doa kan agar rakan2 di iLuvislam ini di mermudahkan jalan utk menghadiri training ini.
InsyaAllah.

ESQ Alumni KL26.
al irshadi on June 10 2009 15:26:43

assalamualaikum
kursus esq sangat best, lain drpd yg lain. alhamdulillah saya berpeluang menyertai esq ni. ternyata tiada unsur-unsur yang bercanggah dengan islam, malah menjadikan diri saya lebih baik. kepada sahabat2 yang berkesempatan, joinlah esq ni- banyak manfaat, banyak kebaikan... memang tak rugi.
susah nak gambarkan betapa indahnya program ni..thumbs up
AkuRahsiaMu on June 10 2009 21:58:25

Salam ..ermm bgus2x.. cara pendekatan ESQ mmg boleh mnarik minat smua lapisan..
truskn dgn niat murni krn Allah,,
yusuf_iskandar on June 11 2009 17:45:16

insyaAllah

jika ada kesempatan,ana ingin sangat mengikuti program ESQ 165 ni.....
dulu pun pernah juga dengar tentang ESQ ni...
Al-Akh11 on June 12 2009 07:39:14

Aslih Nafsaka waadghu ghairak..iluvislamgrindancegrindance
Ainnatul Adawiyah on June 15 2009 17:35:58

saya turut diberi kesempatan oleh Allah untuk menjadi peserta ESQ 165 Angkatan 34 di PICC..Alhamdulillah..banyak sangat ilmu yang dapat..pengajaran utama: jangan biarkan belenggu menutup pintu hati kita yang sentiasa merindukan kebaikan.cloud 9
misae_muslimah on June 18 2009 07:45:32

assalamualaikum...

ermm hanya nak luahkan pendapat ja...ana tak faham kenapa ini menjadi isu..sedangkan ESQ165 ni berniat baik dan segala isinya amat bagus dan memberi kesedaran yang selama ni benda yang kita dah tahu seperti rukun iman dan rukun islam..kita hafal tapi tak semat dalam hati akan setiap makna2nya....

tapi ESQ berjaya meniupkannya dalam hati2 para peserta dengan izin Allah swt...ini tidak sepatutnya menjadi isu..sepatutnya program2 seperti akademi fantasia,malaysian idol dan sewaktu dengannya itu yang menjadi isu dan perlu dibincangkan....(maaf kalau saya terkasar bahasa..=)...)

Lagi satu kenapa lagu "Demi Matahari" diharamkan dalam ESQ165???Bukankah lagu tu liriknya dari surah asy-syams...

itu sajalah hehe..syukran jazilan for sharing... cat
sarah85 on June 25 2009 17:32:50

tp esq ni mahal sgt....teringin nk pg....ehehhe
1cinta on July 12 2009 00:25:28

bismillah
assalamualaikum
ESQ mmg best..
Demi mtahari dan sinarnya di pagi hari..demi bulan apabila ia m'ngiringi..
Demi siang hari apabila ia menampakkan diri..demi mlam apabila ia menutupi..
Demi langit bersrta sluruh binaan'y..demi bumi dan y ad d'pmrkaan'y..
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaan'y.. clapclapclapclap

wlaupn mhal tp b;bloi..cye r,,thumbs upthumbs up
miefa on October 21 2009 12:03:26

memang bagus ESQ 165 ni... saya dah menyertainya sykt yg pilih... syukur diberi kesempatan utk menilai diri sendiri... PAGI!
N u h a on July 10 2010 08:03:49

nmpaknya,
sekarang dh terbukti esq haram. so?
bintu anuar on July 21 2010 14:38:01

assalamualaikum

emm.. esq xde la mahal pun bayaran nye.. even more agk reasonable la dgn semua pengisian yg akn kte peroleh drpd program esq ni.. xrugi lgsg.. senang cte pengisian nya semua bgus2 dan byk bg manfaat yg sgt berguna.. memg terkesan la kt sape2 yg penah join.. menusuk qalbu.. emm.. esq ni sme la jgak mcm program motivasi lain.. tp pengisian nya lbih kpada pengisian rohani.. yela.. ape2 yg kta nk buat semua nya bermula dri hati.. dlm hadis pn ade sebut.. maka nya pengisian rohani ni sgt penting.. kalau hati kotor then, nothing pengisian rohani, xgne jgak.. so, esq ni antara team motivasi yg berusaha utk menambah pengisian rohani masyarakat skrg lbh2 remaja dan belia yg merupakan perintis pd msa hadapan.. tgk la mslh sosial remaja skrg sgt kritikal.. xkn nk biar je.. so, ape lah slh nye team yg seangkatan dgn esq ni mcari inisiatif bg memperbaiki mslh sosial yg da smakin hari smkin kritikal.. sme2 la kte mbantu.. may Allah rewards us jannatul firdaus.. amin insyaAllah
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer