Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan"
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Sebelum Akad Terpatri

TintaBuatBakalSuamiku
www.iluvislam.com
dihantar oleh : akhlak_jelita*
editor:IskethaykaL


Assalammualaikum wrt wbt.

Buatmu,

Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang  khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.


Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.


Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu

*diambil daripada sepaku.net

 



70 Comments · 17295 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 88% [50 Votes]
Very Good Very Good 11% [6 Votes]
Good Good 2% [1 Vote]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
ummi kusyairi on June 06 2009 08:21:05

assalamualaikum


masyaAllah

SubhanaAllah~~jawaban yang saya cari-cari selama ni...alhamdulillah

jazakallah

clapthumbs upgrin2 thumbs up
nursaniah on June 06 2009 08:45:13

assalamualaikumwinkgembirayesthumbs upclapclapclap

iluvislam
sare on June 06 2009 08:58:41

assalamualaikum

insyaAllah akan sy gunakan segala ilmu yg diberi dalam kehidupan...
moga kte terglong dlm kalangan bakal isteri spt di atas...amin

thumbs upclapclap
kijiyamuslim on June 06 2009 10:38:21

assalamualaikum

semoga diberkati ALLAHiluvislamyes

gringringringrin
amin
jiha on June 06 2009 11:28:46

assalamualaikum
masyaAllah
meremang bulu roma ana bce bnde nieyh...
semoge ana dpt jdi muslimah yg mcm 2..amin
gembira
jazakallah
nur_riefie on June 06 2009 11:55:31

alhamdulillahassalamualaikum
memang bagus la artikel nie....clapclapclap
siti313 on June 06 2009 13:24:47

assalamualaikum



masyaAllah


iluvislam


yes
siti313 on June 06 2009 13:26:26

assalamualaikum



thumbs up



smoga kta mjadi spt diatas..insyaAllah
azyrah zakaria on June 06 2009 14:21:19

assalamualaikum
huh...
mnusuk kalbubtul bla bca..
sad
2 thumbs up
mieqynne amriza on June 06 2009 14:57:19

AWESOME!!!!Best ssangt....thumbs upclap2 thumbs up
burdah_pink on June 06 2009 18:54:43

yesyesyes

Ya Allah... masukkan kami di dalam golongan hambaMu tang terpilih... di dunia dan akhirat.

amin
muslimah_2501 on June 06 2009 18:57:29

assalamualaikum

astaghfirullah...
diri ini selalu lalai dgn duniamu,
ya Allah...
bantulah aku dlm mjg hati ini...
sad

syukran jazilan 4 the peringatn....jazakallah
misscoklat on June 06 2009 20:58:27

assalamualaikum

masyaAllah

hbt sguh artkel ni~~gud job!!

jazakallah
Sumayyah_86 on June 06 2009 21:30:36

assalamualaikum masyaAllah
mohon kbenaran utk copy artikel nie..
Ya ALLAH, kurniakan aku pasangan yg mbawaku lebih dekat kpdaMU.
amin
Abu Hurairah on June 07 2009 00:50:41

Mulanya ragu2 jugak ana nak buka, sbb artikel ni ada dlm kategori Ruangan Hawa.
Rupa-rupanya tinta utk tatapan kaum Adam.

Syukran jazilan wink
easya on June 07 2009 01:54:41

subhanallah...indahnya artikel ini...smg kita tergolong dalam golongan hamba yang soleh dan solehah..ameen...strive for mardhotillah!!!!2 thumbs up
suhana_nur on June 07 2009 10:46:16

salam..wohoaa..
lepas baca, barula rasa normal semula..yahoo!susah juga nk jaga hati.
time kasih tuan yg mengepos.
Asrar Faizin on June 07 2009 11:41:42

syukran..
bonita on June 07 2009 14:35:43

syukran..
jadi penyejuk hati saya..huhujazakallah
raimi on June 07 2009 17:06:12

jazakallah
iffahayub on June 07 2009 17:09:34

bes sgt ayat2 dlm artikel nh..terharu
masyaAllah..subhanallah..
amirul mukminin on June 07 2009 18:55:48

assalamualaikum

nice artikel.
memang tercari2 artikel sebegini utk merwt hati yg dalam dilema tentang cinta.
alhamdulillah
TQ so much clap

iluvislam
Mu_tiara on June 07 2009 20:27:20

assalamualaikum
artikel yg sangat menyentuh hati ana..
clapiluvislam
AnaNasuha on June 07 2009 21:58:24

alhamdulillah
jazakallah
artikel ni tol2 mnyntuh ati ana...
insyaAllah
mudah2an kte smwe dpt jd mujhidah solehah dlm mmperjuagkn
cinta ukhrawi,cinta yg kekal abdi..bkn cinta dniawi...amin
njmza_muslimah90 on June 08 2009 01:36:25

assalamualaikum

Subhanallah...terma kasih di ats artikel yg benar2 mmbri kesedaran dlm diri ana,,yes

Smoga kita kaum hawa trgolong dlm golongn wanita solehah....aamin ya rabbal aalamin

jazakallahwink wink
nur_adawiyah08 on June 08 2009 08:47:06

salam..
best sangat...
clap
awana on June 08 2009 09:52:55

thumbs upthumbs upthumbs up
berusaha!!!
betapa bernilainya Allah letakkan wanita itu...
reeno on June 08 2009 11:19:52

Hehehe..Best pulak..grindancegrindance
nur ilahi on June 08 2009 14:29:21

assalamualaikum
sy tol2 terharu bce artikel ni..ia memberi sy ketenangan dlm mencri cinta sejati dunia n akhirat..
terima kasih kpd tuan empunyer artikel..
jjur sy ckp,ni artikel yg ckup mantap..
sy ske sgt..good job..clap
moi on June 08 2009 20:56:34

bismillah

assalamualaikum

Artikel yg sgt mantap dan berguna buat para muslimah.

alhamdulillah wink wink
ureshii on June 08 2009 22:12:15

okey.noted!!
nida an najah on June 09 2009 00:55:08

assalamualaikum

subhanallah... algkah b'untgnya mnjd muslimah sebaik itu.... itulah bidadari dunia puteri akhirat....... Ya Allah selamatkanlah dri ini dr tipu daya dunia ini......

jazakallah utk p'igtn!
sinar mawaddah on June 09 2009 12:14:24

Salamunalaik...

Nice article...n...klau blh, ana nk share this article n wanna state at my blog. can or not?? can la eh...(~_^)
asanah binti asjal on June 09 2009 12:23:48

assalamualaikum
syukran pd penulis...
byk m'berikn pengajaranthumbs up
padie_eyla on June 09 2009 15:08:34

assalamualaikum
bgus sgt artikel nie...
hrp dpt jd muslimah spt itu...
amin
mawarmujahidah on June 09 2009 16:22:07

bismillah..assalamualaikum..nilah yg dicari slama ini..adkh shbt2 ana prasan mkin kte jge diri tok jd muslimah solehah,mkin diri di uji..itu tnda ALLAH sygkan kte smua kan..wink
aisy on June 09 2009 18:47:38

bismillah

Ini adalah kata- kata yang ingin saya sampaikan kepada bakal suamiku.. Tapi terkadang hati ini berkata- kata adakah ini yang dikatakan jodoh? perkenalan kami terlalu singkat..

Saya merasa terharu apabila dia mengatakan Allah telah memberikannya seorang bidadari yang akan bersama- sama menangkan agama Allah dan mengharapkan impian saya untuk menjadi isteri solehah akan tercapai bersamanya. SubhanaAllah..

Ya Allah, sekiranya dia baik untukku, agamaku, duniaku dan akhiratku, maka tentukannya untukku dan permudahkannya untukku.prayprayprayamin

"Jika datang kepadamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia, jika tidak, akan muncul bahaya dan kerosakan (Hadith riwayat At-Tirmidzi & Ibnu Majah)
nur_wa on June 09 2009 23:16:18

sebak sgat sy rasa ms bc artikel nie.....ku mohon kepada Allah supaya diriku dapat menjadi seperti insan dlm artikel itu....amin...
nur_wa on June 09 2009 23:16:33

sebak sgat sy rasa ms bc artikel nie.....ku mohon kepada Allah supaya diriku dapat menjadi seperti insan dlm artikel itu....amin...insyaAllah
l e a n i on June 10 2009 00:59:56

assalamualaikum
alhamdulillah...sy sgt bsyukur dipertemukan dgn artikel ini...
syukran....
iluvislam
wardatulshaukah48 on June 10 2009 10:55:29

assalamualaikum

artikel yang bagus...sesuai sekali ana titipkan kepada tunang ana..pasrah dalam menghayati agama itu indah...

syukur kepadamu Ya Allah...diatas limpahan rahmat dan kasih sayangmu..
untuk tunangku...jika harta, rupa dan kedudukan yang "mengikat" kita..semua tu janji dunia semata-mata...tapi jika agama yang 'mengikat' kita, insyaalah cinta halalNya hingga ke syurga...

moga2 ikatan pertunangan ini dalam berkah dan mghfirahnya demi meraih keberkatan selepas ijab dan kabul hingga ke syurga..

tatatatatata
hijjabku on June 10 2009 18:14:28

artikal ini benar0benar yang dicari saya selama ini....
akan ku jaga diriku ini hanya untukmu..bakal suamiku.....
ameen...
tahniah kpd penulis artikal!
artikal yang bagus sekali...
clap
ct_nurbaya on June 11 2009 14:34:39

assalamualaikum

sweetnye artikel ni....clap

amin
ana dila on June 13 2009 11:09:02

assalamualaikum

sgt sempurna artikel

nie,tersentuh naluri

atiku..huhu..real sad
ummah_misi on June 14 2009 01:24:51

salam...
itulah sebaik-baiknya..tahniah kepada penulisclap
alhasinah on June 14 2009 08:52:28

assalamualaikumclapclap*clap terima kasih n tahniah kpd pengirim artikel ni..
cukup mnyentuh hati n jiwaku sbagai seorang wanita yg mendambakan bakal suami kelak yg terbaik yg djanjikan oleh allah kpd hambanya..maka berusahalah mnjadi yg terbaik dlm sume aspekaminjazakallah
just myself on June 16 2009 22:45:32

salam...
nice artikel...
tersentuh hati nie kala membacanye...
mntx izin copy ek...
artikel yg sgt best...
clapclapclapclapclap
sakinah_keishi on June 18 2009 23:21:00

salam...

artikel saudari telah mnyentuh hati wanita sya...
trima ksih kpda saudari krna telah myedarkan sy dgn pnulisan artikel tsebut....

trima ksih... truskan pjuangan saudari...semoga saudri sntiasa brada dlm lindungan-Nya...insyaAllahamin
saiful16 on June 24 2009 07:15:14

assalamualaikum.. lps bce cm trsentak.. sbb masih jauh prjlnn nk jd seorg lelaki yg sekufu dgn muslimah trsebut..
subhanallah..
asrar wildad on June 24 2009 09:49:47

thumbs upamin
analaila on June 24 2009 20:26:13

alhamdulillah...benar2 buat ana insaf n sedar..
nemesisEnemy on June 26 2009 00:37:57

sukrnya utk mendpt seorg mujahidah spt yg d gmbrkn, ttpi lbih sukr utk dri ini mnjdi mujahid sejati trlbih dhulu....
Sucihati on June 26 2009 21:18:25

sayup hati baca artikel ni..sadnoreal sadsobsob

mudah2an saya dan bakal suami boleh melayari bahtera perkahwinan disertai dengan keredhaan ALLAH.
hauraq on July 10 2009 08:04:53

hati teringin cari yang soleh,
tetapi kenalah solehahkan diri dahulu,,
barulah seswai....
mabinsyaAllahinsyaAllahinsyaAllahinsyaAllahinsyaAllahinsyaAllahruk alaina
kasturidaman on July 17 2009 12:52:37

assalamualaikum
subhanallah...
terus menusuk ke kalbu...
falcOn_bb on July 19 2009 14:55:34

masyaAllah

iluvislam
RahmatiahSirajudin on August 14 2009 17:06:32

masyaAllahmasyaAllahmasyaAllahmasyaAllah
mampukah diri ini menjadi wanita solehah??
Ya Allah bimbing lah hamba menjadi hamba, wanita, anak dan isteri yang solehah diiringi redhaMu....aminaminaminamin
romeoalpha on August 28 2009 09:41:48

assalamualaikum

Subhannal, betapa bahagia jika hati ini terpatri pada pasangan yang saling mencintai, merindukan karena Allah,,,bersama berjuang menegakkan agama Allah dan menggapai Ridha Allah
hafidah91 on October 05 2009 06:23:29

salam..
hmper nanges bce..syahdu..
memang itu yg spatot nye jd pnduan tok kte..
thanks coz wat artikel ni..
sy copy eh?
ya allah, bntu lah hambu ini utk mencari jln yg bnar..
moge sy dan kte sume tidak tergolong dlm golongan orang2 yg melakukan prkre yg sia2..
amin
huhu..
yesyesyes

iluvislam

assalamualaikum
iqah_sya on October 31 2009 17:13:55

syoknyer la klu sumer prempuan ader prasaan camniey
mujahidah 1418 on November 13 2009 10:18:51

hmm.. betul jugak.. kalau semua perempuan ada feeling macam tu.. hmm! bayangkan....
agigoras asoila on November 28 2009 07:07:56

subhanallah..clapthumbs up
ainulmardhiyah92 on November 28 2009 19:46:54

assalamualaikum
mohon izin copy yew...jazakallah
nurlaily on December 02 2009 22:59:15

claphebat!!!
tahajjud_iman on January 18 2010 15:14:41

assalamualaikum

clap clap clap clap clap clap

pujian harus diberi kpd pnulis artikal ni..
artikal yg hebat..
bleh dijadikan peringtan kpd muslimah..

trima ksih krn artkal anda mmpu mmbuka minda pmbaca trutamanya diri sy sndri.. cat
-thatpinkTulips- on March 13 2010 18:54:26

terima kasih utk artikel yg indah ini.....
are_in on March 14 2010 15:34:47

moge sy dpat mnjadi spt pnulis..
amin
wardah_aimuni on April 05 2010 22:25:40

wahai kaum hawaku..
sam2 kite menutup apa yg hanya patut dipertontonkan olrh suami kite shj..
adakah anda semua sanggup memberi tontonan kpd lelaki lain yg bkn muhram sebelum is dipertontonkan oleh suamimu?
no nononononononononononononononono
numija on May 05 2010 01:45:44

moga diri ini menjadi bakal isteri yg baik buat bakal suamiku...insyaAllahamin
aftiey on June 08 2010 13:01:40

Artikel yang membuat saya tercari cari selama ini. Kini saya dah dapat jawapnnya, terima kasih ib29;islam
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer