Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 86
- Members Online: 17
- Total Members: 85,795
- Show Who's Online
- 26,104,226 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
B2b Pertama @ Karangkraf. SubhanAllah,Best!

B2b Pertama @ Karangkraf. SubhanAllah, Best Best!
www.iLuvislam.com
Im Koyube
Editor : Im Koyube



B2b - Back to Basics
merupakan suatu aktiviti 'gathering' terbaru, anjuran iLuvislam.com dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd(KKSB).

Melalui B2b, pengunjung iLuvislam.com dapat berkumpul beramai-ramai untuk merapatkan silaturrahim di alam realiti. Selain itu, semua peserta digalakkan untuk berjual-beli melalui sistem barter bagi melatih kemahiran keusahawanan masing-masing.

Misi B2b adalah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin pengunjung iLuvislam.com di seluruh dunia dalam sesuatu masa yang ditetapkan oleh penganjur.

Alhamdulillah, B2b pertama yang juga B2b eksperimen(khas untuk krew iLuvislam.com Malaysia), telah diadakan pada 23 Mei 2009 bertempat di Garden Cafe, Kompleks Karangkraf, Shah Alam. Ia telah dihadiri oleh lebih 40 orang termasuk CEO KKSB, Dato' Hussamuddin Hj. Yaakob.

Selepas pembacaan doa dan ucapan pembukaan oleh Presiden iLuvislam.com, Dato' Hussamuddin berkongsi tentang bagaimana beliau berkenalan dengan iLuvislam.com dan mengapa beliau tergerak hati untuk mengambil iLuvislam.com sebagai anak angkat. Menurut beliau;

"Saya tertarik dengan 'presentation' Im (Presiden iLuvislam.com) semasa sebuah program wacana ilmu bertajuk "Peranan Media Membentuk Karakter Bangsa" di BERNAMA baru-baru ini. Saya terus membuka iLuvislam.com selepas pulang dari program tersebut. Kemudian, saya merasakan bahawa KKSB perlu berganding bahu dengan iLuvislam.com dalam meluaskan lagi dakwah Islam."

"Jadikanlah Kompleks Karangkraf sebagai rumah kedua kalian. Datanglah ke sini, 'anytime' " kata Dato' Hussamuddin kepada hadirin.

Beliau turut berkongsi satu idea yang sangat mengejutkan pihak iLuvislam.com. Menurut beliau, "saya ingin mencadangkan penerbitan tabloid yang bernama iLuvislam dalam membantu penyebaran dakwah. Harganya murah, hanya sekadar untuk 'cover' kos pengeluaran supaya ramai dapat membeli tabloid tersebut."

Selain itu, Dato' Hussamuddin turut berkongsi rahsia kejayaan beliau membangunkan KKSB. Antara faktor kejayaan beliau adalah fokus kepada industri yang beliau pakar(iaitu percetakan), banyak membaca buku dan sentiasa ingin 'melompat lebih tinggi' walaupun telah berjaya.


Saya juga ingin berjaya seperti Tuan Haji! Doakan ye sahabat-sahabat.

Program dimeriahkan lagi dengan persembahan lagu-lagu hadis dari penasyid terkenal, saudara Muadz. Antara lagu yang dinyanyikan adalah lagu 'Hijrah'; mengandungi hadis berkenaan niat. InsyaAllah selepas ini, iLuvislam.com bakal bekerjasama dengan saudara Muadz dalam merancakkan lagi dakwah di tanah air.

Selepas semua peserta menikmati juadah 'potluck', program diteruskan dengan sharing dari 5 orang hebat; En. Nazri Dato' Omar (COO Al-Ansar Group), Puan Firdaus Dato' Hussamuddin (Executive Director KKSB), En. Afif Azman (Manager - New Media KKSB), Brother Yahya (saudara Islam baru dari Amerika) dan Adawiyah Juzailah Martin (krew iLuvislam.com yang merupakan saudara baru).

Perkongsian di atas diselangi dengan sebuah lagu yang syahdu dari saudara Muadz; lagu bertajuk "Ukhwah Fillah."

Pelbagai input baru dan menarik dapat dipelajari dari perkongsian mereka. Antaranya, Puan Firdaus memberitahu bahawa Karangkraf mempunyai jumlah pembaca sebanyak 5 juta seluruh Malaysia. Jadi, iLuvislam.com perlu memanfaatkan jumlah tersebut untuk menyebarkan mesej Islam.

Menurut En. Nazri, dalam sesuatu organisasi, penjanaan ekonomi dikalangan krew amat penting jika organisasi itu ingin memastikan bahawa krew mereka terus komited dengan tugas masing-masing. Hal ini amat penting kerana semakin kita berusia, semakin banyak komitmen yang perlu kita hadapi. Tanpa kewangan yang baik, kita tidak mampu menguruskan kehidupan.

Perkongsian santai En. Afif amat menarik sehingga beliau 'kehabisan bateri'. Berdasarkan sebuah artikel yang dibaca oleh beliau, kajian mendapati bahawa 'social networking website' seperti facebook, friendster dan lain-lain merupakan media yang bakal menguasai dunia kerana jaringan mereka amat luas. Kata-kata En. Afif menyebabkan saya merasakan bahawa saya perlu membuat sebuah website 'social networking' sehebat facebook tetapi Islamik. InsyaAllah, jom berani bermimpi!

Kehadiran dua sahabat yang merupakan sahabat baru Islam; Yahya dari Amerika Syarikat dan Adawiyah dari Kajang, tidak kami sia-siakan. Kami menjemput mereka untuk 'sharing' pengalaman dan perasaan masing-masing. Sesi soal jawab bersama mereka amat memeriahkan suasana. Menariknya, hadirin sendiri dapat merasai cabaran yang mereka harungi sepanjang perjalanan mencari jati diri dan agama yang suci.

Kami mendoakan mereka terus tabah dalam mengharungi kehidupan mendatang.

B2b diteruskan dengan lawatan kompleks Karangkraf. En. Raja Shahfaizal dan En. Afif Azman mengetuai lawatan ini. Semua kelihatan ceria dan teruja melihat mesin-mesin cetak dan pejabat Karangraf yang amat luas. Kebanyakan masa dihabiskan dengan En. Hasli Mat Soh; staf yang menguruskan percetakan digital Ultimate Print Sdn. Bhd. (salah sebuah syarikat dalam KKSB).

Usai lawatan ke kompleks Karangkraf, kami berkumpul beramai-ramai untuk sesi berkenal-kenalan antara krew dan hadirin yang hadir. Jika kami selalu berhubung di alam maya, inilah masanya kami berkenal secara alam realiti!

Menurut En. Ruzani Koyube, beliau berharap iLuvislam.com akan terus maju memberi manfaat kepada ummah. Beliau juga mengingatkan agar semua krew dapat menuntut ilmu sebanyak mungkin supaya ilmu itu dapat digunakan untuk Islam.


Gambar kenangan krew yang masih belum pulang selepas sesi berkenal-kenalan.

Alhamdulillah, selepas tamat sesi ta'aruf, B2b pertama yang merupakan B2b eksperimen ditangguhkan dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

Sesungguhnya program ini sangat-sangat bermakna bagi kami. Pelbagai input kami peroleh melalui perkongsian dari orang-orang yang telah banyak makan garam dan gula berbanding kami.

Jutaan penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada staf KKSB yang banyak membantu, Dato' Hussamuddin yang banyak memberi dorongan, krew-krew iLuvislam.com yang dedikasi dan sahabat-sahabat saya yang memeriahkan B2b kali ini.


Jom dengar tazkirah dari saya!

InsyaAllah B2b seterusnya akan mengumpulkan sahabat-sahabat krew iLuvislam.com dan pengunjung setia iLuvislam.com. Semoga suatu hari nanti, misi B2b akan dicapai dan berkembanglah mesej-mesej Islam di seantero dunia. Jom sama-sama kita doakan.

Sumber: imkoyube.iluvislam.com




Di bawah adalah 'sharing' oleh Brother Muadz, seorang penasyid yang tidak asing lagi. Perkongsian disunting dari www.muadz.com.

**********

Sejak dari awal pembabitan dalam bidang nasyid secara komersil ini, impian dihati adalah untuk menjadi pengantara, masyarakat yang 23 juta di Malaysia ini dan lebih ramai di luar negara dengan pakar-pakar rujuk dan figure yang saya kenal. Terlalu ramai insan aalim (berilmu) dan berpengalaman dalam pelbagai bidang terutama bidang profesional yang saya kenal, mereka yang mengajar di universiti, bertugas di alam pekerjaan kerajaan dan swasta. Jika ramai yang dapat manfaat dari mereka sepertimana yang saya perolehi dari dalam pendidikan, pertemuan usrah dan diskusi, alangkah lebih baik.

Setelah dua tahun sebagai munsyid, banyak simpang siur dan sepak terajang dipelajari, kekuatan yang ada tetap tidak sampai untuk membina impian yang disebut di atas. Apa yang kita hajatkan, adakala Allah memberi sesuatu yang lebih bernilai. Dalam masa yang sama Allah juga memberi apa yang kita tidak pernah impikan, dan barang itu sebenarnya lebih kita perlukan. Hajat dan keperluan kita terkadang kita sendiri yang gagal menentukan. Maha suci Allah yang Maha Mengetahui.

Dipendekkan kalam, beberapa bulan yang lepas saya telah register diri saya dalam satu portal yang diberi nama iLuvislam.com. Dipendekkan cerita lagi, detik hati saya, saya mahu orang ramai lebih kenal portal ini. Kandungan dan gaya penyampaian ilmu islam (dunia & akhirat) dipaparkan dengan ilustrasi yang sangat jelas dan mudah juga santai. Niat saya nak berkenalan dengan penggerak portal ini.


Pertama kali Muadz bertemu Presiden iLuvislam.com(Im Koyube) dan COO Al-Ansar Group(Nazri)

Beberapa minggu lepas, saya dapat berhubung dengan presiden iLuvislam.com dan disitulah bermulanya suatu pertemuan-sinergi-kerjasama baru yang bakal menyuntik. Suatu pertemuan antara iLuvisam & Karangkraf Sdn Bhd, (KKSB; funder iLuvislam sejak baru-baru ini) dijadualkan dan saya turut dijemput sama. Suasana tenang dalam ukhuwah yang baik tersinar dari Seksyen 15, Shah Alam, di ibu pajabat KKSB. CEO KKSB Dato' Husamuddin, dengan gaya santainya yang sangat mesra dengan adik-adik (anak-anak) iLuvislam.com yang menggelar diri beliau 'pakcik'; sangat menjalin kerjasama dengan ruh semangat Ad-Din yang telah lama hilang dalam dunia korporat dan persatuan.


Ketibaan Dato' Hussamuddin; seorang ayah yang cukup mesra ^_^


Pengacaraan oleh saudara Ihsan, 'sharing' daripada Dato' sendiri, saudara Imran (Presiden iLuvislam.com), En. Nazri Dato Syekh Omar (Al-Ansar Group), En. Afif (Pengurus Media Baru KKSB), Puann Firdaus (Penerbit Eksekutif KKSB) dan dua muslim revert yang turut hadir dalam acara santai ini membuahkan memori yang cukup segar. Seorangnya adalah brother Yahya Yusuf (Giovanni Galluzzo) yang kami bawa untuk hadir bersama atas persetujuan akhi Imran, brother Yahya ini sebanarnya bakal adik ipar kami yang akan berkahwin dengan adinda Kauthar bulan depan seorang lagi adalah sister Adawiyah. Sangat menyentuh sanubari kami, perkongsian dari mereka. Moga Allah tabahkan hati mereka dan hati kita semua.



Perkongsian penuh inspirasi dari Dato'



'Keynote Adress' oleh Presiden iLuvislam.com



Persembahan bertenaga dari Muadz



En. Nazri berkongsi tentang bisnes dan ekonomi



Puan Firdaus sangat 'supportive'



En. Afif; lain dari yang lain :)



Giovanno @ Yahya



Akak Susi bertanya sesuatu kepada Adawiyah


Macam biasa, ada sedikit persembahan dari saya, lagu Hijrah (permintaan) dan Al-Muallim (Sami Yusuf) secara bersahaja kerana terlalu merasakan kesesuaian lagu ini dalam pertemuan kali ini, juga lagu lama bertajuk ukhuwwah fillah (lagu sejak sekolah Al-Amin, semasa tingkatan 1 lagi).

Kak Susi juga macam biasa, bergilir dengan saya ambil gambar. Kami sangat gembira dapat berkenalan dengan kalian semua. Moga Allah jadikan pertemuan ini, amal ibadah dan sinergi kerja ke hadapan. Amin.



Im Koyube dan Muadz. Semangat!



En. Fikri; pakar IT dari Nufair Street Sdn. Bhd. & anaknya



Alhamdulillah, program B2b I mendapat liputan dari surat khabar Sinar Harian edisi Selangor dan Kuala Lumpur pada hari Ahad (24 Mei 2009). Berikut adalah keratan akhbar berkaitan:



Klik sini untuk keratan akhbar yang lebih besar

Perkongsian dari sahabat lain:

http://ahyanasolehah.blogspot.com/2009/05/b2b-inspiring-liqa-with-iluvislam_25.html



36 Comments · 3884 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 100% [8 Votes]
Very Good Very Good 0% [No Votes]
Good Good 0% [No Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
aniqah on May 24 2009 08:19:46

alhamdulillah....happy tgk kalian....moga jln dakwah n perjuangan diteruskan...harap dapat ketemu lagi dilain gathering...insyaallah...
nailofar_hamidah on May 24 2009 08:23:00

WELL DONE! TAHNIAH ili....clap...syukuri nikmat yg kita kecapi hari ini.moga peluang pd hr ini menjadi pemangkin kejayaan hr esok.amin
yob3174 on May 24 2009 08:40:36

Thanx im bg peluang jd MC
Seronok dpt menyumbg
layyinul qalbie on May 24 2009 09:32:01

salam alayk
congrats...iluvislam...
moga Allah rahmati kalian yg menegakkan dakwah,
Alhamdulllah
Zahiruddin Zabidi on May 24 2009 10:03:21

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

Alhamdulillah, terus menerus iLuvislam ke mercu redha Allah. Doa dan sokongan ana senantiasa bersama antum semua.

Terkilan juga tidak dapat menghadirkan diri dalam acara ini. Terus menerus dihimpit massa, namun roh dan fikrah ana bersama antum insya-Allah.

Tahniah pada Presiden yang terus komited untuk mengasimilasikan iLuvisalam sebagai lapangan dakwah bermanhaj korporat.

Insya-Allah terud menerus kita cernakan ide-ide bernas untuk pemantapan iLuvislam. Ayuh berfikir di dalam zikir.

ISLAM UNTUK SEMUA
Nur_Muslimah on May 24 2009 10:43:16

assalamualaikum
seronoknye kalau dapat join juga B2b tu..
moga ana berkesempatan dan diberi peluang satu masa nt..amin
shearer on May 24 2009 11:03:16

kesian akhawat2 kat blakang tu yg nmpak mate jer =D

p/s: ana tinggi sgt kot...hmm!
master work on May 24 2009 12:54:35

iluvislam sronak nye dpt join bab2 cm gini....insyaAllah
wann on May 24 2009 14:19:52

dapat jugak knalm sblm sume duk guna nama samaran je..


p/s: plg best dpt jmpa dr.cinta..haha grindancegrindancegrindance
sumaiyyah on May 24 2009 15:36:37

"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar."
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..
Semoga segala usaha murni iLuvislam & KKSB diberkati dan diredhai Allah.
lisam on May 24 2009 15:44:30

Alhamdulillha.....syukur...^^,
sinar mawaddah on May 24 2009 16:56:56

Salamunalaik...

Tahniah ana ucapkn pd iluvislam. alhamdulillah ya Allah. smoga usaha dlm myebar n myampaikn dakwah dberkati Allah swt. insyaAllah.cat
qalam aisyiq on May 24 2009 17:25:08

sad

Nak ikut jugaaaa....

Xpelah...moga-moga di lain masa..Allah brikan ksempatan... Amein...

Semoga ILI ..terus berjaya..^^,
MaKR on May 24 2009 18:19:40

assalamualaikum

Cik Wann bukan Dr. Cinta, tp Ustaz Cinta..hehe... wink

Syukur dapat gi walaupun demam+batuk+selsema...

alhamdulillah bukan H1N1.. gembira

Apepon, seronok dapat jmp CEO KKSB, memg sempoi sesempoi gmbrnye..hihi...

Sori la, ingt mase ta'aruf nk cakap bnyk, tp tekak tak izinkan, tak sempat nak bgtau amk kursus ape, nickname ape..hihi....hehehe

Apepon, semoga program2 lepas ni ramai lg yg akan dapat meluangkan masa dan bersama2 merapatkan ukhuwahfillah diantara ahli2 dan krew...

jazakallah
nur_fiqa on May 24 2009 19:48:22

wah...

alhamdulillah..

bagusnye..

rugi x ikut.. ^^
MujahidEEn_89 on May 24 2009 20:38:26

assalamualaikum

mabruk..mabruk..ana dah kata awal2.. iluvislam memang sangat3 dinamik masyaAllah

cadangan ana, kalau nak terbitkan tabloid iluvislam, ana cadangkan untung rm0.20 pon jadi le... sebab boleh jana ekonomi umat Islam jugak....

syabas! alhamdulillahclapthumbs upyahoo!
MujahidEEn_89 on May 24 2009 20:39:53

ehh...satu lagi..jeles la tak dapat gi..prog mcm ni utk sapa sebenarnye ye???
firdausmahadi on May 24 2009 20:45:11

Tahniah buat semua yang dapat menyertai, pengalaman yg amat berharga gembira
putra al-amin on May 24 2009 21:44:26

assalamualaikum....

alhamdulillah....dapat gak join B2b tu...best sangat

semoga kita semua bersua dan berjumpa di lain hari...tinta Dr.Cinta ILI

hopefully dapat jumpa you all semua...walaupun masih ade yang segan-segan lagi

grindancegrindancegrindanceclap
sei_souichiro on May 24 2009 21:54:29

insyaallah... ana juga... ingin... hadir.
everjihad on May 24 2009 23:13:03

alhamdulillahwah adawiyah juzailah dah jadi krew..bagus2..ana pernah terjumpa dier, dalam satu prog secara tak langsung. memang hebat orgnye!

moga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada dia dan kita semua utk terus tsabat, teguh dengan memilih islam as our deen..Allahu akbar..!
Adawiyah Juzailah on May 25 2009 00:05:38

Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga ana bersua dan berkongsi cerita dengan ahli-ahli krew yang lain. gembira
Zulhafidz on May 25 2009 02:43:23

assalamualaikum

Terima kasih kepada saudara imran memberi peluang ke atas lawatan dan program b2b bersama karangkraf ini. Terlalu banyak peluang dan ruang serta hikmah hari tersebut. Walaupun datang sangat lewat, alhamdulillah tak ketinggalan dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat ahli keluarga iluvislam.com

Ramai juga yg datang bukan crew, malahan yang masih belum ahli (hanya sebagai pembaca) pun datang. Semangat!!! Tahniah!!

Sangat indah ukhwah fillah... mmg terasa.

Dr.Cinta, Lisam, Saifuddin Msaidhawa, Shearer dan beberapa orang lagi terima kasih sudi berborak dan bertukar fikiran. tak sempat nak tukar no phone.

Dan kepada lain-lain, maaf tak sempat nak berborak. maklumlah..agak terkejar2.

Tak sabar nak tunggu program seterusnya.

Akhirulkalam, tahniah kepada penganjur dan semua!

-influencing-
Kyouya Ootori on May 25 2009 04:58:15

thumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs up

Congrats!!!
HafizAdam on May 25 2009 06:09:31

MORE PIX HERE

lalalala~
nurjannatul on May 25 2009 08:19:01

assalamualaikum

waahh...best jugak korang, Alhamdulillah iluvislam makin aktif sekarang. Hopefully nanti dapat diadakan juga program unutk ahli2 biasa iluvislam ini. Teringin juga ana nak join. wink wink

Wassalamualaikum.
cheekylulu on May 25 2009 08:38:18

alhamdulillah.. thumbs up
smoga iluvislam terus melangkah lbih jauh~
moga semua kerna Allah..
Ahyana on May 25 2009 10:19:08

Alhamdulillah..mmg pertemuan yang amat menyentuh hati.

Liqa' yang simple, santai tapi padat dan sangat informative dan penuh huluran ukhuwwah..

Tahniah pada sahabat ana im dan seluruh krew serta sahabat2 iluvislam, antum mmg superb~

paling terharu dengan sharing dari datuk yang tersangat humble orangnya, dan juga sharing dari rumaysa sahlah, bro yahya, en nazri dan yang lainnya...

Skdr berkongsi antara rumusan yang ana boleh highlightkan dari perkongsian2 mereka buat sharing utk shbt2 yg x dpt hadir...(sori agak terpanjang, bagi yang nak baca boleh, bagi yang xnak, ignore je pun xpe k. )tata

Sekian..wallahualam. mg bermanfaat

Dato' Hussamuddin atau 'pakcik' ceo =):

kita semua mesti berani untuk bermimpi & berusaha menjadi yang terbaik dan paling berjaya untuk Islam..Letakkan cita-cita setinggi bintang & belajar selalu untuk melangkah lebih jauh ke hadapan. sebarkan dakwah di sebalik apa saja profesion kita (tidak kira siapapun kita atau apa saja posisi anda. Grab all d opportunities (spt yang sdg dilakukan oleh karangkraf & iluvislam) untuk sama2 complement each other, untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain untuk kesejahteraan Ummah.

satu 'king' media cetak, satu 'king' media dkwh online... gabungannya kan bakal menggegarkan dunia dengan cahaya Islam yang lebih mantap insyaallah!..sm2lah kita doakan mg usaha ini kan diberkati-Nya dan menjadikan peluang dakwah untuk orang lebih 'iluvislam' tersebar luas ke seantero alam...

lgi satu yg saya tersentuh dr pakcik,
"semua orang berpeluang masuk Syurga" and lets we woRk for it.insyaAllah..

En Afif : "d power of influence & How important for us to get 'BiG biG biG' social networking nowadays...(itulah knp influence dari facebook, bloggers, fs, etc sgt tggi). dari seorang menjadi 2, 3 dan seterusnya, dari satu 'titik' menjadi line yang panjang... Maklumat itu akan tersebar dengan mudah hanya melalui 'jaringan networking' yang hebat...dan krn ciri2 mereka yang hebat dan 'lain dari yang lain' itulah mybbkan sesuatu tu mudah mnjadi ikutan (cthnya face bookyg digemari ramai). Maka kita diportalislam @ komuniti islam diluar ni pun boleh jadi lebih hebat dari itu jika itu yang kita mahu, dan mahu manfaatkan. Always THink 'out of box' n jangan sia2kan networking dan peluang yang ada skrg untuk kita membangunkan ummah krn inilah cara yang paling effektif pada zaman ini untuk penyebaran maklumat. Jangan biarkan dakyah luar lebih menguasainya daripada kita kerana itu hanya akan membinasakan umat islam!

pn firdaus : siapa kata muslimah tidak boleh bergaya?....heheheilmu ni pun kena belajar k... dan ayuh kita selarikan ikut syariat. Penampilan anda melambangkan jati diri anda dan islam yang anda bawa....jadi berhati2lah muslimat! (muslimin pun sama...kita jangan selekeh je k!) bahaya2....

en nazri : 'partnership' is a part of memaknakan erti hidup pada memberi...=) jdi jgn takut untuk bekerjasama memperkasakan ekonomi islam. jadi orang yang membantu, mcm makna 'al-ansar' =p

mr pres: always hungry to search...hidup jangan berhenti mencari & mgkaji dan apa yang kita buat kita mesti mahukan yang lebih baik dan terbaik! =) btul tu im! ana u aiyid thumbs up

bro gio/yahya yusuf : How beautiful islam is..... and benarlah "hidayah itu milik Allah,Dia akan memberinya kepada sesiapa saja yang dikehendakinya...." Allahuakbar!

(Insyaallah Beliau akan berkahwin x lama lgi dan subhanallah dengan orang pilihan dari Malaysia juga (iaitu adik bro muadz sendiri- ukhti kautsar) yang juga turut hadir semalam utk gath ili=) So sweet.. Sama2 hebat. doakan mereka k!

sis adawiyah martin: Subhanallah.... sangat2 kagum dengan sahabat baru sorang ni.

"Hijab is ur modesty...ur dignity... "

kata2 yang sedikit ni pun dah mampu menggetarkan hati2.. (terutamanya kami rkn2 muslimah).. Malah menelusuri pengalaman hidup anda adalah sesuatu yang cukup memuhasabahkan diri..clap

Ahlan wasahlan ya ukhti fil islam...enti andalah saudara kami! saudari seakidah kami.. Moga ukhti rumaysah sahlah akan trus menjadi mujahidah Islam yang bersinar dan terus kuat membela Agama-Nya. Yakinlah Kami di iluvislam akan sentiasa ada untuk membantu enti mengenal agam tercinta ini.. Malah kami berbangga sekali dapat menjadi sahabat2 adawiyah..jazakallah. Do keep in touch k.

Alhamdulillah...Allah telah memilihmu untuk berada di jalan ini,. maka berbahagialah!/

Bro muadz: Lagu Hijrah yang memang x dapat dipisahkan,=) trm kasih juga atas dendangan lagu Muallim (Sami Yusuf) dari beliau, malah Lagu 'ukhuwwah fillah' cukup menyentuh hati!.. Mana nak cari lirik n lagu nilagi ye. Hope bro muadz masukkan dalam album terbaru nanti buat tatapan semua. I'm looking for it! krn liriknya sangat bermakna.. tahniah juga utk kak Susi yang banyak sharing personal dengan kami rakan2 muslimat ili & juga adik Amira yang cute. Kecik2 lagi dah dibawa mengenal islam.Alhamdulillah. Trm ksh juga sbb dah promote iluvislam kat ikim.fm pada carta nasyid malam sebelumnya.

Alhamdulillah Kami juga dibawa bersiar2 ke office dan 'kilang' karangkraf oleh abg RJ & teamnya...mmg banyak yang didedahkan. kerja2 di sebalik tabir, di sebalik berdirinya sebuah company yang hebat : Karangkraf Sdn Bhd... ya...memang bukan mudah untuk berjaya dan disana adalah hasil dari berkat sebuah kesabaran dan cita-cita yang tinggi untuk menggapai impian yang pasti!

Moga karangkraf juga akan terus berjaya dengan misinya dan terus berkongsi tips dengan kita anak2 di iluvislam.com untuk sama2 menyebarkan dakwah kepada masyarakat melalui platform yang ada.. insyaAllah

A'la kulli haal. tu je kot. Alhamdulillah...syukur pada Allah kerana telah mengizinkan untuk pertemuan ini berlaku. Tanpa izin dan inayahNya, tiadalah lahirnya iluvislam.com dan mungkin tiada siapa yang sangka dapat berkumpul di taman indah garden kafe (karangkraf pulak tu kan). Pelik lagi memelikkan.. Tapi ssghnya tiada yang pelik kerana ini semua 'kerja Tuhan'. =) Smuanya boleh berlaku.

Syukran pada im dan team. Mg terus istiqamah dalam usaha ini.jazakallah

Looking for d next gath n events, insyaallah mg lebih ramai dari kita dapat berkumpul dan berbuat sesuatu utk Islam di luar maya iluvislam.com pula.

B2B in action... insyaAllah. Barakallahu fikum!
Ahyana on May 25 2009 10:40:36

lgi satu..nampak x smua orang senyum je... =)music x tahulah bahagia tang mana, tapi dapat merasakan kebersamaan mcm sebuah keluarga. MAlah dgn team karangkraf sndri pun sama, terutamanya 'Pakcik' ceo yang sangat mesra alam, mmg treat iluvislam mcm anak2...langsung x ada rasa jurang. Rakan2 ili pula, walau ada yang 1st time berjumpa, tapi rasa macam dah kenal lama... =)

aLhamdulillah....mgkin itu Hebatnya disebalik makna 'ukhwah fillah'.

Semoga Kita bertemu kerana Allah, dan matlamat dihujungnya juga adalah kerana Allah.

dan moga tUjuan itu yang terus kita pegang dan dijauhkan dari ujian2 atau apa sja niat yang mencemarkan.. insyaallah.

Salam mujahadah. Semoga stiap hari kita adalah perjuangan untuk Islam.amin
AsNiza on May 25 2009 10:54:18

Alhamdulillah berkesempatan menyertai, walaupun sekejap cuma..insyaALLAH lain kali join lagi..^_^

Semoga kian mendapat manfaat, semoga iluvislam dan karangkraf terus mara, demi Ummah. insyaAllah
hafizah_physio on May 25 2009 14:03:35

assalamualaikum
gambate2!! lookin forward 4 next B2b..insyaALLAH.gembira
shearer on May 26 2009 02:53:02

lagu ukhwahfillah ni lagu lame, abg muadz ni ana nye senior zmn skolah2...
tak silap ana, ni lirik yg ana masih ingat sejak dulu2 lagi thumbs up lagu mase ana darjah 3/4 kalo tak salah, mase ni taun 1992 hmm!

Tajuk lagu: Ukhwahfillah

Lirik:
Di bumi ini, kita ditemukan
Satu arah, satu perjuangan
Satu aqidah, satu pegangan
Asasnya terjalin ikatan

(chorus)
Ukhuwah fillah, tidak kan musnah
Walaupun ombak walau badai mendesah
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan ismullah kita berbai’ah

Bertemu, berpisah
Hanya kerana-Nya semata
Redha Allah kita cari
Moga-moga kita kan dirahmati
Dengan niat yang suci
Bertemu kembali di negeri abadi

Demikian manisnya, mahabbah murni
Limpahan kasih anugerah Ilahi
Terpancar cahaya penuhi hati
An-nur suci dari-Mu Rabbi

Lambaian kasih di bumi ini
Suburi dengan perjuangan hakiki
Bajai ia jangan dicemari
Redha Allah dipohoni
me90 on May 26 2009 09:51:23

clap sy pon join gak..bezzz222...tahniah akhi im..
Ahyana on May 27 2009 08:12:05

Syukran shearer 4 d lyric. got it.thumbs up alhamdulillah i've put d video at my site. musicjazakallah

Aslih nafsak wad'u ghairak~http://ahyanasolehah.blogspot.com
nabilahsr on May 29 2009 10:37:17

alhamdulillah...

bestnyer tengok....jeles plak.. teringin la nak pegi... buat la kat tempat yg senang dengan kenderaan awam....hihi...... tp ukhwah yang ditunjukkan mmg sgt best! moga semakin cemerlang demi kerana Allah pada masa akan datang.. insyaallah...

cloud 9
abeafiq on June 03 2009 02:42:43

tahniah kepada semua yang terlibat.

semoga Allah memberkati usaha kalian.

(sebenarnya ana nak join jugak)music
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
" Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya."
spacer